My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday 17 November 2014

Aku dan Exercise - Aktiviti Hujung Minggu

Salam hujung minggu semua. Tengah buat apa tu? Qada' tido ke? Dah2, sila bangun, sila ingatkan lemak kat perut yang memboyot tu. Pergi mandi, tukar baju sukan, pergi jogging depan rumah, lepas tu sambung tido balik.

Memang susah weh nak bangun pagi hujung minggu, aku paham, dikala kedinginan subuh, memang syok la tido kan. Tapi, aku gigihkan jugak semangat. Nasib baik ada kawan-kawan yang baik sanggup dibuli oleh aku. Kali ni, pagi sabtu, aku culik anak pakcik Akram teman kan aku jogging. Lokasi kali ni aku mula dari empangan putrajaya depan PICC. Pukul 730 aku dah sampai weh. Sejuk2 ni memang syok lari, takde matahari lagi. Lari dari empangan sampai la ke Galeria. Pergi saja dalam 2km. Sampai depan Galeria, sebab takde orang kecuali pakcik2 mesin rumput, aku dan kawan aku melakukan aktiviti tidak senonoh iaitu terkinja2 melompat, baring, terlentang kasi keluar peluh. Kau jangan nak pikir lucah je, kitorang workout la ngek. Pasang je apps Sworkit Lite, then ikut la apa dia buat. 

Rasa dah puas hati, kitorang jalan balik semula ke empangan. Kali ni tak berlari dah, jalan sambil gosip...haha..total semua dalam 4.3km.









Lepas dah workout, bakar lemak semua, kena la reward ourselves plak kan. So lepas dah mandi wangi-wangi gitu, sambung exercise dekat Alamanda pulak. Aku window shopping je la, gaji tak masuk lagi. Si mek sengal tu yang shopping sakan. Mau habis 500 kot minah ni belanja. Tapi, jangan tak tahu, window shopping pun boleh bantu kau bakar kalori tau. Nak bukti?




Hamik kau, 16ribu langkah tu (lepas target langkah dalam sehari). Masa jogging tu dalam 4ribu langkah je, balance tu semua hasil dari shopping. So sekarang, jom kita shopping untuk bakar lemak dan duit. Yeyyyy...

Thursday 13 November 2014

Aku Yang Dulu Bukan Lah Yang Sekarang..Heiii












Aku yang dulu bukan la yang sekarang...heiii (sila bayangkan melodi lagu tegar tu)

Percaya tak korang, kalau nak kurus 70% adalah melalui kawalan pemakanan manakala 30% lagi dari senaman. Berdasarkan peratus tu, masihkah kau pelik kenapa kau tak kurus2 lagi selepas penat bersenam keluar peluh dan membantai roti canai dan teh tarik serta nasi lemak daun pisang 3 bungkus selepas itu dan akhirnya kau give up nak kurus.

Percayalah bahawa masa aku gemuk dulu (80-90kg) aku adalah orang yang aktif membuat aktiviti keluarkan peluh. Aku suka hiking, jogging, swimming, masuk marathon, explorace..malah aku lagi fit dari orang kurus yang lain. Tapi aku tak kurus-kurus sebab aku juga kuat melantak. Lagi2 bab dessert ni..pergh..hantu kot, coklat, aiskrim.

 
Ni gambar terkini aku. Aktiviti kecergasan masih diteruskan dan aku turut jaga makan aku. Aku mulakan dengan Atkins sebab itu diet paling berkesan nak turun dengan cepat. Bila aku dah dapat berat yang aku nak, aku amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan nasi dan manisan dalam makanan dan minuman aku, tapi lebihkan manisan dalam senyuman aku.


Wednesday 12 November 2014

Aku dan TTC - Solat Dhuha

Daripada Abu Dzar r.a, Rasulullah SAW bersabda : "Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh melakukan kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Bagi yang berTTC aku sarankan korang untuk tingkatkan amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, solat di waktu malam, bersedekah dan salah satunya lagi solat dhuha. Bagi yang suri rumah, rasanya tiada masalah bagi anda untuk luangkan masa untuk menunaikan solat ini. Paling lama pun masa yang diambil dalam 10-15 minit, bergantung kepada anda juga. Bagi yang bekerja, curi masa sedikit, tapi kalau boleh minta la keizinan dari bos utk ambil masa 5 ke 10 minit utk solat dhuha. Solat dhuha kalau tak silap aku boleh ditunaikan 30minit selepas waktu syuruk. Jadi rajin2 la tengok waktu solat.

Semoga dengan amalan sunat ini terutama solat dhuha ni, dapat memurahkan rezeki kita terutama rezeki anak bagi yang sedang berTTC. Dgn siapa lagi kita nak meminta kan?

