My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday 27 August 2014

Aku dan Atkins - Aku dah kurus 15kg

Bulan Ogos ni dah masuk 4 bulan aku berDA. Alhamdulillah dah berjaya turun 15kg. Banyak sangat perubahan yang baik pada diri aku lepas berDA ni. Period semakin lancar, masalah jerawat dah kurang, rasa lebih aktif dan yang penting, baju lama-lama semua dah boleh pakai.

Hari ahad baru-baru ni, aku join larian Mizuno. Ini first time aku lari 10km seumur hidup aku. Memang cubaan separa mati la sebab last larian aku masa Milo Fun Run, itu pun 7km. Sepanjang bulan puasa memang bersenam pun aku puasa, bila raya, aku cuma bersenam yang ringan-ringan. So Mizuno run ni memang kerja gila aku la.

Tapi aku memang suka cabar diri sendiri. Don't say no when you are not even trying. So aku pergi jugak berlari sorang-sorang. Alhamdulillah aku berjaya tamatkan larian 10km aku dengan jayanya. Aku sangat bangga dengan diri aku sendiri. Sangat berbeza lari masa gemuk, dan lari masa kurus. Aku dah kurang mengah, kalau dulu aku akan lebih banyak berjalan dari berlari..kali ni, memang aku Zassss la...Next BSN Night Run..


Tuesday 26 August 2014

Aku dan TTC - Appointment with Dr Adilah HPKL

Assalamualaikum semua,

Hari ni aku sangat happy (bayangkan aku tengah senyum sampai ke telinga). Kalau yang pernah baca post aku sebelum ni, aku ada cerita tentang pengalaman aku buat appointment di klinik Dr Marsita. Tak perlulah aku ulang balik kekecewaan aku.

Jadi, atas moto keep moving forward, selepas mendapat advice dari kawan di group PCOS, aku terus buat appointment dengan Dr Adilah di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Dari kali pertama aku call, aku rasa sangat senang hati sebab sangat mudah untuk buat appointment. Janji kena dengan tarikhnya. Masa tu aku call aku tengah CD5. Dia mintak aku datang masa CD12, kebetulan aku konvo masa tu, so aku tukar ke CD13. Alhamdulillah, first step yang sangat mudah. Maksudnya dalam tempoh seminggu aku dah boleh jumpa doktor.

Sehari sebelum tarikh appointment klinik dah telefon aku untuk remind pasal appointment date esok (HAPPY)..no giliran start ambil jam 830 pagi, first come first serve basis. Terus bagi detail dekat mana klinik, blok B tingkat 4. 

Di hari kejadian, pukul 745 aku dah tercongok kat klinik pakar tu. Ambil no giliran (no.1 ok...HAPPY) isi borang pendaftaran dan tunggu sampai doktor sampai. Pukul 830 doktor sampai, wow, tepat pada masanya (HAPPY)..cepat sikit aku nak lari ke office sebab malas dah nak amik cuti. Dalam masa 5 min doktor masuk klinik, terus nama aku di panggil (HAPPY)...Ya Allah, cantik sungguh dr Adilah ni, sedap mata memandang. 

Jumpa doktor, terus dia mintak aku cerita tentang diri aku. Aku cakap aku ada PCOS, doktor cakap tak rupa macam orang ada PCOS..hihi..doktor kena tahu, saya dah turun 15kg, jerawat dah makin kurang sejak amalkan air 3 liter sehari..memang simptom PCOS aku semakin kurang (HAPPY). Dah cerita semua, time untuk buat TVS (alaaa..scan dari bawah tu)..

Dr check ovari kiri, dia terangkan dengan clear skali. Tapi clear mcm mana pun aku memang lemah sikit nak paham..hihi...tapi yang aku faham, dia cakap ada kantung-kantung polycycst dekat ovari aku..maksudnya aku memang ada PCOS, tapi berjaya dikurangkan. Kalau dulu (2 tahun lepas), berketul2 telur aku tengok dekat skrin tu. Tengok pulak ovari kanan, pun sama, ada kantung..yang lagi HAPPY ada telur yang dominant (saiz tu aku lupa pulak dia cakap berapa), tunggu masa nak ovulate je..check rahim, dia kata cantik..Alhamdulillah (HAPPY). Doktor kata dah sampai masa untuk bersama suami selang sehari. Yang ni masalah skit..hihi..sebab husband aku sangat la sibuk. Kalau balik kerja nampak sangat penatnya, rasa tak sampai hati nak mintak.

