My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday 31 May 2016

Honeymoon di Grand Lexis, Port Dickson

Pernah tak korang plan nak bercuti semata-mata nak duduk dalam bilik hotel? hahahaha...

Ni la kerja aku, saja2 amik cuti, habiskan duit, untuk relax dalam bilik hotel. Tapi bukan sebarang hotel la. Grand Lexis la jadi pilihan terbaik dengan specialty private pool nye. Aku memang dah lama berangan nak ke Grand Lexis ni. Tapi niat selalu terbantut memandangkan kosnya yang agak mahal.

Tapi kali ni aku kasi pejam mata sebab alang2 dapat bonus..Alhamdulillah. Bukan selalu pun dapat rezeki sedebuk.

Check in adalah pukul 4 petang. Aku sampai hotel pukul 3, tapi mak ai, orang beratur panjang nak check in. Sebabnya sekarang ni cuti sekolah, memang parents amik kesempatan la bercuti agaknya.

Settle check in, ada buggy disediakan untuk ke bilik.


Tak sampai 1 minit pun, dah sampai bilik..hihi

Apa lagi, terus serbu bilik la kan. Waaaa, kagum sungguh






 Apa lagi, terus kami sebagai kanak2 riang, melompat la dalam pool.

Lepas dah penat berendam, tidur ambil tenaga kejap, bangun terus bersiap cari makan. Kami bergerak ke Teluk Kemang untuk cari makan, sambil2 tu memang niat nak lepak tepi pantai.

Tempat Mengisi Perut Yang Lapar

Dating Tepi Pantai. Romantikanya
Balik dari makan, sambung aktiviti berendam..hahahaha.

Aktiviti berenang tidak dapat ditayangkan kerana boleh mengakibatkan muntah darah. Jadi tengok gambar cawan berisi milo panas dan kulit kuaci je la ye
Esok paginya, hotel ada sediakan breakfast. Banyak pilihan dan sedap.


Sebelum percutian singkat ni tamat, jom jalan2 sekitar Grand Lexis.



Maka berakhirla percutian singkat yang sangat2 syok ni. Dijamin puas hati.

Tuesday 24 May 2016

My First IUI - 2 Weeks Wait

Seperti biasa, ni fasa paling aku tak suka dalam tempoh berTTC. Penantian tu satu penyeksaan woi. Sabar, sabar.

Dalam tempoh 2ww ni, aku kena makan duphaston. Bila kita makan ubat yang ada kaitan dengan hormon ni, memang sistem badan kita turut terganggu. Antara yang aku rasa sepanjang 2ww:

1) Kembung Perut
Yang ni rasa memang tak selesa. Rasa kat perut tak tau nak kata apa. Kejap rasa tegang, kerap rasa berangin. Sambil2 tu, aku layan la ketidakselesaan sambil usap perut dan baca Ya Musawwir. Sambil2 tu berdoa semoga terbentuk janin dalam rahim aku.

2) Selera Makan Bertambah
Hat ni tak yah kira la. Macam2 jenis makan terbayang2 kat otak aku. Teringin nak makan Japanese Soba la, nak makan chocolate chip cookies la, nak makan nasi arab la. Memang melantak je keje aku. Sambil tu, risau gak. Aku still kena jaga makan atas faktor PCOS aku.

3) Badan Lemah
Yang ni pun terasa sangat terutamanya masa tengah lapar. Menggigil satu badan. Bila dah masa nak tidur pulak, terasa sengal2 satu badan terutama bahagian pinggang. En laki la kena paksa urutkan belakang.

4) Sakit Payudara
Ni setakat rasa sengal2 macam nak period. Tak teruk sangat la.

Benda2 ni yang aku alami sepanjang tempoh 2ww. Tapi hari ni pun aku baru CD24. Ada seminggu lagi nak harung.

Sunday 15 May 2016

BE POSITIVE

BE POSITIVE

Ok, kali ni suka aku nak remind kan kepada kawan-kawan TTCian aku. Tolong la sentiasa positive. Aku selalu buat blog walking. Suka aku baca experience TTCian yang lain. Ada yang sangat positive. Ada yang sangat negative. Untuk yang positive, aku pun tumpang gembira. Mana yang negative, aku tumpang sedih. Ada yang sanggup pinggirkan diri dari keluarga dan kawan-kawan. Sangat sedih bila dapat berita orang lain pregnant. Nasihat aku again, tolongggg la jangan jadi macam tu. Rugi weh. Bukan rugi kat orang lain, rugi kat diri sendiri la. Why dont you just enjoy your life. Sementara tengah berdua je, buat segala macam aktiviti yang kau tak boleh buat bila kau ada anak. 

So, bila kau bukak FB, bukak IG, kau jeles tengok kawan2 kau berkepit dengan anak-anak. Apa kata kau bagi kawan2 kau tu jeles pulak dengan kau sebab kau boleh beraktiviti sebab tak ada anak. Senang kan? Dari kau murung sorang, bukan membantu kau berTTC pun.

