My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday 22 December 2014

Pengalaman Mendaki Gunung Nuang

Hari ni aku nak share pengalaman aku mendaki Gunung Nuang. Memang kerja gile weh. Sebenarnya aku tak ada sebarang perancangan pun nak naik nuang ni. Tiba-tiba je aku rasa teringin nak panjat gunung. Terus aku cari kawan-kawan yang nak naik, tapi malangnya takde yang sanggup nak teman aku buat kerja gila ni. Mula-mula aku cari jugak la gang-gang hiking dekat fb, memang ada la yang nak pergi, tapi memikirkan aku tak kenal dorang ni pun, dan akan berjumpa kat nuang nanti for the first time, aku pun rasa berat hati nak join. Tiba2 dibukak pintu rezeki, kawan husband aku willing nak teman aku naik. So aku terus ajak adik aku temankan sekali. At least berkawan la jugak aku nak naik.

Sebelum nak naik gunung ni, apa yang nak kena ada? Ok, aku advice based on nuang la ye, pengalaman untuk gunung2 lain, mungkin sama dan mungkin juga berbeza. So, persediaan nya:
  1. Mental kena ready dengan track yang agak mencabar
  2. Cuba bersenam seminggu sebelum naik untuk stamina
  3. Kasut pastikan tapak masih bergetah, jangan licin lak
  4. Head lamp (untuk kegunaan kalau korang pergi subuh dan in case kalau korang balik dah malam)
  5. Gloves (penting sangat, kalau boleh kalis air)
  6. Baju hujan (kalau musim hujan, beli je yang RM5)
  7. Tongkat (jika perlu)
  8. Stokin extra kalau korang jenis tak tahan berjalan dengan kaki basah
  9. Makanan berat (nasi, roti) - ready untuk makan tgh hari dan malam
  10. Air mineral sekurang-kurangnya 3 liter
  11. Coklat, gula-gula
  12. Minyak angin
  13. Pakaian dan tuala (ni bila dah balik kalau korang nak mandi la)
Kenapa banyak sangat persediaan yang nak kena buat ni? Percaya la, kalau korang baru je cuba2 nak naik nuang tu, sila betul2 bersedia. Perjalanan naik dan turun nuang tu mengambil masa 12 jam. Gile kau kalau tak cukup preparation, mana kau nak cari. Masa aku naik nuang tu, perjalanan nak ke puncak ambil masa 5 jam, dalam pukul 8 start bergerak dari pangsun dan sampai di puncak jam 1 ptg. Lepak di puncak dalam sejam, pukul 2 turun balik, dan sampai ke kereta dalam pukul 8 malam. Masa turun aku agak lambat sebab keadaan tanah yang licin sebab baru lepas hujan. Tambahan pula, kaki dan badan semua dah sakit, so perjalanan turun tu dah jadi perlahan. Jika nak naik nuang, ada dua starting point, sama ada dari pangsun dekat hulu langat, or dari janda baik. Tapi aku tak pernah naik dari janda baik la.

Sekarang aku nak cerita pasal perjalanan pulak.

Aku bertolak dari KL selepas subuh ke pangsun. Lebih kurang jam 730 kami dah sampai sana. Tempat park kereta disediakan. Ada toilet semua kat sana, so buang la apa2 yang patut sebelum memulakan perjalanan.

Dalam pukul 8 perjalanan pun bermula. Di awal perjalanan korang akan jumpa jalan tanah merah je, tapi walaupun tanah merah, tahap kecabaran die pun boleh tahan juga, tapi aku bagi 1 bintang je la dari 5. Banyak lagi bintang aku nak bagi sepanjang perjalanan ni. Perjalanan dari parking kereta ke puncak nuang, akan ada 3 check point. Check point pertama ialah Kem Lolo. Check point kedua, Kem Pacat, dan check point ketiga ialah puncak pengasih.

Dari parking ke Kem Lolo, korang akan jumpa 6 buah pondok. Pondok kelima dekat dengan sungai. Selagi korang tak jumpa 5 pondok ni, jangan harap la korang nak dekat dengan Kem Lolo tu. Jauh lagi perjalanan tu. Dekat pondok2 tu ada tulis berapa KM korang dah jalan, dan berapa KM lgi nak sampai Kem Lolo.




