My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 28 September 2017

My Breastfeeding Journey

Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk breastfeed (bf) al fateh. Dulu sebelum ada anak, aku anggapkan bf ni mudah sgt. Masukkan je la breast dalam mulut baby, settle. Tapi bila dah hadap sendiri, susahnya Ya Allah. Rasa nak give up pun ada. Sebab tu pahala menyusukan anak ni besar. Cabaran rupanya.

Aku cerita history la sikit masa awal2 nak belajar menyusukan al fateh. Malam pertama fateh lahir, memang aku dah terlantar atas katil, nak duduk pun tak boleh. Nurse tolong la baringkan fateh kat lengan aku, dan cuba hulurkan breast dekat mulut dia. Tapi masa ni susu pun takde lagi. Esoknya aku dah boleh turun katil, aku usahakan lagi nak susu kan fateh walaupun susu belum keluar lagi. Dalam hati risau jugak la, ada ke susu ni. Sambil2 tu nurse bagi juga susu dekat fateh, maybe sebab aku bersalin czer kot. Sampai tengah malam aku berusaha susukan fateh. Memang tak cukup tidur. Sambil susu kan fateh, aku sembang dengan fateh. 'Fateh, kita sama2 belajar ye. Mama pun baru nak belajar susukan fateh ni, fateh pun baru belajar cara nak menyusu. Fateh budak baik kan'. Itu la ayat aku ulang2.

Alhamdulillah, hari esoknya susu dah keluar. Tapi aku struggle nak bagi susu kat fateh sebab fateh masih tak pandai nak latch. Sikit2 puting terkeluar balik. Dan puting aku pun rasa sakit. Bila tanya kawan2, diorang kata kalau caranya betul, menyusu bukan moment yang menyakitkan. Aku susah hati sungguh la, kenapa sakit ni. Sampai kan rasa fobia nak susukan fateh sebab sakit sangat. Akhirnya aku amik inisitif tengok dekat youtube. Macam2 video aku tengok, akhirnya aku faham cara nak bagi susu macam mana. Tinggalnya, fateh sendiri kena belajar cara nak latch. Ambil masa juga la, mungkin hampir sebulan baru fateh betul2 pandai. 

Dua minggu pertama, aku menyusukan fateh sambil duduk. Ye la, fateh kecik lagi, boleh lagi dipangku. Tapi bila susukan sambil duduk ni, kurang la aku dapat berehat. Malam2 tiap 2 jam kena bangun lagi. Weng sungguh la kepala. Masuk minggu ke 3, aku belajar cara menyusu sambil baring. Walaupun susu baring, aku tak la tidur. Aku masih kena tengok fateh menyusu, takut2 dia lemas pulak. Tapi sekurang2nya kurang sikit penat aku. Masa ni aku mula rasa seronok menyusukan fateh. Tapi dalam seronok2 tu, ada pulak yang tegur (dirahsiakan la sapa) aku menyusu sambil baring. Tak elok la, dia dulu tak buat macam tu la. Dalam hati, anak aku, sukati aku la nak susukan macam ne.

Lama kelamaan, fateh dah pandai latch. Sekarang waktu menyusu waktu yang sangat best. Lagi2 sambil tengok tv..hahaha. Kalau malam, susukan fateh sambil baring, memang dengan aku lelap terus.

Bagi ibu2 yang menyusukan anak, bab bengkak susu ni memang tak boleh lari. Sepanjang 4 bulan aku menyusukan fateh, ada jugak 4 5 kali aku kena bengkak susu. Nak katakan aku skip susukan fateh tak jugak. Cuma susu macam tersumbat dan tak mau keluar. Sakitnya, MasyaAllah. Seram sejuk setiap kali bengkak susu. Cara aku tangani masalah ni adalah dengan mandi air suam dan urut disekitar breast yang bengkak. Then, cepat2 bagi fateh menyusu. Fateh memang marah kalau bagi susu dekat breast yang tengah bengkak sebab penat dia latch tapi susunya tak keluar. Tapi mamanya kena paksa jugak la, tidak siksa wooo. Sambil2 menyusu tu fikirkan benda2 yang happy, kalau stress lagi la susu tu malas nak keluar.

Insyallah, kalau ada rezeki, aku akan usaha juga menyusukan fateh sampai dia 2 tahun. Sekarang bila dah start kerja, gigih la aku mengepam setiap 3 jam sekali. Lagi pulak susu yang aku pam nak kena bekalkan fateh ke sekolah esoknya. Maka nak tak nak kena gigih jugak. Buat masa ni aku pakai pam malish ilaria, tapi aku gunakan breast shield cimilre yang handfree. Senang aku mengepam sambil buat kerja. So tak la terganggu kerja aku. Aku sangat mencadangkan breast shield ni untuk ibu2 bekerja. Yang senang shield ni compatible dengan banyak motor. So tak ada masalah sangat la.

Sampai sini saja. Buat ibu2 semua, selamat menyusukan anak anda dengan jayanya. Bagi yang belum ada peluang, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. As salam.
 

Tuesday, 5 September 2017

Pengalaman bersalin di FPP Putrajaya

Pejam celik pejam celik, rupanya dah habis 4 bulan cuti aku. Maka kena dah start kerja..waaa...malas sungguh, mood memang ke laut cina selatan la. Tambahan lagi berjauhan dengan fateh, lagi la rasa tak keruan. Ok ke fateh kat taska tu, nangis ke, nak ke dia minum susu botol..macam2 la fikir.

