My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday, 22 December 2014

Pengalaman Mendaki Gunung Nuang

Hari ni aku nak share pengalaman aku mendaki Gunung Nuang. Memang kerja gile weh. Sebenarnya aku tak ada sebarang perancangan pun nak naik nuang ni. Tiba-tiba je aku rasa teringin nak panjat gunung. Terus aku cari kawan-kawan yang nak naik, tapi malangnya takde yang sanggup nak teman aku buat kerja gila ni. Mula-mula aku cari jugak la gang-gang hiking dekat fb, memang ada la yang nak pergi, tapi memikirkan aku tak kenal dorang ni pun, dan akan berjumpa kat nuang nanti for the first time, aku pun rasa berat hati nak join. Tiba2 dibukak pintu rezeki, kawan husband aku willing nak teman aku naik. So aku terus ajak adik aku temankan sekali. At least berkawan la jugak aku nak naik.

Sebelum nak naik gunung ni, apa yang nak kena ada? Ok, aku advice based on nuang la ye, pengalaman untuk gunung2 lain, mungkin sama dan mungkin juga berbeza. So, persediaan nya:
  1. Mental kena ready dengan track yang agak mencabar
  2. Cuba bersenam seminggu sebelum naik untuk stamina
  3. Kasut pastikan tapak masih bergetah, jangan licin lak
  4. Head lamp (untuk kegunaan kalau korang pergi subuh dan in case kalau korang balik dah malam)
  5. Gloves (penting sangat, kalau boleh kalis air)
  6. Baju hujan (kalau musim hujan, beli je yang RM5)
  7. Tongkat (jika perlu)
  8. Stokin extra kalau korang jenis tak tahan berjalan dengan kaki basah
  9. Makanan berat (nasi, roti) - ready untuk makan tgh hari dan malam
  10. Air mineral sekurang-kurangnya 3 liter
  11. Coklat, gula-gula
  12. Minyak angin
  13. Pakaian dan tuala (ni bila dah balik kalau korang nak mandi la)
Kenapa banyak sangat persediaan yang nak kena buat ni? Percaya la, kalau korang baru je cuba2 nak naik nuang tu, sila betul2 bersedia. Perjalanan naik dan turun nuang tu mengambil masa 12 jam. Gile kau kalau tak cukup preparation, mana kau nak cari. Masa aku naik nuang tu, perjalanan nak ke puncak ambil masa 5 jam, dalam pukul 8 start bergerak dari pangsun dan sampai di puncak jam 1 ptg. Lepak di puncak dalam sejam, pukul 2 turun balik, dan sampai ke kereta dalam pukul 8 malam. Masa turun aku agak lambat sebab keadaan tanah yang licin sebab baru lepas hujan. Tambahan pula, kaki dan badan semua dah sakit, so perjalanan turun tu dah jadi perlahan. Jika nak naik nuang, ada dua starting point, sama ada dari pangsun dekat hulu langat, or dari janda baik. Tapi aku tak pernah naik dari janda baik la.

Sekarang aku nak cerita pasal perjalanan pulak.

Aku bertolak dari KL selepas subuh ke pangsun. Lebih kurang jam 730 kami dah sampai sana. Tempat park kereta disediakan. Ada toilet semua kat sana, so buang la apa2 yang patut sebelum memulakan perjalanan.

Dalam pukul 8 perjalanan pun bermula. Di awal perjalanan korang akan jumpa jalan tanah merah je, tapi walaupun tanah merah, tahap kecabaran die pun boleh tahan juga, tapi aku bagi 1 bintang je la dari 5. Banyak lagi bintang aku nak bagi sepanjang perjalanan ni. Perjalanan dari parking kereta ke puncak nuang, akan ada 3 check point. Check point pertama ialah Kem Lolo. Check point kedua, Kem Pacat, dan check point ketiga ialah puncak pengasih.

Dari parking ke Kem Lolo, korang akan jumpa 6 buah pondok. Pondok kelima dekat dengan sungai. Selagi korang tak jumpa 5 pondok ni, jangan harap la korang nak dekat dengan Kem Lolo tu. Jauh lagi perjalanan tu. Dekat pondok2 tu ada tulis berapa KM korang dah jalan, dan berapa KM lgi nak sampai Kem Lolo.




