My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday 20 July 2016

Freelatics and Eat Clean Challenge

Assalamualaikum semua untuk warga TTCian dan yang sedang berdiet. Sihat ke semua? (ok, ada bunyi Dr. Azizan tak?..haha)

Hari ni aku nak share sikit benda baru yang aku join untuk jadi lebih slim, fit dan cun. Bagi yang nak kurus, aku rasa program Jom Kurus 1Malaysia mesti tak asing bagi korang kan? JK1M ni anjuran Kevin Zahri. Memang pakar dalam bab fitness dan pemakanan. Blog KZ memang selalu jadi reference aku. Ada juga kawan2 aku yang dah pernah join program ni, dan ramai yang berjaya turunkan berat badan dan menjadi lebih fit. Yang aku tau dalam program 6 minggu ni, peserta diajar tentang kaedah pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Ada juga aktiviti sukan, fitness yg dianjurkan. Tapi pucuk pangkalnya, bukan terletak pada modul program ni, tapi lebih kepada kesungguhan kau sendiri. Pada yang berminat, boleh la mendaftar sekarang.


Ok, itu promosi untuk JK1M. Aku tak join pun program ni sebab aku minat lagi satu program. Program yang aku maksudkan adalah Core2beFit. Anjuran kelab Freelatics Malaysia. Berdasarkan pemerhatian aku, modul dia lebih kurang JK1M dimana fokus nya untuk bantu peserta kuruskan badan. Tapi untuk Core2beFit telah spesifikkan modul exercisenya dengan kaedah freelatics. 


Kalau JK1M, programnya selama 6 minggu. Untuk Core2Befit adalah selama 7 minggu. Segala routine exercise akan direfer pada aplikasi freelatics yg perlu diinstall dalam handphone. Bagi aku yang br nak berjinak dengan freelatics, memang putus nafas la bila buat exercise dia. Memang agak extreme. Tapi, kalau dah biasa buat, badan akan makin fit dan of course badan automatik boleh slim. 

Ok, itu dari segi exercise. Macam mana pulak dari segi pemakanan. Core2Befit menekankan pemakanan secara eat clean diet. Apa tu eat clean? Maksudnya, pemakanan dari sumber asli dan bukan dari bahan2 yang diproses. Macam mana nak bezakan makanan yang asli dan makanan yang diproses? Aku suggest korang search dekat website or boleh refer blog sususejat. Banyak juga ilmu aku belajar dari blog ni.

Jadi disebabkan semangat nak sihat tu yang sedang membuak2. Aku pun cuba sedaya upaya untuk make sure pemakanan aku adalah based on clean diet. Kaedahnya, aku kena masak sendiri la. Untuk membantu rakan2 untuk mendapatkan idea nak makan apa, aku share ape yang aku masak sepanjang cabaran ni.

u.p.: Aku masih belajar tentang eat clean diet, so maybe menu yang dishare tak berapa nak betul. Kalau ada yang salah mohon tegur ye.

Day 1


Sebabkan aku berpuasa. Hanya ada 1 menu je untuk berbuka.

Jagung rebus
Ayam grill (perap lada hitam, serbuk kunyit dan garam)
Salad sayur2an (kubis, salad, carrot, tomato)
Kentang goreng

Day 2

Actually, day 2 aku masak bubur nasi dengan daging. Tapi lupa nak tangkap gambar. Perasakan dengan garam sedikit.

Day 3


Nasi Putih Segenggam
Salad (kobis, salad, tomato, epal merah dan epal hijau)
Tomyam putih (semua bahan asli, dan diperasakan dengan garam sedikit)

Buat masa ni aku update 3 menu dulu sebab baru 3 hari pun aku start challenge ni. Nanti aku akan update lagi menu2 di hari2 berikutnya.

Semoga dapat membantu korang.

Update:

Day 4 


Nasi
Ikan Bawal Goreng
Brokoli and carrot - tumis with olive oil and bawang putih
Kentang goreng (dah terlebih carbs ni, tapi teringin punya pasal)

Day 5
Bubur nasi, isi ayam dan carrot

Day 6 dan seterus2nya



Brown Rice
Ikan goreng (air fryer)
Tumis sayur with olive oil and garlic

Yang sedih sikit kat atas ni adalah soto tanpa kuah..haha. Ada jamuan raya kat ofis, jadi aku kena bijak memilih. Macam ni pun sodap.
 
