My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday, 31 July 2018

Percutian ke Langkawi dengan ETS

Kali ni aku nak share pengalaman aku bercuti ke langkawi dengan menaiki ETS. Nak pergi ke Langkawi ni memang aku tak plan langsung. Tiba2 terlintas dekat fikiran aku, cakap dengan mak aku, terus on. Petang beli tiket, esoknya kami bertolak. Berdua dewasa (aku dan mak) dan baby (fateh). 

Aku cerita step by step la

First korang kena beli tiket ETS. Kalau lagi awal lagi bagus la sebab boleh pilih seat. Aku ni memang dah last minit sangat, ada kosong tu pun dah cukup baik. Lagi pun aku pergi hari bekerja dan bukan cuti sekolah, so tak risau sangat. Beli tiket ke Arau ye kawan2. Harga tiket RM73 untuk dewasa. Untuk mak aku RM41 untuk warga emas dan fateh of course la freee. Perjalanan aku bermula dari KL Sentral ke Arau. Train terawal pukul 7 pagi. dan perjalanan mengambil masa selama 5 jam setengah. Boleh dibanggakan jugak la sistem train Malaysia ni. Laju, selesa dan menepati masa.

Kenapa aku pilih nak naik train? Sebabnya aku tak yah penat2 nak drive, ada kedai makan dalam train, anak2 pun masih boleh berjalan dalam train. Takde la dia bosan sangat kalau perjalanan terlalu lama. Tapi mak2 kena banyak bersabar la dan kena tengok2 anak tu, jangan bagi lepas je. Kalau jadi apa2 atau menyusahkan pengguna lain, sapa nak tanggungjawab.

Sampai saja di Arau, yang ni korang jangan risau pasal transport nak ke jeti. Ada saja teksi yang menunggu dekat train station. Perjalanan dari train station ke jeti kuala perlis aku agak dalam 15 minit dan berkos RM27. Dekat masa ni korang akan sampai dekat jeti dalam pukul 1 petang. Kalau dah lapar tu, ada saja kedai2 berdekatan jeti untuk korang singgah makan.

Nak dijadikan cerita, sampai je aku dekat jeti, baru nak turun teksi, tiba2 ada satu couple ni tegur aku. Aku ingat ulat tiket..huhu..rupanya couple ni nak bagi tiket feri dekat aku sebab dia dah beli tiket khas untuk bawak kereta ke Langkawi. Alhamdulillah sangat, rezeki fateh la. Maka kami dapat tiket 2 dewasa dan 2 kanak2. Ikutkan fateh tak perlu tiket pun, tapi dah dapat free tu kira rezeki la kan. Harga tiket feri dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2.

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi ambil masa 45minit. Fateh alhamdulillah behave dalam feri. Tapi habis semua orang ditegurnya, siap dapat duit raya lagi. Apa la fateh, malu mama. Sampai saja di Langkawi, kami plan nak naik teksi je ke Chenang. Sewa kereta dekat sana. Puncanya sebab aku ingat kalau sewa dekat jeti kena return dekat jeti. Aku balik nak naik flight. (ops lupa nak bagi tau, aku pun immediate beli tiket flight balik dari langkawi, tengok harga Malindo RM89 one way memang aku terus beli la kan). Rupanya boleh return dekat airport cuma kena bayar extra RM20. So akhirnya aku sewa viva dengan kos RM60 sehari. Cukup la viva, kami bertiga je pun, lagi pun tak plan nak shopping sakan pun.

Settle kereta terus gerak ke Chenang. Fokus memang nak cari hotel sebab nak rehat. Kesian kat fateh dah penat dalam train. Mak ngan nenek dia pun dah penat sebenarnya..ahakkkss. Kami terus menuju ke AB Motel, ni memang hotel wajib tiap kali datang langkawi. Kami ni memang tak book langsung. Memang nak walk in je. Dalam hati berdoa je biarla ada kosong. Alhamdulillah, memang ada..fuhhh. Kos bilik semalam RM180 untuk bilik beach view, katil 2 queen, puas hati sangat la. 

Lupa nak bagi tau, masa sampai Chenang memang terkejut la sebab rupanya Chenang tengah buat major renovation. Sepanjang2 jalan tengah buat construction. Bagi yang takat nak lepak tepi pantai macam aku ni, takde masalah sangat. Tapi bagi yang nak jalan2 sepanjang kedai2 di Chenag memang tak best la. Better pergi next year je la.

Apa yang berlaku dekat langkawi tak perlu la aku cerita detail kot sebab sebelum ni pun aku ada buat post khas pasal langkawi. Basically aktiviti kami lepak pantai, pergi shopping dekat pekan kuah dan jalan-jalan cari makan. Memang tak pergi la pulau2, cable car tu semua. Memang tujuan kali ni nak bersantai je.Syok sungguh.

So bagi siapa2 yang nak ke Langkawi dah takde masalah la, malas nak drive, boleh naik train. Selamat berjoli korang semua.

(p/s: sorry takde gambar lagi, masalah skit nak connect kan hp dekat pc. Nanti dah settle aku tepek gambar)

Sunday, 8 July 2018

Pengalaman Mengandung Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)

Lama tak berkumandang di blog ni. Sejak dah ada fateh, tak banyak la pasal cerita TTC yang nak di share. Tapi kali ni, aku nak share sesuatu yang terjadi kat aku. Kira antara sejarah terbesar dan ngeri la dalam hidup. Semoga tak terjadi lagi dekat aku.

