My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday 19 October 2017

Free UPT Untuk Kawan2 TTC Ku

Salam Semua. Apa kabar. Sihat tak?

Sebenarnya niat di hati dah lama nak sedekah UPT aku yang berlambak2 ni. Biasa la, 6 tahun mencuba, UPT wajib la sentiasa ada. Dah la period selalu je tingtong, so memang aku buat stok UPT ni. Alhamdulillah, bila dah ada fateh ni, nak berehat dulu la dari buat baby kan. At least untuk 2 tahun ni. Sehubungan itu (cewahh.skema sungguh). Aku dengan berbesar hati nak hadiahkan UPT pada kawan2 yang tengah berusaha nak hamil. Free je ye. Tak yah bayar. Dengan pos2 aku sponsor. Dengan syarat...doakan kesihatan aku dan family..hihi.

First come first served. Sila dropkan nama, no tel dan alamat anda di ruangan komen (untuk tujuan pos). Tapi, sambil2 tu kenalkan la diri. dah berapa lama kawin, dah berapa lama TTC, kalau nak share apa2 kisah pun apa salahnya. Jom la kita berkenalan.

Sekian, adiosta.

Thursday 28 September 2017

My Breastfeeding Journey

Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk breastfeed (bf) al fateh. Dulu sebelum ada anak, aku anggapkan bf ni mudah sgt. Masukkan je la breast dalam mulut baby, settle. Tapi bila dah hadap sendiri, susahnya Ya Allah. Rasa nak give up pun ada. Sebab tu pahala menyusukan anak ni besar. Cabaran rupanya.

Aku cerita history la sikit masa awal2 nak belajar menyusukan al fateh. Malam pertama fateh lahir, memang aku dah terlantar atas katil, nak duduk pun tak boleh. Nurse tolong la baringkan fateh kat lengan aku, dan cuba hulurkan breast dekat mulut dia. Tapi masa ni susu pun takde lagi. Esoknya aku dah boleh turun katil, aku usahakan lagi nak susu kan fateh walaupun susu belum keluar lagi. Dalam hati risau jugak la, ada ke susu ni. Sambil2 tu nurse bagi juga susu dekat fateh, maybe sebab aku bersalin czer kot. Sampai tengah malam aku berusaha susukan fateh. Memang tak cukup tidur. Sambil susu kan fateh, aku sembang dengan fateh. 'Fateh, kita sama2 belajar ye. Mama pun baru nak belajar susukan fateh ni, fateh pun baru belajar cara nak menyusu. Fateh budak baik kan'. Itu la ayat aku ulang2.

Alhamdulillah, hari esoknya susu dah keluar. Tapi aku struggle nak bagi susu kat fateh sebab fateh masih tak pandai nak latch. Sikit2 puting terkeluar balik. Dan puting aku pun rasa sakit. Bila tanya kawan2, diorang kata kalau caranya betul, menyusu bukan moment yang menyakitkan. Aku susah hati sungguh la, kenapa sakit ni. Sampai kan rasa fobia nak susukan fateh sebab sakit sangat. Akhirnya aku amik inisitif tengok dekat youtube. Macam2 video aku tengok, akhirnya aku faham cara nak bagi susu macam mana. Tinggalnya, fateh sendiri kena belajar cara nak latch. Ambil masa juga la, mungkin hampir sebulan baru fateh betul2 pandai. 

Dua minggu pertama, aku menyusukan fateh sambil duduk. Ye la, fateh kecik lagi, boleh lagi dipangku. Tapi bila susukan sambil duduk ni, kurang la aku dapat berehat. Malam2 tiap 2 jam kena bangun lagi. Weng sungguh la kepala. Masuk minggu ke 3, aku belajar cara menyusu sambil baring. Walaupun susu baring, aku tak la tidur. Aku masih kena tengok fateh menyusu, takut2 dia lemas pulak. Tapi sekurang2nya kurang sikit penat aku. Masa ni aku mula rasa seronok menyusukan fateh. Tapi dalam seronok2 tu, ada pulak yang tegur (dirahsiakan la sapa) aku menyusu sambil baring. Tak elok la, dia dulu tak buat macam tu la. Dalam hati, anak aku, sukati aku la nak susukan macam ne.

Lama kelamaan, fateh dah pandai latch. Sekarang waktu menyusu waktu yang sangat best. Lagi2 sambil tengok tv..hahaha. Kalau malam, susukan fateh sambil baring, memang dengan aku lelap terus.

Bagi ibu2 yang menyusukan anak, bab bengkak susu ni memang tak boleh lari. Sepanjang 4 bulan aku menyusukan fateh, ada jugak 4 5 kali aku kena bengkak susu. Nak katakan aku skip susukan fateh tak jugak. Cuma susu macam tersumbat dan tak mau keluar. Sakitnya, MasyaAllah. Seram sejuk setiap kali bengkak susu. Cara aku tangani masalah ni adalah dengan mandi air suam dan urut disekitar breast yang bengkak. Then, cepat2 bagi fateh menyusu. Fateh memang marah kalau bagi susu dekat breast yang tengah bengkak sebab penat dia latch tapi susunya tak keluar. Tapi mamanya kena paksa jugak la, tidak siksa wooo. Sambil2 menyusu tu fikirkan benda2 yang happy, kalau stress lagi la susu tu malas nak keluar.

