My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday 29 March 2017

Nasihat Dari Sahabat Buat Sahabat (TTCian)

Assalamualaikum semua. Hari ni aku tergerak hati nak bagi nasihat buat kawan2 ttcian. Aku bukan pakar bab hal2 sakit puan ni, tapi aku nak share berdasarkan pengalaman aku sendiri dan pengalaman kawan2 ttcian yang lain.

First of all, bagi kawan2 yang baru berkahwin dan memang plan nak memang merancang nak cahaya mata, kalau umur bawah 35 tahun, selepas 1 tahun berkahwin dan belum ada rezeki, segera berjumpa pakar. Kalau 35 tahun ke atas, 6 bulan tarikh perkahwinan dah boleh terus ke pakar. 

Kedua, dalam tempoh menunggu, simpan duit untuk sebarang kemungkinan. Kalau ada rezeki nak ada anak, boleh dibelanjakan ke arah itu. Tapi kalau ada kesukaran nak dapatkan anak, duit simpanan boleh digunakan untuk rawatan. Tapi yang terbaik, readylah insurans. Sesetengah rawatan sakit puan boleh menggunakan insurans. Sesungguhnya, kos nak dapatkan anak memang tinggi.

Ketiga, aku nasihatkan untuk permulaan, bagi yang kekurangan peruntukan, rujuk pakar di sektor awam (Kerajaan) kerana lebih jimat. Salah satunya LPPKN. Sebabnya, untuk permulaan banyak test yang perlu dibuat dan tentunya melibatkan kos. Sekurang2nya, kita boleh jimat kot disitu. Setelah dapatkan nasihat pakar, kalau ada rezeki lebih, dapatkan second opinion pulak. Aku sendiri bukan saja second opinion, beropinion2 dari pakar aku cuba dapatkan. Bila kita dah ada info tentang tahap kesihatan diri kita, baru kita dapat decide apa yang terbaik untuk kita. Cuba survey pakar sakit puan mana yang terbaik dekat Malaysia ni, memang ada ramai. Tapi, bagi aku, Dr Hamid is the best. Aku sangat2 terhutang budi dengan dr hamid, dr aimi and the team.

Keempat, rawatan traditional. Adakah perlu? Bergantung pada individu. Tapi bagi aku, kalau nak buat rawatan traditional, jangan sampai tak jumpa doktor pulak. Buat kedua2nya sekali. Sekurang2nya bila jumpa doktor, kaedahnya lebih detail. Doktor scan dan tengok sendiri keadaan dalaman kita. Bukan setakat pegang2, urut2. Yang penting, jangan makan suppliment sebarangan. Memang banyak iklan ubat nak bagi subur dekat media sosial ni. Dapatkan nasihat pakar dulu. Takut karang, anak tak dapat, penyakit lain pulak yang dapat.

Kelima, jangan lupa jaga makan dan bersenam. Yang ni ramai yang tak ambil berat. Pastikan berat badan ideal. Jangan lupa ye, banyak penyakit datang dengan cara pemakanan yang tak sihat. Disamping tu, cuba cari aktiviti keluar peluh yang menarik. Tak semestinya kena jogging saja. Boleh join zumba, naik basikal, hiking atau paling malas sangat, jalan2 pusing mall (tapi kehilangan wang ringgit atas aktiviti ni saya tak tanggung ye..hihi).

Keenam, belajar tentang diri sendiri. Siapa lagi nak tau tentang diri kita kalau bukan diri sendiri kan. Perhatikan macam mana period cycle, apa makanan yang boleh kita makan, kalau dah tau apa masalah/penyakit kita, belajar cara untuk kawal penyakit. Jangan compare orang dengan kita. Ada orang boleh makan berkilo2 nasi tapi badan sihat, tapi kita makan sesudu pun boleh jadi delay period (contoh je ni). Jadi, kenali diri anda.
Bila sampai stage doktor dah advice untuk buat iui or ivf, sentiasa redha dengan result yang bakal kita dapat. Bila duit dah banyak belanja, pastinya kita harapkan result yang positif. Tapi itu semua kerja Allah. Kalau treatment yang kita buat tak berhasil, jangan la terlalu kecewa. Yang penting kita dah usaha.

Dan terakhir sekali, dekatkan diri dengan Allah. Banyak kan bersedekah. Ramai orang abaikan kuasa sedekah ni. Percaya atau tak, beberapa bulan sebelum aku berjaya hamil, aku memang amalkan bersedekah ni. Terutama kepada warga tua dan kanak2. Terutamanya saudara mara. Kalau ada nenek2 di kampung, jangan lokek keluarkan duit. Belikan keperluan harian mereka. Pastinya mereka akan mendoakan kesejahteraan kepada kita.

Itu sahaja nasihat dari aku yang kerdil ni. Aku hanya berusaha dan tak putus asa. Yang pastinya aku serah semuanya pada Allah. Good luck kepada rakan TTC yang lain.  

Sunday 26 March 2017

Kesah GDM

Alhamdulillah, sekarang kandungan aku dah mencecah 32 minggu @ 8 bulan. Tak lama lagi dah nak tunggu baby keluar. Makin dekat tarikh nak bersalin, maka makin banyak la appoinment yang aku kena pergi.

Selain dari regular check up dekat Klinik Kesihatan, kena jugak refer FPP. Last check up dengan KK masa minggu ke 28, aku kena minum air gula. Dulu masa minggu 16 dah buat sekali. 28 minggu lagi sekali. Ingatkan dah lepas la. Rupanya sangkut jugak...waaa, tambah satu lagi penyakit GDM (kencing manis ketika mengandung). 

