My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday 29 March 2018

Trip ke Kundasang

Waaa, lamanya dah tak berjalan2 jauh. Rehat lama since fateh dalam perut. Masa pregnantkan fateh ada 2 tiket flight kena cancel. Papa fateh tak kasi berjalan..hihi.

Sekarang fateh dah 8 bulan, boleh dah la ajar naik flight..hihi.

Dari awal lagi dah aim tarikh cuti thaipussam dan hari wilayah. Ambil cuti 1 hari, dah dapat 5 hari cuti, untung ooo. So bincang dengan mak dan adik beradik, semua setuju nak join. Memandangkan kali ni kami dah tambah 2 orang budak kecik aka baby, jadi banyak yang perlu diambil into consideration. Contoh, tak boleh la nak amik flight awal sangat, kesian budak2 nak bersiap. Flight pun kami pilih amik MAS, nak keselesaan sebab perjalanan dari KL ke Sabah hampir 3 jam jugak. Tambah tolak semua, tiket flight seorang pergi dan balik dari klia ke kkia adalah RM450. Untuk baby RM50. Ok la, mahal sikit dari AirAsia. Ni dah lengkap semua makan dan luggage. So tak payah nak pening kepala nak topup.

Dihari kejadian, flight kami jam 9 pagi. Jadi kami kena ada di klia sebelum jam 8 pagi. Kelam kabut jugak la sebab terlepas train. disebabkan terlambat 5 min nak naik train, kami kena tunggu next train yang datang lagi 20min. Peluh jantan  semua keluar la. Terbayang macam mana la nak hangkut beg2 besar ni semua. Sampai je klia, kami berlari macam ribut nak check in, aku selaku ketua rombongan la lari paling depan, fateh pun kena tinggal dengan papa dia..hahaha. Alhamdulillah, orang tak ramai. ye la, yang cuti orang KL je, orang lain tengah sibuk kerja...hahaha.

Selesai check in, terus ke gate. tak lama pun tunggu, kami dah kena panggil naik flight. Untungnya naik dengan budak2 ni, kita dapat masuk cepat. Tak payah la beratur dengan manusia2 lain kan. Sebelum naik flight aku dah bismillah banyak2, doa supaya fateh tak meragam la dalam flight. Fateh ni ikutkan bukan budak yang jenis kuat meragam. dia menangis kalau nak susu je pun. kebiasaan masanya dia banyak tersengih je..hihi. Tapi risau la, first time dia nak naik flight ni, mana tau tak selesa ke kan, takut jugak mengganggu passenger lain. Tapi alhamdulillah, fateh good boy sampai la touch down kk.

Hari pertama kami terus ke kundasang. Tapi otw tu kami singgah dulu dekat rumah terbalik di tamparuli. Ikutkan tak nak singgah sebab tak berbaloi pun masuk. Harga tiket pun agak mahal untuk tengok rumah tu dalam tempoh tak sampai 15minit. Tapi kalau dah sampai KK tapi tak singgah rugi jugak la. So kita enjoy saja la.

Selesai tengok rumah terbalik, kami terus ke kundasang. Perjalanan memang berliku, tapi sangat berbaloi sebab view yang cantik dan udara yang nyaman. Untuk hari pertama di kundasang, kami memang tak buat apa2. Seharian dalam kenderaan pun dah memenatkan.

Day 2

Selamat pagi Kundasang. Masyallah, seronoknya duduk dekat Kundasang ni. Dingin, view cantik, udara segar. Rasa nak pindah duduk sini..hihi. Pagi2 lagi, belum sempat mandi, berebut tangkap gambar view gunung kinabalu. Lantak la, janji view cantik..hihi.



Hari kedua kami decide nak pergi ladang teh dan tengok ikan. Dua2 tempat ni dekat ranau. Agak jauh jugak la dengan kundasang. Jalan pula agak mencabar, memang lama la perjalanan. Memandangkan kedua2 tempat ni dekat je, so pergi sekali la. Awal2 pagi lagi kami dah bertolak dan breakfast dekat ladang teh. Memang syok la kan makan ditemani angin pagi. Minum pula teh panas. Dekat ladang teh tak ada banyak sangat tempat yang nak dilawat. Jadi siap makan, tangkap gambar, kami terus ke kolam ikan. Dekat sini memang syok dan geli. Banyak sungguh ikan, tapi fateh tetap maintain. Tak ada perasaan tengok ikan.


Next kami singgah di Kolam Air Panas Poring. Kalau korang nak mandi/rendam air panas bawak la baju siap2. Ada je tempat nak tukar baju. Kami tak mandi la, cuma rendam2 kaki. Kebetulan pulak nak hujan, memang tak lama kat situ. Otw balik, kami singgah makan kedai tepi jalan. Nak cakap kedai apa pun tak reti sebab main berenti je. Berdasarkan pengalaman makan dekat sabah, memang agak kurang sedap, tapi kedai yang kami tak sengaja singgah ni, lain pulak. sedap ikut selera semenanjung la. sangat dicadangkan. kedai ni sebelah dengan sungai.

Aktiviti malam kami hanya berehat saja sebab dah kepenatan. Makan pun dah tak larat..hihi..jadi suruh hero2 je la keluar tapaukan makanan.

Day 3

Hari last di kundasang. Pagi2 wajib la kami terus serbu Dairy Farm nak kejar lembu. Memang dinasihatkan untuk sampai awal sebab kereta dah beratur depan pagar sebelum buka lagi. Yang istimewa dekat sini adalah viewnya. Nak tangkap gambar gunung kinabalu, sini la paling syok. Lagi nak makan aiskrim dan susu segar dari ladang. Memang superb. Akak repeat aiskrim 2 kali hokey..haha.



Settle Dairy Farm, kami turun ke Kota Kinabalu. Otw tu kami singgah di Pasar Nabalu, katanya kat sini harga murah2. Tapi aku tak beli sangat la. Cukup la jamu mata. Dah turun dari kundasang sebelum nak ke homestay, singgah tangkap gambar dekat Jambatan Tamparuli dan makan lokan bakar. Lokan bakar bagi aku biasa2 saja la, maybe sosnya tak berapa kaw bagi aku.



Aktiviti malam kami cari seafood. Kami singgah makan dekat Anjung Senja, tau pun sebab baca dalam blog la. Nak makan sini payahnya nak cari parking. Lagi satu bila dah sampai pening kepala dengan kerenah peniaga yang tarik pelanggan. Dari nak enjoy2 makan, aku jadi hangin plak. Akhirnya sebab dah serabut, aku duduk je la kedai yang ramai orang, maybe sedap la kan. Tapi ternyata, selera sabah memang bukan selera aku. Mungkin tak cukup pedas kot.


Day 4

Tak ada aktiviti sangat kami di hari akhir di KK. Pagi2 kami cuma ke pekan cari breakfast. Kebetulan dekat bandar ada pasar minggu, panjang jugak pasarnya, jadi dapat la kami cuci mata. Dekat sini pun ada masalah nak cari parking. Kami parking agak jauh dari bandar, then ambil teksi untuk ke kedai makan.

Sebelum ke airport, untuk membuang masa, kami singgah di Imago Shopping Mall. Teringin nak tengok mall dekat KK ni, menarik juga la. Sempat la singgah Sephora..hakss.

Begitu la kesah kami bercuti di KK. Pengalaman ke kundasang memang sangat menyeronokkan. Lagi2 pula dekat dengan alam, memang sangat2 tenang. Semoga ada rezeki nak sampai sini lagi. InsyaAllah. Jom layan gambar