Insyallah, kalau ada rezeki, aku akan usaha juga menyusukan fateh sampai dia 2 tahun. Sekarang bila dah start kerja, gigih la aku mengepam setiap 3 jam sekali. Lagi pulak susu yang aku pam nak kena bekalkan fateh ke sekolah esoknya. Maka nak tak nak kena gigih jugak. Buat masa ni aku pakai pam malish ilaria, tapi aku gunakan breast shield cimilre yang handfree. Senang aku mengepam sambil buat kerja. So tak la terganggu kerja aku. Aku sangat mencadangkan breast shield ni untuk ibu2 bekerja. Yang senang shield ni compatible dengan banyak motor. So tak ada masalah sangat la.

Sampai sini saja. Buat ibu2 semua, selamat menyusukan anak anda dengan jayanya. Bagi yang belum ada peluang, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. As salam.
 

Tuesday 5 September 2017

Pengalaman bersalin di FPP Putrajaya

Pejam celik pejam celik, rupanya dah habis 4 bulan cuti aku. Maka kena dah start kerja..waaa...malas sungguh, mood memang ke laut cina selatan la. Tambahan lagi berjauhan dengan fateh, lagi la rasa tak keruan. Ok ke fateh kat taska tu, nangis ke, nak ke dia minum susu botol..macam2 la fikir.

Tapi kita ketepikan kerisauan tu dulu, hari ni aku nak share pengalaman aku bersalin di fpp putrajaya. Seperti post sebelum ni, doktor dah decide untuk aku bersalin masa minggu ke 38 disebabkan isu darah tinggi dan precious baby. Jadi hari isnin minggu ke 38 tu aku dah kena lapor diri dekat hospital. First day takde isu sangat la, sebab bukan ada rasa sakit nak beranak lagi pun kan. Duduk baring atas katil je la. Masa masuk wad hari tu, aku dapat bilik 2 katil. Katanya bilik 1 katil tak available. Tapi once dah ada bilik, aku akan ditransfer immediately. Keadaan bilik ok la, ada tv tiap katil, toilet dalam bilik. Yang lain2 biasa je. Petang tu dr hamidah ada datang menjenguk dan confirmkan dengan aku sama ada nak proceed bersalin normal or czer. Aku masih la dengan degilnya nak cuba normal. Maka doktor malas nak argue dengan aku, dia redha je dengan pesakit degil ni...hahaha.

Esok sesudah subuh, aku kena induce. Yang induce bukan dr hamidah ye. Dr lain. Beberapa jam lepas tu, dah mula rasa contraction. Tapi mild je. Lebih kurang senggugut. Pukul 9 doc hamidah datang jenguk lagi. Doc kata pukul 1 dia akan datang check bukaan, kalau tak bukak nak tak nak aku kena gak czer. Hati berdebar2 je la. Macam mana nak ada bukaan kan, baby belum nk keluar lagi. Elok pukul 1, dr pun datang check dan bukaan hanya 2cm. So doc decide untuk czer. Makanya aku pasrah je la. Untuk czer, aku kena puasa dulu at least untuk 6 jam. Memang awal2 lagi doc dah suruh puasa, jadi pukul 6 petang tu aku dah kena ready nak ke OT. Tup tap tup tap, lepas magrib jugak baru aku nak diczer. First time masuh dalam OT memang berdebar2. Terbayang2 cerita grey's anatomy. 

Untuk czer, aku kena bius bahagian pinggang ke bawah saja. Bius yg cucuk dekat pinggang tu..apa nama dia, epidural kan. Masa nak cucuk tu, kena tunduk sambil peluk bantal. Takutnya aku sampai menggigil2. Teringat orang cakap cucuk epidural ni sakit yakmat. Tapi alhamdulillah, tak pulak aku rasa sakit. Penat je menggigil2. Lepas tu kejap je la, dah tak berasa dah kaki. Dengan pantasnya doc zasss perut aku. Ok sebelum tu, aku sangat la tekejut sebab yang mengczerkan aku bukan dr hamidah tapi dr hazim. Geram pun ada, kau ni beria2 sungguh aku czer ingatkan kau la yang nak czer kan. Maybe la dia ada case lain yang lagi penting, but still...

Ok, habis cerita geram, masa dr nak keluarkan bagi, memang terasa bergoyang2 la katil. kemain agaknya dia usaha nak keluarkan baby dari perut. Tiba2 je dah dengar suara baby menjerit. Alhamdulillah, my little hero dah keluar. Lepas tu tak dengar plak suara baby, agaknya nurse tengah bersihkan la tu. Kejap lagi, nurse datang tunjuk baby. Waaa, anak mama, sayang anak mama, comel nye anak mama. Masa tu nak pegang baby memang tak dapat lagi, tangan kena dempang atas katil. nurse cuma bagi untuk cium je. Tak lama lepas tu, selesai dr dah jahit balik perut, aku ditolak balik ke wad.

Hari tu memang tido malam tak nyenyak la sebab asik mengadap baby je. Tambah lagi ubat bius dah makin nak habis. perut pun dah mula rasa sakit. Tapi bila ubat bius memang dah habis. Ya Allah, seksa nya rasa. Nak angkat punggung pun tak boleh. Ok, tak mau cite lebih, kang korang taknak beranak plak. 