Setelah sampai Kem Lolo ni aku nasihatkan korang makan la siap2, terutama kalau korang tak breakfast lagi. Tak lalu nak makan pun, sila la paksa makan untuk tenaga nak angkat kaki nanti.

Next, teruskan pejalanan ke Kem Pacat. Trek bermula dari kem lolo ni , jalannya takde yang mendatar ye, semuanya membunuh je. Sebab tu pentingnya senaman yang konsisten bagi memastikan stamina yang baik..huhu..macam iklan sabun lak. 

Aku sampai ke Kem Pacat dalam pukul 11 macam tu. Dekat sini, boleh la berenti sekejap rehatkan badan dan makan apa yang patut untuk tambah tenaga. Tapi jangan la rehat lama sangat kalau korang tak nak tido dalam hutan tu. Paling2 pun rehat la dalam setengah jam. Cuma minimakan rehat, sepanjang perjalanan pun jangan banyak berenti, jalan perlahan2 janji sampai puncak sebelum pukul 2 untuk mengelakkan korang stuck dlm hutan tu di waktu malam. Dari Kem Lolo ke Kem Pacat aku bagi 4 dari 5 bintang untuk tahap kesusahannya.



Perjalanan dari Kem Pacat ke Puncak Pengasih adalah trek tersusah dalam semua trek. Siap2 la pakai glove sebab korang akan panjat segala jenis batu dan kayu balak. Yang perempuan, tak yah sopan sangat, memang korang kena jadi jantan masa ni sebab semua pun dah lembik nak menolong kau. Aku boleh bagi 6 dari 5 bintang la untuk trek ni..huhu..tapi bagi yang suka kan cabaran, aku jamin korang mesti puas hati. Perjalanan dari Kem Pacat ke puncak Pengasih dalam 1 jam setengah. Itu pun jalan non stop.


Dari puncak pengasih, korang memang dah dekat dah nak ke puncak. Kalau belum pukul 1, jangan la give up, teruskan perjalanan. Trek dah tak susah sangat pun, cuma ada jugak la yang susah bila dah nak sampai ke puncak tapi trek nye pendek je.

Alhamdulillah, pukul 115 macam tu aku dah sampai ke puncak. Perasaan penat semua hilang bila sampai puncak, weh. Puas hati sangat. dengan udara yang sangat segar dan sejuk, memang tak dapat la kat KL. Kat puncak ni sejuk ye, so bagi yang tak tahan sejuk, jangan la pakai yang pendek2 sangat.





Setelah enjoy di puncak, jangan lupa korang nak kena harung balik perjalanan yang sama nak turun nanti ye..haha..nangis la siap2 dalam hati. Apa2 pun, isi perut siap2 sebelum turun untuk tambah tenaga ye. I wish you all the best bagi yang nak naik nuang tu. Doa banyak2 supaya perjalanan korang dimudahkan.

10 comments:

  1. cita2 nak naik nuang jugak nanti :) salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik jangan tak naik. Kalau dah naik nuang, naik kinabalu dah tak ada masalah =)

      Delete
  2. saya naik gunung nuang 31st Dec 16 ni, first gunung. sebelum ni hike bukit2 je. thanks ye sebab share cerita ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mendaki. Hati2 ye

      Delete
    2. hi , cerita lah awk punye pengalaman pulak sbagai first gunung. sy nak naik next week ni. haha.

      Delete
  3. nice sharing..tenks..sy nk naik jgk bulan ni nanti

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Pisyek pun ada share pengalaman daki gunung nuang disini: Misi Menawan Gunung Nuang

    ReplyDelete
  5. Assalam, terjumpa blog sedari masa google itenary sbb saya nak naik ahad ni. Tu lah risau gak sbb ni first time naik gunung yg ambik masa yg lama. Tq for tips. 2 minggu berturut saya hike, satu siku, satu lagi sapu tangan. Maybe lusa nak train biasa2 kat denai 3 puteri.

    ReplyDelete