My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Sunday 22 November 2015

Farm In The City

Cadangan nak pergi Farm in The City (FITC) ni datangnya dari mak aku. Aku yang duduk dekat putrajaya ni pun tak tahu kewujudan tempat ni. Macam mana mak aku tahu ek? Rupanya penangan Majalah 3. Mula-mula tu aku takde la berminat sangat, tapi disebabkan mengikut kehendak mak aku, jadi aku google la pasal FITC ni. Kelihatannya sangat menarik sebab boleh berinteraksi dengan lebih dekat dengan haiwan2 ni.

FITC ni terletak di Seri Kembangan. Lokasinya di belakang Hypermarket Giant. Bagi memudahkan korang nak cari, hanya perlu waze saja. Memang akan terus ke situ.

Pada hari kejadian, kami sampai pada jam 10 pagi. Memang purposely datang awal sebab cuti sekolah. Takut lambat nanti, penuh dengan manusia. Sampai saja, terus beli tiket. Harga tiket untuk masuk agak mahal, terutama jika anak ramai. Harga tiket dewasa adalah RM32 dan kanak-kanak RM27. Tapi bila dah masuk memang sangat berbaloi.

Boleh aku rumuskan, FITC ni boleh dianggap macam mini zoo. Dan menariknya tentang tempat ni, kebanyakan haiwan boleh dipegang. Pekerja FITC juga ada berikan barang2 makan untuk kau bagi pada haiwan2 tu. Seharusnya la tempat2 macam ni menarik perhatian kanak2. Jangan kata kanak2, mak bapak kanak2 pun excited.

So, apa lagi, layan gambar saja la ye.






















Thursday 19 November 2015

Kenapa Kau Sebuk Aku Tak Mengandung Lagi?

Kalau post sebelum ni aku cerita sebab aku sedih, kali ni aku nak cerita pasal aku sakit hati.

Aku tak tahu la kawan2 korang jenis macam mana. Tapi aku ada kawan yang jenis sibuk hal hidup aku. Aku tahu la niat dia baik tapi perlu ke setiap kali jumpa aku tanya benda yang sama. Kau tak mengandung ke? Kenapa kau jalan macam tu? Kau mengandung ke? Bila kau nak mengandung? Eeeeeee...hendak saja aku kaki kan mulut kawan2 macam ni. Masalahnya kawan aku yang banyak bertanya ni, ada yang lelaki. Woiii...sibuk nye kau nak tahu aku mengandung ke tak.

Balik2 bila jumpa aku tanya soalan yang sama. Kau dah pahal. 

Paling aku menyampah, kalau aku aktif sikit bersenam, adalah mulut bising, kau ni tak nak mengandung ke? *&%#%^ punya soalan. Kalau aku kata aku diet sebab nak mengandung, suruh aku melantak pulak. Kata tak yah diet. Bila aku tak mengandung tanya pulak.

Susahkan nak puaskan hati orang. Sedangkan hati sendiri pun kita susah nak puaskan, apatah lagi hati orang lain.

Buat manusia2 yang bermulut cilakak ni, berhenti lah tanya soalan2 tak berfaedah tu. Tak memberi manfaat pun pada kau dan paling penting tak bermanfaat pun pada orang yang ditanya. Menambahkan stress aku ada lah.

Kalau aku mengandung nanti, satu dunia aku bagitau. Tapi jangan bila aku bagi tau, kau kata aku ni mengada2, overexcited dan macam2 lagi. Memang aku cabaikan mulut orang macam ni.

Oh Sedihnya

Untuk cycle bulan November ni, aku tengah berusaha untuk TTC. Syukur husband sangat supportive. Tapi yang sedihnya bila satu hari tu dia cakap DIA NAK BABY...waaaahhhhhhhhhhh...menangis dalam hati aku. 

Ya Allah, jika terbaik bagi kami, kau kurniakan lah zuriat yang Soleh dan Solehah kepada kami. Jika sebaliknya, kami redha dengan ketentuanMu.