Alhamdulillah, hari tu ada bilik katil 1 yang available, so kami pun berpindah la. Selesa la lagi. Untuk suami pun ada kerusi baring untuk berehat. Kalau tak dia kena tidur atas lantai pulak. Aku tidur di hospital untuk 3 malam sebelum discharge. Total cost untuk czer termasuk bilik adalah RM3800. Ok la, aku ingatkan cecah sampai 5k. Dengan layanan nurse dan keadaan bilik, aku rasa harga tu dah berbaloi. Cuma aku tak puas hati tak dapat bersalin dengan dr hamidah. Itu je la yang tak puas hati.

Bagi siapa yang nak bersalin di hospital swasta tapi budget kurang, boleh cuba di fpp. Harga dan service yang berbaloi. Pastikan korang book awal sebab fpp ni memang sentiasa penuh. Kandungan dah masuk 4 bulan, boleh dah la nak book.

p/s.: Cerita panjang lebar pasal check up dekat fpp semua boleh tengok post2 sebelum ni ye.

Sekian saja perkongsian aku pasal fpp, next post nak cerita pasal breastfeeding plak. Dengan itu, byee.

Wednesday 9 August 2017

Introducing Love of My Heart

Assalamualaikum semua. Waaa, lama sungguh tak bersiaran. Penuh habuk dah blog ni. Sorry la kawan2, cuti berpantang ni memang aku fokus pada my little baby je. Ops lupa lak nak cakap, aku dah selamat bersalin. Alhamdulillah.

Memperkenalkan...jeng jeng jeng

Muhammad Al Fateh


Fateh selamat dilahirkan secara czer pada 8 Mei 2017. Berat 2.63kg jam 8.30 malam. Usaha aku nak cuba bersalin normal tak berhasil. Ye la, baby tak nak keluar lagi kan, kena paksa induce, lagi la dia tak mau keluar. Akhirnya terpaksa la czer. Takpe la, janji fateh mama sihat.

Pengalaman bersalin czer macam mana? Entah la, susah nak ingat balik sakitnya. Yang pasti memang nak meraung la bila bangun dari katil lepas je operate tu. Rasa nak terbukak perut. Hampir sebulan juga la baru recover betul2 sakit dekat perut. Kadang2 tu nak bangun dari baring pun terasa ngilu pada perut.

Fateh pula masa dalam pantang kena prolong jaundice. Penat juga la ulang alik ke klinik tiap hari. Bila bacaan makin tinggi, klinik suruh pulak pergi hospital. Kesian fateh kena ambil darah dekat tangan. Dari luar dengan fateh menjerit kesakitan. Waaa, mak mana tak sedih dengar anak menangis. Tapi alhamdulillah, kuning beransur baik.


Tambah lagi dugaan berpantang aku, kena kena serangan sakit batu hempedu. Ingatkan dah bersalin tak la sakit, rupanya kena jugak. Berkejar ke emergency jugak la. Akhirnya baru2 ni aku dah buat operation buang hempedu. Cerita detail pasa ni akan aku buat entry khas.

Hari ni fateh dah 3 bulan. Seronok tengok anak membesar depan mata. dari berat 2kg lebih, sekarang dah 5kg, terasa sungguh fateh tengah membesar dengan sihatnya. Alhamdulillah, fateh minum susu badan sepenuhnya. Pengalaman pertama kali menyusukan anak, memang tak mudah. Kita dan baby masing2 baru belajar benda baru, jadi memang akan menimbulkan tekanan. Tapi yang penting jangan putus asa. Keep learning dan keep trying. 


Insyallah, fateh masuk 4 bulan ni, aku masukkan dia ke nursery. Jadi sebelum nak hantar tu, dah kena buat persediaan la. Ajar dia menyusu guna botol, ajar tidur tanpa buai. Alhamdulillah, fateh good boy, senang nak ajar dan tak meragam. Ikut je apa mama dia suruh buat.

Itu serba sedikit la kisah tertangguh aku 3 bulan ni. Dalam next post aku akan ceritakan pengalaman bersalin under fpp, pengalaman menyusukan fateh, pengalaman sakit batu hempedu. Banyak benda nak sembang ni..hihi.

Apa2 pun syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada yang mendoakan aku dan baby. Aku doakan semua kawan ttc dapat merasa pengalaman yang sama juga.




Wednesday 26 April 2017

See You Soon Baby

Alhamdulillah dah minggu ke 36. Semalam baru je jumpa dr Hamidah FPP. Kan 2 minggu lepas dia suruh aku pikir nak czer or normal. Maka selama 2 minggu aku berfikir, dapatkan pandangan kawan2, dapatkan pandangan doktor lain, mintak petunjuk Allah, hati aku kuat nak cuba bersalin normal. Maka aku sampaikan hasrat aku pada doktor. Reaksi dia..mesti dalam hati dia kata..degil betul patient aku ni...hahaha. Doktor agak tak puas hati la bila aku kata nak normal. Macam2 lagi la dia keluarkan fakta2 yang agak menakutkan. Tapi aku taktau la masa tu, hati macam nekad dan tenang. Aku cuma senyum dan kata, saya cuba dulu doktor. Kalau tak dapat, kita czer.

Nak tak nak doktor terpaksa akur juga la, tapi doktor bagi chance sekali je kat aku nak cuba normal, kalau ada sebarang masalah, terus zasss. Takpe la doktor, janji saya dah cuba. Lebih dari tu, dah luar kawalan saya.

