My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday 30 June 2014

Aku dan Atkins - Resepi Pizza

Pizza adalah salah satu makanan kegemaran aku. Paling aku suka Hawaiian Chicken, Pizza Hut. Perghh...memang sedap. Tapi sejak dah berDA ni, memang harapan la kan nak makan pizza bagai. Tapi satu hari tu, ada pulak kakak manis baik hati, share resepi buat pizza yang lulus atkins. So aku cuba la, walaupun tak sesedap Pizza Hut, dapat la melepaskan kerinduan aku. Jom sama-sama try resepi ni.


Yang ni pulak hasil yang aku buat.

Kobis bunga selepas diblend. Kena tapis sampai kering airnya.

 Buat lapisan nipis dan bakar dalam oven. Suhu dalam 180 ke 200 untuk 20min.
 Bile dah masak basednye, letakkan topping. Macam aku letak cili blend, ayam, capsicum dan keju mozarella. Bakar lagi dalam 10 min. Guna api bahagian atas.



Hasilnya. Wallllllllahhhhhh....

Sunday 29 June 2014

Aku dan Atkins - Resepi Sup Ekor

Kali ni aku nak share resepi sup ekor yang lulus atkins. Boleh tambah-tambah idea korang untuk berbuka puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, di samping menambahkan kasih sayang antara keluarga tercinta. Wow.

Bahan-bahan (5 orang)
1kg Ekor
5 btg serai (ketuk)
2 labu bawang besar (belah empat)
*6 ulang bawang putih (ketuk)
3 inci halia (ketuk)
*10 biji cili api (ketuk)
seikat daun ketumbar
3 biji limau nipis
5 helai daun limau purut
Sos ikan
Garam dan Gula

Cara-cara
Rebus ekor dengan bawang besar dan halia (4 jam)

Tumis pulak bahan-bahan lain*
Masukkan ekor yang telah direbus dengan sedikit air rebusan
Tambah air kosong
Masuk daun limau dan limau nipis 
Masukkan sos ikan (secukup rasa)
Tambah la garam dan gula(stevia) sesedap rasa
Last sekali baru masukkan daun ketumbar


Sedap sehingga menjilat jari

Tuesday 17 June 2014

Aku, Atkins dan TTC

Sememangnya tujuan aku berDA adalah untuk pregnant. Doktor sendiri nasihatkan aku untuk turunkan berat badan. Masa jumpa doktor rasanya berat aku dalam 85kg, sekarang dan 70kg, Alhamdulillah. Tapi aku tak berhasrat nak jumpa doktor untuk bantu aku pregnant. Aku nak cuba sendiri mengikut kemampuan aku. Aku akan sabar menunggu sebab aku tahu Allah sebaik-baik perancang. 

Sejak dua menjak ni, dekat group KDA, ramai wanita-wanita yang berjaya pregnant. Ada yang memang berDA untuk pregnant, ada jugak yang terpregnant. Apa pun, semua yang berlaku dekat diorang menjadi penambah semangat aku. Aku yakin satu hari nanti aku pulak yang post dekat wall KDA yang aku dah pregnant. Insyallah. Meh aku share sikit kata-kata mereka yang dah berjaya pregnant.





Tahniah kepada ibu-ibu yang berjaya. Doakan saya juga. Amin

Aku dan Atkins - Jajan

Dulu-dulu ketika zaman kegelapan dan kegemukan, kalau kat office macam-macam jajan ada, paling aku suka chokachoki..ala coklat batang tu..kalau tak pun roti ke, minum milo ke, makan sikit-sikit, tak terasa kenyang sangat, dalam kepala fikir, aku makan sikit je, tapi kenapa gemuk. Sebenarnya, jajan-jajan ni yang menyumbang kepada kegemukan.

Sekarang bila dah berDA, dah lama takde kudap-kudap sebab aku nak control makan. Paling-paling pun aku beli timun jepun, potong nipis-nipis dan jadikan jajan. Sedap dan berkhasiat. Jumlah carb untuk 100g adalah 2.1g.

Lagi satu seaweed antara makanan yang boleh dijadikan jajan. Hanya 1g carb sepeket. Pandai-pandai la budget ye.

Apa lagi, cepat buang jajan korang tu, ganti dengan benda yang lebih berkhasiat. Selamat berkerja semua!!!