Tu lah doa di setiap solat aku. 

Macam2 usaha dah buat, diet, makan ubat, jumpa doktor, exercise. Tapi rezeki belum ada lagi. Tapi aku tak sedih sangat kalau aku sorang saja yang mengharap, tapi bila suami pun dah mula mengharap...sedih sangat pulak rasanya.

Ok, kita tangguhkan dulu mood sedih. Stress tak baik untuk conceive ok. 

Sekarang nak cerita tentang TTC plak. Bagi yang berusaha tiap cycle, korang pasti dah mula pandai nak agak waktu subur. Macam2 cara kita boleh tahu waktu subur kita. Commonnya, adalah dengan mengira sendiri tarikh subur. Tapi ini terpakai pada orang yang ada cycle period yang tetap. Macam aku sendiri, period memang tak tentu. Walaupun period setiap bulan, tapi cycle nya kadang2 31 hari, kadang 33 hari ada juga 38, 40 dan macam2 la. So memang susah kalau aku nak calculate waktu subur aku sendiri.

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan OPK. OPK ni rupanya macam UPT juga. Test menggunakan air kencing ini boleh dibuat bermula jam 11 pagi sehingga la 7 malam. Bagi yang ada problem period yang tak teratur, sebaiknya habis saja period, terus start guna OPK sampai la jumpa waktu subur. Sebanyak 2 cycle aku guna OPK, masalah yang aku hadapi adalah, aku tak jumpa2 waktu subur aku. Aku tak sure sama ada memang aku tak subur ke dalam 2 cycle tu. Kalau tak subur, buat macam mana pun memang tak akan pregnant la.

Kaedah dengan BBT pulak menggunakan termometer untuk tengok suhu badan. Kena ambil suhu badan mulai dari hari pertama period sehingga period seterusnya muncul. Kiraan hari pertama period adalah bila ada flow period, bukannya spoting. Suhu pula perlu diambil diambil pagi, sejurus bangun tido. Sebelum bangun dari katil tu, perkara pertama kena buat adalah ambil suhu dulu. Aku tak amalkan lagi kaedah ni sebab aku ada masalah mamai di pagi hari....hahahah.

Kaedah yang tak payah gunakan duit langsung pun ada. Iaitu tengok pada perubahan diri kau sendiri. Setiap orang berbeza2 perubahan diri ketika waktu subur. Benda yang aku suka perhatikan ketika waktu subur adalah cervical mucus. (maksud dia kena google sendiri ye sebab aku segan nak terangkan...hihi). Pada waktu subur, cervical mucus akan menjadi jernih dan rupanya seakan2 putih telur yang mentah. Allah memang jadikan cervical mucus tu berbentuk macam tu ketika waktu subur kerana tekstur mucus tu dapat membantu sperm untuk bermarathon berjumpa dengan ovumnya...haha. 

Bagi yang tengah conceive, kekerapan bersama pun adalah penting. Lagi2 pulak bagi yang susah nak lekat. Ikutkan kata doktor aku dulu, dalam waktu subur kena bersama selang sehari. Ia untuk meninggikan chance pregnant sebab sperm sentiasa je ada dalam badan isteri. Tapi sebenarnya kalau sperm suami tak ada masalah, sperm tu sendiri boleh hidup dalam badan isteri selama 7 hari. Jadi sebelum sampai tempoh 7 hari tu sila la topup sperm anda.

Itu sahaja ilmu untuk dikongsi pada post ni. Aku pun masih belajar ilmu2 membuat anak ni. 

p.s.: Sebenarnya, bila aku berkawan dengan ramai wanita2 luar, yang anak dia dah tak terbilang ramainya, ramai sebenarnya tak tahu pun tentang ilmu2 buat anak ni. Tak tahu pun kira waktu subur, tanda2 subur sebab mungkin tak ada keperluan bagi mereka nak tahu benda tu. Rezeki Allah la, dorang kena sentuh, terus lekat...hihi. Tapi orang macam aku ni memang kena timba ilmu lebih sikit la, ujian dari Allah =).