Makanya Insyallah, 8hb ni (38 minggu) aku kena serah diri dekat hospital dan 9hb kena induce. Maksudnya ada 10 hari lagi nak jumpa baby. Waaa, perasaan sekarang lebih kepada tak sabar dari berdebar2. Tak zabar nak cium baby. Doakan semuanya dipermudahkan. Insyallah. Amin.

Wednesday 12 April 2017

Dalam Dilema - Czer or Normal

Alhamdulillah aku dah di minggu 34. Lagi sebulan nak jumpa baby. Baru-baru ni aku ada appoinment dengan Dr Hamidah (FPP), lepas dah check up bagai, doktor akhirnya conclude yang dia advice aku untuk czer. Nganga aku masa tu jugak. Dah kenapa tiba2 nak czer. Berdasarkan penilaian doktor, asas untuk aku kena czer sebab baby ni baby iui. Maka baby ni sangat berharga dan dia tak nak amik risiko bersalin normal.

Aku buntu. Tak pernah lagi aku dengar advice macam ni. Sedangkan last time jumpa doktor Hamid dia sendiri suggest aku untuk bersalin normal. 

Bukan la aku kesah sangat cara bersalin. Tapi alasan doktor susah aku nak terima. Nama pun bersalin, czer ke normal ke, memang ada risiko. Kalau doktor kata aku kena czer sebab masalah kesihatan aku or baby, baby besar ke, aku ada darah tinggi or kencing manis ke, aku boleh terima. Tapi sebab tak nak amik risiko bersalin normal, ermmm macam susah aku nak hadam.

Cara doktor cakap macam angkat bendera putih sebelum start berjuang pun. Akhirnya doktor bagi aku masa 2 minggu untuk decide sama ada nak czer or normal. Ya Allah, susah nya nak decide. Berbelah bahagi sebab kalau tak cuba, mana nak tau aku boleh normal or tak. Tapi kalau tak ikut cakap doktor, jadi apa2 satu hal pulak.

Tapi bila aku balik dah cuba search info tentang baby2 secara iui or ivf ni, memang banyak doktor suggestkan untuk czer. Memang tujuannya untuk kurangkan risiko. Jadi, aku bertambah berbelah bahagi. Nak dapatkan second opinion dr doktor hamid, masa dia dah full pulak.

Hanya dengan cara mintak petunjuk dari Allah saja yang aku boleh harapkan. Semoga apa2 saja keputusan yang aku nak buat nanti dipermudahkan. Amin.

Ada kawan2 yang ada pengalaman yang sama dengan aku. Mintak tolong ajar ku sifu.

Wednesday 29 March 2017

Nasihat Dari Sahabat Buat Sahabat (TTCian)

Assalamualaikum semua. Hari ni aku tergerak hati nak bagi nasihat buat kawan2 ttcian. Aku bukan pakar bab hal2 sakit puan ni, tapi aku nak share berdasarkan pengalaman aku sendiri dan pengalaman kawan2 ttcian yang lain.

First of all, bagi kawan2 yang baru berkahwin dan memang plan nak memang merancang nak cahaya mata, kalau umur bawah 35 tahun, selepas 1 tahun berkahwin dan belum ada rezeki, segera berjumpa pakar. Kalau 35 tahun ke atas, 6 bulan tarikh perkahwinan dah boleh terus ke pakar. 

Kedua, dalam tempoh menunggu, simpan duit untuk sebarang kemungkinan. Kalau ada rezeki nak ada anak, boleh dibelanjakan ke arah itu. Tapi kalau ada kesukaran nak dapatkan anak, duit simpanan boleh digunakan untuk rawatan. Tapi yang terbaik, readylah insurans. Sesetengah rawatan sakit puan boleh menggunakan insurans. Sesungguhnya, kos nak dapatkan anak memang tinggi.

Ketiga, aku nasihatkan untuk permulaan, bagi yang kekurangan peruntukan, rujuk pakar di sektor awam (Kerajaan) kerana lebih jimat. Salah satunya LPPKN. Sebabnya, untuk permulaan banyak test yang perlu dibuat dan tentunya melibatkan kos. Sekurang2nya, kita boleh jimat kot disitu. Setelah dapatkan nasihat pakar, kalau ada rezeki lebih, dapatkan second opinion pulak. Aku sendiri bukan saja second opinion, beropinion2 dari pakar aku cuba dapatkan. Bila kita dah ada info tentang tahap kesihatan diri kita, baru kita dapat decide apa yang terbaik untuk kita. Cuba survey pakar sakit puan mana yang terbaik dekat Malaysia ni, memang ada ramai. Tapi, bagi aku, Dr Hamid is the best. Aku sangat2 terhutang budi dengan dr hamid, dr aimi and the team.

Keempat, rawatan traditional. Adakah perlu? Bergantung pada individu. Tapi bagi aku, kalau nak buat rawatan traditional, jangan sampai tak jumpa doktor pulak. Buat kedua2nya sekali. Sekurang2nya bila jumpa doktor, kaedahnya lebih detail. Doktor scan dan tengok sendiri keadaan dalaman kita. Bukan setakat pegang2, urut2. Yang penting, jangan makan suppliment sebarangan. Memang banyak iklan ubat nak bagi subur dekat media sosial ni. Dapatkan nasihat pakar dulu. Takut karang, anak tak dapat, penyakit lain pulak yang dapat.

