My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Sunday 22 December 2019

Salam Rindu - Apa khabar orang jauh?

Assalamualaikum Semua labah-labah yang telah membuat sarang dekat blog ni 😂😂

Lama sungguh tak update perkembangan dalam blog ni. Last cerita pasal diet IF kot. Lepas tu, hilang kemana..haha.

Tiba2 hari ni terdetik pulak nak  berkongsi cerita terkini aku. Bagi yang pernah follow blog ni mesti tau struggle aku nak dapat baby. Sesuai la dengan tajuk blog. Bagi yang baru jumpa blog aku ni, aku ucapkan selamat datang la. 

Untuk makluman kawan2 sekali, baru2 ni aku amalkan diet IF. Lebih kurang bulan Feb 2019 aku start buat. Aku memang sejak dlu ada masalah berat badan. Kejap naik, kejap turun. Maybe sebab faktor PCOS membuatkan berat aku senang naik. Jadi aku ni selalu la mencuba bermacam2 jenis diet, kadang berhasil kadang tak. Dan dengan cara berdiet ni jugak boleh bantu aku untuk conceive. 

Nak dijadikan cerita, aku tertarik nak buat IF. Niat di hati cuma nak kuruskan badan, takde niat langsung nak conceive since aku dah dapat fateh. Bagi aku, kalau ada rezeki nak mengandung lagi sekali tu, Alhamdulillah. Nak lalu balik proses treatment semua memang dah tak terfikir dah. Tapi tu la, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Alhamdulillah, cukup 3 bulan aku berIF, berat dari 83kg ke 66kg, tak disangka2 aku mengandung. Perasaannyaaa...terkejut, memang tak sangka sungguh. En laki lagi la tak percaya. Kami memang tak plan langsung. Tapi dah rezeki, kami terima dengan hati yang terbuka.

Alhamdulillah, sekarang kandungan aku dah masuk 7 bulan. Sikit lagi fateh dah nak beradik. Fateh baru nak masuk 3 tahun. Dulu nak dapatkan fateh, hampir 6 tahun kami menunggu tu. Kali ni memang tak sangka langsung la sebab dengan masalah PCOS aku, dan tiub falopia aku sendiri dah tinggal sebelah je (baca blog pasal mengandung luar rahim). Mungkin asbab aku berdiet, tapi apa pun rezeki dari Allah.

Itu je la kot status terkini aku. Doakan aku dan baby sihat dan selamat melahirkan. Aku doakan kawan2 lain yang masih berusaha dikurniakan rezeki yang sama. Sayang uall semua...muahhh

Thursday 11 April 2019

Hasil IF untuk 2 bulan

Hasil aku berIF selama 3 bulan. Start IF 9 Feb 2019 (kiri), gambar terkini pada 10 April 2019 (kanan). Berjya turunkan 9kg dalam tempoh tu. Aku target nak turunkan lagi 13kg. Semoga slim melim sebelum raya ni. Amin.

Aku share sekali menu yang aku makan sepanjang 2 bulan ni. Nasi aku masih makan tapi dalam kuantiti terkawal. Senang kata suku (nasi) suku (protin) separuh (sayur). Kuih muih aku amik jugak, tapi kuantiti memang sikit. Buah wajib tiap hari. Air cuma air kosong, kopi dan teh dengan stevia, no sugar at all. Sugar aku amik bila dia jadi lauk or kuih je. Dalam air memang takde gula langsung.

Spa nak tau lebih lanjut tentang diet ni, sila follow FB Intermittent Fasting Malaysia ye. Nak tanya aku pun boleh, comment je dekat bawah. Sekian, salam kurus.


Monday 4 March 2019

My New Diet Routine - Intermittent Fasting

Maka bermula la semula misi diet aku selepas fateh dah nak masuk 2 tahun ni. Tak boleh jadi, anak baru sorang, dah rupa macam 40an pulak. Kali ni aku tak buat atkins, aku tak sekuat dulu..haha

Kali ni aku pilih untuk buat Intermittent Fasting (IF). Sebetulnya IF ni bukan diet la, tapi lebih kepada manage masa bila nak makan. It is more about when to eat, rather than what you eat. Namun sebaiknya, pilih la makanan yang sihat.

