My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday 30 September 2014

Selamat Tinggal Sayang

Dukacita aku nak maklumkan bahawa babyku tak berjaya survive. Tadi baru saja ke hospital dan doktor confirmkan bahawa aku keguguran. Bleeding selama hampir 5 hari ni ialah proses gugur. Bersyukur sebab bukan ectopic, kalau tak lagi panjang ceritanya. Sampai di hospital, doktor hanya cuci sedikit saja dan selesai. Alhamdulillah aku merasa mengandung walaupun untuk tempoh yang sekejap. Terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa ada di sisi. Sedih memang sedih tapi aku happy sebab aku tahu aku boleh mengandung. Mungkin rezekinya belum lagi. Insyallah selepas ini. Usaha tetap usaha, jangan pernah putus asa. 

Selamat berpantang kepada aku.


Sunday 28 September 2014

Aku dan TTC - Ini semua ujian dari Allah

Terima kasih pada yang sudi membaca post aku sebelum ini. Jika korang mengikuti pasti tahu yang aku berjaya hamil setelah hampir 3 tahun mencuba. Walau bagaimanapun, di saat ini, terdapat sedikit ujian yang terpaksa aku hadapi, mungkin ujian Allah atas dosa-dosa yang aku pernah lakukan.

Seminggu selepas aku disahkan pregnant, aku terus ke Klinik Kesihatan untuk buat buku pink. Masa ni kandungan aku masih lagi 5 minggu, masih baru lagi namun doktor minta buat buku segera sebab aku ada penyakit Darah Tinggi. Pagi isnin, jam 730 pagi aku dah mula beratur depan KK Presint 3. Memang ramai orang. Mulanya nurse di situ tak kasi bukak buku sebab aku tak buat appointment, tapi aku maklumkan yang aku ada darah tinggi dan nurse tu call doktor, terus aku dapat buka buku juga hari tu. Proses nak buat buku ni sangat laaaa lambat. Dari pukul 8 klinik tu bukak, sampai pukul 11, baru la sampai turn aku. Dah kena interview dengan nurse, check gigi, ambil darah dan ambil urine, jumpa balik nurse untuk further interview dan check up. Then sambung jumpa doktor. Lebih kurang pukul 12 macam tu baru dapat jumpa doktor. Doktor scan, masih belum nampak kantung. Doktor kata sebab masih awal. Sebenarnya dari pukul 8 lagi, aku dah mula rasa sakit dekat bawah perut belah kiri. Sakit yang amat sampai aku susah nak bernafas. Aku cakap dengan nurse dan doktor, katanya takde ape, mungkin angin. Jadi aku dengar kata angin, aku tak la risau sangat. Habis jumpa doktor terus pergi makan, mungkin lega kot angin ni. Habis makan dan balik rumah, sakit masih tak surut-surut. Malam tu aku siap muntah2, keluar semua isi perut.

Esoknya masih sakit, tapi aku pergi juga ke office. Tapi bila pergi ke toilet, aku perasan ada spotting warna coklat. Hati dah risau sangat. Terus call husband dan mintak dia datang hantar ke klinik. Kebetulan kereta aku masuk bengkel. Alhamdulillah dapat suami yang sangat baik dan memahami. Bila pergi ke klinik bagitau situasi aku, doktor scan semula. Doktor kata dalam rahim aku ni serabut, macam2 ada. Doktor suspect aku ectopic (luar rahim). Terus refer aku ke EPAU (Early Pregnancy Assesement Unit) dekat Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Dengan segeranya aku ke sana tapi doktor takde. Nurse di situ terus suruh aku ke Hospital Putrajaya. Bila sampai di Hospital, terus ke Dewan Bersalin. Jumpa doktor dan dia scan lagi. Kali ni scan TVS. Doktor kata macam ectopic tapi tak boleh nak confirm lagi. Perlu buat ujian darah BHcg. Sekali ambil pada hari tu, sekali lagi ambil dalam temph 48jam. Doktor akan monitor ujian darah tersebut. Aku ikutkan je la.

