My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Friday, 1 January 2016

Post Yang Wajib Anda Baca Jika Anda PCOSer

Perhatian : Ini adalah post lama yang saja aku up kan supaya siapa yang mengunjungi blog ni tahu tujuan sebenar blog ni. 

Pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca tulisan aku kali ni. Aku rasa sangat-sangat terpanggil untuk menulis berkaitan isu ni supaya aku dapat bantu kawan-kawan aku yang senasib dengan aku. Apa yang aku akan ceritakan hari ni agak panjang namun diakhirnya pasti ada sesuatu yang boleh korang dapat. Aku harap, tak banyak pun, at least sedikit. Di harap korang akan baca sampai habis post aku ni. Cerita ini akan berkisarkan tentang usaha aku berTTC (Try To Conceive) untuk pedoman kita bersama.

Sedikit latar belakang tentang aku. Berkahwin pada umur 25 tahun. Aku mula-mula period masa umur 13 tahun (form 1). Sejak aku period sehingga la aku kahwin, period aku tak pernah teratur.Aku pernah period 2 kali setahun, dah pernah juga period selama 3 bulan tanpa henti. Macam-macam ubat aku dah cuba, macam-macam doktor dah jumpa. Tapi hasilnya tetap sama. Sepanjang aku berjumpa doktor (zaman anak dara), tak pernah ada doktor yang mention tentang PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Cuma ye doktor akan kata masalah hormon. Jadi masalah tu takde kesudahannya dah aku mula biasa dengan keadaan aku tu. Yang bagus nya tentang tu, aku sentiasa puasa penuh. Sepanjang hidup aku mungkin ada 2 atau 3 kali je kot aku pernah ganti puasa (the good site of it la kan). Ada beberapa lagi simpton yang aku ada seperti bulu kaki yang extremely panjang (kalah lelaki), ada sedikit misai, masalah jerawat, keguguran rambut yang agak teruk. Kemudian aku ada masalah berat badan. Masalah berat badan ni bermula sejak habis SPM. Badan aku bagai dipam-pam. Membesar dan terus membesar. Berat max aku pernah capai ialah 85kg dengan tinggi 155cm. Tapi aku jenis yang suka diet dan bersenam. Jadi kawan-kawan yang rapat dengan aku akan perasan betapa yoyo nye badan aku. Kejap kecik kejap besar. Berat paling ringan aku adalah 54kg. Tapi most of the time aku bersaiz besar. Tapi yang aku perasan, period aku akan lancar bila aku kurus (itu memang aku pasti).

Pada usia aku 25 tahun, sampai jodoh aku untuk berkahwin. Ketika tu berat aku 68kg. Period masih tak berapa lancar. Tapi tak seteruk zaman remaja dulu. Paling teruk 3 bulan aku tak period. Aku expect aku akan ada masalah untuk mengandung. Tapi aku malas nak fikirkan. Bila masanya sampai, baru aku nak fikirkan soal anak. 

Tapi masa terus berlalu, kawan-kawan yang kahwin sama-sama waktu dengan aku dah mengandung, malah yang kahwin selepas aku pun dah mengandung. Mak mertua dah hint2, sedara mara dan kawan2 dah tanya. Setahun pertama kahwin adalah waktu yang sangat-sangat kritikal. Hati serapuh kaca, air mata sentiasa mudah mengalir. Hati bukan busuk tapi bila kabar tentang kawan-kawan mengandung, hati rasa sakit. Biasanya aku akan unfollow mereka-mereka ni. Sangat la tak baik perangai aku ni, tapi nak buat macam mana, jiwa sangat sensitif. Aku yakin ramai jugak yang ada perasaan macam tu, sebab aku pun survey dari pengalaman kawan-kawan aku jugak. Tapi masuk tahun kedua perkahwinan, hati jadi lagi cool. Bagi aku la, dah boleh terima cerita-cerita tentang kehamilan ni, cuma kadang-kadang saja rasa terluka. Bukan la juga bermaksud menangisi qada dan qadar. Bila aku dekatkan diri dengan Allah, rasa resah tu kurang dan hati lebih tenang. Malah aku boleh menerima ketentuan Allah sepositive mungkin.