Sunday 8 November 2015

Jamu Kencur



Sekarang ni, bukak je facebook, naik muak aku tengok iklan Jamu Kencur ni. Scroll 2 saat jumpa, scroll lagi jumpa. Ayat pun memang ajak bertumbuk. Sebab suka sangat cari pasal ngan aku, aku pun order la tiga kotak...hahahaha..(ok tak ayat polis ecosistem aku?).

Takdela, bila kita berTTC ni, macam2 usaha la kita buat kan. Dari perubatan moden sampai la ke traditional. Ni salah satu ikhtiar aku la. 

Cumanya, aku nk tanya pandangan TTCian yang lain terutama yang PCOSer. Elok ke jamu ni? Kang dari nak beranak, tak teberanak plak aku. Sebab ada kawan yang kata makan jamu ni ok. Ada yang kata tak elok untuk yang nak TTC. So aku tak tahu mana yang betul.

Ikut kata orang yang jual, mestila dia kata bagus. Nama pun meniaga, mesti dia nak barang dia laku.











Jadi, aku nak mencari testimoni dari TTCian/PCOSer sendiri. Kalau korang pernah makan Jamu Kencur ni, mohon share pengalaman di ruangan komen ye. Aku pun baru makan 3 hari ni. Kalau ada kesan, aku story mory later.

New Update :

12/11/2015 - hari ni hari ke6 aku makan jamu kencur. Ada tanda2 nak period sebab ada brown spoting. Hari ni baru cd15. Nak tengok progress seterusnya, adakah akan period. 

Monday 2 November 2015

Kecewa tak dapat HSG

Sepatutnya untuk cycle ni, aku kena buat HSG di hospital tawakal. Hospital tawakal ni pulak requested by doktor kat LPPKN, tak mau hospital lain. Sepatutnya untuk buat appointment HSG, kena call pada hari pertama period. Nak dijadikan cerita, dah la period aku ni tak berapa nak betul sangat. Bila dah period, call hospital, penuh la pulak. Makanya tak dapat la aku nak berHSG untuk cycle ni dan kena la tunggu next period.

Sekian, itu la ceritanya. Terimas.

Trip Berkasih Sayang ke Krabi (Aonang)

Plan nak pergi Krabi bermula masa bulan Mei rasanya sebab Airasia tengah buat promo. Memang plan nak pergi berdua je dengan encik laki. Tapi terpikir pulak, mesti la lagi best kalau pergi honeymoon secara berjemaah. Akhirnya aku pun ajak la gang yang sama pergi ke USS dulu. Cuma kali ni, kena bawak pasangan masing2. Dulu pergi USS jalan single mingle tak hingat donia, sekarang ni adala encik laki tolong kontralkan kesengalan kitorang.

Plan asal nak pergi bulan November sebab anniversary la kononnya. Sekali peak season kau. Harga semua double. Jadi kami tukar la date jadi Oktober. Memang berbeza harga. Contoh hotel la, kalau bulan Nov, hotel yang sama, bilik yang sama, harga jadi RM120 semalam. Tapi kalau bulan Okt, harga jadi RM80. Tu belum pakej2 kat sana lagi. Jadi demi menjimatkan duit, kami berenam setuju pergi bulan Okt. Janji dapat pergi Krabi.

Seperti biasa, sebelum nak bercuti kat mana2, aku akan survey blog dulu. Dari pengalaman orang, aku tau hotel apa yang terbaik, tempat makan sedap, harga2 pakej yang berpatutan. Bila dah buat research betul2, baru puas hati nak berjalan.

Transport

Ada banyak sangat kemudahan transport di Krabi/Aonang.

