Sebelum-sebelum ni aku dah jumpa beberapa doktor untuk mengetahui masalah kesihatan aku (masalah wanita). Pada mulanya, dalam tahun kedua aku berkahwin, aku pergi ke Az Zahrah, Bangi. Masa tu la aku tahu yang aku ada PCOS. Tahun ketiga perkahwinan pula, pertamanya aku pergi ke Klinik Medina. Nama doktornya Dr. Mashitah. Aku ada share pengalaman aku dekat post ni.
Kemudian, aku jumpa pula dengan Dr Adilah dekat Hospital Pantai. Cerita pasal Dr Adilah boleh baca dekat post ni.Hospital Pantai Kuala Lumpur - Dr. Adilah
Terkini, dah masuk tahun keempat perkahwinan aku. Aku bercadang untuk dapatkan rawatan dekat LPPKN. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ni adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Wanita. Cerita pasal LPPKN memang selalu dah aku dengar dari rakan-rakan TTC. Salah satu faktor LPPKN ni popular sebabkan kosnya yang lebih rendah. Malah bagi penjawat awam, korang boleh claim dekat agensi masing-masing. Maka jadinya, untuk penjawat awam, free la service dia.
Ok. Sambung cerita. Aku sebenarnya dah buat appointment dari bulan Ogos lagi. Dapat tarikh untuk ke LPPKN pula bulan Oktober. Jadi kena tunggu 2 bulan baru start procedure. Masa call buat appointment, dia dah pesan awal2 apa yang perlu dibuat masa hari appoinment.
1) Bawa ic dan kad/sijil nikah;
2) Mesti datang dengan suami;
3) Tak boleh bersama dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh appoinment dan tak lebih dari 5 hari;
4) Kena ambil cuti siap2 sebab dia tak akan bagi MC.
Kalau nak buat appoinment korang boleh la call no 03-2693 7555 dan minta dia sambungkan ke Klinik Subfertiliti. Memang tak ada no direct ke klinik ni.
Tapi untuk pengetahuan korang, untuk tahun 2015, tarikh untuk appoinment dah penuh. Kalau korang nak dapatkan treatment di LPPKN, tahun depan baru available.
Pada hari kejadian, aku sampai sekitar jam 740 pagi. Kaunter dibuka untuk mendaftar jam 730 pagi. Klinik berada di tingkat 6. Sebelum naik ke tingkat 6, daftar dulu di kaunter bawah untuk ambil pas pelawat.
Bila dekat tingkat 6, terus saja daftar di kaunter dan tunggu nama dipanggil. Tak lama pun tunggu, dalam 10-15 min dah sampai turn aku. Step pertama, husband kena buat sperm test dulu. Nak buat sperm test kena buat di tingkat 7. Sementara husband buat test, aku pula kena interview dengan nurse. Soalan-soalan yang ditanya macam apa penyakit2 yang ada, pernah merokok tak, period macam mana, dan macam2 soalan lagi. Ada yang sensitif ada yang tak. Ada part soalan tu nurse pun macam malu nak tanya.
Selesai aku interview, turn husband pulak diinterview. Soalan pun lebih kurang sama je. Pukul 8.30 settle semua urusan kami. Tapi kami still kena tunggu dalam tempoh 1 ke 2 jam untuk result sperm. Sebabkan lama nak kena tunggu, kami pun berjimba la ke Medan MARA untuk breakfast. Habis breakfast, melepak pula tepi jalan ala-ala dating zaman remaja dulu sambil makan betik potong. Sweet sangat kau...hahahaha.
Pukul 9.30 kami pun pergi semula ke LPPKN, tunggu lagi dalam setengah jam. Nama aku pun dipanggil. Result sperm dah ada dan berdasarkan bacaan kasar, sperm husband normal. Alhamdulillah. Bacaan detail akan diberitahu oleh doktor masa sesi kaunseling nanti.
Jadi sebelum balik, nurse bagi list perkara yang aku kena buat. Next perkara yang aku kena buat adalah HSG. Kena tunggu next period baru aku boleh set date appoinment.
Next - HSG. Kena buat di Hospital Tawakal. Untuk appoinment kena call hospital sendiri.
Buku appoinment. Aku dapat doktor perempuan. Alhamdulillah.
Sekian saja untuk sesi yang pertama. Sesi-sesi seterusnya akan diupdate kemudian. Terimas.
Sebelum terlupa, masa dekat LPPKN aku ada perasan satu iklan ni.
Bagi kawan2 pcoser yang lain. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la call LPPKN. Mungkin ada rezeki korang nak buat IUI percuma.
Good luck.. Semoga rawatan berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteInsyallah kita semua akan ada baby nanti
Insyallah. Tq sis
Deletebrp kos HSG awak dikenakan ye?
ReplyDeletemasa saya buat tahun 2015, lebih kurang rm260. sekarang sy tak sure la sis
Deletehttp://myatkinsandttcjourney.blogspot.com/2015/12/hsg-di-hospital-tawakal.html