My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday 28 November 2016

My Nine Months Journey - Booking FPP Putrajaya

Alhamdulillah, minggu ni kandungan aku dah mencecah 15minggu, lagi seminggu dah masuk 4 bulan la. Alhamdulillh mama dan baby sihat. Mama je banyak test nak kena buat. Seawal 15 minggu ni, aku kena minum air gula. Merasa la pengalaman yang selalu orang ceritakan. Macam ne susahnya nak menelan air gula..huhu. Sesukar mana pun, berjaya jugak aku hadap air gula tu. Kembang tekak oooo.

Ok, habis cerita bab check up. Cerita utama sebenarnya nak cerita pasal Full Paying Patient (FPP) Putrajaya. Ye la, bila dah mengandung ni, mesti nak kena fikir pasal beranak jugak. Baru2 ni, adik ipar aku bersalin. Dia pilih bersalin dekat hospital swasta dekat Kg Baru. Bayaran pun berpatutan la dalam 3k untuk bersalin normal. Bila tengok dia bersalin kt situ, aku rasa syok la pulak. Semua benda diuruskan. Bawak badan je. Barang2 baby pun hospital provide.

Makanya aku pun berangan la nak jugak bersalin hospital swasta. Selain dari kemudahan, benda yang paling aku pentingkan, adalah teman aku kat hospital. Kalau hospital kerajaan memang kita kena tinggal sorang, jaga anak pun sorang2. Kalau private, tak kesah berapa umat kau nak bawak teman sekali. Dan ni plak first experience nak beranak, takut pulak aku nak handle baby sorang2. So option terbaik aku adalah bersalin di private hospital.

Cerita tak habis lagi ni. Selepas fikir punya fikir, survey punya survey, ukur dompet dipoket sendiri, aku terpaksa reconsider balik pilihan aku. Setakat bersalin normal dekat private hospital, Insyallah aku boleh korek jugak tabung. Tapi memikirkan risiko yang aku tak tau, kot2 la kena cser ke, ada complication ke, mau habis lebih dari 10k. Baik la aku guna duit tu untuk belanja barang2 anak aku nanti.

Maka aku decide untuk bersalin je dekat hospital kerajaan. Hospital terdekat dengan aku harus la Putrajaya. Nasib baik la Hospital Putrajaya satu skim dipanggil FPP. Maksudnya kau bayar full semua perkhidmatan yang kau dapat dan dapat kemudahan seperti private hospital. Yang syoknya, bayaran tu tak la semahal private. Lebih kurang half gitu.

Bila tanya pengalaman kawan2 dan baca blog orang yang pernah bersalin kat situ, ada yang ok, ada yang tak. Bergantung pada rezeki masing2. Aku ni bukan la cerewet sangat, janji semuanya selamat aku pun dah bersyukur dah. Doa2 saja la aku akan dapat service dan layanan yang baik.

Kawan2 aku suruh cepat2 book FPP ni sebab dengarnya selalu fully book. But still, bergantung pada rezeki, kawan aku 2 orang anak bersalin under FPP, kandungan dah 6 dan 7 bulan baru book. Ada pulak kosong. Kawan aku yang sorang lagi, masa kandungan 4 bulan, nak book dah penuh pulak. Apa2 pun, rezeki kita hanya Allah yang tahu.

Jadi bagi mengelakkan fully book. Aku terus call FPP untuk book. Procedure nya, mula2 kau call dlu FPP (03-83124316) dan cakap kau nak book. Nanti dia akan mintak details kau, bila EDD, umur kandungan, ada sejarah penyakit tak. Then dia akan tanya kau nak doktor mana. Dr perempuan hanya ada seorang. Dr. Hamidah. 2 lagi doktor lelaki. Aku request dr hamidah. Tapi kalau dr hamidah tak available, aku kata mana2 dr pun takpe lah.