Esoknya, sakit aku bertambah teruk. Nak bangun dan berjalan pun sangat sakit. Sampai mengalir air mata. Suami tengok pun tak sanggup terus decide nak pergi Hospital Pantai. Kami dari Putrajaya terus ke Kuala Lumpur, sampai di Hospital Pantai terus ke kecemasan. Masa ni masih sakit tapi tak seteruk awal pagi tadi. Tapi terpaksa juga naik wheelchair sebab jalan pun tersipu-sipu. Check punya check, dan jumpa doktor pakar (Dr. Paul Ng), doktor dengan pantasnya kata ectopic. Doktor suggest untuk operate malam tu juga dengan kos RM12 ribu. Bila dengar kos operation tu, ternganga aku. Terus aku kata, takpe la doktor, kami ke hospital Kerajaan je. Bila dah dengar nak kena operate ni, hati dah tak tentu arah. Tak tahu nak buat apa. Terus suami ajak pergi ke Hospital Putrajaya semula. Bila sampai sana, dah dekat pukul 4 petang. Kebetulan ramai pula yang nak bersalin masa tu. So aku ni jadi less priority. Tapi akhirnya aku dapat juga jumpa doktor pakar. Doktor masih cakap benda yang sama, tunggu keputusan darah. Doktor kata aku sakit tu mungkin disebabkan cyst di ovari kiri aku pecah. Memang terdapat pengecilan dalam cyst aku tu. Doktor masih bagi harapan bahawa baby masih selamat.

Esoknya hari khamis, aku datang ke hospital untuk ambil darah kali kedua. Aku kena datang semula ke EPAU esoknya untuk dapatkan keputusan.

Hari jumaat pagi, jam 8 aku dah sampai, nurse maklumkan doktor tak masuk lagi, pergi la sarapan dulu. Aku dan suami dah siap sarapan, datang balik. Baca buku, tidur, makan semula, sampai la pukul 12 baru doktor muncul. Yang buat aku hangin satu badan, dah lama tunggu doktor kata result darah belum ada lagi. So aku menunggu sia-sia je, buang masa. Doktor kata akan call bila ada keputusan, sampai ke sudah tak call2. Aku tak expect pun dia akan call, harapan sangat la.

Hari sabtu dan ahad, aku teruskan hidup aku. Tapi bleeding makin teruk. Aku dah pasrah je sekarang ni. Buntu dengan situasi sendiri. Hari isnin cuba call doktor di EPAU nak tahu keputusan darah (nak tunggu doktor yang call memang tak la, busy memanjang). Tapi keputusan still mengecewakan, no result. Jadi aku tunggu dan terus menunggu dalam kesakitan dan kebingungan.

p/s: Dulu husband kata kena cari duit banyak pergi hospital swasta, aku yang selalu back up hospital kerajaan. Selalu cakap hospital kerajaan bagus, tapi, dah rasa pengalaman sendiri...HAMPEH.

p/s: doakan terbaik buat aku dan kandungan. Jika bukan rezeki ku, aku redha.

Sunday 21 September 2014

Aku dan TTC - Amalan Harian Dalam TTC

Jika korang dah baca post sebelum ni..mungkin dah tahu sedikit sebanyak apa perkara dan makanan yang aku amalkan dalam usaha berTTC. Kali ni aku cuba untuk rumuskan.

1) Aku mulakan dengan Diet Atkins (mula diet pada bulan 4). Apa tu Diet Atkins?


2) 2 minggu berDA, aku buat senaman pula. Cuma buat 3-4 seminggu selama 1jam. Antara senaman yang aku buat, swimming, jogging, running, naik broga, zumba dan kettlebell workout.

3) Masuk bulan ke 3 DA aku makan shatavari. Habis makan 2 botol then stop.

4) Bulan ke 4 aku ambil pula habbatusauda jenama baraka dan susu kambing jenama hi goat (susu dijadikan sarapan).

5) Bulan ke 5 DA aku jumpa gynea dan ambil ubat kuat rahim (duphaston)

6) Aku juga amalkan solat dhuha dan berdoa di sujud terakhir.

Alhamdulillah. Bulan ke5 DA membuahkan hasil.


Wednesday 17 September 2014

Aku dan TTC - Penantian Satu Penyeksaan

Ketika aku tengah taip post ni, hati aku sebenarnya tengah berbunga-bunga, campur dengan rasa risau..bercampur-campur la semua. Rasanya dalam post sebelum ni tentang second appointment aku dengan doktor adilah, aku ada cerita yang doktor minta aku buat pregnancy test sendiri dekat rumah 17hb sept nanti. So, hari yang memang sangat ditunggu-tunggu. Tapi sementara menunggu hari tu, sempat lagi aku berjalan ke bandung..hihi..next post aku nk buat cite pasal trip bandung pulak..biar lari topik, bosan la cite pasal diet dan buat baby je..hihi.

Aku sebenarnya dah tak menyempat. Belum 17hb lagi aku dah tak sabar-sabar nak test dah. Perasan aku rasa kuat...ermmm..lagi pun aku dapat rasa breast aku sengal2..husband pun cakap nampak nipple lebih gelap dan besar. So aku beli pregnancy test siap-siap. Aku sepatutnya period 15hb, iaitu CD31. Kebetulan aku demam masa tu, mungkin tanda nak pregnant, tapi mak aku pun demam.. mungkin jugak sebab baru balik bandung...so aku confuse.