Sunday 15 June 2014

Aku dan TTC - BBT

Sebelum kita nak melakukan sesuatu, benda yang paling penting adalah ilmu. Ilmu ni penting supaya apa yang kita buat tak sia-sia. Macam nak berDA, aku study dulu apa-apa yang patut, bila dah hadam, senang je nak diapplykan. Kalau main terjah je, memang ke laut la.

Sama la jugak dalam kes nak berTTC. Salah satu cara untuk berTTC boleh juga menggunakan BBT. Iaitu dengan menggunakan suhu badan. Sebelum ni aku ada post pasal aku berBBT, tapi masa tu aku berBBT ikut kepahaman aku saja la, so memang banyak yang tak betulnya. Alhamdulillah aku diperkenalkan dengan group BBT, dah dapat peluang, aku gunakan la untuk bertanya ilmu-ilmu yang aku tak tahu. So aku nak share perbincangan antara aku dengan admin di group BBT, moga kita sama-sama dapat menambah ilmu.








Cycle ni aku nak try berBBT dengan ilmu yang baru ni. Doakan semuanya berjaya.

Wednesday 11 June 2014

Aku dan Atkins - Gaduh Manja



Pergaduhan manja antara aku dan geng-geng DPA dulu. Kau tunggu SK aka orang tua, akan ku buktikan yang aku akan kurus nanti, dan aku akan mantain sifat kekurusan itu..I hetchu..

Aku dan Atkins - Resepi Chicken Nugget

Hari-hari asyik makan ayam goreng, telur goreng, telur rebus, apa kata hari ni tukar resepi. Ini cubaan pertama aku. Sedap-sedap. Lepas ni tak payah dah beli nugget Ramli. Nugget Homemade ni dijamin halal dan dibuat dengan penuh kasih sayang. Yang pasti halal Atkins.

Bahan-bahan:
Dada ayam
1/2 bawang
2 biji telur
Garam
Lada hitam
Lada Sulah

Cara memasak:
Ayam tu potong kecik-kecik dulu
Kemudian blend semua bahan-bahan kat atas
Dah hancur semua, bentuk-bentukkan dan goreng dengan api yang kecil
(kalau nak letak chesee dekat tengah2 pun boleh)
Next, makan dengan rakusnya..huhu

Selamat Mencuba!!



Tuesday 10 June 2014

Aku dan Atkins - Ketosis

Semua yang aku cerita untuk post ni adalah dari FB KDA sendiri, sebab nak cerita sendiri tak reti, so better aku sampaikan apa yang orang bagitau. Tapi mengikut pemahaman aku sendiri, ketosis ni ialah keadaan di mana badan bertukar dari bakar glucose dalam badan kepada membakar lemak. Dalam berDA, ketosis ni la yang kita cari. Bila berDA, jumlah carb kita ambil dah berkurang dan automatik akan memaksa badan membakar lemak instead of glucose. Sebab tu berat boleh turun dengan cepat.

Tanda-tanda anda dalam mode ketosis:

  • Nafas berbau 
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari)
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit
Setiap orang berbeza tindak balas badan, macam aku masa mula-mula DA, badan jadi lesu tapi lepas hari ke 4 badan jadi bertenaga semula, malah lebih bertenaga dari sebelumnya. 

Selain dari tanda-tanda di atas, kita boleh juga uji tahap ketosis badan dengan menggunakan ketosis strip. Boleh dibeli dekat farmasi atau boleh direct dengan pengedarnya. Dekat KDA, dah ada tokeh, so senang dah kalau aku nak beli. Cara nak guna macam ni :



Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

Cara nak baca keputusan pulak macam bawah ni:




Kuning cair @warna asal (Negative) -Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda. 

Kuning gelap sikit / Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal. 

Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat /pemakanan anda adalah betul. 

Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air, tetapi jika anda telah mengambil air sebanyak 3 liter sehari sudah memadai dan tidak perlu risau lagi. 

Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda, jika anda telah mengambil 3 liter air sehari (minimum) anda tidak perlu risau, jika menu anda sekarang mencukupi anda hanya perlu mengekalkan menu anda tetapi jika anda rasa lapar anda buleh menambah sedikit lagi karbohidrat dalam diet anda.


Dulu masa mula-mula DA, aku tak banyak minum air, banyak-banyak pun cuma 2liter, so selalu test keton mesti aku kat paras large, which is kurang bagus la. Sejak dah amalkan 3L sehari, aku dah dapat yang level trace. Ok la tu, janji aku berada di mode ketone. Kalau korang amik makanan yang tinggi carb, dalam tempoh 24jam boleh la test balik, compem negative. Nak dapat mode ketone dah la makan masa 3 hari, kan rugi banyak tu. So sentiasa la jaga jumlah carb seharian anda.