Setelah sampai Kem Lolo ni aku nasihatkan korang makan la siap2, terutama kalau korang tak breakfast lagi. Tak lalu nak makan pun, sila la paksa makan untuk tenaga nak angkat kaki nanti.

Next, teruskan pejalanan ke Kem Pacat. Trek bermula dari kem lolo ni , jalannya takde yang mendatar ye, semuanya membunuh je. Sebab tu pentingnya senaman yang konsisten bagi memastikan stamina yang baik..huhu..macam iklan sabun lak. 

Aku sampai ke Kem Pacat dalam pukul 11 macam tu. Dekat sini, boleh la berenti sekejap rehatkan badan dan makan apa yang patut untuk tambah tenaga. Tapi jangan la rehat lama sangat kalau korang tak nak tido dalam hutan tu. Paling2 pun rehat la dalam setengah jam. Cuma minimakan rehat, sepanjang perjalanan pun jangan banyak berenti, jalan perlahan2 janji sampai puncak sebelum pukul 2 untuk mengelakkan korang stuck dlm hutan tu di waktu malam. Dari Kem Lolo ke Kem Pacat aku bagi 4 dari 5 bintang untuk tahap kesusahannya.



Perjalanan dari Kem Pacat ke Puncak Pengasih adalah trek tersusah dalam semua trek. Siap2 la pakai glove sebab korang akan panjat segala jenis batu dan kayu balak. Yang perempuan, tak yah sopan sangat, memang korang kena jadi jantan masa ni sebab semua pun dah lembik nak menolong kau. Aku boleh bagi 6 dari 5 bintang la untuk trek ni..huhu..tapi bagi yang suka kan cabaran, aku jamin korang mesti puas hati. Perjalanan dari Kem Pacat ke puncak Pengasih dalam 1 jam setengah. Itu pun jalan non stop.


Dari puncak pengasih, korang memang dah dekat dah nak ke puncak. Kalau belum pukul 1, jangan la give up, teruskan perjalanan. Trek dah tak susah sangat pun, cuma ada jugak la yang susah bila dah nak sampai ke puncak tapi trek nye pendek je.

Alhamdulillah, pukul 115 macam tu aku dah sampai ke puncak. Perasaan penat semua hilang bila sampai puncak, weh. Puas hati sangat. dengan udara yang sangat segar dan sejuk, memang tak dapat la kat KL. Kat puncak ni sejuk ye, so bagi yang tak tahan sejuk, jangan la pakai yang pendek2 sangat.





Setelah enjoy di puncak, jangan lupa korang nak kena harung balik perjalanan yang sama nak turun nanti ye..haha..nangis la siap2 dalam hati. Apa2 pun, isi perut siap2 sebelum turun untuk tambah tenaga ye. I wish you all the best bagi yang nak naik nuang tu. Doa banyak2 supaya perjalanan korang dimudahkan.

Tuesday 16 December 2014

Trip ke Langkawi - Day 3

Day 3 adalah hari terakhir kami di Langkawi. Disebabkan hari ke 2 kami tak sempat ke waterworld, kami decide pergi hari ni. Waterworld dibuka seawal 930 pagi waktu cuti sekolah. So kami 930 memang dah gerak pergi ke waterworld. Ingatkan takde orang, rupanya dah ramai. Bila bile tiket, sila mention kalau ada warga emas sebab ada diskaun. Lagi satu, kalau korang kerja kerajaan pun akan ada diskaun, cuma perlu bawak pas kerja. Kalau tak bawak, tunjukkan slip gaji. (susah apa, kan ada download dalam handphone). Banyak beza tau kalau ada diskaun ni, sebab kalau harga biasa tiket adalah RM30 untuk dewasa. Tapi kalau ada diskaun boleh dapat RM24. Kalau ramai2 kan untung tu. Harga kanak2 RM20, RM16 kalau ada diskaun.

Apa yang best dengan waterworld ni? Paling rare adalah penguin dan singa laut la kan. Korang memang kena pergi terutama kalau bawak budak2. Tak payah budak2 la, orang tua pun teruja tengok.





Selesai aktiviti di Waterworld, kami terus bergegas ke pekan kuah untuk meneruskan aktiviti shopping. Tak pergi langkawi tak shopping memang tak sah la kan. Sekarang ni dah Haji Ismail Group dah buat kompleks, kalau korang nak senang nak beli semua benda di satu tempat, memang aku cadangkan pergi ke kompleks HIG ni la. Lagi satu tempat nak shopping adalah dekat Idamansuri. Aku berjaya beli frying pan tefal dengan harga RM72. Memang puas hati. Coklat memang tak payah cerita la, borong la puas2. Sorry takde gambar shopping sebab aku teruja sangat dan tak terpikir pun nak tangkap gambar...hahaha.