Memang ada hikmah kau diuji macam sekarang ni. Contoh aku la, kalau aku tak berTTC, tak tentu lagi aku akan amalkan makanan sunnah, susu kambing, kurma. Kalau aku tak ada masalah, tah berapa kali kau nak solat hajat, solat dhuha, solat taubat. Mungkin tak buat pun. Tapi sebab sekarang aku tengah mengharapkan ehsan Allah, maka aku berdoa. Maka, kalau aku tak dapat apa yang aku nak pun, aku masih dapat pahala. As simple as that.

Kalau aku tak diduga dengan masalah TTC, takde nye aku selamat sampai ke puncak kinabalu, menyelam dalam laut. Mesti tengah sibuk kendong anak.

Maka, nasihat aku yang terakhir kali. Enjoy you TTC journey. Jangan buang masa bersedih. Sedih sikit2 cukup la, lepas tu bangun balik. 

Sekian,
Mak Jemah Nak Anak

My First IUI - Treatment Cost

Dah nak hujung2 treatment ni, aku rasa dah boleh sum up kot total cost sepanjang treatment dekat LPPKN ni walaupun aku tak sampai ke level nak buat IUI. No 1 sampai 8 tu maksudnya jumlah kos setiap kali pergi LPPKN.

1) Sperm test dan ambil darah en laki = RM98
2) Ambil darah CD2 = RM73
3) Ambil darah CD22 = RM20
4) HSG (buat dekat Hospital Tawakal) = RM259.50
5) Consultation doktor = RM10
6) Clomid dan Humog (3) = RM275.80
7) Humog (tambahan) = RM105.60
8) Hucog dan duphaston = RM139.60

Total = RM981.50

Total ni untuk aku yang tak sampai stage IUI. Dijangka kalau buat IUI, kena tambah lagi RM350 menjadikan total lebih kurang RM1300. 

My First IUI - CD12

Assalamualaikum semua warga TTC. Apa khabar? Ok kau, macam pakar motivasi tak?

Kali ni nak update kesah selepas aku dah scan telur masa CD10. Summary kesah lepas, ada 1 je telur aku, dan doktor tambah ubat Humog (cucuk) sekali lagi, dan aku kena datang 2 hari kemudian untuk tengok progress telur.

Jadi pada CD12 iaitu hari Jumaat, pagi2 aku dah tercongok depan LPPKN. Again. Bila sampai turn aku, terus baring, dan doktor scan. Hasilnya, telur pada CD10 tu, tetap ada sebijik, tapi dah membesar dengan sihatnya dari 11mm ke 16mm. Alhamdulillah, mungkin berkat tambah ubat dan minum susu kambing, kurma dan badam. Semua dengan izin Allah. 

Curi2 tangkap gambar telur..hihi

Pada mulanya memang aku dah happy sangat la, tapi selesai scan, bila doktor consult, doktor kata IUI tak dapat diteruskan. Sebabnya telur aku hanya ada 1. Nak IUI sekurang-kurangnya ada 2 telur. Luluh hati aku. Tapi tak buat IUI bukan la maksudnya aku takde chance nak pregnant untuk cycle ni. Peluang still ada sebab telur memang dah ada, cumanya aku kena buat natural way. Maksudnya kena berasmaradana la...hihihi.

Doktor terus bagi ubat cucuk yang baru. Cara cucuk masih sama. Tujuan dia untuk pecahkan telur tu. Waktu cucuk adalah tepat 9 pagi Sabtu, keesokan harinya. Dan dalam tempoh 36 jam, telur akan pecah dan ready untuk disenyawakan. (maksudnya kena..ehem ehem la, pandai la pikir sendiri).


Doktor juga terus bagi ubat kuat rahim yang kena diambil pada CD19 selama 12 hari. Ubat ni aku pernah makan masa pregnant dulu. Tujuan ubat ni, kalau kau pregnant, dia akan kuatkan rahim, tapi kalau tak pregnant, dia bagi kau period.


Makanya, kena la tunggu sehingga next month untuk mengetahui drama TTC ini. Semoga ada berita gembira di bulan Ramadhan dan Syawal ni. Sementara tu, jangan lupa buat solat hajat, solat dhuha dan minta banyak2 pada Allah. Amin.

Wednesday 11 May 2016

TTC - Makanan Kesuburan

Since dah tau telur aku yang dicheck semalam perlu disuburkan. Maka cepat2 aku cari cara lain. Selain dari ubat yang doktor tambah, kena juga cari alternative lain. So aku mencari makanan-makanan natural untuk bantu suburkan telur aku.

Trauma tengok jarum. Tapi encik laki steady

Tapi, basically apa makanan yang membantu meningkatkan kesuburan wanita? Based on bacaan2 di artikel2 berkaitan, antara makanan yang membantu adalah

1. Produk Tenusu (Susu, keju, yogurt)

Aku memang dari awal amalkan minum susu kambing. Memandangkan ini pun salah satu makanan sunnah, so no harm untuk mencuba.

