My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday 31 March 2015

Canopy Walk di FRIM

Rumah mak aku dengan FRIM ni takde la jauh mana. FRIM dekat Kepong, rumah mak aku kat Jinjang. Perjalanan dalam 15minit je dah sampai. Tapi seingat aku, kali terakhir aku pergi FRIM masa aku sekolah rendah kot. Itu pun sebab rombongan sekolah.

Kali ni, sifu Pali keluarkan cadangan untuk training kinabalu dekat FRIM. Aku dalam hati harus la seronok sebab dekat je dengan rumah. Lagi pun aku suka nak mencuba dekat tempat baru. Kali ni semua team kinabalu join training kecuali Paik. So, kira first time la aku akan berjumpa dengan Kak Ida dan Abg Zul. Biasa kami berjumpa di whatapps je. Sifu Pali dah jumpa banyak kali.

Seperti yang dijanjikan, pukul 8 kami akan berjumpa di FRIM. Kalau nak masuk FRIM ni, dikenakan bayaran ye. Satu kereta RM5 dan jika berumur 18 tahun ke atas, charge RM1. Sebab kan aku bawak adik kesayangan aku yang masih di bawah umur, jadinya bayar RM6 je la.

Macam biasa janji Melayu, kalau kata pukul 8 jumpa, pukul 9 pun tak tentu lagi..haha..tapi tak lama pun aku tunggu, akhirnya sampai la Pali and the team sebab dorang datang satu kereta je. Ada tambahan satu ahli lagi, Kak Amy. Jadi perjalanan diteruskan untuk hiking, trail nya bagi aku tak la mencabar sangat, tapi disebabkan aku ikut otai2, dorang jalan macam pelesit, semput mak. 




Dah hampir separuh jalan, kitorang sampai di Canopy walk. Aku tak tau niat asalnya nak naik canopy walk ni. Kak Amy beria pujuk abang yang jaga situ bagi kami masuk sebab kami tak beli tiket. Kaunter tiket dekat bawah sebelum start mendaki. Tapi disebabkan kami cun2 belaka, abg tu kasi kami bayar dekat dia je. Bayaran seorang untuk naik Canopy walk adalah sebanyak RM5 dan boleh start naik pukul 930 pagi.

 Dengan adik kesayangan

 Tunggu nak naik jambatan gantung



 Nampak je cool, tapi tengah gayat

Ketahuilah bahawa aku ada masalah gayat. Naik jambatan gantung ni memang la bukan favor aku. Tapi aku suka mencabar diri sendiri. So dalam kegayatan, aku berusaha jugak la. Sila la saksikan hasilnya dalam video ini...hahaha.




Tak jauh mana pun perjalanan nya, settle canopy walk, kami turun semula ke kereta, dan berakhir lah pengembaraan kali ini. Bagi yang berminat, boleh la mencuba. Bawa anak2 sebab track tak la susah malah aku rasa budak2 lagi fit dari kita yang tua ni. Enjoy semua.

Sunday 22 March 2015

Aku dan Exercise - Men's Health Women's Health Night Run 2015

Maafkan aku jika blog aku penuh cerita pasal marathon je..hahaha..semua sebab aku tengah gile marathon dan nak kejar sebanyak event yang boleh sebelum bulan Mei. Pada sapa yang mengetahui dan mengikuti, bulan Mei ni adalah bulan mengawan aku...hahahaha...gatal nor bunyi nya..ye la, reword, bulan mei adalah bulan aku mula membuat anak..ok, sopan sikit.

Kali ni punya event malam pulak. Lari malam2 memang best sebab kau boleh berlari dalam keadaan dingin dan pemandangan alam pun lebih indah. Aku memang suka night run, tapi jarang ada event yang malam2 ni. Tahun ni baru ada 2 je yang aku tau.

Ok, seperti biasa, sebab lokasi nya dekat je dengan rumah aku, lepas magrib baru aku bergerak ke tempat kejadian. Sepatutnya malam tu aku lari dengan Milin. Tapi sampai dah start lari, batang hidung dia tak muncul2. Jadi aku redah je la sorang2. Aku memang dah biasa ditinggalkan..huhu.