Cerita macam mana aku boleh tahu tentang PCOS. Pada mula nya aku memang tak pernah dengar  tentang PCOS sampai la satu hari, dalam tahun 2012, masa tu aku bekerja di KPM. Ada satu event menjemput KKM untuk buat pemeriksaan kesihatan. Kebetulan pada masa tu ada seorang doktor kalau kita nak minta advice. Jadi aku pun jumpa doktor tu dan bertanya tentang masalah period aku yang tak teratur. Doktor terus advice aku untuk jumpa pakar wanita. Dia kata aku berkemungkinan menghidap PCOS dengan hanya melihat simptom2 yang dia boleh lihat kat aku. Balik ke rumah, aku terus buat research tentang PCOS. Dari situ aku tahu sedikit sebanyak tentang PCOS dan kesan-kesannya. Salah satunya adalah masalah kesuburan.

Tanpa membuang masa, aku terus survey gynea2 terbaik yang ada sekitar putrajaya dan akhirnya aku decide nak pergi Hospital Az Zahra. Setelah buat appointment dan sampai pada hari kejadian. Aku jumpa doktor dan check segala macam. Termasuk buat TVS. TVS ni scan dari bahagian vagina terus ke ovari. Masa scan doktor tunjukkan kat aku kedudukan ovari dan rahim. Rahim tak ada masalah. Tapi ovari aku kedua-duanya bengkak. Dua2 ada polycysts. Maksudnya, ovari aku mengeluarkan telur, tapi telur tidak matang dan berkumpul dalam ovari dan menjadikan ovari bengkak. Betul la apa yang doktor KKM tu cakap. Aku memang ada PCOS. Seterusnya, advice doktor yang membuatkan harapan aku agak tipis. Doktor kata tiada ubat untuk PCOS. Ubatnya hanyalah aku kena kurangkan berat badan. Masa ni la berat aku 85kg, berat yang terberat dalam hidup aku. Tambah lagi, tekanan darah aku sangat tinggi, rasanya 150/95 lebih kurang. Doktor pesan awal2, jangan pregnant selagi aku tak stabilkan tekanan darah aku.

Jadi bermula dari hari tu, aku lebih fokuskan untuk rendahkan tekanan darah. Mula-mulanya aku cuba ubatan-ubatan kampung macam misai kucing, tunjuk langit..tapi aku tak consistent. Sampai la tahun 2013, aku pergi klinik sebab tengkuk aku sakit (tekanan darah tinggi la ni), doktor marah and advice aku makan ubat. Aku insist cakap tak nak sebab kita kan biasa ditakut2kan dengan ubat ni. Kalau dah makan ubat kena makan seumur hidup. Tapi doktor terangkan yang ubat sebenarnya tak bahaya. Tak makan ubat lagi bahaya. Kalau aku makan ubat mungkin aku akan free dari risiko strok sampai la aku umur 60 tahun. Tapi kalau tak makan ubat, aku boleh 'jalan' bila-bila masa menjelang umur 35. Mendengarkan tu, tak sanggup aku. Banyak lagi nikmat hidup ni yang aku tak rasa. Jadi aku ikut cakap doktor dan sejak hari tu aku jadi pengunjung setia KK(klinik kesihatan).

Tahun 2014, selepas tamat je kursus DPA (bagi geng2 batch 44, I love you all), aku mula rasa dah sampai masanya untuk aku pregnant. Aku mula join group TTC. Dari situ baru tahu yang nasib aku tak la teruk sangat. Masih ramai yang tak ada zuriat, malah lagi lama kahwin daripada aku. Dari group TTC pulak aku dapat tahu tentang Group PCOS. Dalam group tu, rupa-rupanya ramai jugak yang menghidap PCOS. Itu yang tahu dia ada PCOS, yang tak tahu mungkin ramai lagi. Dari group PCOS ni, macam-macam ilmu aku dapat. Tak perlu nak jumpa doktor bagai, malah ilmu yang ada lebih bagus dari ilmu yang doktor sampaikan. Salah satu ilmu yang aku dapat adalah, pesakit PCOS kenalah mengamalkan pemakanan khas. Badan pesakit PCOS ada masalah untuk memproses glukos, maka kena elakkan makanan yang manis dan berkarbohidrat. Pesakit PCOS juga kena elakkan makanan2 soya based contohnya air soya, tahu, tempe, kicap dll. Daripada situ pulak, aku tahu tentang diet Atkins. Maka aku join pulak group Diet Atkins Malaysia. Sepanjang aku follow group tu, ramai yang berjaya pregnant lepas berDA. Memang rezeki Allah bagi, tapi rezeki pun tak datang kalau kita tak berusaha. Mungkin DA adalah salah satu usaha yang aku kena buat.