Bermula dari airport, kami naik bas untuk ke Aonang. Kos cuma 150 baht seorang. Bagitau saja hotel mana korang stay, bas akan hantar terus di depan hotel.


 

Di aonang, korang boleh pilih sama ada nak sewa motor, naik tuktuk atau jalan kaki saja. Kos sewa motor adalah 200baht untuk 24jam. Harga tuktuk bergantung pada jarak. Contoh, dari pantai ke hotel, kos adalah 40baht seorang. Dari Yaminlah (kedai pancake) ke hotel 200baht untuk 1 tuktuk yang besar. Dari aonang ke krabi town (kalau nak ke night market) 500baht pergi sahaja.





Sewa van dari hotel ke airport masa hari nak balik adalah 600 baht.

Van yang kami sewa untuk ke airport. Dah macam disco dalam tu..haha

Sebaiknya, kalau korang jumpa orang Malaysia kat sana, boleh la share2 tuktuk tu. Boleh berjimat. Nak sombong buat apa maaa...satu malaysia kan.

Hotel


Aku pilih hotel aonang goodwill sebab ramai sangat kata hotel ni best. Hotel ni memang best dari segi kebersihan, luas bilik, wifi dan lain2. Tapi ada kekurangan jugak dengan hotel ni. 

 

1) Hotel ni jauh dari pantai. Jadi aku tak dapat la nak jalan sekangkang kera je ke pantai. Jalan kaki nak ke pantai ke ambil masa dalam 15min. Belum balik semula ke hotel. Boleh melecet la kaki.

2) Hotel jauh dari kedai2 macam 7E, family mart, tempat massage. Berjalan dalam 10min.

Kekurangan hotel ni cuma dari segi distant je. Sebab apa aku rasa kekurangan. Sebab ada banyak lagi hotel2 yang dekat dengan pantai dan kedai2 contohnya J Hotel, Smile Hotel, Orchid Hotel. Bagi yang suka nak melepak tepi pantai aku suggest korang pilih hotel yang lebih dekat. Kalau korang boleh sewa motor tak ada masalah. Sewa motor dalam 200baht sehari. Tapi kalau duduk 3 hari, 600 baht, terasa jugak sebab bukan nak naik motor setiap masa. Waktu siang dah sibuk dengan aktiviti berpakej.
Kebaikan hotel ni pulak, dekat dengan tempat breakfast. Sebelah hotel ada gerai pakcik jual nasi beriyani dengan ayam goreng rangup. Sila cuba ye. Memang sedappppp.

Pakej

Aku sampai di Aonang pukul 9 pagi. Selesai cari makan (pasal makan aku cerita sat lagi), aku pun mula survey2 pakej. Untung jugak aku tak pergi peak season sbb orang2 kat aonang ni pun tak ralat sangat la nak bagi harga murah. Aku berjaya dapat pakej untuk 2 hari (hari pertama pakej phi phi island dengan kos 950baht dan hari kedua pakej jungle tour without elephant ride 600baht. Total 1550 baht). Boleh dapat kurang lagi sebenarnya kalau rajin survey sebab kawan aku survey boleh dapat 1300 baht untuk kedua2 pakej. Tapi semuanya telah terlambat..waaaaa

Pakej Phi Phi Island
Pukul 8 ke 830, orang pakej suruh tunggu depan hotel. Pukul 9 baru muncul budak muda nak amik kitorang. Lupa ke apa mamat ni. Nampak kelam kabut dia bawak tuktuk. Sampai di ofis agent tu, dah ramai orang menunggu kami. Sah dorang ni lupa kat kitorang, patut kematu bontot tunggu.

Bila semua dah ada, kami semua pun berjalan ke pantai menuju ke bot. Untuk trip ni dia dah assign satu agent untuk assist kitorang. Namanya Jimmy. Garang nak mampuih. Trademark dia, 'Dont make me angry, if im angry, you die'....hahahaha..dia melawak je, buat lawak garang, naik menyampah aku.