Konsep asasnya IF adalah berpuasa. Ada macam2 cara nak berIF ni, bagi yang baru nak mula, boleh mula berpuasa paling kurang 12 jam. Selepas perut dah biasa boleh naikkan tempoh berpuasa kepada 16jam, 20jam dan 23 jam. Aku start IF terus buat 16jam sebab rasa macam mampu je dan sememangnya aku mampu. Cuma kena berlawan la dengan nafsu mengkentedarah.

Waktu nak start puasa tu terpulang pada kau. Mula2 aku start puasa 830 malam. Then berbuka jam 1230 tgh hari. Sepanjang tempoh berpuasa tu kau masih lagi boleh minum (air kosong, teh o, kopi o tanpa gula). Jadi masih ada sumber tenaga, jangan risau okes. Hari Isnin biasanya aku puasa ganti/sunat, dalam istilah IF, OMAD (One Meal A Day). Pahala dapat, sihat pun dapat. Sekarang aku suka puasa ikut suka hati aku, yang penting lebih 16jam. Selagi tak rasa lapar, aku sambung je puasa.

Apa yang aku makan masa buka 'puasa'? Aku pilih untuk amalkan suku (carb) suku (protein) separuh (sayur). dan buah sebagai snack. No air manis at all. Permulaan diet berat aku adalah 81.2kg dan Fat 40.1%. Dah sebulan aku buat IF, masih belum timbang. Insyallah, 16 Mac ni nak timbang. Kenapa 16 Mac? Sebab aku ada join program fitness, so aku ikut je la jadual timbangan dia. Kat rumah memang aku tak tengok pun penimbang, biar badan aku sendiri yang tunjuk hasilnya.

Insyallah aku akan update perkembangan terkini selalu. Korang yang nak belajar tentang IF, boleh request untuk join group FB Intermittent Fasting Malaysia. Banyak info berguna dekat sana. Selamat Berpuasa ye semua.


Sunday 17 February 2019

Trip ke Hatyai dengan Toddler

Kali ni nak cerita weekend gateway ke Hatyai bersama family kecil aku. Kali ni aku ambil kesempatan AirAsia buat promo tiket murah. Murah tak murah la. Aku dapat tiket one way ke Hatyai RM79 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Plannya, pergi naik flight, balik naik train. Mula2 plan nak naik train masa pergi, tapi macam kelam kabut pulak. Untuk balik aku amik train pukul 11.15 pagi dengan harga RM102, sampai KL Sentral jam 5 petang. Tiket train boleh beli awal sebulan. Aku memang tak plan nak naik train thailand ke hatyai tu memandangkan aku bawa mak dan fateh. Tu next time je la mencuba sebab seronok pulak tengok blog2 yang orang share. Nak juga merasa naik train antik ni.

Nota awal: Kalau berjalan dengan orang tua atau kanak2, better naik flight. Perjalanan dari kastam thailand ke kastam malaysia then ke train station agak jauh. Kalau backpackers tak ada masalah sangat.

Makluman awal la, trip ni memang trip makan. So kalau korang cari maklumat pasal tempat jalan2 menarik, memang tak jumpa la ye dalam post ni. This is all about food..yum yumm. 

Kami sampai airport hatyai sekitar jam 12 tengah hari. Sampai2 terus cari sim kad. Keluar je balai berlepas, dekat pintu keluar tu, ada 2 kedai. Pilih je la yang mana 1. Aku amik AIS traveller sim. 299bath untuk 3 hari. Sepanjang kat hatyai, aku tak ada masalah dengan sim card ni. so aku boleh suggest la kat korang, Then dari airport, aku request Grab untuk ke hotel. Pengangkutan aku sepanjang di hatyai memang pakai Grab. Grab memang murah kalau compare dengan tuktuk. Tapi kalau nak merasa naik tuktuk pun tak ada masalah. Amik je la yang short distance.