Kelima, jangan lupa jaga makan dan bersenam. Yang ni ramai yang tak ambil berat. Pastikan berat badan ideal. Jangan lupa ye, banyak penyakit datang dengan cara pemakanan yang tak sihat. Disamping tu, cuba cari aktiviti keluar peluh yang menarik. Tak semestinya kena jogging saja. Boleh join zumba, naik basikal, hiking atau paling malas sangat, jalan2 pusing mall (tapi kehilangan wang ringgit atas aktiviti ni saya tak tanggung ye..hihi).

Keenam, belajar tentang diri sendiri. Siapa lagi nak tau tentang diri kita kalau bukan diri sendiri kan. Perhatikan macam mana period cycle, apa makanan yang boleh kita makan, kalau dah tau apa masalah/penyakit kita, belajar cara untuk kawal penyakit. Jangan compare orang dengan kita. Ada orang boleh makan berkilo2 nasi tapi badan sihat, tapi kita makan sesudu pun boleh jadi delay period (contoh je ni). Jadi, kenali diri anda.
Bila sampai stage doktor dah advice untuk buat iui or ivf, sentiasa redha dengan result yang bakal kita dapat. Bila duit dah banyak belanja, pastinya kita harapkan result yang positif. Tapi itu semua kerja Allah. Kalau treatment yang kita buat tak berhasil, jangan la terlalu kecewa. Yang penting kita dah usaha.

Dan terakhir sekali, dekatkan diri dengan Allah. Banyak kan bersedekah. Ramai orang abaikan kuasa sedekah ni. Percaya atau tak, beberapa bulan sebelum aku berjaya hamil, aku memang amalkan bersedekah ni. Terutama kepada warga tua dan kanak2. Terutamanya saudara mara. Kalau ada nenek2 di kampung, jangan lokek keluarkan duit. Belikan keperluan harian mereka. Pastinya mereka akan mendoakan kesejahteraan kepada kita.

Itu sahaja nasihat dari aku yang kerdil ni. Aku hanya berusaha dan tak putus asa. Yang pastinya aku serah semuanya pada Allah. Good luck kepada rakan TTC yang lain.  

Sunday 26 March 2017

Kesah GDM

Alhamdulillah, sekarang kandungan aku dah mencecah 32 minggu @ 8 bulan. Tak lama lagi dah nak tunggu baby keluar. Makin dekat tarikh nak bersalin, maka makin banyak la appoinment yang aku kena pergi.

Selain dari regular check up dekat Klinik Kesihatan, kena jugak refer FPP. Last check up dengan KK masa minggu ke 28, aku kena minum air gula. Dulu masa minggu 16 dah buat sekali. 28 minggu lagi sekali. Ingatkan dah lepas la. Rupanya sangkut jugak...waaa, tambah satu lagi penyakit GDM (kencing manis ketika mengandung). 

Seminggu lepas minum air gula, nurse KK telefon bagitau yang aku kena GDM. So kena buat test BSP (ala, check darah yang kena cucuk kat hujung jari tu). BSP ni kena buat 4 kali sehari, sekali 2 minggu. Nasib baik la mak aku memang ada alat test ni. Maka aku pinjam je la dan buat kat rumah. Result nanti aku cuma bawak bila check up. Alhamdulillah, bila buat BSP bacaan normal. Kalau setiap kali test, bacaan ok, takde masalah la. Tapi kalau tinggi, berkemungkinan kena cucuk insulin dekat perut. Tu yang aku tak mampu tu. Semoga semuanya ok la sampai melahirkan.

Dan untuk pengetahuan semua (mana yang tak tau la), bila dah ada GDM ni, kena bersalin on time 38 minggu. Tak boleh lebih. Kalau 38 minggu masih takde tanda nak bersalin, memang kena induce la. Doktor kata ini untuk elakkan baby terlebih besar. Sebab bila dah ada GDM ni, potensi baby nak besar adalah tinggi. Nanti besar sangat, rabak pulak bila nak bersalin nanti.

Result yang aku dapat semua ni kena bawak bila appoinment FPP. Doktor geleng kepala je tengok rekod aku. Macam2 penyakit...hahaha. Nak buat macam mana doktor, saya dah jaga makan pun, tapi nak kena jugak macam mana kan.

Macam mana perkembangan kawan2 TTC aku yang lain? Update la sikit. Nak tau jugak kot2 dah ada good news ke. Anyway aku doakan yang terbaik untuk semua. Berjumpa lagi nanti. Kot2 aku rajin lagi la nak update blog sebelum beranak..hihi.


Tuesday 7 March 2017

First Appoinment di FPP Putrajaya

Kalau korang pernah baca post aku sebelum ni, aku ada maklumkan yang aku dah book untuk bersalin under FPP Putrajaya. Akhirnya, bulan Mac, cukup kandungan 7 bulan, sampai masa aku nak jumpa doktor Hamidah. Kiranya first appoinment la.

Bila dah under FPP, dari segi pendaftaran dan pembayaran aku rasa mudah dan cepat. Tak perlu beratur ambil no sama2 dengan patient lain. Aku kena daftar dekat kaunter lain iaitu kaunter bayaran bil hospital. Masih kena ambil nombor dan tunggu turn. Tapi tak seramai la kalau tunggu dekat kaunter yang beribu2 patients tu.

