My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday 30 December 2015

Bye Bye 2015

Alhamdulillah. 2015 bakal melabuhkan tirainya. Mari kita singkap apa yang dah terjadi sepanjang 2015 ni...jom..

January 2015

 

 100 Plus Outrunner. Larian pembuka tirai 2015.

 February 2015

 

 Cuti-cuti Jemah ke USS, Singapore


KL City Day Run

March 2015

 
Mengayatkan diri di FRIM

 

Men's Health Women's Health Night Run

 

My first Half Marathon - Bukit Jalil Marathon

April 2015

 

3R International Marathon

May 2015

 

Alhamdulillah, berjaya mendaki gunung tertinggi di Malaysia

July 2015

 
Cuti Mak Jemah ke Pulau Perhentian

 

Bermulanya episod sakit lutut

August 2015

 
Cuti mak jemah ke Genting Highland

 

Berjaya dapatkan lesen diving

September 2015

Percutian Mak Jemah ke Kuching, Sarawak

Oktober 2015

 
Bermulanya episod TTC di LPPKN

November 2015

 Jalan-jalan Mak jemah ke Farm in The City

 
Percutian mak jemah ke Krabi

Disember 2015

 

TTC - HSG di Hospital Tawakal

 

Jalan-jalan mak jemah ke Kuala Selangor

Sesungguhnya masa yang berlalu itu, akan terus berlalu. Tetapi memorinya akan terus kekal dalam ingatan dan hati aku. 2015 mengajar aku erti bersyukur, menghargai sebuah persahabatan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. 2015 telah mencabar diri aku untuk melakukan perkara diluar imaginasi aku sendiri dan menjadi aku yakin pada diri sendiri dan juga yakin dengan perancangan Allah. Semoga segala yang aku lakukan diberkati Allah dan 2016 yang bakal menjelma akan aku harungi dengan semangat dan keazaman yang lebih baik. Insyallah.

Monday 28 December 2015

Aku dan TTC - Ambil Darah CD21

Alhamdulillah, stage untuk ambil darah pada CD21 pun dah selesai. Sebenarnya aku ambil darah ni masa aku CD23 sebab CD21 jatuh hari sabtu. Tapi nurse kata takpe, then ok la. Yang jadi apa, kalau cycle period kau pendek, maksudnya CD ke 23 kau dah period balik, kalau macam tu tak boleh. Ni nurse yang cakap ye, bukan aku. Procedure sama saja masa ambil darah CD2. Kali ni bayaran sebanyak RM20. Next aku kena tunggu period seterusnya, then call untuk buat appointment berjumpa doktor. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Short Vacation di Kuala Selangor

Sempena cuti panjang masa krismas, mak aku dah request siap2 nak pergi Kuala Selangor. Katanya kesian kat adik aku tak pergi mana cuti sekolah ni. Bila bincang dengan encik suami, mulanya kata nak ikut, last minit tukar plan, dia tak nak ikut sebab kerja banyak sangat. Lagipun, dia nak alone time tanpa aku (ceh...halau bini nampak).

Makanya, aku dengan mak dan adik aku pun bergerak la ke Kuala Selangor. Perjalanan dari KL ke Kuala Selangor tak lah jauh mana. Hanya 1 jam lebih menggunakan lebuhraya LATAR. Sampai saja di Kuala Selangor kami terus menuju ke Taman Alam Kuala Selangor. Ramai jugak orang untuk kawasan yang tak begitu popular  ni. Sampai2 kami terus menuju ke kaunter tiket. Ingatkan tiket apa, rupanya tiket naik trem.



Harga tiket dalam RM5 seorang, jadi kami terus beli. Trem ni akan berjalan dari Taman Alam membawa ke Bukit Melawati. Jadi kami terus ke Bukit Melawati. Kebetulan masa kami datang, orang nak solat Jumaat. Maka muzium dekat Bukit Melawati tu ditutup. Jadi kami hanya berjalan dan tengok pemandangan saja la di atas bukit tu. Kat atas bukit Melawati ada banyak monyet dan lotong. Hati2 la. Sebab monyet2 di situ memang berani nak dekat dengan kau. Aku dan mak aku hampir diserang masa nak masuk toilet. Aku yang nak terkencing pun, tangguhkan niat dulu. Kena terkam dengan monyet masa kencing tak pasal pulak aku. Tak memasai masuk paper plak.