Larian kali ni sejauh 12km. My first 12km la kiranya. Sifu Pali dah set kan target aku, cuba settlekan dalam 1 jam 30 min. Kau agak lepas tak?hahaha...harus la tak. Aku settle dengan kepantasan 1 jam 43min..hahaha. 

Event kali ni agak memuaskan. Ada 4 water station, cukup la untuk aku rasa nak terkucil. Traffic pun ok. Itu la kelebihan berlari di Putrajaya, kereta tak banyak sangat. Senang kerja abang polis. Habis lari, dapat medal, pisang, air mineral sebotol dan goodies bag. Isi dalam goodies bag memang best, sabun dettol 4 buku ok, diadorant 2 botol, losyen..memang puas hati la.

Lagi satu part yang best, ada tempat untuk tangkap gambar. Nak tengok? Tadaaa


Macam mana performance aku kali ni. Sebenarnya aku kecewa dengan diri aku sendiri..huhu..sebenarnya aku tak push to the limit pun. Aku banyak layan rasa malas aku. Masuk lari boleh malas nak lari lak..ceh..hahaha. Lari2 anak je la sepanjang masa tu. Lagipun baru baik demam, so rasa tak fit sangat..haha (adakah itu alasan?).

Korang ada rasa teringin nak bermarathon tak setelah melihat kehebatan aku?hahaha..dah2, jom register. Sila bukak website sport.my or myraceonline or hooha.

Sebelum berakhir, sila layan gambar aku dulu. Terimas.





Thursday 19 March 2015

Lelong Lelong - Kasut Hiking Untuk Dijual



Sapa nak beli kasut hiking aku ni. Baru pakai sekali. Condition masih ok. Sebab nak jual, tak sesuai dengan kaki aku. Patut kena beli extra 1 size.

Latar Belakang Kasut ni.

Jenama : Timberland Gore Tex
Kelebihan : Waterproof kecuali air masuk ikut bukaan kaki tu
Size : us7.5, uk 5.5
Harga Asal : RM529
Harga Aku Nak Jual : Bermula dengan RM250. Sila nego dengan aku secara berhemah. Aku mungkin bagi harga sangat murah hati tahap nak lepas kan jugak kasut ni sebab nak beli kasut lain jenama power sudah..haha

Kalau korang area KL or Putrajaya, aku COD je. Habis cerita. 

Sekian iklan untuk hari ini.

Kerja Gila Aku - Pergi Nuang Sorang2

Cerita aku memang segila tajuk post ni. Konon2 hebat la kan..haha..tapi sila jangan buat macam ni.

Alkisahnya masa cuti yang panjang baru-baru ni, aku dah bingung dah duduk rumah tak buat apa. Jogging dah, kemas rumah dah, tengok tv cerita ulang2 dah, tido tak payah cakap la. Tiba2 terdetik plak rasa nak naik nuang. Aku tanya kawan2, takde sapa yang sanggup nak buat kerja gila dengan aku. Aku jenguk Group HACAM dekat FB, cari la sapa2 yang nak naik Nuang, so boleh aku tumpang. Akhirnya jumpa la sorang ni. Aku tak mau bagi nama dia atas sebab2 yang korang akan tau nanti. Kita gelar je dia Mr. A. 

Jadi aku dah pm siap2 Mr. A, tanya bila nak pergi, sapa lagi nak pergi, dia cakap ada lagi yang join, tapi berapa orang tu dia tak confirm sebab dia pun tolong guide je satu team ni. Kiranya aku tumpang team tu la. Dan terang2 aku cakap aku sorang je dan stamina aku tak la berapa kuat tapi tak la jugak lembik sangat.

Sehari sebelum pergi, aku dah prepare barang2 aku. Makanan aku make sure kan cukup, air 3 liter, ponco, torch light, energy bar, lengkap la semua sebab aku dah pernah naik Nuang, so aku tahu kemampuan aku. Lagi pulak aku nak naik nuang ni sebab aku nak try kasut baru aku sebelum naik Kinabalu nanti. Takmau la masa kat Kinabalu nanti, sakit ke apa, mana aku nak cari kasut ganti.