Tapi kita ketepikan kerisauan tu dulu, hari ni aku nak share pengalaman aku bersalin di fpp putrajaya. Seperti post sebelum ni, doktor dah decide untuk aku bersalin masa minggu ke 38 disebabkan isu darah tinggi dan precious baby. Jadi hari isnin minggu ke 38 tu aku dah kena lapor diri dekat hospital. First day takde isu sangat la, sebab bukan ada rasa sakit nak beranak lagi pun kan. Duduk baring atas katil je la. Masa masuk wad hari tu, aku dapat bilik 2 katil. Katanya bilik 1 katil tak available. Tapi once dah ada bilik, aku akan ditransfer immediately. Keadaan bilik ok la, ada tv tiap katil, toilet dalam bilik. Yang lain2 biasa je. Petang tu dr hamidah ada datang menjenguk dan confirmkan dengan aku sama ada nak proceed bersalin normal or czer. Aku masih la dengan degilnya nak cuba normal. Maka doktor malas nak argue dengan aku, dia redha je dengan pesakit degil ni...hahaha.

Esok sesudah subuh, aku kena induce. Yang induce bukan dr hamidah ye. Dr lain. Beberapa jam lepas tu, dah mula rasa contraction. Tapi mild je. Lebih kurang senggugut. Pukul 9 doc hamidah datang jenguk lagi. Doc kata pukul 1 dia akan datang check bukaan, kalau tak bukak nak tak nak aku kena gak czer. Hati berdebar2 je la. Macam mana nak ada bukaan kan, baby belum nk keluar lagi. Elok pukul 1, dr pun datang check dan bukaan hanya 2cm. So doc decide untuk czer. Makanya aku pasrah je la. Untuk czer, aku kena puasa dulu at least untuk 6 jam. Memang awal2 lagi doc dah suruh puasa, jadi pukul 6 petang tu aku dah kena ready nak ke OT. Tup tap tup tap, lepas magrib jugak baru aku nak diczer. First time masuh dalam OT memang berdebar2. Terbayang2 cerita grey's anatomy. 

Untuk czer, aku kena bius bahagian pinggang ke bawah saja. Bius yg cucuk dekat pinggang tu..apa nama dia, epidural kan. Masa nak cucuk tu, kena tunduk sambil peluk bantal. Takutnya aku sampai menggigil2. Teringat orang cakap cucuk epidural ni sakit yakmat. Tapi alhamdulillah, tak pulak aku rasa sakit. Penat je menggigil2. Lepas tu kejap je la, dah tak berasa dah kaki. Dengan pantasnya doc zasss perut aku. Ok sebelum tu, aku sangat la tekejut sebab yang mengczerkan aku bukan dr hamidah tapi dr hazim. Geram pun ada, kau ni beria2 sungguh aku czer ingatkan kau la yang nak czer kan. Maybe la dia ada case lain yang lagi penting, but still...

Ok, habis cerita geram, masa dr nak keluarkan bagi, memang terasa bergoyang2 la katil. kemain agaknya dia usaha nak keluarkan baby dari perut. Tiba2 je dah dengar suara baby menjerit. Alhamdulillah, my little hero dah keluar. Lepas tu tak dengar plak suara baby, agaknya nurse tengah bersihkan la tu. Kejap lagi, nurse datang tunjuk baby. Waaa, anak mama, sayang anak mama, comel nye anak mama. Masa tu nak pegang baby memang tak dapat lagi, tangan kena dempang atas katil. nurse cuma bagi untuk cium je. Tak lama lepas tu, selesai dr dah jahit balik perut, aku ditolak balik ke wad.

Hari tu memang tido malam tak nyenyak la sebab asik mengadap baby je. Tambah lagi ubat bius dah makin nak habis. perut pun dah mula rasa sakit. Tapi bila ubat bius memang dah habis. Ya Allah, seksa nya rasa. Nak angkat punggung pun tak boleh. Ok, tak mau cite lebih, kang korang taknak beranak plak. 

Alhamdulillah, hari tu ada bilik katil 1 yang available, so kami pun berpindah la. Selesa la lagi. Untuk suami pun ada kerusi baring untuk berehat. Kalau tak dia kena tidur atas lantai pulak. Aku tidur di hospital untuk 3 malam sebelum discharge. Total cost untuk czer termasuk bilik adalah RM3800. Ok la, aku ingatkan cecah sampai 5k. Dengan layanan nurse dan keadaan bilik, aku rasa harga tu dah berbaloi. Cuma aku tak puas hati tak dapat bersalin dengan dr hamidah. Itu je la yang tak puas hati.

Bagi siapa yang nak bersalin di hospital swasta tapi budget kurang, boleh cuba di fpp. Harga dan service yang berbaloi. Pastikan korang book awal sebab fpp ni memang sentiasa penuh. Kandungan dah masuk 4 bulan, boleh dah la nak book.

p/s.: Cerita panjang lebar pasal check up dekat fpp semua boleh tengok post2 sebelum ni ye.

Sekian saja perkongsian aku pasal fpp, next post nak cerita pasal breastfeeding plak. Dengan itu, byee.