Burger Home made dengan jus epal dan celery. Jus ni pure tanpa gula ye. Sangat sedap. Nak resepi burger? Boleh baca Resepi Homemade Burger.

 Tomyam merah dan sayur.

Wednesday 13 July 2016

Trip ke Boracay - Summary Cost

Bagi memudahkan korang untuk tengok kos-kos sepanjang di Boracay. Post ni khas untuk korang.

Flight Tiket - RM400 return
Hotel - Bamboo Beach Resort - RM710 untuk 4 hari 3 malam (for 5 person)

Day 1
Parking Putrajaya Sentral (4hari) - RM20
KLIA Transit - RM9.40
Transport di Boracay (Van, Terminal Fee, Environment Fee - all include in package) - 500peso per person

Day 2
Zipline and cable car - 800 peso per person

Day 3
Tricycle - 600 peso
Tranport balik Southwest all included - 650 peso per person
Sunset Sailing - 400peso per person

Day 4
Airport Tax - 700 peso per person

Kos tak include makan, shopping dan aktiviti2 lain yang tak dinyatakan. Kena experience sendiri baru tau. Aku jimat tang makan sebab bawak dari Malaysia. Beli stok semua tak sampai RM300 untuk makan 5 orang selama 4 hari.

Asingkan siap2



Trip ke Boracay

Pada bulan November 2015, Airasia dengan murah hatinya buat promo untuk tiket2nya. Ikutkan promo, ada seat yang free, malangnya, puas aku survey ke macam2 tempat dan macam2 hari, satu pun aku tak jumpa free seat.

Tapi itu tak lemahkan semangat aku nak pergi bercuti. Memang aku dah plan, untuk tahun 2016, aku nak pergi sama ada ke Lombok atau ke Boracay. Bila survey2, Boracay jadi pilihan hati aku. Jadi alang2 Airasia dah buat promo, aku check la harga. Plan aku nak pergi pada raya yang ke3. Haaa kau, beraya kat Boracay gitu. Memang kehidupan raya aku sebelum2 ni, happening sampai raya ke 2 je. Raya ke3 biasanya aku dah masuk office..huhu..tapi kali ni aku tukar plan, instead of pergi kerja, jom kita bercutiiii. Tapi dalam bulan februari, Airasia maklumkan yang tiket aku nk pergi raya ke3 dah dibatalkan dan digantikan dengan hari lain. Bila aku perasan, memang Airasia kurangkan penerbangan ke Boracay. Maksudnya kalau sebelum ini, setiap hari akan ada satu penerbangan ke Boracay, tapi kali ni Airasia hanya bukan beberapa hari saja dalam seminggu.

Harga tiket pergi adalah RM209 dan balik RM159. Tu tak campur luggage lagi. Ikutkan tak murah sangat tak mahal sangat. Sebab berdasarkan blogger2 yang pernah sampai sana, harga tiket antara RM300 ke RM600 pergi dan balik. Ada jugak aku jumpa blog yang kata dapat harga bawah RM200 pergi dan balik. Agak pelik la sebab aku tak jumpa pulak harga semurah tu.

Day 1 

Maka, sampai la pada hari yang dinantikan. Memandangkan flight pukul 10.30 pagi, takde la kitorng rushing sangat. Lepas saja solat subuh, terus bersiap dan pergi breakfast di kedai. Selesai makan, kami terus ke Putrajaya Sentral untuk amik tren ke KLIA2. Kos parking untuk 4 hari adalah RM20. Kos tiket nak ke KLIA2 pula RM9.40 seorang. (Bab kos yang terlibat aku akan summarykan dalam satu post, senang korang nak buat reference).