Akhirnya sampai la masa untuk pulang. Terus ke jeti, beli tiket pukul 6 petang. Sementara tunggu feri, bagi yang first time sampai langkawi, pergi la Dataran Lang, tangkap gambar dengan cik Helang.


Sekian sahaja laporan jalan-jalan cuti-cuti malaysia untuk kali ini. Semoga boleh jadi rujukan untuk korang kalau korang nak pergi Langkawi.

Trip ke Langkawi - Day 2

Sambungan daripada entri Trip ke Langkawi - Day 1

Day 2

Selepas semua dah siap bersarapan. Aktiviti pertama yang kitorang buat adalah Island Hoping. Island hoping ni aktiviti berjalan-jalan ke 2 pulau dengan menaiki bot. Aku dah deal siap-siap dengan orang motel untuk arrangekan bot. Untuk trip ni aku amik 2 boat, satu untuk 10 orang, dan satu lagi untuk 16 orang. Total cost RM750. Lebih kurang RM29 sorang. Kalau standard range adalah dalam RM30 - RM35 sorang. Pandai-pandai la korang cari pakej yang murah ye.

Pukul 845, kami dah siap gerak ke jeti. Mula-mula kami pergi ke Pulau Beras Basah. Aktiviti kat sini cumalah melepak dan mandi laut. Kalau nak mandi bawak la apa-apa yang patut or pakai la baju yang sesuai untuk mandi ye. Tapi cadangan aku, kalau tak nak mandi pun, pakai je seluar yang simple2 sebab confirm akan basah bila nak naik bot. Jangan la pakai baju kurung. Kesian aku tengok makcik-makcik (orang lain la) nak naik bot pakai baju kurung, terselak nanti tak ke haru.









Lepas dari Pulau Beras Basah, kami ke Pulau Dayang Bunting. Dalam perjalanan kami singgah tengok helang. Kalau bawak roti, boleh la tengok macam mana helang ni mencagut.

Dekat Pulau Dayang Bunting la, aktiviti pulak kena berjalan jauh nak ke tasik. Kalau mak-mak ada masalah lutut, biar la diorang berehat je di pondok2 yang disediakan, kesian nanti dorang nak kena daki tangga. Dekat tasik, sapa nak merasa berenang dalam tasik boleh la try, boleh jugak naik bot kayuh. Kena sewa saja. Hati-hati dengan monyet. Monyet dekat pulau ni sangat bijak dan ganas. Dorang akan target plastik beg sebab tahu biasanya ada makanan.



Lebih kurang pukul 1, kami dah sampai ke jeti chenang semula. Sebelum meneruskan aktiviti seterusnya, kami pergi makan dlu. Macam aku cakap sebelum ni, harga makan di kawasan Chenang memang agak mahal sedikit. Total makan tengah hari untuk 26 orang adalah RM260.

Lepas semua dah kenyang, next destination adalah cable car atau nama lainnya Panorama Langkawi. Perjalanan dari Chenang agak jauh, lebih kurang 1 jam juga. Sampai di sana cepat2 la serbu kaunter tiket ye, terutama kalau korang pergi waktu cuti sekolah. Kami sampai dalam pukul 3, dapat tiket masuk jam 4. Tiket ni dia bahagikan ikut masa. Beza tiap masa adalah selama 15 minit. Ready la IC siap2 bila nak beli tiket. Kalau 26 orang, ready la 26 orang. Harga tiket adalah RM35 dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Ada IC ada diskaun lagi. Sementara menunggu turn nak naik cable car tu, boleh buat aktiviti lain or pergi cuci mata sebab ada banyak kedai dekat kawasan tu. Kitorng ni budak-budak siap naik kuda dan main bola ape tah dekat tasik kt situ.









Habis cite cable car, masing-masing memang dah lembik la. So kitorng balik terus ke motel, mandi dah berehat. Itu pun dah sampai pukul 6 petang.