Selepas dia amik details kau, maklumat tu semua akan diberi pada staff under dr Hamidah. Makanya, kalau semua ok, PIC akan call aku semula untuk confirmkan booking aku. Aku sangkakan, esok or lusa la kot orang ni akan call aku. Rupa2nya, dalam 2 jam dah call balik. Sebelum angkat phone, aku dah selawat berdoa macam2 dah. Dapat la aku dgn dr hamidah. Alhamdulillah, Dr Hamidah free. Ya Allah, happynya.

Then staff tu akan explain tentang semua fee yang aku kena bayar. First appoinment aku dgn dr hamidah adalah pada bulan ke 7. Date akan diberikan kemudian. Buat masa ni, selesai la satu masalah aku, takyah dah serabut nak bersalin kat mana.

Aku berdoa banyak2 semoga semuanya dipermudahkan bagi aku. Dah harapan terbesar aku adalah untuk bersalin normal dan nak kurangkan jahitan. Untuk dapatkan misi tu, makanya aku kena la usaha lebih. Selebihnya, biar Allah yang tentukan.

Dengan itu, bye semua.


Tuesday 15 November 2016

My Nine Months Journey - Week 13

Week 13
Update terkini perkembangan, baby sihat walafiat. Tapi maknya yang banyak masalah. Tapi kawan2 aku kata tu benda biasa. Bila buat check up dekat KK, macam2 test kena buat. Compare dengan klinik dr hamid, dr hanya scan baby je. Bila dekat KK, dah buat test, HB aku low la, ada gula dalam air kencing la. Masalah2 ni sebenarnya kena jaga pemakanan. Untuk dapatkan HB yang cantik, kena banyak makan sayur2 hijau, makan kekacang. Tapi kita kan makan ikut mana dan je. Kalau masa tu ada sayur kita makan la. Kalau duduk rumah senang, boleh masak, tapi kalau dah tiap masa kat ofis, apa yang terjual je la boleh makan. Sekarang aku cuma boleh bawak bekalan buah2 je la ke ofis. Nak masak lauk pauk, tersangat rajin pulak. Untuk kandungan gula tu pulak, kena kurangkan la manis2. Walaupun aku dah kurangkan minuman manis, masih macam tu jugak bacaannya. Tapi kena ingat jugak, dalam nasi, buah, roti pun ada gula. So, pandai2 la control portion makanan. Takpe la, apa yang penting baby sihat. Dapat dengar heart beat dia pun aku dah cukup lega. Semoga baby membesar dengan sihat.

Our 5th Anniversary

Alhamdulillah, tanggal 11 November 2016, kami berjaya mengharungi 5 tahun hidup sebagai suami isteri. Siapa yang dah berkahwin, pasti tahu asam garam dalam hidup berumah tangga. Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..haha..drama sangat.

Tapi Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun berkahwin, tak pernah lagi la kami bergaduh besar. Gaduh2 manja tu selalu la, pujuk2 sikit dah baik. Tapi bergaduh, tak bertegur 2 3 hari tu memang tak pernah. Antara faktornya adalah sebab en suami seorang yang sangat2 la penyabar. Biasa la perempuan kan, mana ada yang tak banyak membebel, banyak songeh, kuat melawan, degil (aku la tu). Tapi en suami sentiasa bersabar dengan perangai2 tak semenggah aku. Dan aku pulak, bila laki dah baik sangat, ada masa bila laki saja cari pasal dengan aku, aku pun tak nak la banyak melenting. Merajuk sikit2 suda la. Rahsia utama kami, give and take. Ada masa aku dengar cakap suami (sepatutnya setiap masa dengar..hahaha), ada kala suami kena dengar cakap aku (hahaha..aku isteri kejam).

Disebabkan sifat penyabar en suami buatkan aku teramat2 bersyukur kerana dapat jadi isteri dia. Dengan dugaan yang kami hadapi, cabaran untuk dapatkan zuriat, dengan aku yang sentiasa ada masalah kesihatan, en suami tak pernah nampak benda tu sebagai kekurangan aku. Dia pulak yang selalu positif dan bagi kata2 semangat dekat aku.