Kemudian, kami naik semula trem untuk turun ke Taman Alam. Dekat taman Alam ada Taman Ikan Air Tawar. Pusing-pusing sikit, aku dah boring. Serius cakap, tolong la Majlis Daerah or sapa2 la yang jaga Kuala Selangor, tolong la jaga kawasan korang ni. Nampak sangat tak maintain. Dengan semaknya, kawasan yang kotor, memang sedih. Macam mana nak jadikan Kuala Selangor ni tempat pelancongan, tempat2 basic macam toilet, surau pun korang tak boleh cuci. Apatah lagi akuariumnya. Sampai ikan pun dah tak nampak. For me, Kuala Selongar memang bukan tempat korang nak bercuti la..selagi tak ada tindakan pembaikan dibuat.



Lepas settle berjalan2, kami terus cari hotel. Tengok, trip ni memang aku panggil trip redah. Aku cuma pesan kat mak aku, bawak je baju siap2. Kalau ada hotel, kita tidur. Kalau xde, kita balik je. Alhamdulillah, ada hotel yang kosong. Tapi tak heran la kan, ramai ke nak datang Kuala Selangor? Dengan tempat yang tak berjaga ni?


Tapi untuk hotel ni, Nora bagi berbintang-bintang sebanyak kelip kelip yang ada kat Kuala Selangor. Nama hotel ni Sealion (Firefly concept Hotel). Ingatkan apa yang firefly concept nye, kapal terbang firefly ke?hahaha...rupa-rupanya....



syok betul weh, dekat bumbung bilik hotel, dia letak lampu macam kelip kelip. dan lampu ni berkelip kelip la ye. Jadi bila tidur, kau akan rasa seperti ditemani encik kelip kelip. I like gitew.

Selepas berehat sekejap, petangnya kami pun bergerak nak makan seafood. Orang kata kedai Aroma Ikan Bakar tempat yang paling sedap kat Kuala Selangor ni. Jadi mari kita kasi teray. Dalam perjalanan kami singgah dulu pekena Mee Udang Banjir. Rasanya.....so so..tak sedap sangat la.



Sampai saja di Aroma Ikan Bakar, mak ai..semua meja penuh terutama yang mengadap laut. Ada meja mengadap laut yang menggunakan konsep bamboo. Tapi kena tambah duit ye dalam RM10 - RM20. Memang teringin nak makan dekat situ, malangnya dah penuh. Masalahnya aku datang dalam pukul 6 kot. Pukul berapa orang2 ni datang weh.

Disebabkan perut kitorang masih kenyang makan mee udang tadi (makan 1 mangkuk kongsi bertiga je pun), kami layan sunset dulu. 



Settle semua, terus cari meja. Memang dapat meja bukan ngadap laut la, ngadap jalan. Tak kesah la. Lepas dapatkan meja baru boleh pergi pilih makanan. Nak pilih makanan kena beratur pulak. Ok, konsepnye, pilih bahan2 mentah, bagitau nak masak apa, then bagi no meja. Kalau dah order, tak boleh tukar meja dah. Harap mahap. Tu pesanan owner kedai.


Tunggu punya tunggu, agak lambat jugak la service dia, Akhirnya sampai. Rasa macam mana? Ermmm...malas la cakap. Buat sedih je. Nasi pun aku makan secubit je sebab keras. Terus aku rasa sangat merindui makanan seafood dekat Sarawak. Kat Sarawak pun aku makan sampai nak menangis, tapi bukan menangis sedih, menangis sedap sangat. Teringat2 aku dekat ikan masak merah campur mangga...perghhhh...nangis.