Sesiapa nak mulakan DA, digalakkan untuk beli ketosis strip ni, so kita boleh tahu kita dah dalam ketosis mode atau belum dan boleh la kita menunggu berat turun dengan jayanya.
 

 





Monday 9 June 2014

Aku Yang Kantoi Atkins

Sebelum korang baca cerita ni, silalah jangan ikut apa yang aku buat, sebab tak bagus. Aku pun buat dalam keterpaksaan...hahaha..itu semua alasan.

Ceritanya begini, cuti sekolah baru-baru ni aku plan nak berjalan-jalan dengan family, asik kerja je kan, so aku nak amik cuti panjang dan berehat sepuas-puasnya. So, cari punya cari, so aku decide nak pergi Tioman. Kami pergi berlima, aku dan suami, mak dan 2 adik lelaki. Sebelum nak pergi memang aku dah terfikir tentang diet aku, memang akan dijangkakan aku akan pulun makan sepanjang perjalanan.

Perjalanan kami bermula jam 6.30 pagi. Kitorang drive je ke Mersing. Dalam perjalanan singgah dulu dekat RNR untuk breakfast, masa ni aku boleh tahan lagi, hanya makan ayam seketul dengan telur separuh masak. Next, lalu kluang kitorang singgah pulak Kluang. Kat sini aku makan pulak lontong goreng..arghhh..aku terpaksa makan sebab sedap sangat...haha..lontong goreng ni ialah nasi himpit yang digoreng. Kira ni first time la aku makan nasi sejak berDA. Sambung drive balik sampai ke Mersing, singgah makan cendol..haha..ni dah kantoi. Memang aku dah lama nak makan cendol ni, dulu zaman belajar suka sangat makan cendol mersing, kira dah 10 tahun lebih aku tak makan cendol ni, so aku hadap jugak semangkuk.


 Cendol yang memusnahkan diet aku

Next terus ke jeti, feri pukul 2 petang, tapi delay sampai la dekat pukul 3. Perjalanan dalam feri je dah 2 jam, perut sudah bunyi-bunyi. Kami sampai dekat tioman dalam jam 5.30 ptg, check in dekat resort, solat dan keluar balik cari makan. Senang nya dekat tioman ni, restoran ada banyak, sedia duit je sebab harga kat sana semua double. Maybe sebab pulau, dia terpaksa kira kos pengangkutan. Makan malam pulak ni, aku meratah lauk-lauk, tapi lauk pun boleh tahan, udang sambal, ikan bakar, tomyam, sotong goreng tepung (yang ni dah langgar pantang). Aktiviti seterusnya, hanya berjalan-jalan sekitar Pulau Salang.

Esoknya, kami dah plan untuk snorkeling, aku fikir bagus jugak untuk bakar lemak setelah makan tak hingat. Tapi pagi2 aku dah bantai nasi lemak 2 sudu, stress mak. Lepas dah snorkeling, lapar, aku makan bihun goreng..arghhhhhhh..stress lagi. Dan seterusnya la, malas nak cite sebab sume cite kantoi DA je. Nasib aku kat tioman 3 hari je, tak la lama sangat aku kantoi. Itu pun aku tahan-tahan makan. Kalau ikut nafsu memang aku bantai semua.

So, bila dah sampai rumah, aku menimbang la, nak tahu kesan kantoi DA ni. Hamik kau, dari berat aku 70kg, dalam 3 hari dah jadi 74kg...arghhhh..nangis. Aku terpaksa reinduction balik, no more nasik and karb, dalam 2 hari berjaya la turun 2kg. 

Kesimpulannya kawan-kawan, jangan gatal-gatal nak cheat masa tengah dalam induction sebab berat boleh naik mengkhinzir buta. Nak turun 9kg dah la dekat 2 bulan, nak naik 4kg dalam 3 hari je. Tak ke sedih tu. So tunggu la dah dapat berat ideal, baru boleh nak tambah karbo skit-skit dalam pemakanan, selagi berat masih selevel dengan badak sumbu, lupakan la hasrat nak cheat tu.