Itu cerita baru 5 tahun kahwin, mungkin baru dan semuanya indah2 belaka. 10 tahun akan datang kita sendiri tak tau. Tapi aku doakan semoga perkahwinan aku dan suami kekal selama-lamanya dan rumahtangga kami sentiasa berkasih sayang dan cinta mencintai.

Maka, sempena 5 tahun anniversary ni, En suami belanja aku makan dekat Atmosphere360 Restaurant. Restaurant dekat KL Tower. Mungkin sebab double celebration kot, celebrate nak dapat baby dan anniversary. Subhanallah, cantik sungguh permandangan. Makan pun tak selera sebab kusyuk tengok pemandangan malam KL. Dapat pulak view KLCC, memang tak kelip mata. Bagi korang2 yang celebrate anni or birthday ke, boleh la try dekat sini. Memang akan rasa la mood romantik tu. Kalau nak murah sikit, boleh tengok promo dekat groupon. Ok la, aku belanja gambar je la senang.


entrance
   


Thursday 10 November 2016

My Nine Months Journey - Cabaran Mengandung

Assalamualaikum semua. Semoga masing-masing masih kekal positif. Salam perkenalan pada kawan2 yang baru add aku dekat fb. Dekat fb aku tak share lagi news yang aku pregnant. So, korang memang takkan dengar aku update pasal pregnancy la dalam fb. Cukup la aku share kat blog ni dulu, sebab blog ni memang khas untuk kita-kita yang berusaha nak anak.

Bagi yang masih mencuba, teruskan amalan pemakanan sihat, banyakkan bersenam, banyakkan berdoa, dan kekal positif. Jangan stress2 ok.

Ok, nak share sikit tentang cabaran yang aku hadapi sepanjang aku pregnant 3 bulan ni. Baru 3 bulan. Ada 6 bulan lagi nak lalui. Tapi Alhamdulillah, 3 bulan aku tak la terlalu sukar. Aku tak mengalami sebarang alahan, takde muntah2, takde yang jenis terlepek je. Kadang2 tu ada la, tapi tak teruk. Makan pun aku tak memilih. Semua aku boleh makan. Cuma aku jaga la sikit pemakanan. Sehabis baik aku kurangkan pengambilan gula. Air manis aku kurangkan, paling sangat pun aku minum susu or jus buah. Nasi memang aku kena ambil sebab level lapar aku sekarang berada di tahap maksima. Setiap 2 jam akan kelaparan.

Apa yang jadi kalau aku biar je aku lapar, makan datangla macam2 sakit. Kembung perut la, pedih ulu hati la. Penah satu malam, tengah tidur, tiba2 terjaga sebab perut teramat sakit. Kembung angin. Padahal sebelum tidur dah bantai makan nasi. Fuh, memang tak tahan. Nak buat apa pun tak tau. Nak sapu ubat pun takut. Akhirnya mintak en suami urut tanpa ubat la. En suami memang hebat mengurut. Dia tekan sikit2 je, dia pulak yang sendawa. Lepas urut baru la lega sikit, dapat la tidur. Esoknya terus ambil cuti, dan mintakkan en suami buatkan sup bubuh halia banyak2. Aku buat jugak air madu dan halia. Alhamdulillah lega. Cuma bila lapar aku makan untuk elakkan sakit semua. Makan sikit pun takpe, janji cukup untuk hilangkan lapar.

Satu lagi cabaran yang aku hadapi adalah sakit pinggang. Sakit yang lebih kepada lenguh. Bukan dekat bahagian pinggang je, bermula dari tulang punggung sampai la ke bahu. Biasanya sakit bila nak tidur la. En suami jugak la jadi mangsa untuk urutkan. Aku ada beli satu ubat spray ni. Nama Biobax. Memang membantu la ubat ni. Ubat ni pun memang khas untuk ibu mengandung. Kalau tak mengandung, lagi la boleh. Nanti aku share gambar.

Gambar seperti yang dijanjikan
Setakat ini je aku nak share untuk post kali ni. Next week aku ada check up dekat dr Hamid, nanti aku share perkembangan baby. Doakan semuanya sihat, semoga kawan2 aku pun sihat dan happy, Amin.