Bila ambil sampai turn aku, bagi saja buku merah, kaunter buatkan buku appoinment hospital. Then kena bayar RM110. Bayaran ni hanyalah kos untuk jumpa doktor. Kalau lepas jumpa doktor, masih ada benda lain yang perlu bayar, aku kena bayar dulu la. Benda lain yang kena bayar contohnya kos ambil darah RM20 dan kos ubat (bergantung). Tapi even kena bayar, tak la semahal dekat private hospital. Ubat aku kena bayar RM18 untuk stok sebulan. Murah la tu.

Bab tu semua aku puas hati. Tapi bab yang panas punggung sikit adalah masa menunggu nak jumpa doktor. Lepas je daftar dekat kaunter pendaftaran, kena amik berat dan tekanan darah, then terus ke kaunter O&G. Yang ni semua cepat. Lepas tu ambil urine dan buat test albumin dan glucose. Settle.

Tapi yang lama adalah nak tunggu dapat jumpa doktor Hamidah. Pergh, 2 jam tunggu beb. Aku tengok patient lain yang tak guna scheme FPP dan banyak yang dah selesai jumpa doktor. Apa ke hal aku lama sangat ni. Bersangka baik la, mungkin doktor ada benda urgent lain. Memandangkan memang aku kena dr Hamidah sahaja, maka terpaksa la menunggu. Tunggu punya tunggu, Encik Laki pun dah berdengkur2 menunggu, akhirnya nama aku di panggil. Aku orang first tau jumpa dr Hamidah. Bayangkan orang yang lepas aku, lagi lama la.

First time jumpa dr Hamidah, waa, cantiknya. Aku bayangkan dr pakar ni dah tua2 la. Tapi dr hamidah memang nampak ala2 remaja gitu. Cara dr hamidah agak kelam kabut sikit. Mungkin sebab aku compare dengan Dr Hamid Arshad and Dr. Aimi. Dr dua orang ni kan tenang je. Kalau dengan Dr. Hamidah, dengan aku2 rasa kelam kabut. Sampai banyak benda aku nak cakap pun lupa. Tapi overall service ok la.

Lagi 3 minggu kena jumpa dr balik. Ikutkan normal procedure, 5 minggu baru jumpa. Tapi disebabkan aku banyak sangat masalah, darah tinggi, hb rendah, gall stone, maka dr suruh jumpa awal sikit. Nasib dr la dapat patient bermasalah macam saya..hahaha.

Lepas jumpa doktor, terus pergi farmasi ambil ubat. Kat farmasi pun tak tunggu lama macam patients lain. Cepat saja selesai. Ye la, kena bayar kan. Insyallah, lagi 2 minggu akan bertemu lagi dengan Dr Hamidah. Didoakan agar semuanya dipermudahkan. Insyallah.

p/s: lupa pulak nak bagitau, masa jumpa dr hamidah, aku bagitau la masalah gallstone (batu hempedu) aku. Terus dia setkan appoinment dengan Radiologist. Aku dah jumpa pun Radiologist dan scan hempedu, sememangnya ada batu2 kecil dalam hempedu aku. Aku doakan korang2 tak kena la penyakit ni sebab kesakitnya, Ya Allah, tak tertahan. Duduk salah, baring salah. Semua benda tak kena. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada aku. Afterall, sakitkan penghapus dosa. Maka redhalah.

Thursday 19 January 2017

My Nine Months Journey - Week 22

Alhamdulillah, baby dah masuk 22 minggu. Dah mula rasa gerak2. Dulu tertanya2 macam mana la rasa baby gerak dalam perut. Bila dah rasa, non stop kau kalau baby gerak. Sampai mamanya tak senang duduk. Tapi takpe la, janji baby sihat.

Ok, sambung cerita. Minggu ke 22 ni aku ada 2 check up. Dengan KK dan Klinik Dr. Hamid. Nak dijadikan cerita sejak kebelakangan ni, aku diserang pedih ulu hati yang teruk. Orang kata biasa la pedih ulu hati kalau mengandung ni. Terutama kalau perut lapar. Tapi dalam situasi aku, kalau pedih ulu hati masa lapar tu memang biasa. Lepas makan, hilang la sakit tu. Tapi ni ada extra sakit. Sakit ulu hati ni, hanya jadi kat aku 3 kali sepanjang mengandung. Sakitnya tiba2. Bukan sebab lapar. Bila datang sakit ulu hati tu, aku susah nak bernafas. Then, bahagian belakang tulang belikat, sakit sesakitnya. Solutionnya, aku makan gaviscon or minum air panas. Dalam 5 ke 10 min akan hilang. Aku pelik kenapa sakit sangat pedih ulu hati aku ni. Orang mengandung lain takde la teruk macam aku.

Jadi, disebabkan ada check up, aku ambil kesempatan tanya pada doktor. Bila tanya doktor dekat KK, doktor kata tu perkara biasa masa mengandung. Jadi dia bagi aku ubat macam gaviscon untuk persediaan. Kot2 la kena lagi.

Aku tak puas hati, next, check up dengan doktor aimi dekat klinik dr Hamid. Terus doktor aimi scan bahagian ulu hati aku. Masyallah, rupanya ada penyakit lain. Dr aimi cakap, macam mana la tak sakit, ada batu dalam hempedu aku. Sebab tu sakit tu datang tiba2 je, bukan sebab lapar. Aduh, serabut kepala aku, macam2 penyakit pulak datang. Disebabkan aku mengandung, tak ada rawatan yang aku boleh buat. Tunggu saja la lepas bersalin untuk buat check up.