Untuk hotel aku pilih hotel The Bed. Best sebab dia ada family room (1 katil king 1 queen). 1 je yang tak best, masa mula2 masuk hotel, aircon kan tak pasang lagi, panas nak mampuih. Maybe sebab curtain dia jenis jarang dan cahaya matahari masuk direct dalam bilik. MasyAallah, macam duduk dalam sauna masa tu. So kami memang on aircon 24 jam, so settle masalah.


Budak paling excited
Check in, kami terus cari makan. Kawasan sekitar hotel ni, kalau lunch tak ada kedai makan. Kena jalan sikit la. Kalau malam ada gerai2 muslim bukak depan hotel, so tak ada masalah. Dengan bantuan google, kami pun makan dengan restoren salma. Masa ni lapar punya pasal, bedal saja la. Dah makan baru bukak balik note dan baru tau yang kedai ni mahal dan rasa biasa2 sajo..tapi aku walau rasa biasa and mahal, aku lahap sajaa, sedap apee..haha

Aktiviti malam kami ke Khlong Hae Floating Market. Night market dekat hatyai ni mostly start pukul 3 petang sampai 10 malam. Sebelum pergi hatyai ni, aku memang dah survey blog yang share experience. Ada yang kata kena hati2 bila beli makanan sebab orang yang jual tu berkemungkinan bukan islam walaupun dia pakai tudung. So to play save, aku hanya beli makanan yang aku yakin saja la. So no ayam, hanya air dan seafood. Enjoy jugak lepak sini, selain jual makanan, ada jugak jual benda2 lain. 


Nak dijadikan cerita, masa dalam perjalanan ke floating market ni. Aku boleh tertinggal HP dalam Grab. Kelibut dengan fateh la (padahal budak tu elok je tido..haha). Alhamdulillah rezeki nak dapat balik, next passenger Grab tu orang Malaysia. Dapat la balik HP aku. So peringatan kepada aku la, lain kali simpan HP dalam beg. Jangan gatai2 nak pegang.

Disebabkan insiden HP cicir tu, aku mmg dah tak ada mood nak berjalan. Lepas floating market memang kitorang target ke hotel terus. Spoil mood mak..huhuhu.

Esoknya pagi2 lagi kami dah serbu chabura dimsum yang digembar gemburkan sehingga ke Malaysia tu. Memang sedap la dimsum dia. tapi yang paling sedap adalah daging bakar. sampai repeat order la. Untuknya pergi bukan cuti sekolah adalah sebab tak ramai manusia. Dekat chabura boleh kira berapa meja je yang ada orang. Bila interview pekedai dia, katanya kalau cuti sekolah, beratur la kau kat luar kedai ye.
Tak pandang kanan kiri dah

Next untuk lunch kami makan buffet dekat Khlong Hae Seafood. Yang ni aku bagi 5 starrr la. Memang korang wajib pergi tau. Dannn, pergi la awal. pukul 3 dah bukak tak silap aku. kalau korang lambat, by pukul 5 pun dah beratur ye. Bukan orang malaysia ye, orang thai penuh beratur. Memang sangat murah. RM30 seorang nak pilihan makanan takyah cakap la. Terlampau banyak. Pergi jangan tak pergi.



Aktiviti malam kami cuma jalan2 di sekitar Lee Garden. Sekitar tu ada jual street food. So kami melantak lagi la..haha. Ada pancake, ais krim kelapa, pulut mangga. Ready kosongkan tangki je la ye.





Esoknya, pagi2 kami dah gerak ke sempadan. Balik kami naik train pukul 11 waktu malaysia. So pukul 7 lagi gerak sebab perjalanan nak ke sempadan dalam 1 jam setengah. Sampai2 kat sempadan ni la baru tau yang nak kena jalan jauh kalau nak ke imigresen malaysia. nasib la ada orang buat survice hantar orang kan. So kami bayar je la kat dia. Sampai ke station padang besar tu dia hantar. Trip dengan warga tua dan kanak2 ni, jangan nak berkira duit sangat ye. Janji semua selesa.

Begitulah JJCM singkat kami. Nasib la singkat, kalau panjang, berganda saiz badan aku nanti..dengan itu, sekian.