Pada hari yang dijanjikan, aku sepatutnya berjumpa dengan team tu dan Mr. A pukul 715 pagi dekat pintu masuk Pangsun. Pukul 5 aku dah gerak dari Putrajaya, singgah solat dekat masjid, singgah beli nasi lemak 2 bungkus lagi, dan sampai dekat pangsu before 715 pun. Sementara tunggu Mr A sampai, aku melantak dulu nasi lemak sebungkus untuk dapatkan tenaga before mendaki. 

Masa ni, aku tak tau lagi rupa Mr. A ni macam mana, so pasrah je la, sambil tunggu tu ada 2 lagi mamat India macam menunggu jugak. Lebih kurang pukul 730, Mr A sampai. Rupanya 2 orang india tu la team yang dia nak guide. So ok la. Kami pun teruskan perjalanan.

Harus la sebab aku seorang je yang perempuan, aku yang paling lembabkan. Dua orang india tu dengan pantasnya dah lama pecut kat depan. Mr A ni siap berenti kat pondok tengah2 jalan untuk makan. Jadi aku jalan la sdn bhd. Dalam aku jalan dulu tu, Mr A sempat lagi kejar aku dan kitorang jalan sama2 sambil bersembang. 

Dalam syok2 aku bersembang tu, Mr A boleh pulak cakap yang dia tak kan jalan sampai ke puncak. Mungkin sampai Kem Lolo je. Aku masa tu dalam hati, hangin je. Kau kalau nak naik sampai manapun, jangan cakap masa tengah2 dalam hutan tu bangang. Cakap sebelum pergi lagi. Kalau nak jadi guide, make sure every info tu clear. Tapi masa tu aku bersabar lagi la. Jalan sampai ke Lolo tak ada masalah bagi aku. Cuma semput bila lalu jalan yang mencanak dekat jalan balak. Aku dan bukit memang bermusuh.

So, bila sampai ke Kem Lolo, Mr A dah stop lepak. Aku tanya dia, sampai bila dia nak lepak situ, katanya sampai tengah hari. Tengah hari tu maksudnya dalam pukul 12 la kan? kalau ikut pemahaman aku la. Masa tu dalam lebih kurang pukul 9 pagi. Takpe la, biar la Mr A tu nak rehat ke apa, aku boleh lagi nak teruskan perjalanan. So aku decide untuk jalan sendiri ke Kem Pacat. Aku bayangkan naik pacat dan turun balik ke Lolo tak sampai 2 jam pun, so sempat jumpa Mr A balik dan terus balik. 

Jadi dengan hati bengang aku teruskan perjalanan ke Pacat. Mula2 aku agak yakin, tapi bila lama2 jalan sorang2 dalam hutan tu, aku rasa tak sedap hati. Nasib baik ada ramai jugak hikers lain yang aku selisih. Aku dah naik hampir separuh perjalanan ke Pacat then aku decide untuk turun semula. Aku fikir itu yang terbaik untuk aku. Takut la kalau ada apa terjadi, hari masih siang.



Dalam pukul 10 macam tu aku dah sampai dekat Lolo balik. Cari Mr A, dah takde. Dalam hati aku, BABI punya orang. Kau tinggalkan aku sorang2, perempuan, dalam hutan ni. Mentang2 aku dah kawin, kau main tinggal je aku, kot2 aku ni anak dara, sampai ke rumah kot kau hantar aku. Kalau dah pukul 12 tu takde aku faham la, ni baru pukul 10. Tengah hari apa nya.