Walaupun sedih sebab berat naik, tapi aku tetap happy dapat bercuti bersama keluarga. Nanti nak pergi lagi bila dah kurus...hehe

Sunday 8 June 2014

Aku dan Atkins - Mineral Water


Air mineral dan aku memang tak dapat dipisahkan. Sebelum berDA pun aku memang suka sangat minum air mineral. Setiap minggu berkotak-kotak aku beli buat stok. Ramai cakap dengan aku air mineral ni tak bagus untuk buah pinggang, so aku consult dengan doktor, doktor cakap tu semua mitos je..haha..takde masalah pun kalau aku nak minum air mineral ni bergelen-gelen pun. Tapi sebenarnya, dalam berdiet tak kesah la DA atau diet-diet lain, air yang secukupnya sangat penting. Ikut kan perkiraan dalam DA, 25kg berat badan bersamaan 1 liter air. Minimumnya 3 liter air dan max 5 liter (mengikut keperluan air diri seseorang). Banyak sangat pun tak boleh sebab takut buah pinggang susah nak proses air yang bertimbun dalam badan kita ni.

 Ini antara perbincangan berkaitan jumlah air yang boleh diambil seharian dalam group KDA. Bahaya jugak ye kalau amik air terlebih. Gerun dengar.

Sebagai dasar penjimatan, aku galakkan korang beli je la air mineral ni borong, beli dekat giant ke, tesco ke. Boleh dapat dalam RM10-RM12 untuk satu kotak (12 botol). Kalau aku tak de masa biasa aku beli dekat shell je tapi mahal sikit la dalam RM15.50. Mahal ke murah rasa sama je. Selamat minum air mineral bergelen-gelen ye korang.


Friday 6 June 2014

Aku dan Atkins - Apple Cider Vinegar

Antara supplement yang aku baru ambil adalah Apple Cider Vinegar atau nama lainnya cuka epal. Hati aku terbuka nk amalkan sebab ramai yang suggest untuk ambil kalau berat dah statik. Berat aku agak liat nak turun. Mungkin sebab aku ada cheat kan. So aku terpaksa reinduction balik dan amalkan cuka epal ni. Cara pemakanannya, satu sudu cuka epal dicampurkan dengan secawan air. Ambil 2 kali sehari masa sarapan dan sebelum tidur. Ada 15kg lagi nak turun, kalau boleh raya ni dah capai la target ni.



Aku beli jenama Bragg. Beli dekat Giant, harga RM20 untuk botol yang besar. Mintak-mintak turun la berat degil ni nanti. Aminnnn.

Sambil dah shopping tu aku beli jugak seaweed. Ini antara kudapan aku kala mulut nak mengunyap. Carb dalam 1g sepeket. Boleh la makan sikit, jangan makan sepuluh peket lak.

Sunday 1 June 2014

Aku dan Exercise - Score Fit BodyCombat

Bulan April hari tu aku ada register untuk join BodyCombat. So, tunggu punya tunggu sampai la masanya. Eventnya pada 1 Jun hari ahad, tapi hari sabtu dah kena amik racekit. Eventnya dekat KL Convention Centre. Ingatkan amik racekit je, rupa-rupanya ada exhibition sekali. Memang rambang mata la kan. Habis juga lak dalam 200 duit aku shopping.







Akhirnya tiga benda ni je aku beli. Kebanyakan barang-barang kat sana yang branded, so agak mahal. Bagi aku yang sedang suka berjimat cermat ni memang rasa tak berbaloi la nak beli..huhu..(jimat konon, xde duit sebenarnya..hehe)

So, pagi ahad adalah event yang sebenarnya. Participantnya, MasyAllah, ramai betul. Tapi yang aku perasan ramai chinese la. Melayu ada la beberapa kerat, Tapi memang berbaloi pergi. Mencurah-curah peluh. Masa event berlangsung aku tak tangkap gambar sebab rasa sayang nak miss steps yang dia tunjuk. So gambar-gambar adalah sebelum dan selepas kejadian. Sapa-sapa yang nak join sangat-sangat dialukan, sangat berbaloi. Tapi aku rasa ni aktiviti tahunan. Tunggu la tahun depan nye. Event terdekat adalah ScoreFit Zumba dekat Dataran Merdeka. Yang ni sempat la kot nak join. Enjoy la gambar-gambar kat bawah ye.







Gambar terkini. Sekarang berat aku dah 70kg. Jumlah turun 9kg. 15kg to go. Insyallah.