Tapi doktor aimi ada advice untuk amalkan minum air epal hijau dan lemon untuk kurangkan penyakit ni. Nasib dah beli slow juicer, memang kena jadi peminum tegar epal hijau la nampaknya. Alhamdulillah, baby tak ada sebarang masalah. Membesar dengan jayanya. Biar mama je sakit ye sayang. Anak mama, mama doakan sihat2 selalu.

Sunday 8 January 2017

Sharing is Caring

Assalamualaikum semua. Pada sesiapa yang penah baca post aku post yang wajib anda baca, akan tau yang aku berjaya pregnant selepas 3 tahun berusaha. Waktu tu aku amalkan diet atkins dan bersenam. Selepas berjaya turun berat dengan banyaknya, Alhamdulillah, aku berjaya conceive naturally. Tapi rezeki aku sekejap je, aku gugur masa kandungan 6 minggu. Tapi moral of the story dari kisah aku tu, pesakit PCOS kena amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat untuk mudah hamil.

Dua tahun berlalu, pada tahun pertama, aku simpan dulu hasrat aku nak ada anak. Aku enjoy life aku dulu. Tahun 2015, aku pulun habis-habisan. Join marathon, naik gunung kinabalu, amik lesen diving, travel. Memang puas hati.  Masuk 2016, aku mula fokus untuk usaha nak dapat anak pulak. Bila kata usaha, makanya, jaga makan dan senaman masih diteruskan la. Susah memang susah, nak jaga makan bagi pesakit PCOS memang sangat mencabar. Nafsu ke arah makanan tak sihat memang sangat kuat, even nasi pun tak bagus untuk PCOSer. Sebab tu usaha nak turunkan berat badan agak susah. Tapi nak kata putus asa, memang bukan aku. Susah macam mana pun aku usaha jugak. Fokus aku bukan saja nak anak, tapi nak sihat. Nak fit dan nak cun melecun..haha.

First step aku dalam usaha nak dapatkan anak, adalah cari pakar. Walaupun 2016 aku cakap aku fokus nak anak, tapi permulaan nya dari 2015 lagi. Sebab apa? Nak book pakar bukan mau sehari dua. Berbulan2. Makanya, aku telah set appoinment dengan LPPKN. Aku pilih LPPKN dulu sebab harganya yang murah, tambah lagi, kalau kerja gomen boleh claim balik. Aku call bulan 8, dapat appoinment bulan 10. First appoinment belum jumpa doktor lagi ye. Baru buat test untuk suami dan interview sikit2. Selesai first appoinment, kena buat HSG pulak. HSG bukan buat dekat LPPKN tapi dekat Hospital Tawakal. Nak buat HSG kena set masa cun pulak tu. Hari2 tertentu selepas period baru boleh buat HSG. Dengan period tak menentu, appoinment yang selalu penuh, aku dapat buat HSG bulan disember. HSG ni buat apa? HSG ni adalah procedure untuk scan tiub fallopio. Nak tau sama ada tiub kau tak tersumbat, tersumbat sebelah, or tersumbat semua. Kalau dah tau status fallopio, baru tau apa next treatment yang kau kena buat. Macam mana rasa buat HSG? tak yah cite la, buat menangis je. Tapi Alhamdulillah, result aku memberansangkan, takde yang tersumbat. 

HSG - Gambar Google
Selepas selesai HSG, tunggu lagi next period, test darah lagi, tunggu period lagi, buat appoinment lagi, akhirnya baru jumpa doktor iaitu pada bulan Mac 2016. Pergh, boleh buat drama bersiri. Dr aku adalah dr Hamizah. Baik doktornya. Untuk appoinment ni, doktor tengok semua result aku, scan lagi, dan akhirnya advice untuk aku buat IUI disebabkan aku dah try nak conceive hampir 5 tahun. So, apa mau tunggu kan. Untuk buat IUI, macam biasa, tunggu next period..haha.

Akhirnya bulan 5 baru aku dapat nak mulakan process IUI. First sekali kena jumpa doktor. Doktor bagitau ubat apa yang aku kena amik. Salah satunya clomid (untuk merangsang telur keluar),  Humog (untuk matangkan telur) yang ni kena cucuk dekat perut sebanyak 3 kali dan Hucog (pecahkan telur) ni pun cucuk dekat perut jugak. Lepas dah amik segala jenis ubat tu, doktor scan ovari, ada la telur sebijik yang dominan. Tapi, doktor kata aku still tak boleh buat IUI disebabkan requirement nak buat IUI wajib ada sekurang2nya 2 telur. Ya Allah, sedihnya la. Dah puas makan ubat, cucuk kat perut bagai, duit yang dah banyak keluar (duit ni tak boleh claim ye sebab tak sampai stage IUI. Yang boleh clain hanya bila dah buat IUI), tapi tak boleh buat IUI. Masa tu aku kecewa sangat.

Memandangkan bulan depannya dah nak puasa, doktor suruh aku berehat dulu dari TTC dan buat appoinment balik lepas raya nanti.

