My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday, 31 July 2018

Percutian ke Langkawi dengan ETS

Kali ni aku nak share pengalaman aku bercuti ke langkawi dengan menaiki ETS. Nak pergi ke Langkawi ni memang aku tak plan langsung. Tiba2 terlintas dekat fikiran aku, cakap dengan mak aku, terus on. Petang beli tiket, esoknya kami bertolak. Berdua dewasa (aku dan mak) dan baby (fateh). 

Aku cerita step by step la

First korang kena beli tiket ETS. Kalau lagi awal lagi bagus la sebab boleh pilih seat. Aku ni memang dah last minit sangat, ada kosong tu pun dah cukup baik. Lagi pun aku pergi hari bekerja dan bukan cuti sekolah, so tak risau sangat. Beli tiket ke Arau ye kawan2. Harga tiket RM73 untuk dewasa. Untuk mak aku RM41 untuk warga emas dan fateh of course la freee. Perjalanan aku bermula dari KL Sentral ke Arau. Train terawal pukul 7 pagi. dan perjalanan mengambil masa selama 5 jam setengah. Boleh dibanggakan jugak la sistem train Malaysia ni. Laju, selesa dan menepati masa.

Kenapa aku pilih nak naik train? Sebabnya aku tak yah penat2 nak drive, ada kedai makan dalam train, anak2 pun masih boleh berjalan dalam train. Takde la dia bosan sangat kalau perjalanan terlalu lama. Tapi mak2 kena banyak bersabar la dan kena tengok2 anak tu, jangan bagi lepas je. Kalau jadi apa2 atau menyusahkan pengguna lain, sapa nak tanggungjawab.

Sampai saja di Arau, yang ni korang jangan risau pasal transport nak ke jeti. Ada saja teksi yang menunggu dekat train station. Perjalanan dari train station ke jeti kuala perlis aku agak dalam 15 minit dan berkos RM27. Dekat masa ni korang akan sampai dekat jeti dalam pukul 1 petang. Kalau dah lapar tu, ada saja kedai2 berdekatan jeti untuk korang singgah makan.

Nak dijadikan cerita, sampai je aku dekat jeti, baru nak turun teksi, tiba2 ada satu couple ni tegur aku. Aku ingat ulat tiket..huhu..rupanya couple ni nak bagi tiket feri dekat aku sebab dia dah beli tiket khas untuk bawak kereta ke Langkawi. Alhamdulillah sangat, rezeki fateh la. Maka kami dapat tiket 2 dewasa dan 2 kanak2. Ikutkan fateh tak perlu tiket pun, tapi dah dapat free tu kira rezeki la kan. Harga tiket feri dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2.

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi ambil masa 45minit. Fateh alhamdulillah behave dalam feri. Tapi habis semua orang ditegurnya, siap dapat duit raya lagi. Apa la fateh, malu mama. Sampai saja di Langkawi, kami plan nak naik teksi je ke Chenang. Sewa kereta dekat sana. Puncanya sebab aku ingat kalau sewa dekat jeti kena return dekat jeti. Aku balik nak naik flight. (ops lupa nak bagi tau, aku pun immediate beli tiket flight balik dari langkawi, tengok harga Malindo RM89 one way memang aku terus beli la kan). Rupanya boleh return dekat airport cuma kena bayar extra RM20. So akhirnya aku sewa viva dengan kos RM60 sehari. Cukup la viva, kami bertiga je pun, lagi pun tak plan nak shopping sakan pun.

Settle kereta terus gerak ke Chenang. Fokus memang nak cari hotel sebab nak rehat. Kesian kat fateh dah penat dalam train. Mak ngan nenek dia pun dah penat sebenarnya..ahakkkss. Kami terus menuju ke AB Motel, ni memang hotel wajib tiap kali datang langkawi. Kami ni memang tak book langsung. Memang nak walk in je. Dalam hati berdoa je biarla ada kosong. Alhamdulillah, memang ada..fuhhh. Kos bilik semalam RM180 untuk bilik beach view, katil 2 queen, puas hati sangat la. 

Lupa nak bagi tau, masa sampai Chenang memang terkejut la sebab rupanya Chenang tengah buat major renovation. Sepanjang2 jalan tengah buat construction. Bagi yang takat nak lepak tepi pantai macam aku ni, takde masalah sangat. Tapi bagi yang nak jalan2 sepanjang kedai2 di Chenag memang tak best la. Better pergi next year je la.

Apa yang berlaku dekat langkawi tak perlu la aku cerita detail kot sebab sebelum ni pun aku ada buat post khas pasal langkawi. Basically aktiviti kami lepak pantai, pergi shopping dekat pekan kuah dan jalan-jalan cari makan. Memang tak pergi la pulau2, cable car tu semua. Memang tujuan kali ni nak bersantai je.Syok sungguh.

So bagi siapa2 yang nak ke Langkawi dah takde masalah la, malas nak drive, boleh naik train. Selamat berjoli korang semua.

(p/s: sorry takde gambar lagi, masalah skit nak connect kan hp dekat pc. Nanti dah settle aku tepek gambar)

No comments:

Post a Comment