Tapi semua boleh bincang, demi anak akan ku usahakan. Doktor advice untuk makan asid folic dan multivitamin. Stop minum susu kambing or sebarang susu sebab dia kata susu ada ape tah yang buat ovary jadi malas (ni ayat layman ye).

By 915, aku dah selesai dengan doktor Adilah. Next appointment 2 September ni, CD ke 19 untuk check sama ada telur yang dominant tadi boleh keluar sendiri atau tak. Tak sabar sangat (HAPPY lagi).

Dah settle semua, masa untuk bayar bil. Yang ni tak HAPPY sangat la..hihi..Kesimpulannya, berdasarkan jumlah HAPPY di atas...aku sangat HAPPY. Yang tinggal hanya berdoa. Siapa lagi hendak ku meminta jika bukan dariMU yang MAHA ESA.



Monday 18 August 2014

Aku dan TTC - Klinik Pakar Wanita Medina

Post hari ini berkisarkan tentang pengalaman pertama aku berurusan dengan klinik Medina. Sebelum aku decide nak pergi klinik ni, aku memang dah survey bermacam-macam klinik gynae yang ada dan aku baca komen-komen patient yang pernah dapatkan rawatan dekat klinik-kilinik tu. Salah satu klinik yang aku tertarik nk pergi adalah Klinik Medina ni la. Nama doktor dia Dr Marsita Mansor. Post aku sebelum ni pun ada cerita sikit tentang klinik ni.

Tapi kali ni aku nak cerita sendiri pengalaman aku. Suprisingly, aku tak happy. Ok, meh aku cerita sikit kronologi.

Aku memang dah buat appointment untuk 16hb, hari Sabtu.
Pukul 10 kena datang klinik untuk ambil no giliran
Aku sampai klinik dalam 10.10 pagi, ambil no giliran ke22 (bila masa 21 orang lagi sampai ni? sebab aku tengok klinik kosong je)
Kaunter klinik cakap doktor akan masuk dalam pukul 12 ke 1 sebab malam sebelum tu klinik tutup pukul 6 pagi
Aku tanya, so giliran aku yang ke22 ni, agak-agak bila sampai turn aku
Dia cakap dalam 1 -2 pagi (first time dengar jumpa doktor pagi2 buta)
Sebab aku nak buat sperm test jugak, kaunter mintak aku call klinik balik dalam pukul 12 untuk confirm doktor ada ke tak. Nak buat sperm test doktor kena ada sebab dia yang akan examine. Sperm cuma boleh tahan dalam 2 jam je dalam suhu bilik.
Pukul 1230 aku call klinik, doktor takde lagi
Aku sempat pergi ampang, then pergi open house dekat Pantai Dalam
Pukul 6 pergi klinik balik utk ambil sperm hubby
Tanya kaunter sekarang giliran ke berapa, baru yang ke 8
Dia kata akan call lagi 2 nak sampai turn aku
So aku tunggu di rumah sampai la hari ahad, sampai la ke hari ni, Selasa.
Kesimpulannya, aku tak jumpa doktor pun.

Disebabkan kejadian tu, aku nak cari doktor lain pulak..mungkin pengalaman korang tak sama dengan pengalaman aku. Tapi pengalaman aku tak best.

p/s : Meh aku cerita pengalaman aku jumpa dr. Adilah dekat hospital pantai. Sangattttt puas hati. Boleh baca kat link ni.

Sunday 10 August 2014

Aku dan Atkins - Kebaikan

8 Ogos 2014 genap 4 bulan aku beratkins (walaupun banyak kali reinduction). Bila nak beratkins ni sangat mudah, kau cuma perlukan keazaman dan daya tahan yang sangat tinggi. Dalam 2 bulan pertama aku berDA, aku berjaya menepis semua dugaan. Mula-mula memang susah, tapi kau akan terbiasa untuk kata NO. Nampak nasik goreng kau kata NO, nampak air sirap kau kata NO. Pegi lari jauh2 dari benda tu, Insyallah kau boleh lawan. Tapi kalau kau kata NO lepas tu kau duk mengadap benda tu, memang tak jadi la. Aku boleh nampak kat diri aku sendiri, jangan pandai-pandai nak cuba atau try atau rasa skitttt pun. Sebab dari sikit, akan mula bertambah. Percaya la cakap aku. Lepas tu kau nak reinduction balik pun payah. Cuba bertahan sekuat boleh masa induction. Bila dah dapat berat yang kau nak, makan la balik semua tu (tapi dalam kuantiti yang berpada-pada la ye)..kalau tak, tak guna kau berDA.