Disebabkan kecewa, aku cuba cari option lain. Berdasarkan pengalaman kawan2, aku decide nak jumpa dengan Dr. Hamid Arshad. Cuba la call klinik nak buat appoinment, Call bulan 6, nak dapat jumpa dr Hamid Januari 2017. 6 bulan lagi..perghh. Tapi klinik bagi option lain iaitu jumpa dr Aimi, assistant dr Hamid. Aku setuju saja sebab kalau jumpa Dr. Aimi, dapat jumpa bulan 8. Disebabkan segala test mak nenek dah buat, bila jumpa Dr. Aimi dah senang, bawak je result. Macam dr Hamizah jugak, Dr. Aimi suggest aku buat IUI je. Nak buat IUI, again, tunggu next period. Dr bagi clomid siap2. Dgn dr Aimi senang, cuma makan clomid je. Cut story short, waktu hari subur datang ke klinik. Dr Aimi scan, ada sebijik telur jugak. Tapi, tak seperti LPPKN, aku boleh proceed buat IUI. Process buat IUI macam mana? Search je la dalam internet. Nak cerita segan. Tapi rasanya, again, macam buat HSG, boleh tumpah air mata.

Selesai IUI, aku cuma kena tunggu 3 minggu untuk tau result. Pregnant or tak. Tapi tak sampai 3 minggu, dengan tangan yang gatal nak ngetest, dan dah rasa badan lain macam, Alhamdulillah, bulan September 2016, Aku dapat double line untuk kali kedua dalam hidup aku. Syukur Ya Allah. Hampir setahun, aku berulang alik ke klinik, macam2 test buat, makan ubat, cucuk ubat, jumlah belanja yang dah tak terkira. Akhirnya hasrat aku nak jadi mak tercapai.

Tapi, lepas saja kesah gugur tahun 2014, aku tau kali ni kena lebih hati2. Lepas tau je pregnant, aku dapat jumpa Dr. Hamid. Dr. bagi aku MC 2 minggu untuk rehat kat rumah. Sambil tu aku kena makan ubat kuat rahim, cucuk lagi ubat untuk kuatkan rahim (yang rasa cucuknya hazab sebab ubat ni oil based). Alhamdulillah, sekarang kandungan dah 5 bulan, sihat dan aktif. Aku masih lagi dengan rutin berulang alik ke klinik. Kalau tak ke klinik dr hamid, pergi klinik kerajaan. Dengan tujuan nak pastikan baby sihat sampai dilahirkan.

Terima kasih kepada en Suami yang menjadi tulang belakang aku. Yang tak henti2 support aku. Terima kasih jugak dekat mama dan keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan aku. Terima kasih pada kawan2 terdekat yang selalu jadi tempat luahan perasaan aku. Aku berjaya lalui jalan yang panjang dan sukar ni dengan kehadiran orang2 yang sayangkan aku. Insyallah, ada rezeki dan jika diizinkan Allah, bulan Mei nanti, akan ada insan kecil yang akan serikan hidup kami suami isteri. Syukur Alhamdulillah, aku menunggu selama 5 tahun untuk zuriat ini, sememangnya, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Semoga rakan2 TTCian dan PCOSer lain dimudahkan segala urusan. Jangan pernah putus asa. Hidup tak kan jadi indah tanpa cabaran. Maka, enjoy your life, usaha, berdoa dan tawakal. Insyallah. Wassalam.

p.s: Post ni cuma summary bagi semua stage yang aku dah buat. Untuk tau detail procedure dan cost boleh baca post2 lain yang berkaitan. TQ.


Wednesday 4 January 2017

Pakej Berpantang/Confinement

Bila dah masuk 5 bulan ni, salah satu check list aku adalah untuk survey Pakej Confinement. Insyallah, plan memang aku nak berpantang dekat rumah mak aku, tapi memandangkan mak aku sendiri tak berapa pandai nak jaga orang berpantang dan dia pun dah tak larat nak jaga baby, maka aku dan en suami bercadang untuk amik saja pakej berpantang untuk membantu aku.

Semestinya masa berpantang nanti, aku nak rehat yang sangat mencukupi. Dapat pulak masa tu nanti bulan puasa..huhu. Kesian pulak ke mak aku nak kena jaga aku pulak kan. Pada mulanya aku cadang nak mintak makcik jiran dekat rumah yang tolong jagakan. Tapi malangnya makcik tu dah tak jaga orang pantang. Makanya, aku pun mula la menjalan survey. Tak susah pun, google je, macam2 pakej yang ada. Kau boleh nak pilih yang stay ini or just home visit. Kau boleh pilih berapa hari yang kau nak. Cuma perlu sediakan duit.

Bagi memudahkan aku untuk membuat pilihan, as usual, aku suka guna excel (budak account kan)..haha. So, ini hasil survey aku:


Bila dah survey, tengok harga untuk pakej 14 hari, kebanyakannya mencecah 3k. Agak mahal la. Bila minta pendapat kawan2, ramai yang tak setuju dengan harga ni. Tanya mak aku pun dia tak setuju. Mahal sangat katanya.

Makanya mak aku pun cuba membantu cari jugak other confinement lady. Cari punya cari, tanya orang2 kampung, dapat la kami contact beberapa orang. Akhirnya aku dan mak aku berkenan dengan seorang kakak ni. Kakak ni pun dicadangkan oleh kawan mak aku yang pernah upah CL ni untuk anak dia. Deal punya deal, akak ni bagi harga dalam RM100 sehari untuk menguruskan aku dan baby. Jauh beza harga dengan yang aku survey dekat internet.

Selesai satu masalah. Insyallah review pasal akak ni akan aku buat bila dah bersalin nanti la ye. Semoga semuanya dipermudahkan.