Nasib la dekat Kem Lolo tu ramai orang yang tengah camping, jadi aku tak la risau sangat. Bagi mengubat hati yang tengah bengang tu, aku melepak la dulu dekat Lolo sambil duduk mengadap sungai. Nasib beli lebih nasi lemak, memang syok la sambil makan nasi lemak sambil main air sungai. Lupa sikit aku pasal si bangang Mr A tu. Baring2 semua, main2 air sungai, keringkan kasut, sampai la pukul 11 pagi. Pukul 11 aku dah start turun. Bila dah sorang2 ni, memang kena pandai budget masa. Kena gerak awal supaya boleh sampai awal dekat bawah.




Memang bijak la aku turun cepat sebab kaki aku sakit pulak masa turun. So mengambil masa yang lama jugak la aku nak sampai bawah. Rupanya dah ada darah beku kat kuku kaki aku. Kasut punya pasal la ni. Nasib aku try dulu. Kalau kat kinabalu baru tau, mahu tercabut kuku aku tu.

Kesimpulan dan pengajaran yang aku boleh bagi dalam cerita ni, jangan pandai2 nak naik gunung sorang2 lagi2 kalau kau perempuan. Make sure kau pergi dgn orang yang betul dan boleh diharap. Dan aku doakan kau tak berjumpa la dengan Mr A ni. Orang macam ni jangan dijadikan laki. Haru rumah tangga kau. Lelaki tak bertanggungjawab!!!!

Sunday 15 March 2015

Happy Birthday Aku

Disebabkan aku syok sendiri, aku nak bagitau yang birthday aku adalah pada bulan 3. Tarikh dan tahun tak yah tau la. Yang pasti aku masih muda...kui kui..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, en suami tak pernah wish birthday tepat2 pukul 12 pagi. Kalau dia wish pun aku dah terbungkang tido. Mata budak2 memang macam tu..haha

Untuk tahun ni pun sama la. Tapi yang tak best sampai la pukul 7 malam en suami tak balik2 rumah. Sedih dah cik isteri. En suami lupa birthday cik isteri ke? Tiba2 en suami call kata balik lambat, nak pergi rumah mak dulu. Takpe la, sebagai isteri dan menantu solehah, ku redhakan. Pukul 10 en suami call lagi, kata jangan tido dulu. Dia memang tahu cik isteri yang muda belia ni, pukul 10 mata dah merah. Disebabkan cik isteri degil, lepas letak telefon, terus tido tanpa rasa bersalah. Ini semua salah mata, bukan salah cik isteri. 

Pukul 11 en suami sampai rumah, cik isteri tengah kroh kroh. En suami terpaksa kejutkan dengan paksanya. Akhirnya cik isteri tewas bila sebijik hadiah diletakkan diatas muka. Terus terang mata cik isteri dan dengan senyuman panjang ke telinga, menemani en suami makan sambil memakai hadiah hari jadinya.

Sekian cerita suami isteri pada hari ini. 




My First Half Marathon - Bukit Jalil Marathon

Fuh, lama gila tak update blog..perasan busy..haha..sebenarnya aku baru habis kursus 2 minggu, jadi memang tak dapat la nak update ape2. Dalam tempoh2 tak update blog ni, memang ada baca cerita la kan. Tapi cerita yang paling menarik adalah.........aku berjaya menghabiskan Half Marathon (HM) aku yang pertama kalinya. Yezzzzzzzzzzzzzzzzzz...bagi yang tak tahu, HM ni berjarak 21km. Dulu memang aku tak pernah terfikir akan lari sejauh ni. Lari 10km pun aku rasa dah sengsara, apa lagi 21km. 

Tapi aku nak bagitau korang ni. 21km is nothing. Nothing ni bagi yang prepare la. Kalau tiba2 kau terjah je, 2km pun kau dah give up. Jadi bagi membantu newbie2 (aku pun sama newbie jugak) yang nak menceburkan diri dalam bidang HM, meh aku share sikit experience aku.