Pukul 8 malam, kami bersiap pula keluar untuk makan. Berdasarkan review dari adik keje kat motel ni, dia cadangkan untuk makan seafood dekat satu kedai di kawasan bukit malut. Harga dan rasanya ok, katanya la. Kalau korang search guna waze, memang sesat sampai ke kuah la, aku cakap sebab aku dah kena. Hampeh betul. Search punya search akhirnya dapat la tempatnya. Nama restoran ni Restoran Nelayan Bukit Malut. Kawasan dia agak terpencil. Berhampiran dengan hospital Langkawi. (gambaran dia lebih kurang macam ni, kalau hospital langkawi belah kanan korang, depan sikit akan ada traffic light, masuk ke kiri, terus sikit, korang akan nampak signboard dan simpang nak restoran di sebelah kiri). Pergi awal sikit sebab masyarakat sangatlah ramai.
Harga memang murah berbanding dekat Chenang. Aku ambil 8 ekor ikan (6 siakap 2 bawal), udang, sotong, siput (26 orang makan..tak tau la kg, tapi memang banyak), total semua RM650. Kalau dekat Chenang mau dekat seribu kau.


Tapi kalau korang nak makan juga di Chenang, aku cadangkan kalau takat 3 4 orang boleh lagi makan kt seafood dekat Chenang. Pergi la makan dekat restoran Haji Ramli. Rasa dia memang sedap. Aku makan untuk 4 orang RM200 jugak la.



Perut dah kenyang, hati dah tenang, kami pun pulang ke motel, dan tido dengan nyenyaknya.
Tunggu entri seterusnya...jeng jeng jeng.

Trip ke Langkawi - Day 1

Pergh..bersawang blog aku...haha..sorry la kengkawan, lama dah aku tak update blog. Puncanya sebab aku sedang berehat untuk berTTC buat masa ni dan fokus pada benda-benda lain. Lagi pun aku dan suami merancang untuk buat baby tahun depan. So sementara tu, aku sibukkan diri aku dengan aktiviti-aktiviti lain. 

Baru-baru ni je, aku dan family dah selamat sampai ke Langkawi. Ni kira family trip la. Perancangan nya dah dibuat sejak awal tahun lagi. Bukan senang nak handle ahli kumpulan ni. Trip kali ni ada 26 orang semuanya. 20 dewasa 6 kanak-kanak. Aku pulak selaku ketua kumpulan. Dari A sampai Z aku uruskan, yang penting aku nak family aku puas berjalan. Ada jugak makcik pakcik aku yang dah lama gile tak sampai Langkawi, ada yang tak pernah sampai pun. So aku nak pastikan percutian diorang kali ni bermakna.

Memandangkan trip kali ni hanya 3 hari 2 mlm, so pergerakan dan aktiviti kami agak limited. Aku terpaksa plan aktiviti padat gile dengan masa yang ada. Aku cerita by hari la ye.

Day 1

Day 1 ni banyak pasal perjalanan je pun. Sebab group family aku ni dari Kelantan, ada kenduri di sana. Aku dan suami naik flight dari KL. Kalau naik flight, perjalanan 24 minit. Untuk naik feri, boleh naik dari jeti Kuala Kedah atau Jeti Kuala Perlis. Family aku naik dari Kuala Perlis. Tiket ke Langkawi RM18 untuk dewasa dan RM13. Tiket terakhir jam 7 malam. Nasib baik family aku sempat kejar feri dapat tiket pukul 6. Lebih kurang pukul 730 baru sampai jeti Langkawi.



Sewa kereta aku dah settle siap-siap. Call je syarikat kereta sewa di Langkawi dan deal terus. Aku sewa 2 bijik van. Berjaya dapat diskaun. RM900 untuk 2 hari. Biasanya sewa bila peak day ni mau cecah RM300 sebijik van. Dua van dah RM600. Dua hari dah RM1200. Dapat RM900 tu dah jimat banyak la.

Dari jeti Langkawi, terus ke Hotel. Hotel pulak aku pilih duduk di Sweet Inns Motel, dekat Pantai Chenang. Aku suka duduk area chenang sebab senang nak cari makan dan dekat dengan tempat-tempat lawatan. Pilihan pertama aku sebenarnya nak duduk dekat AB motel. (AB Motel memang sangat best) Tapi book masa bulan 8, dah penuh dah untuk bulan Disember. Motel tepi laut memang macam pisang goreng panas la lakunya. So terpaksa la aku pilih motel yang tak tepi pantai, tepi jalan..huhu..tapi no worries, korang boleh jalan guling-guling je pun nak ke pantai tu.

