My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday 23 February 2015

Aku dan TTC - What To Do?

Lama dah rasanya tak cerita pasal TTC. Ikhlas kata, hati ni dah mula tawar sebenarnya nak berTTC. Bila fikirkan usaha yang kena dibuat, jumpa doktor, makan supplement, control makan, BBT, OPK, aku rasa penat. Tapi bila setiap kali tengok kawan2 pregnant, aku pun teringin jugak. 

Ikutkan perancangan, selepas aktiviti ke Gunung Kinabalu nanti, which is in May, aku akan start TTC balik. Walaupun sekarang ni baru bulan Feb, aku dah rasa kepenatan nya. Kadang2 hati tu rasa sedih sangat bila fikirkan orang lain yang mudah nak mengandung. Kenapa la aku susah sangat. Air mata tu senang je nak mengalir. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, tapi ujian2 yang datang ni kadang2 menduga kesabaran aku.

Aku dah mula berfikir untuk tak punya anak. Biarlah berdua saja sampai ke tua. Itu pun kalau suami aku sanggup la. Kalau tak sanggup, segalanya terserah pada dia dan aku redha. Maaf la, ini cuma luahan emosi wanita tak stabil.

Monday 16 February 2015

The very new me





 Compilation of the veryyyyy old me




and now
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Presenting...the veryyyy new me


Siap makan nasi lemak gitu...takabur sungguh


The journey is not end yet, it just the beginning of new life, a healthier life. Except for the nasi lemak (sekali sekala maaa)

Just keep moving forward and stay healthy

My First Run Training

Aku tak pernah terfikir nak menceburkan diri dalam bidang larian ni secara serius. Ingat main lari je dah boleh la kan. Tapi aku selalu terfikir, macam mana orang boleh lari dengan distance yang sangat jauh. Macam mana dia control penafasan dia? Kaki dia tak sakit ke? Macam2 la persoalan. Aku fikir mungkin sebab diorang ni memang di takdirkan hebat berlari kot..hahaha..

Tapi sejak aku mula join group fitness ni, banyak ilmu yang aku dapat. Kau tak boleh nak lari mengkhinzir buta je. Rezeki aku pulak jumpa dengan si Pali ni. Kenal pulak sebab aku yang join group dia nak naik Gunung Kinabalu bulan 5 ni. Rupa2nya si pali ni jugak otai dalam bab2 larian. Jadi dah nampak peluang dah kat situ. So aku mintak dia train aku bagaimana nak lari dengan cara yang betul. Kena train beb sebab aku kan dah teregister HM bulan 3 ni. Kena prepare betul2.

Jadi janji nye, hari isnin 16/2/15 kitorang berjumpa dekat depan masjid putra putrajaya. Tak jadi masalah bagi aku sebab memang situ pun tempat training aku kalau sorang2. Kira first time aku berlari dalam team. Memang sangat best, dan semangat nya sangat lain. Route kali ni adalah 10km, dari masjid putra ke PICC. Cabaran sungguh la weh. Biasa lari suka2 boleh berenti bila aku rasa nak berenti. Ni dah dalam mode training, memang pali balun aku habis baik la. Dari masjid putra tak berenti lari. Berenti je kena jerit dengan Pali. Tapi ada jugak la aku mintak diskaun 2 3 kali, memang dah tak larat dah. Tapi diskaun pun dapat ciput je..hihi.

Banyak gila ilmu dapat masa ni. Macam mana cara nak bernafas (bernafas guna hidung je ye), macam mana nak lari dekat bukit. Pali was a very good coach. Kalau takde dia, memang aku patah balik dah. It was a good training and surely I will repeat it again. Kepada coach Pali, terima kasih banyak.


Sunday 8 February 2015

Menambah Lemak di Me' Nate

Pagi tadi aku dah lari 10km, jadi konon malamnya nak la aku reward diri sendiri dengan makan sedap2 kan..haha..alasan.

Sebenarnya encik husband yang teringin nak makan western. Kebetulan aku baru baca artikel pasal restoren ni dekat FB kata makanannya mahal. Mencecah RM9k. Tapi bila aku baca betul2, ada macam2 harga pulak tu, ada yang murah jugak. Lagi pulak owner restoren tu bekas tukang masak queen Elizabeth. Orang melayu kita. Apa salahnya kita support. Dari makan dekat TGIF atau Tony Roma yang tak pasti halal haramnya.

Lokasi restoren dekat Ampang, dari rumah aku lalu Duke je senang dan dekat. Tak susah nak cari kedai ni sebab guna Waze. Lagipun Ampang memang kawasan kami dating dulu...hahaha.

Sampai2 kedai, memang ramai dah duduk luar kedai tunggu turn. Nasib dia ada sediakan kerusi, so tak perlulah berdiri nak menunggu. Kami tunggu dalam lebih kurang 20 minit, then sampai turn kami.


Duduk2, dia bagi menu. Baca menu macam tak berapa faham..hihihi. Tapi kami tengok ada banyak fridge tepi2 dinding penuh dengan daging. Agaknya ni la kot orang cakap boleh pilih2 ni. Tanya dekat waiter, rupanya memang kena pilih jenis daging. Syok la kan.


 
Ni salah satu yang kami pilih, Lamb ribs. Harga RM68.60. Harga ni korang takyah la nak tambah tolak bagai. Harga ni termasuk dia dah masak dan side dish sekali.

Ada 2 lagi yang kitorang pilih. Tak sempat ambil gambar. Lagi yang best dekat restoren ni, air semua free, kecuali air dalam botol. Ada panas ada sejuk. Free dan free flow. Ambil la sesuka hati korang, tapi jangan tak habis, nanti kena bayar.


