Assalamualaikum semua. Sihat ke? Semoga sihat dan bahagia selalu aku doakan.
Kali ni aku nak share pengalaman aku dengan masalah batu dalam hempedu. Semoga sharing aku ni dapat bantu korang la incase korang terkena masalah yang sama.
Macam mana aku boleh tau aku ada batu dalam hempedu. Semuanya bermula masa aku pregnant. Aku tak berapa ingat bulan ke berapa yang aku sakit, maybe lepas kandungan 5 bulan, kalau tak salah la. Rasa sakitnya lebih kurang macam pedih ulu hati. Orang kata biasa la kan kalau mengandung kena pedih hulu hati. Tapi aku rasa sakit yang terlampau. Nak bernafas pun susah, baring tak kena, duduk tak kena, semua benda la tak kena. Bila aku pergi ke klinik, doktor kata sakit biasa, bagi la makan ubat putih untuk gastrik tu. Pernah satu level, sakit yang teramat, aku terus pergi emergency, pun sama, takde apa doktor kata. Aku jadi fobia bila kena serangan pedih ulu hati tu. Terlampau sakit tak tau la nak cakap macam mana. Menitis jugak la air mata aku menahan sakit.
Sehingga la aku ada check up dekat klinik dr hamid arshad, aku cerita la masalah aku. Doktor terus scan kawasan ulu hati tu, baru la tahu ada batu. Oh tidakkkk. Doktor kata aku kena tahan saja la sakit ni sampai bersalin, sebabnya tengah mengandung ni memang tak boleh buat apa2. Takkan nk operate pulak. Makanya, kerap la aku kena serangan sehingga la bersalin. Masa aku check up dekat hospital putrajaya, aku cerita jugak ke doktor, tapi still, tak boleh buat apa2.
Sehingga la bersalin, aku bayangkan serangan takkan datang lagi, rupanya sehari lepas bersalin, kenaa lagi. Dah la sakit perut kena toreh, campur dengan sakit ulu hati. Kebetulan masa tu aku masih lagi dekat wad. Tapii, masih takde tindakan apa2 dari hospital. Cuma, bila nak keluar doktor tulis surat reference untuk aku check up next time.
Selepas hari tu, aku ok dah, takde serangan. Elok saja sebulan selepas bersalin, nasib tak baik, kena balik sakitnya. Bila datang sakit, aku dah tak ingat apa, fateh pun aku buat tak tau. Ya ampun, terlampau sakit. Serius tak tipu. Sakit perut kena belah, aku boleh lagi tahan. Tapi sakit ni, serius, tak boleh.
En laki kata tak boleh jadi ni, so kami terus ke emergency KPJ Tawakal. Nasib ada insurans, boleh la nak redah kan. Kebetulan aku masuk tu weekend, setakat boleh scan saja la. Procedure kena tunggu weekdays. Selain scan kena buat MRI jugak, Yang masuk dalam terowong tu. Sapa yg fobia masuk tempat sempit, ni la tempat yng korang kena takut..hahah. Bila scan doktor kata nampak ada batu tersangkut dalam saluran hempedu. Dalam hempedu tak yah cakap la, memang banyak. Batu pulak jenis kecil2. Bila batu masuk dalam saluran dan dia tersangkut kat situ, tu yang buatkan aku sakit sangat tu. Doktor kata mata putih aku pun dah kuning. So memang dia advice sangat untuk aku buat operation buang hempedu.
Bincang punya bincang, aku decide utk doktor buang dulu batu dalam saluran hempedu memandangkan aku ni baru je lepas operate beranak. Bagi la badan rehat dulu sebelum tebuk balik kan. Lagi pun masa tu bulan puasa, nak raya lagi. Banyak aku kena pikir. So doktor setuju, hanya buang batu je. Procedure ni doktor just masukkan tiub melalui mulut, and akan sedut batu tu keluar. 2 bulan lagi baru aku datang balik untuk buat procedure buang hempedu.
ehsan google |
Dalam tempoh menunggu tu, aku cuba la macam2 petua tradisional nak hilangkan batu. Salah satunya minum lemon jus, air epal dan minyak zaiton. Tapi takde hasil pun. Dalam tempoh 2 bulan, ada sekali aku kena serangan, maksudnya batu yang dalam hempedu ada yang keluar dan masuk dalam saluran balik. Tapi aku tunggu jugak date appoinment untuk buang hempedu. Aku redha saja sebab aku lebih rela takde hempedu dari menahan sakit yang teramat sangat.
Alhamdulillah, procedure dia hanya buat laparoscopy. 4 lubang kecil di perut. Pagi ni aku masuk hospital, petang operate, esok petang aku dah keluar wad. Semua cover by insurance. Total cost untuk 2 procedure ada la dalam 20k. Kalau xde insuran memang aku kena que la dekat hospital kerajaan. Tak mampu nk bayar mahal2 macam tu.
Itu la sedikit perkongsian pengalaman aku. Selepas operation memang dah tak sakit lagi la. Cuma satu keburukan takde hempedu, berak tak boleh tahan...hahaha. Makan skit nak berak, makan sikit nak membuang. So kena pandai2 la makan dekat tempat yang ada toilet.
Menghilangkan Batu Hempedu Dalam 12 Jam Tanpa Pembedahan!
ReplyDeleteSelamatkan diri anda dari berjam-jam kesakitan yang menyeksa, disebabkan oleh serangan pundi hempedu sebelum ia berlaku!
Hanya 12 Jam Sahaja diperlukan untuk Membuang Batu Hempedu!
Detoksifikasi badan anda dari batu hempedu dan lindungi kesihatan anda!
Lihat Hasilnya dalam masa 12 jam dengan mata anda sendiri!
Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Tidak Ada Hasil!
Hubungi Kita Sekarang Untuk Mencegah Dan Menyelesaikan Masalah Batu Hempedu!
Tel No: 01159999768
WhatsApp: 01159999768
Halaman FB: Myrogen