Seminggu lepas minum air gula, nurse KK telefon bagitau yang aku kena GDM. So kena buat test BSP (ala, check darah yang kena cucuk kat hujung jari tu). BSP ni kena buat 4 kali sehari, sekali 2 minggu. Nasib baik la mak aku memang ada alat test ni. Maka aku pinjam je la dan buat kat rumah. Result nanti aku cuma bawak bila check up. Alhamdulillah, bila buat BSP bacaan normal. Kalau setiap kali test, bacaan ok, takde masalah la. Tapi kalau tinggi, berkemungkinan kena cucuk insulin dekat perut. Tu yang aku tak mampu tu. Semoga semuanya ok la sampai melahirkan.

Dan untuk pengetahuan semua (mana yang tak tau la), bila dah ada GDM ni, kena bersalin on time 38 minggu. Tak boleh lebih. Kalau 38 minggu masih takde tanda nak bersalin, memang kena induce la. Doktor kata ini untuk elakkan baby terlebih besar. Sebab bila dah ada GDM ni, potensi baby nak besar adalah tinggi. Nanti besar sangat, rabak pulak bila nak bersalin nanti.

Result yang aku dapat semua ni kena bawak bila appoinment FPP. Doktor geleng kepala je tengok rekod aku. Macam2 penyakit...hahaha. Nak buat macam mana doktor, saya dah jaga makan pun, tapi nak kena jugak macam mana kan.

Macam mana perkembangan kawan2 TTC aku yang lain? Update la sikit. Nak tau jugak kot2 dah ada good news ke. Anyway aku doakan yang terbaik untuk semua. Berjumpa lagi nanti. Kot2 aku rajin lagi la nak update blog sebelum beranak..hihi.


Tuesday 7 March 2017

First Appoinment di FPP Putrajaya

Kalau korang pernah baca post aku sebelum ni, aku ada maklumkan yang aku dah book untuk bersalin under FPP Putrajaya. Akhirnya, bulan Mac, cukup kandungan 7 bulan, sampai masa aku nak jumpa doktor Hamidah. Kiranya first appoinment la.

Bila dah under FPP, dari segi pendaftaran dan pembayaran aku rasa mudah dan cepat. Tak perlu beratur ambil no sama2 dengan patient lain. Aku kena daftar dekat kaunter lain iaitu kaunter bayaran bil hospital. Masih kena ambil nombor dan tunggu turn. Tapi tak seramai la kalau tunggu dekat kaunter yang beribu2 patients tu.

Bila ambil sampai turn aku, bagi saja buku merah, kaunter buatkan buku appoinment hospital. Then kena bayar RM110. Bayaran ni hanyalah kos untuk jumpa doktor. Kalau lepas jumpa doktor, masih ada benda lain yang perlu bayar, aku kena bayar dulu la. Benda lain yang kena bayar contohnya kos ambil darah RM20 dan kos ubat (bergantung). Tapi even kena bayar, tak la semahal dekat private hospital. Ubat aku kena bayar RM18 untuk stok sebulan. Murah la tu.

Bab tu semua aku puas hati. Tapi bab yang panas punggung sikit adalah masa menunggu nak jumpa doktor. Lepas je daftar dekat kaunter pendaftaran, kena amik berat dan tekanan darah, then terus ke kaunter O&G. Yang ni semua cepat. Lepas tu ambil urine dan buat test albumin dan glucose. Settle.

Tapi yang lama adalah nak tunggu dapat jumpa doktor Hamidah. Pergh, 2 jam tunggu beb. Aku tengok patient lain yang tak guna scheme FPP dan banyak yang dah selesai jumpa doktor. Apa ke hal aku lama sangat ni. Bersangka baik la, mungkin doktor ada benda urgent lain. Memandangkan memang aku kena dr Hamidah sahaja, maka terpaksa la menunggu. Tunggu punya tunggu, Encik Laki pun dah berdengkur2 menunggu, akhirnya nama aku di panggil. Aku orang first tau jumpa dr Hamidah. Bayangkan orang yang lepas aku, lagi lama la.

First time jumpa dr Hamidah, waa, cantiknya. Aku bayangkan dr pakar ni dah tua2 la. Tapi dr hamidah memang nampak ala2 remaja gitu. Cara dr hamidah agak kelam kabut sikit. Mungkin sebab aku compare dengan Dr Hamid Arshad and Dr. Aimi. Dr dua orang ni kan tenang je. Kalau dengan Dr. Hamidah, dengan aku2 rasa kelam kabut. Sampai banyak benda aku nak cakap pun lupa. Tapi overall service ok la.

Lagi 3 minggu kena jumpa dr balik. Ikutkan normal procedure, 5 minggu baru jumpa. Tapi disebabkan aku banyak sangat masalah, darah tinggi, hb rendah, gall stone, maka dr suruh jumpa awal sikit. Nasib dr la dapat patient bermasalah macam saya..hahaha.

Lepas jumpa doktor, terus pergi farmasi ambil ubat. Kat farmasi pun tak tunggu lama macam patients lain. Cepat saja selesai. Ye la, kena bayar kan. Insyallah, lagi 2 minggu akan bertemu lagi dengan Dr Hamidah. Didoakan agar semuanya dipermudahkan. Insyallah.

p/s: lupa pulak nak bagitau, masa jumpa dr hamidah, aku bagitau la masalah gallstone (batu hempedu) aku. Terus dia setkan appoinment dengan Radiologist. Aku dah jumpa pun Radiologist dan scan hempedu, sememangnya ada batu2 kecil dalam hempedu aku. Aku doakan korang2 tak kena la penyakit ni sebab kesakitnya, Ya Allah, tak tertahan. Duduk salah, baring salah. Semua benda tak kena. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada aku. Afterall, sakitkan penghapus dosa. Maka redhalah.