Tak yah la aku cerita detail sangat pasal pakej ni sebab standard pakej snorkeling la. Pergi snorkeling 2 kali, pergi singgah maya bay, singgah phi phi island untuk makan, then balik. Yang pasti, laut dekat Malaysia, jauhlah lebih cantik. Kalau aku pergi perhentian, siap boleh tengok penyu lagi. Laut krabi? Nampak habuk je..hahaha...xde la, ada la jugak ikan. Tapi, ikan je la ada. Pukul 4 petang kami dah selamat sampai semula di Aonang. Balik hotel, mandi, pergi sambung makan Yaminlah...hahaha.



Pakej Jungle Tour
Sebelum tu aku nak mintak mahap la awal2. Kot2 la sebelum ni korang baca blog lain yang pergi Krabi, syok2 je kan dorang cerita. Tapi kalau korang baca aku cerita, lain plak..haha..Ini semua berdasarkan pandangan aku la ye. 

Untuk pakej jungle tour, aku cadangkan korang tak yah amik la...hahahaha. Jahat pulak aku ni.

Dah2, takyah dengar cakap aku. Tapi aku share experience aku, then korang nilai sendiri. 

Pukul 9 orang agent ambil kami di hotel, then amik orang2 lain di hotel yang lain pulak. Total satu van dalam 15 orang.

Mula2 kami ke Tiger Temple. Buat ape kat sini, tengok2 luar temple, tangkap gambar dengan patung2 keagamaan budha. Dekat sini pun 30min je. Boringgg...orang agent ni cakap kat situ ada banyak monyet. Masalahnya satu monyet pun aku tak jumpa, anjing banyak la.


Kemudian pergi ke elephant ride. Untuk yang ni, kami tak ambil sebab kami semua pencinta haiwan. Kesian kot naik gajah tu, aku ngan laki aku dah la gemuk. Aku menangis kot kat situ tengok gajah tu. Untuk pengetahuan korang, memang dah ada organization yang menentang penggunaan gajah sebanyak binatang tunggangan. Sebab gajah ni punya function tak sama dengan kuda or unta yang korang boleh tunggang. Nak cerita detail pasal tu, aku malas. Korang pergi la google sendiri. So, kat sini kami tunggu je orang2 lain yang sama van dengan kami naik gajah. Dalam 30min juga la aktiviti ni.
 Gajah yang kasihan..sob sob

Laki aku yang bosan menunggu, terus ambil pakej ATV yang memang ada kat situ. Kalau naik ATV ni boleh la follow angkatan bergajah tersebut. Harga untuk ride ATV for 30 minutes adalah 700baht.
Next kami ke hot spring pula. Perjalanan nak ke sana memang jauh sungguh. Lebih kurang 40minit. Itu pun driver kami pecut macam pemandu F1. Kami kat dalam van yang rasa kecut telur. Dekat hot spring diberi masa 40min. Agak jauh jugak la nak berjalan ke hot spring tu, hot jugak la ketiak aku. Aku tak mandi pun kat sini. Budak2 lelaki je syok berendam.  Cukup masa kami pun pulang ke van.


Sambung pula ke Emerald pool. Ini la tempat yang aku sangat2 nak pergi. Sebab orang kata air dia cantik sangat. Warna hijau gitu. Kalau korang masuk je kawasan situ, mula2 lagi korang akan nampak pool dekat belah kanan korang, kat situ je dah cantik. Memang hijau je kaler sungai dia. Aku cadangkan, korang mandi je la kat sini. Kenapa aku cakap macam tu, sebab perjalanan nak ke pool yang sebenar sejauh 800meter. Dan bila korang dah sampai, pool tu dah penuh dengan umat manusia. Dah tak nampak hijau pun pool tu. Tu aku pergi low season. Cuba kalau pergi peak season, memang pijak orang kot kat sana.