Wednesday 7 November 2018

Trip ke Tokyo, Japan

Ya Allah, tak sangka sungguh diberi kesempatan nak jejak kaki ke jepun. Selama hari ni terbayang setakat pergi Indonesia, Thailand, dekat2 Selatan Asia ni je la. Tak pernah terfikir nak ke jepun. Sejak beli tiket flight, dah start berdebar2..over kau nak..hahaha.

So ceritanya beli tiket flight awal bulan April. Masa tu teruja nak pergi jepun sebab kawan aku tengah bercuti kat sana. Bila dia share gambar2, lagi terbakar la sanubari ni. Bertambah tercalar egoku, dia pergi sorang, perempuan pulak tu. Isk, kalau dia boleh, aku lagi la boleh kan. Lagi pulak kalau bawak en laki. Maka survey la tiket. Tengok2, harga pun boleh tahan murah la. RM3,200 untuk 3 orang (termasuk baby fateh). Bawah 2 tahun harga dalam RM180 je. Nak dijadikan cerita, first timekan nak naik flight pergi jauh. sebelum ni paling jauh pun 3 jam je. Ni dah nak 7-8 jam. Beli tiket flight pun macam hapa. Beli tiket pagi sampai jepun petang. Balik pulak beli pagi jugak dalam pukul sepuluh. Settle dah beli tiket, fikir2 balik, apa ke bangang aku ni. Kalau dah naik flight gitu punya cerita , berapa hari je nak berjalan. Bukan senang2 nak pergi jepun. Ingat macam pergi jenjarom ke? Akhirnya aku dengan berat hati tukar tiket flight, nasib naik MAS, tukar dengan penalty ye, tak pasal aku kena tambah RM900. Tp sekurang2nya, aku ada extra 2 hari lagi nak berjalan. Aku akhirnya decide pergi pada 29 Oktober malam, jadi sampai di jepun jam 7 pagi (sempat berjalan 1 hari). dan balik 4hb malam (tambah 1 hari lagi hari berjalan). Terbang melayang duit, bahana tak plan betul2 dan nak mengejar harga promosi.

Lepas dah beli tiket, pening kepada pulak nak cari hotel. Nasib baik la aku join group fb Road to Japan. Banyak belajar dekat situ. sambil2 tu aku google jugak untuk dapatkan info. Apa yang aku pening sangat, pasal transport dekat sana. Nama pun pergi sendiri, makanya kena la naik public transport. Lagipun rugi la pergi Jepun tak naik public transport dia kan. Tapi memikirkan bawak fateh, kena fikir lebih jugak la. Kena pilih hotel yang dekat dengan train station. Tak lalu la nak menapak hari2 kan. Survey punya survey, budget punya budget, kira punya kira, akhirnya aku dapat jugak pilih hotel yang sesuai untuk kami bertiga dan dekat dengan train station. Harga pun boleh la tahan. Nak murah sangat memang tak jumpa la. Yang mahal memang berlambak la. So aku pilih yang ikut budget aku. Bagi yang ada plan nak ke Jepun nanti bole tgk google hotel mystays. Memang dia ada banyak rangkaian hotel di seluruh jepun.



Selain dari tu, sebelum pergi memang kena jugak buat preparation untuk pakai. Since aku pergi masa musim auturm, suhu sana agak sejuk. ada yang kata siang mencecah 16' dan malam 0'. Makanya kena la ready baju2 yang sesuai, paling penting untuk fateh. Takut dia meragam kesejukan pulak. Baju dia kebanyakannya aku beli baru sebab nak yang tebal dan sesuai untuk suhu sejuk. Aku prepare jugak baju heat tech beli dekat uniqlo, in case kalau sejuk sangat aku sarung extra. Winter coat pun siap bawak dua. Untuk mama papa fateh, kitorang tak kesah sangat. Bawak je la baju yang ada, paling2 kalau takde pun, beli bundle je kat jepun nanti.

Kebetulan bulan september baru ni ada buat Matta Fair, aku pun memang ada plan nak cari pakej 1day trip ke Gunung Fuji. Survey punya survey dapat la satu pakej, RM430 untuk ke 3 tempat, lake kawaguchiko, 5th station, hakone dan gotemba premium outlet. Pakej ni termasuk makanan jugak. Transport naik bas je.