Sebenarnya nak cerita yang baru-baru ni aku balik kampung suami aku. Dah hampir setahun aku tak balik sana. (bukan sebab derhaka ye, MIL dan FIL aku memang duduk KL, so kat kampung ada TOK je, jadi aku ngan hubby memang jarang balik). Balik sana memang syok la, sebab semua orang puji dah kurus, makcik-makcik, sepupu-sepupu semua tanya macam mana kurus. Aku tak de la cite Atkins bagai, pening pulak kepala orang kampung tu kang. Aku cakap je la, tak makan nasi, mi, bihun, roti makan lauk je. Bertapa kagum nye dorang (nampak sangat aku gemuk sangat dulu....adus).

Bila orang dah puji macam tu, jangan melambung sangat la ye. Jadi kena kembali ke pangkal jalan supaya aku maintain kurus balik kampung tahun depan..Insyallah.

Good Luck semua. Jangan curi-curi makan nasi.

Tuesday 5 August 2014

Aku Moody

Aku sangat stress hari ni. Tak tahu kenapa. Mood sangat swing, badan rasa lemah, kaki rasa lembik. Dari semalam lagi rasa tak sedap badan. Semalam gatal buat HIIT, tak sampai 5 minit, tiba-tiba aku rasa nak pitam, mata dah berpinar, dan dada sakit gila(macam sempit). Masa tu aku fikir aku dah nak mati je. Tapi aku rehat, urut dada, Alhamdulillah beransur lega. Bila bangun pagi pulak terasa sakit kat tengkuk. Memang rasa dah tak nak pergi keje, tapi aku sayang cuti aku. Nak amik MC aku rasa malas sebab bagi aku tak sakit mana pun.

So sepanjang hari kat ofis aku merana sebab mood jadi tak ok. Dapat pulak bos aku sangat cerewet. Kerja aku memang dah sedia banyaknya, dapat pulak bos yang cerewet, mahu hangin aku. Semua benda nak amend, 'bagi' tukar 'untuk', font tak cukup hitam, titik tak sama, semua pindaan mengarut. Kalau aku ubah amendment tu pun tak mengubah maksud paper/surat yang aku buat la. Tu suma cosmetic je. Mintak-mintak kalau aku jadi bos nanti, tak cerewet macam dorang la.

Kesimpulannya, mood aku memang tak ok, rasa nak makan orang je. Yang penting aku dah pesan laki aku beli Buah Lai Madu, aku dah teringin sangat nak makan sebab aku tension. Ni mungkin penangan minggu depan nak period.

Sekian, Salam 1Stress

Sunday 3 August 2014

Aku dan TTC - Group Whatsapp

Sebenarnya dah lama aku berniat nak wujudkan satu group whatsapp. Group ni khas untuk PCOSer macam aku. Tujuan group ni hanya la untuk berkongsi maklumat dan luahan perasaan. Memandangkan golongan kami ni sensitif, group macam ni memang sangat membantu. Satu hari tu, aku terus post dekat FB dan tanya ada tak kawan FB aku yang ada PCOS. Tak cakap niat lagi nak buat group sebab nak tengok respond. Tak sampai beberapa jam, ada 2 3 orang PM aku. Orang-orang ni aku tak kenal pun (tak tahu macam mana boleh jadi kawan FB aku..hihi). 

Aku ceritakan pada dorang yang aku nak create group dan Alhamdulillah dorang sangat bersetuju dan nak join. Mulanya hanya 3 orang yang approach aku. Takpe la, aku create jugak group. Then bertalu-talu kawan2 PM aku. Rupanya ramai jugak yang senasib dengan aku. So sekarang total ahli group PCOS ada 8 orang. Salah seorang dah berjaya mengandung selepas 2 tahun mencuba. Dengan adanya dia, memang bagi harapan dengan kami yang belum berjaya lagi.

Dalam masa 1 hari group ni ditubuhkan, memang mendapat sambutan. Kami kongsi pengalaman masing-masing dan bercerita tentang rawatan yang dah dibuat. Kalau ikutkan, aku ni yang paling tak buat rawatan sebab aku Pemalas..hihi.

Aku cuma berharap dengan adanya group ni, kitorang mampu dapat sebanyak maklumat yang mungkin dan terus semangat berusaha untuk TTC. Harapnya group ni akan terus aktif. Memandangkan aku group admin, aku la nampaknya kena aktif kan..hihi

Aku tak bercadang untuk tambah ahli group lagi sebab aku takut tak boleh control. Mungkin max sampai 10 orang. Sapa cepat dia dapat =)