Bukit Jalil Marathon ni sebenarnya clash dengan Malaysia Women Marathon (MWM). Sebenarnya niat asal aku memang nak join MWM, tapi kawan aku tak nak sebab katanya medal tak cantik la, baju tak cun la, dan sebagainya, so dia suruh aku register Bukit Jalil. Aku yang naif ni pun register la. Masa register, aku tak terfikir pun nak amik HM, nak amik 10km je. Tapi tak tahu kenapa, tangan aku gatal register HM. Masa aku register tu, dalam bulan Januari. Jadi bila dah tau nak kena hadap 21km masa bulan Mac, tak kan aku nak serah tengkuk je kan. Harus lah bersedia. Jadi aku pun mula la training dalam 5km - 10km setiap hari Isnin dan Rabu. Bukan sekadar untuk training untuk control pernafasan dan biasakan kaki, tapi tujuan training tu jugak untuk tengok pace aku. Berapa laju aku boleh lari. Ternyata, kelajuan bukan kepakaran aku. Aku paling2 pun pace dalam 7 min, tak pernah dapat kurang dari tu, dan biasa nya pace aku dalam 8min ke 9min. Tapi penting ke pace ni? Bagi aku kalau kau nak kejar hadiah no satu, penting la. Tapi kalau kau berlari sebab nak cabar diri dan untuk kepuasan diri sendiri, pace tu tak penting.

 Sesi Training

Lagi satu kebaikan bila kau dah selalu training, kau tau apa2 benda2 yang kau perlu ketika berlari. Pertamanya, yang penting mesti lah kasut. Kasut kenalah selesa dan membantu kau lari. Jadi aku telah invest duit sikit untuk beli kasut yang khas untuk berlari. Jadi melayang la RM300 aku. Kasut ni aku beli berdasarkan survey dan nasihat sales person dekat Al Ikhsan tu.

 Asics Kayano 20

Lagi peralatan yang kena ada adalah beg yang sesuai untuk berlari untuk hangkut semua barang kau macam HP, kunci kereta or duit kalau perlu. Benda ni aku sangat recommend. Takyah beli kat kedai2 fitness sebab biasanya harga dorang mahal nak pengsan. Ni aku beli dekat groupon dengan harga RM30 pun. Bila pakai benda ni masa lari, sekurang-kurangnya tak menganggu kau masa lari berbanding kau letak barang2 dalam poket.


Lagi satu benda penting adalah sport bra. Sila la jangan abaikan aset korang tu. Jangan rasa rugi nak invest duit untuk beli sport bra. Memang harganya agak mahal berbanding bra biasa. Tapi ada solution lain, korang boleh borong dekat groupon jugak. Harga dalam RM40 untuk 2 pasang.

Baiklah, berbalik kepada cerita aku berHM. 

Larian hari tu bermula jam 530 pagi. Awal gila beb. Memang tak sempat subuh kat rumah la. Jadi masa lari memang kena pandai curi masa, nampak je surau terus aku terjah, solat cepat2 dan sambung lari balik. 

Bagi 10km pertama, aku tak hadapi sebarang masalah. Mungkin sebab dah training. Tapi masuk ke 11km seterusnya, adalah sesi mencabar fizikal. Mental bagi aku sap sap soi. Aku dah train mental aku untuk kental. Tapi fizikal ni memang tak dapat nak membantu la. Bila masuk ke KM yang ke 13, tapak aku dah mula rasa panas menunjukkan tanda2 nak melecet. Peha pun dah mula sengal dan rasa nak cramp. Bab peha ni aku boleh maafkan lagi sebab bila lari tu aku tepuk2 sikit peha, dan sakit tu kurang. Tapi melecet kat tapak kaki memang tak boleh ampun. Pedih nye la. Tapi aku gigihkan juga sampai la ke garisan penamat.

Ada kawan aku bagi tips, untuk elakkan melecet ni, kena pakai kasut yang lebih 2 saiz dari saiz kita pakai. Atau boleh pakai vaseline dan sapu dekat kawasan yang dijangka bakal melecet.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan HM aku yang julung-julung kalinya. Timing memang tak cantik la, tapi macam aku cakap, bagi aku timing memang tak penting.





Semestinya aku akan register lagi HM. Tapi bukan dalam masa terdekat. Korang pun patut try at least sekali dalam seumur hidup. I wish you all luck.