Day 1 (Ueno, Akihabara)

Maka bermula la trip kami. Flight pergi ke Jepun jam 1050 malam. Sampai di Jepun jam 7 pagi. Sampai saja, dah lepas imigresen dan kastam, kami terus cari train station. Aku pilih untuk naik Keisei Skyliner, kira train laju la. Dari airport ke tokyo ambil masa 40 minit je. Kalau naik train yang mainline ni mau lebih 1 jam baru sampai. TIket boleh beli online, boleh jugak beli dekat kaunter. Kalau beli online dapat diskaun, kalau beli pergi balik lagi banyak diskaun. Station berhenti di tokyo ada 2, sama ada di ueno atau nippori.  Aku pilih ueno sebab plannya nak berjalan2 sekitar ueno dulu. Harga tiket one way kalau beli online adalah 2200 yen. Sila layari laman web keisei skyliner untuk pembelian tiket ye.

Bila sampai di ueno, kami plan untuk ke hotel terus untuk simpan beg. Tak kan nak jalan hangkut beg berbondong2 ni kan. Lagipun boleh check in jam 3 petang, kami sampai ueno jam 9 pagi. Lama lagi tu nak tunggu. Tapi kebiasaannya hotel memang benarkan customernya untuk drop barang macam tu. So boleh la kita berjalan2 dengan tenang. Atau option lain, korang boleh simpan beg dekat locker yang boleh di dapati di mana2 train station. Itu la yg aku buat masa check out. Check out pukul 10 pagi, flight balik malam jam 10 malam. So kami simpan semua luggage kami dekat station ueno. Untuk 1 locker paling besar kosnya adalah 600 yen.

Dah settle simpan beg, kami naik train ke ueno semula. Lupa nak bagitau, transport kami sepanjang di tokyo hanyalah menaiki train. Untuk mudahkan urusan, boleh la beli suica kad, ala2 touch and go dekat malaysia ni. Aku beli siap topup 4000 yen terus. dekat ueno kami hanya jalan2 cuci mata. baru nak familiar dengan tokyo kan. tengok perangai orang jepun, nak study sistem train, nak belajar guna google map. Seriously, google map adalah teman setia aku sepanjang di tokyo. Sebab tu penting ada internet tiap masa. Aku memang dah siap2 sewa pocket wifi dari HIS Malaysia. Boleh dapatkan di pejabat HIS dekat velocity mall, cheras atau di bukit bintang dengan kos sebanyak RM15 sehari. Line memang laju, tpi make sure bawak power bank ye. Menjelang petang, bateri wifi pun dah habis.  Sambung cerita dekat ueno, dekat kawasan ni ada park zoo (tapi aku tak pergi pun) cuma jalan2 di sekitar ameyoko street. kat sini tempat2 jualan la, boleh la nak cuci mata dan poket. Settle situ, kami terus ke akihabara. Akihabara ni sesuai kalau nak cari barang elektronik ke (tapi jarang la orang malaysia beli sebab kapasiti barang elektrik dkt jepun tak sama dengan malaysia), jam, camera ke. Dekat jepun biasanya orang akan beli jam gshock atau babyg. Katanya murah berbanding di Malaysia. Tapi aku tak leh nak sahkan la sebab aku bukan minat jam baby g pun. Tapi walaupun tak minat, sangkut jugak la sebiji jam..hahaha. Settle akihabara, kami pun balik ke hotel untuk rehat. Memang nak rehat awal sebab esoknya kami nak ke disneyland, banyak nak guna tenaga kan, so better rehat dulu.





Day 2 (Disneyland)

Bagi yang minat nak masuk themepark terutama yang bawak anak kecik macam aku, memang sesuai sangat pergi Disneyland ni. Dekat tokyo sendiri ada 2 themepark yang besar iaitu disneyland dan disneysea. Bagi yang dewasa, disneysea lebih sesuai. Tiket masuk boleh beli online, beli di kaunter atau beli dengan agen. Aku mulanya nak beli online, tapi kebetulan pulak website disneyland tengah buat maintenance, so aku decide untuk beli di kaunter saja. Jadi pagi2 lagi aku dah bertolak ke disneyland. Kebiasaanya disneyland buka jam 9 pagi, tapi hari yang aku pergi buka jam 10 pagi. untuk lebih jelas, boleh buka website disneyland untuk dapatkan maklumat.

