My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 15 October 2015

Resepi Daging Burger - Homemade

Hari ni aku nak share resepi buat beef patty. Selalu tengok orang putih kalau buat burger, mesti daging tu buat sendiri. Kalau kat malaysia ni, kebanyakan kedai burger guna daging ramly tu.

Mengambil spirit nak diet bertemakan atkins, aku pun bersemangat nak buat beef patty.

Bahan2

1)Daging cincang - sukatan tu agak2 la
(kalau boleh guna yang fresh, hancur2 kan sendiri guna blender. Or option lain beli daging cincang yang totally daging, bukan yang proses punya macam jenama ramly or lain2 tu.)

Contoh daging cincang yang aku guna (yg ni gambar ayam cincang ye, yang daging dah bukak buat patty ni):


2) 1 biji bawang besar (potong dadu halus2) - boleh guna untuk 4 patties
3) Lada hitam
4) Garam
5) 2 biji telur - untuk 4 patties
6) Butter
7) cheese keping

Cara2

Gaulkan semua bahan2 kecuali butter dan cheese


Bentukkan menjadi bulat. Aku gunakan alat yang nak masak telur mata ni. Beli je kat kedai, harga dalam RM5.


Panas kan kuali, masukkan butter. Kemudian masak kan daging burger 4 minit setiap site. Gunakan api yang sederhana. Jangan tekan2 daging tu, nanti jus daging semua keluar dan daging akan jadi kering.

Bila selesai, aku masukkan pula dalam oven. Letak cheese keping atas daging, dan masak dengan suhu 100'C selama 10 minit.

Kemudian, ready untuk diratah.



Sebabkan aku tengah atkins, aku makan daging je la. Kalau korang tak diet, boleh makan dengan roti burger.

Sekarang kita kira carb dalam setiap bahan yang kita guna untuk buat beef patty

Daging - 0g
Bawang besar - 10g/4 patties = 2.5g
2 biji telur telur - 1.2g/4 = 0.3g
Lada hitam - 0.1g
Cheese sekeping - 0.4g

Total Carb = 3.3g


Monday, 12 October 2015

Pengakuan Berani Pengsan

Ok, kali ni dengan penuh rasa bersalah. Aku nak mengaku yang aku dah gemuk balik. Dush dush dush, tumbukan angin ke pipiku. 

Sebelum aku terus mendapat tumbukan angin, biar la aku terangkan kenapa aku gemuk balik.

Pertamanya, lepas je balik dari menawan Gunung Kinabalu (ayat nak hebat je). Aku terus sakit lutut yang tak baik2. Lepas check dengan doktor, doktor sahkan aku menghidap athritis. Sejak daripada tu aku tak dapat nak berlari dan join marathon macam yang dulu. Fokus senaman aku sekarang hanyalah pada berenang.

Keduanya, aku memang kuat makan. Sekian.

Friday, 9 October 2015

First Appointment Dengan LPPKN

Sebelum-sebelum ni aku dah jumpa beberapa doktor untuk mengetahui masalah kesihatan aku (masalah wanita). Pada mulanya, dalam tahun kedua aku berkahwin, aku pergi ke Az Zahrah, Bangi. Masa tu la aku tahu yang aku ada PCOS. Tahun ketiga perkahwinan pula, pertamanya aku pergi ke Klinik Medina. Nama doktornya Dr. Mashitah. Aku ada share pengalaman aku dekat post ni.
Kemudian, aku jumpa pula dengan Dr Adilah dekat Hospital Pantai. Cerita pasal Dr Adilah boleh baca dekat post ni.Hospital Pantai Kuala Lumpur - Dr. Adilah
Terkini, dah masuk tahun keempat perkahwinan aku. Aku bercadang untuk dapatkan rawatan dekat LPPKN. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ni adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Wanita. Cerita pasal LPPKN memang selalu dah aku dengar dari rakan-rakan TTC. Salah satu faktor LPPKN ni popular sebabkan kosnya yang lebih rendah. Malah bagi penjawat awam, korang boleh claim dekat agensi masing-masing. Maka jadinya, untuk penjawat awam, free la service dia.

Ok. Sambung cerita. Aku sebenarnya dah buat appointment dari bulan Ogos lagi. Dapat tarikh untuk ke LPPKN pula bulan Oktober. Jadi kena tunggu 2 bulan baru start procedure. Masa call buat appointment, dia dah pesan awal2 apa yang perlu dibuat masa hari appoinment.

1) Bawa ic dan kad/sijil nikah;
2) Mesti datang dengan suami;
3) Tak boleh bersama dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh appoinment dan tak lebih dari 5 hari;
4) Kena ambil cuti siap2 sebab dia tak akan bagi MC.

Kalau nak buat appoinment korang boleh la call no 03-2693 7555 dan minta dia sambungkan ke Klinik Subfertiliti. Memang tak ada no direct ke klinik ni.
Tapi untuk pengetahuan korang, untuk tahun 2015, tarikh untuk appoinment dah penuh. Kalau korang nak dapatkan treatment di LPPKN, tahun depan baru available.

Pada hari kejadian, aku sampai sekitar jam 740 pagi. Kaunter dibuka untuk mendaftar jam 730 pagi. Klinik berada di tingkat 6. Sebelum naik ke tingkat 6, daftar dulu di kaunter bawah untuk ambil pas pelawat. 

Bila dekat tingkat 6, terus saja daftar di kaunter dan tunggu nama dipanggil. Tak lama pun tunggu, dalam 10-15 min dah sampai turn aku. Step pertama, husband kena buat sperm test dulu. Nak buat sperm test kena buat di tingkat 7. Sementara husband buat test, aku pula kena interview dengan nurse. Soalan-soalan yang ditanya macam apa penyakit2 yang ada, pernah merokok tak, period macam mana, dan macam2 soalan lagi. Ada yang sensitif ada yang tak. Ada part soalan tu nurse pun macam malu nak tanya. 

Selesai aku interview, turn husband pulak diinterview. Soalan pun lebih kurang sama je. Pukul 8.30 settle semua urusan kami. Tapi kami still kena tunggu dalam tempoh 1 ke 2 jam untuk result sperm. Sebabkan lama nak kena tunggu, kami pun berjimba la ke Medan MARA untuk breakfast. Habis breakfast, melepak pula tepi jalan ala-ala dating zaman remaja dulu sambil makan betik potong. Sweet sangat kau...hahahaha.

Pukul 9.30 kami pun pergi semula ke LPPKN, tunggu lagi dalam setengah jam. Nama aku pun dipanggil. Result sperm dah ada dan berdasarkan bacaan kasar, sperm husband normal. Alhamdulillah. Bacaan detail akan diberitahu oleh doktor masa sesi kaunseling nanti.

Jadi sebelum balik, nurse bagi list perkara yang aku kena buat. Next perkara yang aku kena buat adalah HSG. Kena tunggu next period baru aku boleh set date appoinment.

 Next - HSG. Kena buat di Hospital Tawakal. Untuk appoinment kena call hospital sendiri.

 Buku appoinment. Aku dapat doktor perempuan. Alhamdulillah.


Sekian saja untuk sesi yang pertama. Sesi-sesi seterusnya akan diupdate kemudian. Terimas.

Sebelum terlupa, masa dekat LPPKN aku ada perasan satu iklan ni.

Bagi kawan2 pcoser yang lain. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la call LPPKN. Mungkin ada rezeki korang nak buat IUI percuma.