2. Telur

Kau tau kenapa orang2 dulu bagi telur masa kenduri kawin? Ada maksud simbolik tau. Telur dan kesuburan memang dikaitkan sejak berkurun lagi. Aku amalkan makan 2 biji telur separuh masak setiap pagi. Gemuk? Kolestrol? Dah banyak kajian mengatakan telur tidak menyumbang kepada dua perkara tu. Kalau kau makan telur, then kau bantai makanan2 lain yang tak elok, jangan salahkan telur.

3. Kekacang

Salah satu yang aku tau adalah kacang almond. Kekacang juga kaya dengan Omega 3. So bagus la kan?

Banyak lagi makanan2 yang bagus untuk kesuburan macam sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan bagi lagi. Jadi, jom mencuba. 





Tuesday 10 May 2016

My First IUI - CD10

Hari ni appoinment aku untuk buat ultrasound selepas kena makan and cucuk ubat last week. Appoinment kali ni nak tengok progress telur, sama ada berkesan tak makan ubat tu. Jadi pagi2 sebelum pintu klinik LPPKN tu dibuka, aku dah tercongok depan klinik. Ramai juga yang datang klinik hari ni. Menunjukkan semakin ramai yang susah nak conceive..hurmmm.

Tunggu dalam setengah jam untuk turn aku, terus kena baring untuk ready di scan. Bila doktor datang, senang, terus serbu. Hasil scan, mula2 doktor scan belah kanan. Seperti biasa ovari aku penuh dengan telur2 kecil. Sedih =(. Next doktor scan belah kiri, godek2 skit, nampak la satu telur yang besar. Alhamdulillah. Saiz telur lebih dari 11mm which boleh proceed untuk iui. Tapi tak cukup besar untuk buat IUI dalam masa terdekat. So aku kena tambah ubat cucuk untuk sehari lagi, dan 2 hari lagi perlu datang untuk tengok progress. Which doktor said, she doubt the egg will be ready on that day. Maybe kena tambah dos jugak masa tu..huhuhuh..

Doktor siap cakap, ni la cabaran nak merawat pesakit PCOS. Memang susah nak suruh kitorang ni bertelur..hahaha.

So, while waiting for this coming friday, kena berdoa la banyak2 semoga telur aku membesar dengan sihatnya. Nampaknya kena tambah suppliment macam susu kambing or kurma or madu untuk bantu telur ni membesar. 

Amin, Ya Rabbal Alamin.

Thursday 5 May 2016

My First IUI - Ambil Ubat

Dah lama rasanya tak update blog. Bajet busy la memanjang. Tapi sebenarnya ada banyak sangat benda masih dalam perancangan aku. So belum boleh nak cerita lagi.

Tapi untuk tempoh terdekat ni aku masih fokus pada perancangan TTC aku. Sejak kena postpone IUI hari tu, tak banyak yang aku boleh buat selain terus menunggu. Sambil tu berdoa semoga next period aku datang pada waktu yang terbaik. Aku memang sangat2 perlukan tarikh period yang sesuai untuk next appoinment. Disebabkan bulan Mei ni aku ada komitmen kerja yang aku kena outstation ke Sarawak. Kalau date tak kena, aku akan melepas nk buat IUI untuk cycle ni, dan terpaksa tunggu after raya, which is bulan lapan nanti. Tapi dalam runsing, bila nak datang period ni, aku hanya mampu berdoa, sebab apa yang aku rasa terbaik mungkin bukan yang terbaik bagi aku. Maka aku serahkan bulat2 pada Allah. Alhamdulillah, period datang pada waktu yang sangat2 tepat. 2 hari sebelum aku kena pergi Sarawak. Sesungguhnya Allah sebaik2 perancang.

Pada hari berjumpa doktor, jumpa sekejap je, doktor explain tentang ubat yang kena makan dan disuntik. Penerangan yang lebih jelas akan diberikan oleh nurse. Ok, masa ni, dah pening balik. Macam mana pulak aku nak suntik ni, sebab aku kena pergi Sarawak. Confirm jadual kerja aku padat dan tak sempat nak menyuntik bagai. Pening punya pening, aku terus call ofis dan maklumkan yang aku tak boleh pergi Sarawak. Nasib baik la bos2 semua memahami. Maka dapat la aku fokus pada IUI aku ni.

Masa nurse bagi penerangan tentang cara cucuk ubat, aku dah rasa pening2 lalat dah. Tengok jarum tu pun aku dah seriau. Dalam kepala berpikir je, macam mana la aku nak cucuk benda alah ni. Memang encik laki kena jadi mangsa la nampaknya...huhu..dan untuk fisrt trial, en suami berjaya menjadi nurse separa tak terlatih. Syabas mera hubby.

Clomid
Bahan Cucuk Mencucuk

Kos Ubat
Kekdahnya nak makan ubat

Untuk next appoinment, aku kena datang semula ke LPPKN pada CD10 untuk buat ultrasound. Doktor nak check, telur aku membiak dengan jayanya ke tak..huhu.