Bila sampai saja memang terkejut tengok barisan manusia. Dah macam lautan manusia. Ingatkan diorang nak beli tiket, rupanya tunggu disneyland bukak. belum pukul 10 penuh dah manusia beratur. Tapi once bukak, cepat je clear. Takde masalah pun bagi aku. Nak beli tiket over the counter pun takde hal. Mudah saja. Harga tiket untuk dewasa adalah 7400 yen. Untuk fateh yang bawah 4 tahun ni free je. Bagi yang nak naik certain attraction dan malas nak beratur panjang, boleh cepat2 ke game yang korang nak tuju tu dan dapatkan fass past. Nanti dia akan bagi masa dan korang just datang tak perlu beratur. Aku tak la sampai nak amik fass past tu, rasa macam nak relax2 je, main boleh tak main pun boleh. Yang lebih nye nak bawak fateh jalan2.

Alhamdulillah, hampir 7 games jugak la aku boleh main, kebetulan pergi hari rabu, so tak berapa ramai orang. paling lama beratur pun dalam 30 minit. Ada games yang tak payah beratur pun, terus boleh naik. Itu la untung pergi weekdays. kalau pergi weekend memang tak dapat la. Dan bila di sana nanti kena alert bila dia nak buat parade. Parade ni tiap2 hari pun ada. Kalau korang perasan orang2 jepun dah start bentang tikar tengah jalan tu, ready je la. dalam masa terdekat tu dia nak buat parade la. Tapi kalau yang tak nak tengok parade, ni la masa yang paling sesuai kalau korang nak kejar main games. Masa ni orang tak sibuk nak beratur lagi.

Bab makan dicadangkan korang bawak la makanan siap2. Dekat disneyland mmg susah la nak makanan halal. Paling2 pun boleh makan popcorn atau churos. Takde la kenyang sangat. Sapa yang wajib makan nasik tu, aku suggest bawak bento siap2. Atau kalau korang confident, boleh makan seafood pizza dekat Captain's Hook Gallery.










Day 3 (Meiji Jingu, Shibuya, Harajuku)

Hari ketiga kami lebih santai sebab dah penat seharian dekat disneyland. Pukul 9 baru kami bergerak dari hotel. First kami singgah 7 eleven untuk beli tuna onigiri. Bekal untuk breakfast. Then kami terus ke Meiji Jingu. Kawasan ni sangat cantik kalau musim auturm sebab pokok2nya yang merimbun. Tapi malangnya masa kami pergi, pokok masih hijau..sedih..huhu. Sebelum masuk meiji jingu, depan tu ada tempat untuk duduk2, so boleh la breakfast dulu dekat situ sebab dalam kawasan meiji jingu tak boleh makan ye.

Dekat sini kami cuci mata je tengok pemandangan. Settle je kami terus ke Shibuya. Nak tengok zebra croosing terbesar di dunia katanya. memang sungguh la ramai manusia. Singgah pulak dekat bic camera, usaha2 jam gshock. Kat sini la aku sangkut sepasang..haha. Untuk makluman, sebagai tourist kita boleh dapat 8% tax examption. Dan kalau bayar guna visa, dapat lagi 5%. Sila la ambil kesempatan shopping ye. Settle berjalan area shibuya, kami ke harajuku. Dekat sini ada takeshita street. Kawasan ni pun tempat shopping. Aku singgah daiso tengok apa2 yang unik dekat jepun. Harusla aku cari barang2 hello kitty. Dapat la beberapa hasil tangkapan. Dekat sini juga ada makanan halal. Korang install la apps Halal Navi, boleh la search makanan halal di sekitarnya.