Harga bilik ni untuk semalam ada macam-macam harga. Untuk family room RM130, tapi aku request extra bed, so jadi RM150. Untuk standard room, RM110. Semuanya termasuk breakfast. Tapi dari segi pilihan breakfast tak banyak la, dan kurang sedap..huhu. Kalau nak makanan lain, boleh order di motel tu, or boleh jalan keluar dari motel, ada banyak kedai makan dekat luar. Tapi ready duit je la ye, harga makan di Chenang memang agak mahal. Sesuai la dengan standard tepi pantai la kot.

Itu saja la cerita untuk hari pertama. Cerita hari seterusnya di entry seterusnya ye.


Monday 17 November 2014

Aku dan Exercise - Aktiviti Hujung Minggu

Salam hujung minggu semua. Tengah buat apa tu? Qada' tido ke? Dah2, sila bangun, sila ingatkan lemak kat perut yang memboyot tu. Pergi mandi, tukar baju sukan, pergi jogging depan rumah, lepas tu sambung tido balik.

Memang susah weh nak bangun pagi hujung minggu, aku paham, dikala kedinginan subuh, memang syok la tido kan. Tapi, aku gigihkan jugak semangat. Nasib baik ada kawan-kawan yang baik sanggup dibuli oleh aku. Kali ni, pagi sabtu, aku culik anak pakcik Akram teman kan aku jogging. Lokasi kali ni aku mula dari empangan putrajaya depan PICC. Pukul 730 aku dah sampai weh. Sejuk2 ni memang syok lari, takde matahari lagi. Lari dari empangan sampai la ke Galeria. Pergi saja dalam 2km. Sampai depan Galeria, sebab takde orang kecuali pakcik2 mesin rumput, aku dan kawan aku melakukan aktiviti tidak senonoh iaitu terkinja2 melompat, baring, terlentang kasi keluar peluh. Kau jangan nak pikir lucah je, kitorang workout la ngek. Pasang je apps Sworkit Lite, then ikut la apa dia buat. 

Rasa dah puas hati, kitorang jalan balik semula ke empangan. Kali ni tak berlari dah, jalan sambil gosip...haha..total semua dalam 4.3km.









Lepas dah workout, bakar lemak semua, kena la reward ourselves plak kan. So lepas dah mandi wangi-wangi gitu, sambung exercise dekat Alamanda pulak. Aku window shopping je la, gaji tak masuk lagi. Si mek sengal tu yang shopping sakan. Mau habis 500 kot minah ni belanja. Tapi, jangan tak tahu, window shopping pun boleh bantu kau bakar kalori tau. Nak bukti?




Hamik kau, 16ribu langkah tu (lepas target langkah dalam sehari). Masa jogging tu dalam 4ribu langkah je, balance tu semua hasil dari shopping. So sekarang, jom kita shopping untuk bakar lemak dan duit. Yeyyyy...

Thursday 13 November 2014

Aku Yang Dulu Bukan Lah Yang Sekarang..Heiii












Aku yang dulu bukan la yang sekarang...heiii (sila bayangkan melodi lagu tegar tu)

Percaya tak korang, kalau nak kurus 70% adalah melalui kawalan pemakanan manakala 30% lagi dari senaman. Berdasarkan peratus tu, masihkah kau pelik kenapa kau tak kurus2 lagi selepas penat bersenam keluar peluh dan membantai roti canai dan teh tarik serta nasi lemak daun pisang 3 bungkus selepas itu dan akhirnya kau give up nak kurus.

Percayalah bahawa masa aku gemuk dulu (80-90kg) aku adalah orang yang aktif membuat aktiviti keluarkan peluh. Aku suka hiking, jogging, swimming, masuk marathon, explorace..malah aku lagi fit dari orang kurus yang lain. Tapi aku tak kurus-kurus sebab aku juga kuat melantak. Lagi2 bab dessert ni..pergh..hantu kot, coklat, aiskrim.

 
Ni gambar terkini aku. Aktiviti kecergasan masih diteruskan dan aku turut jaga makan aku. Aku mulakan dengan Atkins sebab itu diet paling berkesan nak turun dengan cepat. Bila aku dah dapat berat yang aku nak, aku amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan nasi dan manisan dalam makanan dan minuman aku, tapi lebihkan manisan dalam senyuman aku.