Kat sini memang lepak lama sikit. Dalam 1 jam. Lepas settle dekat pool, kitorang dihidangkan lunch. Ni memang dah masuk dalam pakej. 
Selesai Emerald Pool, settle la pakej untuk hari ni. Untuk pakej ni, Nora bagi 2 bintang.

Makan

Yesssss.....ini la tujuan utama aku ke Krabi. Untuk melantak...hahahaha. (maafkan aku sebab lari dari topik blog yang ajak berdiet. Aku just enjoy Aonang foods. Balik Malaysia diet balik..hahahah)

Untuk makanan di Krabi, Nora bagi 10 ribu bintang. Tapi jangan tekojut la sebab mak dah lama tekojut. Harga makanan kat aonang, mahal noks. Kalau kedai makan cikai kat Aonang tu, harga dah lebih kurang harga pizza hut, kenny rogers, nandos dan sebagainya. Apa kejadahnye nasi goreng harga 120baht (bersamaan RM12).

But, worry no more. Jangan la makan kat kedai. Makan je kat gerai makcik2 dan pakcik2 bermotor dekat tepi2 jalan. Harga nasi goreng dalam 50baht. Ok la tu, rasa pun sedap.

Jadi, apakah makanan yang menarik dekat Aonang?

1) Pancake
Makanan ni rasanya kewajipan kot untuk dirasa dekat Krabi ni sebab merata aku tengok orang jual. Yang paling glamer mestila banana nutella. Kedai yang sangat popular dengan pancake ni adalah kedai makcik Yaminlah. Kedai start bukak dalam pukul 11 pagi membawa ke malam. Tapi kalau pergi hari jumaat memang tak bukak. Tak tau la plak sebab apa.




2) Pad Thai
Pad thai ni macam kewtiau goreng kita la. Aku memang sangat suka makan Pad Thai ni. Sepanjang pencarian aku, ada satu kedai yang jual Pad Thai sedap. Yang lain pun sedap gak, tapi ni paling sedap.



3) Nasi Beriyani
Kalau korang sampai Aonang nanti, pagi2 masa nak breakfast, sila la cari satu pakcik yang jual nasi beriyani. Gerai dia sebelah hotel Aonang Goodwill. Pakcik ni pandai cakap bahasa melayu. Memang sedap gile nasi dia berlaukkan ayam goreng yang rangup dengan sos cili thai. Pergh, aku taip ni pun air liur aku mengalir keluar.


4) Pulut Mangga
Ni lagi satu yang aku boleh nangis la kalau makan. Mangga dia, perghhh...menangis weh. Aku dapat makan pulut mangga ni pun hari ke3 aku kat sana sebab tiap masa pun perut aku penuh..haha. Hari ke3 aku simpan perut aku khas untuk pulut mangga. Aku beli pulut mangga ni dekat Night Market Krabi. Night market hanya ada hari jumaat, sabtu dan ahad saja.

Dekat night market ni pun, sila cari aiskrim kelapa...pergh..sedapp..kalah sangkaya. Harga pun 30baht je. Kalau kat Malaysia dah 7 hinggit.

5) Mango shake
Dekat dengan gerai Yaminlah, korang akan nampak makcik jual shake. Aku memang 2 hari la order mango shake dia. Memang pure mangga ok. Mangga harum manis ke ape dia guna ni. Sedap sangat. Harga 40baht.
6) Kopi Arabus
Kopi ni korang boleh beli dekat Family Mart. Harga 29baht. Hanya ada di Thailand dan rasanya..wallaahhh. Aku siap beli sepuluh cawan bawak balik Malaysia.


7) Segala macam nasi goreng dan makanan2 lain
Pergi la makan kat mana2 pun. Nasi goreng dia memang sedap. Makanan2 lain pun sedap. Semuanya menyelerakan.






Kesimpulan aku boleh bagi untuk trip ni. Bestttt..terutamanya bab makan. Insyallah, ada rezeki nak repeat lagi.