Selesai cuci mata, kami balik semula ke ueno sebab encik laki nak sangat makan dekat Yakiniku Panga. Makan wagyu panggang. Perghhhh, memang sedap. Cair dimulut bila makan. Korang wajib tau makan sini. Lokasi memang agak jauh dari train station. Station terdekat adalah dekat Okichimachi. Berjalan kaki ada jugak la dalam 15minit. Maka bertabah la. Fikir positif je la, boleh sihatkan badan..haha. Selesai makan, kami pun balik ke hotel.







Day 4 (Odaiba)

Trip hari ni khas untuk en suami sebabnya tujuan utama kami adalah nak tengok gundam. Lokasinya dekat Odaiba. Ada beberapa cara nak ke Odaiba. Boleh naik train. Kami pilih untuk naik water bus (ni pun en laki yang request nak naik). Nak naik water bus ni bermula dari Sumida River. Station train terdekat adalah Asakusa (Subway) Water bus ni ada beberapa jenis dengan fare yang berbeza. boleh la usaha Website untuk tengok jenis2 water bus yang ada. Aku pilih waterbus HIMIKO. Ala2 futuristik gitu. Perjalanan ke Odaiba lebih kurang 50 minit. Dah duduk dalam tu tak rasa lama pun, seronok tengok pemandangan luar.

Sampai odaiba kami terus ke Divercity Mall. Sebab nya sini la pusat Gundam. Depan mall je dah ada gundam besar. Kat sini je dah habis masa dekat setengah jam sebab nak tangkap gambar. Tapi tak boleh lama sangat kat luar, sejuk sangattt. Odaiba ni adalah pulau, dikelilingi laut, jadi angin laut selalu bertiup. Sejukkkk yakmat laaa.

Masuk dalam Mall, en laki terus cari kedai gundam dia. Memang bermacam2 jenis gundam ada. Kelabu mata aku tengok. Dari tak berapa minat pun, aku beli jugak satu. Nak merasa pasang sendiri..haha. Tak tau la jadi apa nanti gundam aku..haha. Kalau nak cari makanan halal, ada satu kedai dalam mall ni. Aku pilih makan soba. Tapi tak kena la kat tekak aku. Janji la untuk isi perut. Bila balik kami naik train saja. Balik awal jugak sebabnya esok kami nak ke mount fuji. Pukul 8 pagi bus dah nak gerak. So kena berehat lebih awal. Biasala kan, trip dengan anak kecil, kena jaga mood dia jugak.






Day 5 (Kawaguchiko Lake, Mt Fuji 5th Station, Gotemba Premium Outlet)

Trip hari ni kami ikut pakej. Pakej dah beli siap2 dekat Malaysia under HIS. Pakej termasuk pengangkutan dan makan tengah hari. Tempat berkumpul adalah di Shinjuku jam 745 pagi. Bas bergerak pukul 8 pagi. KEbetulan masa kami pergi, tengah peak auturm di Mt Fuji, bukan tourist je nak pergi, orang jepun sendiri nak pergi, makanyaaaa, jem la highway..arghhh..perjalanan yang sepatutnya hanya 2 jam jadi 4 jam. Memang behind the schedule la. Tambah pulak regulation dekat Japan, pemandu bas wajib berhenti dekat RnR setiap 2 jam dab berehat untuk 15minit. Dah la nak masuk dalam RnR pun makan setengah jam sebab terlalu sesak. Bertambah lambat la kami nak sampai.

1st destination adalah ke lake kawaguchiko. Mashallah, cantiknya pemandangan auturm. memang sejuk saja mata memandang. Kat sini kami berenti untuk makan. Aku request vegetarian meals. Tak confident nak makan ayam ke daging ke. Lepas tu banyak masa aku spend untuk tangkap gambar. Kagum sungguh dengan ciptaan Allah.

Then kami ke 5th station. Alhamdullillah cantik sungguh. Kebetulan rezeki kami dapat tengok puncak fuji dengan clearnya. Boleh nampak snow cap. Tapi sujuknya Mashallah la. Beku jari ku. Fateh pun tak tahan sejuk. Meragam jugak la dia. Nasib ada survenior shop tempat untuk berteduh, suam la sikit rasa.