Maka pada 8 APRIL 2014, aku mulakan misi menurunkan berat badan aku yang tertunda sejak tahun 2011. Harapan nya sangat kuat iaitu untuk berjaya pregnant satu hari nanti. Dalam tempoh 4 bulan aku berDA, aku berjaya turun sebanyak 15kg. Dari 78kg ke 63kg. Dalam pada itu, aku ada juga amalkan susu kambing. Alhamdulillah. Masa ni aku rasa dah patut aku pergi gynea semula untuk check sama ada PCOS aku masih teruk tak seperti tahun 2012 dulu. Kali ni aku decide jumpa Dr. Adilah dari hospital pantai KL. Dua kali aku jumpa dia. First masa aku CD13. Aku cakap dengan doktor aku ada PCOS, doktor tak percaya mungkin sebab aku dah tak segemuk dulu dan jerawat aku pun dah tak ada. Macam biasa buat TVS scan, Alhamdulillah, dah tak ada polycyst, yang tinggal cuma kantung-kantung telur which means aku pernah ada polycyst. Dan yang paling menarik, ada telur yang dominant dalam ovari aku. Telur yang memang tunggu masa nak ovulate. Happy sangat-sangat. Jadi doktor dah jadualkan awal-awal berapa kali aku kena bersama dan 2nd appointment aku kena datang balik pada CD17 untuk tengok sama ada telur tu boleh keluar atau tak. Second appointment pergi, Alhamdulillah, telur dah ovulate. Jadi doktor bagi ubat kuat rahim dan cuma tunggu dan berdoa sehingga aku lewat period dan check upt sendiri.

Pada 16 September 2014, Hari Malaysia, dengan semangatnya aku check UPT. Alhamdulillah, timbul line kedua. Sepanjang hampir 3 tahun aku berkahwin, pertama kali nampak line ni. excited sangat. 19 September 2014, aku ke klinik kesihatan untuk sahkan pregnancy, Alhamdulillah. (awal sebab aku ada darah tinggi, baik mencegah dari mengubati)

Sekarang tindakan aku, jaga diri baik-baik dan banyak-banyakkan berdoa. Sememangnya pesakit PCOS berhadapan dgn risiko keguguran yg tinggi. Pemakanan mesti dijaga. Apa yg kena pantang kena la pantang. Semoga aku berjaya mengharunginya.

Moral kepada story aku hari ini.

1) Jika korang rasa ada simptom2 PCOS, teruslah berjumpa doktor pakar. Jangan jumpa doktor biasa saja.
2) Jika korang confirm ada PCOS dan ada masalah berat badan, tolongggggg la turunkan berat badan.
Boleh amalkan diet low carb, atau nak lebih cepat diet atkins. Elakkan makanan soya based, ia akan memburukkan keadaan anda.
3) Jika semua usaha dah dibuat, jika ada duit lebih, berjumpa la dengan pakar untuk mengetahui keadaan semasa anda. Mungkin bukan sebab PCOS saja anda tak mengandung. Mungkin tiub filipio tersumbat, or mungkin juga masalah tu berpunca dari suami ada. Untuk tahu semua tu, jangan malas untuk jumpa doktor.
4) Setelah berusaha, tawakallah, dan banyak-banyakkan berdoa. Rezeki itu semua dari Allah.
5) Jika dah berjaya pregnant, sila teruskan pantang larang bagi pesakit PCOS bagi mengelakkan perkara yg tak diingini. (Aku skrg berada di phase ni).


Tujuan blog ni bukan la untuk menongkah langit, cumalah untuk tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman. Doakan aku dan baby selamat hingga la hari kami bertemu nanti. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari aku sendiri.

P/S.: Kepada kawan-kawan FB aku, kalau boleh cerita ni disini sahaja dulu ye. Boleh la nak share post ni, cuma kalau nak wish apa2 jangan di FB ye, tq =)

P/S terkini : Rezeki tidak memihak pada aku dan Allah dah tarik nikmat yang sementara ini. Kita cuba di lain kali. =)