Nampak dia dah warning siap2 tu...sila habiskan minuman anda ye. Tak baik membazir.


Tunggu agak lama jugak la nak siap masak. Mungkin sebab full house jadi lambat la sikit kan. Tapi bila makanan sampai, meleleh air liuq..haha.

 Angus Striploin - Medium Rare

Lamb Rack - Medium Well

Makan memang puas hati la. En laki makan kenyang sangat sampai dah tak lalu...meat overload...haha.

Meh kita tengok resit pulak.


Siap ada diskaun. Sekali sekala makan apa salahnya. Kalau hari2 memang koyak la poket..haha. Highly recommended. Sila lah datang ye.

Aku dan Exercise - KL City Day Run

Ini event kedua aku untuk tahun 2015. Kali ni aku amik 10km dan ditemani oleh kawan yang mula2 memperkenalkan aku pada dunia larian, yani. Kiranya kali ni adalah event yang first aku lari dekat KL. Walaupun aku ni orang KL, tapi aku byk join event yang dekat Putrajaya. Jadi, aku tak berapa familiar dengan route yang KL ni.

Lokasi mula larian adalah dekat Padang Merbok. Larian start pukul 730. Mentang2 la rumah aku sekangkang kera je, aku gerak la dari rumah pukul 7. Hamik kau, takde tempat nak parking. Terpaksa la aku menapak dari Tasik Perdana tu. Lesson learn. Lain kali datang awal.

Start lari je, dah penuh dengan manusia. Antara keburukan lari dekat situ, jalan dia sempit. So jalan jadi sangat crowded. Lagi pulak mula2 tu, memang kena serbu la kan. Mula2 lari lagi, dah start daki bukit, ok, fail betul la bab2 naik bukit ni, aku semput. Tu baru permulaan ok. Rupanya2 sepanjang route tu, berlambak bukit. Memang lepas ni aku tak mau join la larian dekat Padang Merbok. Hazab. Laluan untuk larian ni pulak lalu kawasan rumah orang2 kaya. Jadi dorang ni buat kepala la, bawak kereta laju2. Langgar anak orang, tak terbayar woi dengan duit kau.

 Bukit

 Bukit Lagi

Arghhh...berapa banyak bukit daaa

Disebabkan terlalu banyak bukit, bila sampai kat bukit, aku banyak berjalan je la. Tengok yang lain2 tu, semua pun pakat jalan je. Nak lari semput, tapi bila turun bukit, aku pulun lari, cover balik jalan lenggang kangkong tadi. Masa ni la asik kira kilometer je..haha

Ni pun naik bukit ni..gila banyak bukit

Tapi alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan larian dengan jayanya. Ada improvement dari larian yang lepas. Next event, Bukit Jalil Marathon, my first ever 21km run. Harap2 nya berjaya la. Chaiyok zira.





 Semua finisher dapat medal

 Yani baru sampai




Jom collect gambar kita berlari2 anak

Tuesday 3 February 2015

Trip Ke USS - Day 2

Day 2 (Ahad)

Maka sampailah hari kami nak berjimba. Pukul 630 aku dah ketuk pintu bilik milin dah suh bangun. Kau kalau lambat memang kena tinggal la milin. Pukul 715 kitorang dah turun bawah hotel. Dah ramai rupanya orang yang dah menunggu. Bas pun dah beratur kat luar hotel. Tunggu punya tunggu dalam pukul 830 jugak la baru dapat naik bas. Lupa nak cakap, masa korang redeem tiket bas, orang bas tu akan bagi satu borang. Kena isi borang tu kalau nak masuk singapore ye. 

  Passport dah ready

Tengok ramai dah menunggu

Budak dua orang ni dah teruja nak masuk USS

Alhamdulillah, perjalanan nak masuk singapore sangat lancar hari ni. Jalan kat tambak johor pun tak jem. Mungkin sebab hari minggu kot. Nak masuk singapore kena lalu imigresen Malaysia dulu, kat sini memang pantas sebab guna mesin je. Masuk imigresen singapore lambat sikit sebab kena check manually. Prosesnya,tiap kali pergi imigresen kau kena la turun bas ye. Settle imigresen, bas pun bertolak ke USS. Lama jugak perjalanan, dalam lebih kurang 40min jugak la.

Kami sampai di USS lebih kurang pukul 10pagi. Pasti la sebelum masuk kena tangkap gambar dengan bumi bergerak dulu kan.




Disebabkan kami sarapan roti je dalam bas tadi, perut dah berbunyi2 mintak di isi. Masuk je USS, kami terus cari tempat makan. Jangan risau ye nak cari makanan halal dalam USS. Ada banyak. Dalam map USS ada diberitahu restoren mana yang halal.




Aku guna voucher 10% masa ni. Jadi hanya topup SD1 untuk satu meal lengkap dan mengenyangkan ni.

Bila perut dah kenyang, hati dah senang, apa lagi, jom enjoyyyy...sila layan gambar2 je la ye.






















Sambil berjimba tu, jangan tak solat ye korang. Ada surau disediakan tapi kecik la. Boleh solat dalam 6 ke 7 orang je setiap kali. Lokasinya belakang The Mummy.


Disebabkan seronok sangat berjimba, sedar2 dah pukul 630. Kena turun ke bas pukul 7. Kami dah kesedihan dah nak meninggalkan USS. Nasib yuyu tak hentak2 kaki nangis tak mau balik. Jangan sedih ye yuyu, next time kita datang lagi.


Tak syok la kan kalau tak memborong bila kat USS. Barang2 dia memang menarik jiwa raga. Sempat la aku sambar dua tiga barang. (ye ke dua tiga?hahaha). Semoga kita berjumpa lagi USS. I miss you already.