Selesai makan, kami terus ke Kampung Kuantan. Dah kenapa sampai kuantan. Idak le, Kampung Kuantan di Kuala Selangor jugak. Kat sini kami nak tengok kelip kelip yang famous dekat Kuala Selangor ni. Beratur agak panjang jugak la. Satu bot bayarannya RM50 dan boleh naik 4 orang saja. Aku punya semangat la beratur. Sampai je turn kitorang...hujaaannnn...Nangis lagi. Tapi kami naik jugak la sebab hujan tak lebat mana. Tapi yang tak best nye, kelip kelip pun ramai la yang menyorok. Dapat la tengok 2 3 ekor kelip kelip. Nampaknya nasib kami memang tak berapa cun la untuk trip kali ni.




Selepas kecewa tak dapat layan kelip kelip, kami pun pulang ke hotel dan layan kelip kelip dalam bilik je la...

Esok pagi2, lepas saja check out dan breakfast, kami terus ke Pasar Basah Pasir Penambang. Kalau dah sampai Kuala Selangor, rugi la tak beli makanan laut fresh kan. Memang ikan, udang, ketam semua nampak fresh, tapi dari segi harga, tak murah la..lebih kurang harga di KL je. Nak murah pegi sabah la weh..





Akhirnya, selepas puas bershopping, kami pun pulang ke rumah manisku. Maka berakhirla percutian singkat kami di Kuala Selangor. Bagi yang tak pernah pergi, boleh la nak merasa pergi. Tapi sebab aku dah pernah pergi ni, tak mau dah pergi lagi...daaa

p.s: Balik rumah masak butter prawn hasil tangkapan kat pasar tadi. Ternyata masakan aku lagi sedap dari kedai makan kat Kuala Selangor tu. Nyum nyum...nak order meh datang rumah..hihi

Thursday 17 December 2015

HSG di Hospital Tawakal

Akhirnya setelah 3 tahun aku berTTC, baru ni aku berjaya buat HSG. Sepatutnya masa aku jumpa doktor Adilah (Hospital Pantai) masa tahun 2014, aku dah kena buat HSG. Nak jadi cerita, aku mengandung dan terus tak jadi nak buat HSG. Lepas je keguguran sepatutnya aku kena buat balik la HSG tu. Tapi dengan borang HSG nya hilang, mood nk berTTC pun hilang, akhirnya aku postpone dulu hasrat nak buat HSG.

Bila sekarang aku dah refer dengan LPPKN, maka kena la lalu procedure HSG. Dalam hati memang dah risau je la, mana tau tiub falopio aku ni tersumbat. Kemungkinan tu ada sebab masa aku pregnant hari tu pun, aku di suspect mengandung luar rahim. Jadi untuk menentukan keadaan sebenar2 nya, memang kena buat HSG.

Setelah buat appointment pada hari pertama period, aku dapat tarikh HSG pada 17 Disember 2015. LPPKN memang nak aku buat HSG dekat Hospital Tawakal. Dan disebabkan itu la aku tertangguh nak HSG untuk 1 cycle sebab masa first cycle, appointment di Hospital Tawakal dah penuh.

Pada hari kejadian, aku mintak tolong mak aku temankan. Malas nak kacau encik suami sebab dia susah nak cuti. Lagipun mak aku dah pencen, sentiasa senang nak ajak ke mana. Appoinment pukul 1030, tapi 945 aku dah sampai hospital. Masa aku sampai tu, orang yang appoinmt pukul 10 pun baru sampai..hihi.

Bagi borang yang LPPKN kasi, register di kaunter Imaging Department (lokasi nya di tingkat bawah Hospital Tawakal ye, bagi yang nak pergi nanti). Jadi aku hanya menunggu nama di panggil. Lama juga tunggu, dalam pukul 11 baru sampai turn aku.

Sebelum masuk dalam xray room, pegawai radiology tu explain semua procedure untuk proses HSG, siap bagi tahu tahap sakit lagi...risau sungguh aku. Melalui pembacaan aku, ramai blogger kata rasa sakit macam period pain. Aku cuba la nak menyelami perasaan tu sebab aku ni memang jarang nak kena period pain, near to zero.