Solat dhuha dilaksanakan sebanyak 2 rakaat setiap satu salam. Kalau berkelapangan buat la lebih dari 2 rakaat. Banyak cara-cara solat dhuha yang korang boleh google saja. Yang aku nak fokuskan lah, adalah pada doa di akhir solat tu. Sangat meruntun jiwa. Terasa diri sangat kerdil. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur. Amin.

Untuk lebih tahu sila klik

Aku dan exercise - Sworkit Lite

Aku nak memperkenalkan application yang korang boleh install untuk membantu korang exercise dekat rumah. Sangat bagus bagi yang baru nak berjinak2 dengan senaman sebab dia ada video yang boleh membantu. Masa mula2 install, terus download ye video dia, baru senang korang nak exercise. Cuma perlu pilih jenis workout dan jumlah minit yang korang nak, then follow saja instruction dia. As simple as that. Sila install ye dekat handphone korang.





 Contoh workout

Aku dan Exercise - Siri Putrajaya dengan Heart Rate Monitor Watch Baru

Dalam sibuk-sibuk bekerja, jalan lupa nak bersenam ye. Cuba luangkan masa kau sikit untuk bersenam. Bukan untuk sapa pun, untuk diri sendiri. Aku selalunya akan ada cara untuk aku sendiri bagi semangat nak bersenam. Macam contoh, aku akan ubah tempat-tempat nak exercise, sekarang aku dah syok berlari dekat Putrajaya. Bukan lari siang2, lari malam, dalam pukul 8 ke 830. Aku akan berlari dari Masjid Putra sampai la ke Palace of Justice (POJ), lepas tu patah balik. Total dalam 4km. Memang syok lari mlm sebab sejuk je. Buat masa ni, 4km je yg termampu, mungkin masuk sebulan berlari, boleh pulun 10km pulak kot. Cuma bahaya lari malam ni, kena lebih berhati2 sebab jalan gelap, macam2 kemungkinan boleh terjadi walaupun mmg ramai yg berlari malam2 buta tu. Kalau boleh kena la berkawan.

Lagi satu cara aku nk motivate diri aku sendiri, aku beli Heart Rate Monitor Watch, benda ni poyo je lebih, tapi biar la poyo janji aku lari. Aku memang cari yang murah2 je tapi function cukup. Aku memang cari yang ada function step count, distance, calories burn dan kiraan HR. Kos dalam RM160. Ok la, kalau brand Garmin or Polar boleh cecah dalam RM500 - RM1000. Tunggu aku dah jadi athlete nanti aku beli satu. Kalau nak boleh search dekat FB Fit67.







 Dalam bersenam hati kena happy, jangan stress2 ye.

Selain berjogging malam2, aku juga swim. Kiranya aku dah ada jadual exercise aku. Biasanya selasa dan khamis petang aku akan swimming. Isnin, Rabu or Jumaat malam aku akan jogging (bergantung pada cuaca memandangkan sekarang musim hujan). Siapa yang nak join digalakkan sangat2.

Dari segi pemakanan, aku dah tak follow sangat atkins. Tapi aku masih hadkan pengambilan nasi dan sumber carbs lain. Aku akan amik nasi dalam 1- 2 minggu sekali. Masih banyakkan minum air/teh hijau dan sayuran hijau. Berat sekarang masih statik sebab aku tak serius berdiet, cuma control pemakanan je.






Kenduri Adik - Hasil Atkins Pada Aku

Apa kabar semua..pergh..lama gile tak update blog. Bajet sibuk sangat la kan..haha..2 3 minggu ni aku sibuk dengan kenduri adik aku kahwin, so rasa malas nak update blog ni, bersawang dah (itu sebenarnya alasan..haha). Apa2 pun tahniah kepada adik aku, semoga menjadi suami yang soleh dan cepat2 dapat anak, mungkin boleh saing aku ke nanti, biar syok mak aku dapat cucu. Disebabkan masa kenduri tu aku dah susut skit, dapat la aku melaram lawa-lawakan. Memang ramai tegur aku kata dah kurus, aduhhh, nampak sangat dulu aku gemuk (tapi apsal dulu aku tak rasa aku gemuk sangat pun..kes perasan la tu). Sedikit tatapan (gambar aku ler) ketika majlis kenduri di Melaka (belah perempuan) dan di KL (side kitorang)

 Ni melaram je lebih, bukan senang nak tangkap gambar dengan BMW pinjam..haha

 Menghantar Pengantin



Aku terpaksa jadi Superwomen kenduri di KL, bagi mak kerja sambut tetamu je

 Nak compare sikit gambar masa bulan Mac (sebelum diet) dan terkini. Macam tak beza je..

Masih jauh lagi perjalanan aku, ada 10kg lagi nak diturunkan. Tapi biasa la, part tu la paling susah nak buat. Jap lagi aku update pasal workout yang aku buat. Stay tune.