Tapi 16hb tu, pagi-pagi aku gagah juga nak buat test, sebenarnya malam tu lagi aku nk test dah, tapi takut tak accurate la. Dah la nak buat test cepat, kira baru delay period satu hari, lepas tu nk buat malam, memang UPT tu tak boleh nak read la. So, subuh 16hb tu aku pun cuba la buat. Guna UPT yang tak berapa murah tak berapa mahal. Dalam RM10. Tak sanggup lagi nak beli clearblue yang digital tu, dah RM30 je kat situ. So dalam 10 minit aku tunggu..jeng jeng jeng...



Pertama kalinya dalam nak masuk 3 tahun aku kahwin ni, ada double line. Tapi line tu sangat la samar. (aku rasa korang pun ada tak nampak line tu..takpe la, janji aku nampak..hihi). Kena tengok sampai sepet-sepet mata. Aku sebelum tu memang dah study tentang upt. So aku ready dengan sebarang kemungkinan. Apa yang ada dekat upt tu kadang-kadang mungkin tak tepat. Lagi-lagi pulak awal-awal ni. Nak keputusan yang lebih tepat kena buat ujian darah.

Jadi buat masa ni, aku akan terus berdoa semoga usaha TTC aku ini membuahkan hasil. Tiada yang selayaknya untuk aku berterima kasih selain dari Allah SWT. Dia yang membuka hati aku untuk segala usaha yang aku buat dan kepadaNya juga la aku akan terus berdoa. 

Lagi seminggu aku akan buat test lagi dan kalau line ni lebih terang, mungkin akan terus ke klinik untuk check up. Kena ambil langkah berjaga-jaga dari awal sebab aku memang tahu yang aku dah ada masalah kesihatan, PCOS dan darah tinggi. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Wednesday 3 September 2014

Aku dan Atkins - After 5 Months



Selepas 5 bulan, ada beza ke? Setakat ni berat paling ringan aku dah cecah adalah 63kg. Maksudnya aku dah hilangkan 15kg berat aku. Ini pun sebab faktor raya yang membuatkan aku cheat...cehhhh..raya jugak kau nak salahkan..memang nafsu kau besar..

Sekarang aku dah insaf..sebab target aku nak dapat 58kg menjelang November ni. Adik aku nak kawin masa tu, nak pakai baju cun-cun. Sila jangan ke lautan Pasifik.

Rahsia macam mana nak kurus? Ikut je la apa yang dr atkins suruh tu, jangan pening-pening

Tuesday 2 September 2014

Aku dan TTC - 2nd Appoinment With Dr Adilah

Seperti yang sedia maklum, aku baru je jumpa doktor adilah pada 27 Ogos 2014 dan berdasarkan check up tu, ada telur yang dominant dan tengah tunggu untuk disenyawakan. Ok, itu cerita hari tu, ni cerita hari ni.

Hari ni adalah 2nd appointment aku sebab doktor nak tengok sama ada telur yang dominant tu boleh keluar dengan sendirinya atau tidak. Jadi pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah, dalam pukul 730 aku sampai ke klinik. Ingat dah sampai awal, rupanya ada yang lagi awal. Masa aku amik giliran tu dah turn yang ke 6. Nasib encik suami ikut, so aku ada la kawan. Pergi breakfast dulu sebab doktor biasanya akan datang tepat jam 830.

Pukul 830 aku naik ke klinik. Doktor memang dah ada. Memang ramai la yang menunggu depan klinik tu. Then doktor start panggil sorang-sorang. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 930 dah sampai turn aku. Alhamdulillah, sangat cepat. Bab ni aku sangat berpuas hati. Doktor sangat pantas buat kerja dan on time. Rasa sangat berbaloi masa yang aku tunggu. 

Bila sampai turn aku, doktor tanya sikit-sikit, then terus scan. Alhamdulillah, aku berjaya ovulate dengan jayanya, tak perlu nak suntik bagai. Cuma doktor kata rahim agak tinggi, itu yang buat telur susah nak menempel. Doktor terus prescribe ubat yang nak dimakan, aku kena makan ubat untuk kuatkan rahim (nama dia duphaston) sampai aku disahkan pregnant (dalam tempoh 15 hari). Aku tak nak meletakkan harapan yang tinggi, tapi bila doktor cakap macam tu, aku rasa sinaran makin cerah..cewahhh...cuma kena tunggu dalam 2 minggu dan aku kena test sendiri sama ada pregnant or tak (doa2 nya pregnant la).

Kalau tak letak jugak, akan bermula lah next procedure dimana aku kena buat HSG dan suami kena buat ujian air mani. Apa-apa pun keputusan, semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.