Masuk saja, tukar baju yang disediakan, hanya boleh pakai baju dalam dan tudung, kemudian baring atas meja xray. Dia akan tangkap gambar xray sebelum procedure HSG dulu. Then tunggu pulak doktor datang. Nama doktor nya, Dr. Fatimah. Interview aku sikit, kahwin dah berapa lama, dulu gugur ada buat DNC tak, period ok tak. Then continue kepada procedure HSG. Sedia maklum la apa kena buat kan (segan nak cerita). Tapi rasanya, perghhh, sakit weh. Aku ni kiranya tahan sakit jugak la, tapi ni memang sakit weh. DNC dulu pun tak sakit macam ni. Tapi macam biasa la, jangan keraskan badan, aku  cuba relax, selawat banyak. Aku kalau buat procedure kat bahagian bawah2 tu, aku cuba tarik nafas pelan2, hembus pelan. Cuba lembutkan badan sehabis baik.

Lepas dia masukkan dye dalam rahim aku, then boleh nampak dari screen, tiub falopio aku. Kanan dan kiri. Doktor kata, tiub aku ok. Alhamdulillah, lega seleganya. Tapi apa2 pun, masih kena bawak result ke LPPKN dan tunggu apa penerangan doktor nanti.

Selesai dia keluarkan alat2 dari badan aku. Aku kena baring lagi dalam 30 minit untuk tangkap gambar lagi sekali. Selesai semua, radiologist tu ada bagi pad untuk pakai, takut2 ada darah. Ada toilet dalam bilik tu untuk kau cuci apa yang patut. Memang keluar darah masa buang air, tapi lepas tu, tak ada darah dah.

Selesai tunggu diluar untuk dapatkan gambar xray dan buat bayaran. Total untuk HSG ni macam resit kat bawah ni ye.


Pesanan untuk yang bakal buat HSG, jangan takut. Memang sakit tapi kalau itu la kau kena buat untuk pastikan kau sihat. Tahan je la. Banyak2kan berselawat dan just relax. Good Luck semua bakal2 mommies.

Sunday 6 December 2015

TTC Dengan LPPKN - Ambil Darah CD2

Kalau korang ada baca post sebelum ni, alaaa, masa aku period tapi appointment HSG penuh tu.

Sekarang ni aku menunggu period seterusnya muncul. Hingga ke tarikh hari ni (4/12/15)....nan hado...dah CD37 ni weh. Pregnant pun tak, period pun tak. Masa aku nak buat treatment ni la macam2 dugaan. Jadi, aku masih menunggu kemunculan period untuk bersiap sedia nak buat appointment dengan hospital tawakal. Akan ku sambut dirimu dengan paluan kompang bila kau muncul nanti.

6/12/15 - Akhirnya period yang ditunggu2 telah tiba. Period ni datang memang cantik dengan masanya. Hari Ahad first day period aku, so isnin aku terus ke LPPKN untuk ambil darah.
Pukul 830 pagi aku dah sampai dekat LPPKN. Kali ni aku parking dekat Medan MARA sebab parking lagi murah. Kalau parking dekat LPPKN mau jadi berbelas ringgit sebab parking dia tumpang dengan Quality Hotel.

Sampai saja di klinik, ambil no giliran dan tunggu nurse panggil. Dekat 1 jam jugak la aku tunggu. Memang nampak ada ramai patient. Selepas ambil darah, nurse terus bagi date untuk jumpa pada CD21. Tapi kebetulan CD21 aku jatuh hari sabtu. Jadi nurse tukar aku ambil darah pada CD23.

Selesai ambil darah, tunggu untuk bayaran pulak. Total bayaran adalah RM73.
Pukul 9, dah settle urusan aku di LPPKN, aku terus ke Medan MARA, cari breakfast. Sambil2 tu, aku terus call Hospital Tawakal untuk buat appointment HSG. Alhamdulillah, dapat tarikh 17 Disember (CD12). HSG perlu dibuat antara CD9 - CD14.

Ok, next entry aku update pasal HSG pulak. Sebelum tu, doakan aku selamat. Amin