Last kami ke Gotemba Premium Outlet. Kat sni tujuannya memang untuk shopping la kan. Tapi tak dpat nak shopping sangat sebab kami ni mengejar masa. Tourist guide bagi masa 1 jam je untuk shopping, mana la sempat. Hakak ni kalau shopping bagi 1 hari pun tak cukup. Takpe la, balik malaysia nanti pergi la JPO shopping kat sana..haha







Day 6 (Akihabara, Nippori)

Hari terakhir kami di tokyo. Perancangan asal kami nak ke Tokyo tower, tapi memikirkan ada banyak benda nak beli untuk bawak balik ke Malaysia. Yen pun banyak lagi ni, macam tak luak pulak. So kami check out dan kami decide nak ke akihabara semula. Masa 1st day kami dah ke akihabara, tapi kami hanya ke Yodabashi. Kami simpan beg dekat locker di station Ueno. Then terus naik train ke akihabara. Kali ni kami nak ke Laox dan Bic Camera. Sambil2 tu jalan2 cuci mata. Husband memang suka la datang sini sebab banyak anime figura. Dekat laox pula ada satu section jual barang2 halal tau. So kalau nak shopping dengan yakin, boleh la singgah sini ye. Ruang untuk solat pun ada. Sebelum kami bergerak ke next destination, kami singgah makan dlu. Ada 1 restoren halal, Coco Ichiba dekat akihabara. Merasa la kami makan curry jepun. Sedap. Tapi portion agak besar la. Kekenyangan aku.

Next kami ke Nippori. Dekat sini syurga untuk kaum wanita. Ada apa kat sini? Semestinya la kain..hahaha. Tips untuk ke sini, jangan pergi hari ahad. Kedai tutup weh. Masa aku pergi ni memang hari ahad. Ada beberapa kedai je bukak. Tapi dah alang2 sampai, aku pejam mata, beli jugak la kain. Sebab pejam mata tu la, 7 pasang kain aku beli...hahaha. Kain yang dijual kebanyakkan nye adalah cotton. Corak memang berasaskan jepun, tapi memang cantik. Sekali sekala tukar la selera kan. Takkan nak pakai jakel je.

Selesai shopping kami terus amik train ke airport. Uruskan semua check in beg dan sambung shopping coklat dekat airport. Dekat airport memang banyak coklat boleh beli, survey siap2 ye coklat apa yang halal untuk dibeli. Harga memang double la berbanding beli diluar, tapi lebih murah berbanding beli di Malaysia.

Maka berakhirla trip kami ke tokyo. Insyallah ada rezeki aku nak repeat lagi. Next mungkin boleh pergi ke Osaka atau Hokaido. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Amin

Nota kaki:

Kos makan dikedai di tokyo sebenarnya agak mahal. Sekitar 800 - 1500 yen seorang untuk sekali makan. Anggaran duit malaysia RM30 - RM60. Nak jimat boleh beli onigiri perasa tuna harga dalam 150yen. Onigiri tuna yang halal boleh beli dekat 7 eleven dan family mart.

Untuk anggaran budget aku list kan macam di bawah ye. Tukaran ketika aku pergi adalah 1000 yen = RM37

Flight (Kul - Narita) - RM1600 seorang
Hotel (Flexstay Inn Higashi Jujo - RM270 semalam (average) harga tak sama ye setiap hari. boleh mencecah RM400 semalam juga
Pocket Wifi - RM15 sehari
Airport Transfer (Keisei Skyliner) - 4400 yen return (harga berbeza bila beli over the counter dan online)
Transportation Train (Suica Card) - 5000 yen seorang
Pakej Mt Fuji - RM430 seorang (nak jimat naik public transport, boleh jimat half dari kos ni)
Tiket disneyland - 7400 yen adult (6400 yen age 12-17, 4800 yen age 4-11)
Insurans etiqa online - RM120 sekeluarga
Kos Makan (sebabkan kami berdua kuat makan) - kami budget RM700 seorang sehari..hahaha
Shopping - ikut poket korang la. takkan tu pun nak bagitau..ahaks

Kalau ada input yang tak cukup dan korang nak pencerahan, comment saja ye. Insyallah saya akan membantu. Dengan itu, Arigato gosaimas.