Cut story short, akhirnya kami sampai di Airport Kalibo jam 2.30 petang. Delay sikit sebab ada anjing berkeliaran dengan landasan. Flight tak boleh nak parking. Hamik kau, macam tu sekali. Settle urusan imigresen (airport kecik sangat, urusan pun settle cepat), terus cari transport nak ke jeti. Memang ramai la yang menunggu depan airport sediakan service transportation. Aku tengok harga pun standard, jadi aku tak banyak nak pikir la.

Perjalanan dari airport ke Jeti ambil masa dalam 2 jam. Kalau korang boleh tahan mata, jangan le tido, tengok tempat orang. Memandangkan kami amik terus pakej hantar sampai hotel, sampai saja jeti urusan dah disettlekan oleh Agen. Cuma kena register nama dekat jeti saja.


 
Perjalanan dalam bot hanya dalam 15minit. Sekejap je. Lepas sampai jeti, kami tunggu transport nak ke hotel pulak. Sebelum ni aku ada baca dalam blog2 lain pasal scam orang angkat barang dekat bot. Aku punya la berhati2, tapi malangnye diorang lagi expert. Tiba2 je beg2 kitorang dah kena hangkut. Kuang hajar betul. Lepas tu pandai pulak mintak duit. Since duit peso aku xde yang kecik, aku offer RM5, dia boleh kata tak cukup. Sakit pulak hati aku. Maka aku bagi RM10 sambil dalam hati menyumpah tak terkata la.



Bila tricycle kami dah sampai, bersesak2 la kami dalam tu. Perjalanan nak ke hotel pun amik masa dalam 30min. Buat nye masa ni bertambah lama sebab ada construction dekat tengah jalan. Memang sesak la. Bila tengok tempat orang memang bersyukur la aku jadi rakyat Malaysia. Jauh sangat la berbeza.




Agen hantar kami sampai ke receptionist hotel. Kami pilih hotel Bamboo Beach Resort. Betul2 mengadap laut. Settle urusan check in, terus masuk bilik dan cari katil. Waaaa, penat gile. Masa ni dah masuk magrib. Zohor dan Asar memang dah lajak la. Maka kena qada semua solat. Cerita pasal hotel pulak, aku memang awal2 dah request nak bilik dekat bawah sebab aku bawak mak dan mak mertua aku. Orang tua mana la larat nak panjat tangga. Tapi malangnye, bila dapat bilik bawah, pressure air dah la rendah, tersumbat pulak tu floor trap dia. Habis bertakung 1 bilik air. Dua tiga kali juga la kami panggil maintence untuk betulkan, tapi macam x buat keja ke. Laki aku dah hangin, terus mintak tukar bilik. Alhamdulillah, dapat la bilik baru. Walaupun kali ni kena mendaki 3 tingkat bangunan. Better dari bilik air bertakung, euwww.



Aktiviti malam ni cuma la berjalan-jalan disepanjang pantai. Memang happening la sepanjang White Beach ni. Ada macam2 performance. Yang berparti pun ramai. Rasa aku yang paling muslimah la kat situ..haha. Tapi disebabkan badan dan kepenatan, memang tak jalan lama. Balik je terus tido. Ready untuk aktiviti seterusnya esok.

Day 2

Pagi di Boracay memang awal. Bayangkan je la korang ada kat Sabah or Sarawak. Waktunya sama je. Pukul 6 dah terang bederang. Solat subuh sekitar pukul 5. Siapkan breakfast sebelum memulakan aktiviti. Ooo, lupa pulak, bab makan memang kami bawak bekal dari Malaysia. Nasi brahim, lauk pauk, roti, serunding, sambal hitam, beras dan rice cooker pun kami bawak. Ada beberapa kedai makanan halal dekat sepanjang Boracay. Tapi kehalalan nye diragukan. Seperti contoh, sebelah hotel kami ada restoran, luar restoran terang2 letak signboard halal. Masuk kedai pun di tampal sign halal. Bila bukak menu, perghh..ada Pork. Biar betul. Macam mana kau kata kedai kau halal. Nasib baik la memang dah ready makanan dari Malaysia. Kalau tak memang kebulur la.

