Alhamdulillah, minggu ni baby dah berusia 18 minggu, lagi 2 minggu dah nak 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Masih teringat2 macam mana struggle nya nak dapatkan sorang baby ni. Walaupun aku sendiri dah mengandung, aku masih rasa sedih bila fikirnya tentang perjalanan TTC aku. Aku tak sedih dengan semua treatment dan duit yang aku kena keluar. Tapi dugaan dari mulut2 orang yang paling menyakitkan hati. Nasib baik suami sangat2 memahami dan tak pernah memaksa.
Aku masih teringat masa aku gugur kali pertama dulu, bila makcik aku sendiri cakap 'lain kali mengandung jangan cakap kat orang'. Kata2 tu menusuk terus ke kalbu aku. Dalam aku tengah bersedih masih berani lagi 'makcik' aku ni keluarkan kata2 macam ni. Disebabkan itu la, kali ni aku mengandung aku senyap2 je. Terutama dengan 'makcik' aku dan sapa2 yang ada kaitan dengan 'makcik' aku.
Aku juga teringat kata2 kawan aku yang tunggu hampir 2 tahun untuk dapat anak. Kawin 2013, mengandung 2015. Sebelum dia mengandung, dia la orang yang paling murung aku pernah jumpa. Tapi bila dia mengandung, pandai pula dia cakap dengan aku, kalau ada rezeki Allah akan bagi anak dekat kau. Dia juga cakap, dia faham perasaan aku yang tunggu 5 tahun nak dapat anak, sebab dia pun dah tunggu '2' tahun. Ok, mungkin dia nak bagi kata2 nasihat dengan aku. Tapi, orang yang tunggu 2 tahun tak sama dgn yang tunggu 5 tahun, orang yang tunggu 5 tahun tak sama dengan yang tunggu 10 tahun, orang yang tunggu 10 tahun tak sama dengan orang yang tak dapat anak langsung. So, jangan compare. Setiap kata2 keluar kepada TTCian, perlu ditapis dan difikir dulu sebelum nak bercakap. TTCian ni sangat sensitif. Sedangkan aku yang dah mengandung ni pun masih sensitif dengan isu2 macam ni.
Baru2 ni, masa tu aku baru lagi pregnant dalam 1 bulan, so memang orang tak tau aku pregnant. Aku makan dekat 1 kedai yang memang dekat dengan rumah aku, kakak2 kedai tu pun kenal sangat dengan keluarga aku. Tak tau kenapa, rajin pulak kakak kedai tu tegur aku 'tak ada anak lagi ke? Ya Allah, dah lama kan kawin'. Walaupun masa tu aku dah mengandung, tapi aku sangat2 sedih dengan kata2 kakak tu.
Sorry la aku meluahkan perasaan, hari ni memang negatif sikit. Insyallah, kejap kali kembali positif..hihi.
p/s: dalam masa terdekat aku nak share satu news, sila tungguuuu
kiter da mula rase kan,,,biler org da mula tnye,,,kite baru kawen 7 bulan,,tp org da tnye,,kdg2 da terdetik rase risau awk,,,,
ReplyDeleteinsyallah. Yang penting kita usaha. sementara tu, enjoy dulu kehidupan berdua. jangan stress2.
Deleteawk dapat twin ke?
ReplyDeletetak la awak, sorang je dalam perut ni.
DeleteKita pun turut trasa juga kata2 sinis mcm tu, kita da tunggu hampir 2thn stgh memg fhm prasan ttcian ni
ReplyDeleteye. Kita2 ni memang sensitif, orang tanya baik2 pun kita sentap, lagi kalau kata2 sinis. kalau tak kita nangis, orang tu yang nangis kena smackdown dengan kita..hihi
Delete