Kisahnya bermula awal Ramadan 2018. Aku memang tak jangka yang aku mengandung memandangkan nak dapatkan fateh pun hampir 6 tahun. Dan aku memang tak ambil sbarang protection. Kiranya redha la kan, ada baby Alhamdulillah, takde baby pun aku ok. Masa awal 1 Ramadan, aku 'period'. Aku serius tak suspect apa2. Ikut tarikh memang waktu2 tu aku period. Tapi peliknya period kali ni, aku bleeding non stop lebih 30 hari. Awal2 'period' aku pergi jugak ke klinik. Doktor scan dan kata aku ok. Doktor bagi ubat stop darah dan suruh aku monitor sampai cycle berikutnya. So memandangkan aku hanya bleeding dan tak sakit apa2, aku biarkan ajar. 

Sampai la 1st syawal, aku sakit perut. Rasa macam senggugut, tapi lebih sakit. Makan painkiller Alhamdulillah ok. Aku balik kampung sampai raya ke4. Raya ke5 masuk kerja balik. Hari pertama kerja, terasa sakit balik perut tapi sekejap. (Masa ni aku bersyukur tak jadi apa2 sebab kawan2 semua tak masuk kerja lagi). Hari kedua kerja (raya ke6), pagi lagi aku dah rasa sakit. Dari sakit sikit2 dah menjadi makin sakit. Masa ni kawan2 dah ramai yang kerja. Aku cakap kat kawan2 aku senggugut, tapi kali ni punya sakit, kalah sakit nak beranak. Nak duduk tak sedap, diri tak sedap. Baring tu tahan la sikit. Makan ubat pun dah tak jalan. Jadi dekat ofis aku baring dan tidur berharap sakit ni cepat la reda. Awal2 dah wasap husband cakap yang tak sihat, minta dia temankan pergi klinik esoknya.

Hampir setengah jam aku baring, tiba2 aku rasa dizzy dan nak muntah. Bangun2 memang nampak paper bag, terus muntah la. Nak bangun memang tak dapat sebab aku asik pitam. Paling2 boleh melututnya. Atas dari tu aku terus pitam. Nak tambah lagi teruk, badan aku terus kejang. Tangan kaki dah tak boleh bengkok. Aku start nak menangis dah, dalam kepala fikir aku ni sakit apa. Takkan senggugut teruk macam ni. Nasib baik la ada kawan aku masa tu, cepat2 minta call kan husband suruh ambil. Aku nak pegang hp memang dah tak boleh la. Nasib baik masih boleh bercakap.

Cut story short, husband pun sampai dan kami pun ke emergency. Dari ofis lagi husband tolak pakai kerusi je, nak jalan memang dah tak boleh. Dalam kereta kami sempat discuss nak pergi hospital mana. Aku memang request private hospital kononnya pakai insuran (tak terfikir lagi ni pregnant). Bukan nak berlagak pg private ke ape, memikirkan urusan anak. Kat private anak nak dtg menyusu ke senang, kalau kat gomen, budak2 mana boleh masuk.

Jadi kami terus pergi ke KPJ Kajang. Sampai2 hospital aku dah tak sedar diri. Yang aku ingat aku bangun dari kereta naik wheelchair. Tiba2 aku sedar aku dah dekat katil dan muntah. Memang badan dah lembik habis. Doc masukkan air, check jantung. Masa ni tak scan perut lagi. Aku sampai2 memang dah cakap isu bleeding aku. (aku sangat tak cadangkan korang pergi kpj ni, lama kot aku baring kat situ tanpa check apa2, aku dah kata aku sakit perut dan bleeding tak berenti, at least kau scan la cepat2. Belum kira dia salah masukkan tiub kencing sampai rasa nak pecah pundi kencing aku sebab air kencing tak mau keluar, masuk lagi drip kat tangan aku tapi salah, tak boleh masuk air pun). Lama jugak aku terbaring dekat wad kecemasan, nurse monitor tekanan darah je, sambil2 tu aku dengar diorang menyembang je. Gosip membawang. Kejap2 jenguk aku. Tiba2 sister tu tengok bacaan tekanan darah aku kelam kabut, kata tekanan darah aku terus drop. Baru la doctor kelam kabut nak scan. Baru nak check upt. Akhirnya confirm aku mengandung luar rahim. Dekat 1 jam aku kat situ terbaring untuk check yang boleh buat sekejap je. Lepas dah tau aku mengandung luar rahim, bertambah kelam kabut la diorang. Since insurans memang tak cover bab2 ni, terus diorang refer aku ke hospital kajang. Dekat hospital kajang memang dah ready nak terima aku sebab memang nak kena buat emergency operation.

Sampai di hospital kajang, nurse dan doktor kelam kabut uruskan aku pulak. ambil darah, sign segala dokumen. Doktor explain apa yang jadi dan maklumkan yang aku kena operation sekarang. Mak aku pun dah sampai hospital masa ni. Nampak aku je dia suruh doa yang baik2. Lega bila dapat dengar suara mak sendiri. Aku rasa dekat hospital kajang masa berlalu kejap je. Sampai2, urusan sikit2, terus bawak aku ke OT. Pukul 530 aku operation, pukul 730 selesai. Tiub sebelah kiri aku memang tak boleh diselamatkan dah. Aku memang dah hilang banyak darah sebab tiub dah pecah. Tapi aku bersyukur, sihat tu pun dah cukup baik. 

Esoknya, bila keadaan aku dah bertambah baik, aku dah boleh duduk, jalan, buang air, doktor dah bagi kebenaran untuk keluar. Alhamdulillah. Tak sanggup nak duduk hospital lama2. Teringat2 kat budak kecik tu. Jadi bermula la episod berpantang (pantang la sangat..hahaha). Aku sejujurnya memang fail bab pantang2 ni..hihi. Itu la saja kisah menyayat hati aku. Tapi aku percaya perancangan Allah lebih baik. Sekian.