Ikutkan kalau waktu yang kami datang ke Boracay ni adalah waktu yang kurang sesuai. Orang jawa kata low season. Tak sesuai sebab angin kencang dan hujan. Masa mula2 sampai, memang angin agak kuat. Kedai2 dan hotel2 sepanjang pantai pun dah buat penghadang untuk kemungkinan ribut. Tapi Alhamdulillah, sepanjang 3 hari kami disana, cuaca sangat2 cerah. Maka, tak terbantut la aktiviti2 kat sana.

Untuk hari ni kami banyak jalan di sekitar pantai. Then dalam pukul 10 kami terus ke agen yang handle aktiviti di Boracay. Ikutkan, sepanjang jalan ada ramai yang akan approcah kau untuk offer macam2 aktiviti. Tapi aku takut nak amik sebab takut ada hidden charges. Jadi aku terus cari kaunter saja. Lagi pulak hotel aku sendiri ada buat macam2 pakej aktiviti. Aku ambil dengan hotel je la.



Aktiviti hari ni adalah zipline dan cable car. Lepas je deal dekat kaunter, tak payah tunggu lama, terus kami di bawa ke tempat aktiviti. Cost seorang untuk aktiviti ni adalah 800pesa, include transport sekali. Nak pergi ke tempat aktiviti ni agak jauh, opposite site of White Beach iaitu Bulabag Beach. Memang sangat-sangat enjoy la.
 

Balik dari Zipline, kami ke Old Talipapa dekat Station 3. Dekat sini banyak kedai orang muslim. Dan harga barang2 pun lebih murah berbanding kedai2 di Station 1 dan Station 2.

Day 3

Pada mulanya aktiviti hari ni kami nak buat island hoping. Tapi aku fikir balik, kesian dekat mak dan mertua aku, better buat aktiviti yang santai. Sebab diorang pun nampak lesu lepas kena harung perjalanan yang panjang masa hari pertama. Ikutkan, kalau buat island hoping ambil masa dalam 5 jam. Mesti penat gile.

So aku decide ajak mak aku naik tricyle untuk ke Diniwid Beach dan Puka Beach. Nak dapat kan tricyle, hanya perlu ke main road, dan cari je mana2 tricyle. Kos return untuk 1 tricyle adalah 600peso. Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah ke Southwest, agent yang urusankan transportation. Ikutkan hati, aku nak handle sendiri je, naik tuktuk je sampai ke jeti dan settlekan segala transport ke airport. Tapi kesian pulak ke mak2 aku yang kena kulur kilir, so aku decide bayar je la extra untuk memudahkan urusan. Lagipun masih dalam budget, so tak kesah sangat.





Untuk makan tengah hari, kami berjaya jumpa satu kedai Halal, makanan arab. Harga tak payah cakap la. Dari segi rasa, memang jauh sedap la nasi arab kat Malaysia ni.

Lokasi dekat D'Mall

Aktiviti petang pula adalah untuk tengok sunset dengan menaiki kapal layar. Mula2 risau jugak, macam mana mak2 aku nak naik kapal ni. Tapi sebab nak bagi jugak diorang merasa, usaha kan jugak la. Dan hasilnya sangat2 enjoy. Layan sunset dengan orang2 tersayang, mesti la enjoy kan.






Malam terakhir kami di Boracay, adalah cari cenderamata untuk orang Malaysia. Basically, kalau korang nak cari fridge magnet, harga standard adalah 50peso. Tak jumpa la yang lagi rendah, dan kalau ada yang lebih mahal tak payah beli la. Tshirt pulak ada macam2 harga, ikut kualiti kain dan size. Tak susah pun untuk pilih sebab harga tak jauh beza. Untuk dried mango pulak, boleh beli dekat dengan old talipapa. Situ paling murah aku jumpa 60peso. Ada yag jual 65peso, 79peso, macam2 harga, pilih je la.

Day 4

Pukul 930, orang Southwest dan muncul depan lobi hotel nak pick up kami. Maka, tamatlah percutian yang sangat2 best di Boracay. Banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat. Hanya ready fulus je..hihi.




Tips:

Bagi penggemar dessert macam aku, boleh try aiskrim mango dan mango milk shake yang super delicious.