My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 9 September 2015

Trip ke Sarawak

Dalam korang bersedih masih belum ada anak, tidakkah korang gembira masih boleh berjalan2 tanpa memikirkan urusan anak? Nikmat Allah manakah lagi yang hendak kau dustakan?

Disebabkan itu la korang akan perasan yang aku suka berjalan dan enjoy hidup aku sebab ramai sangat yang pesan kat aku suruh gunakan masa sepenuhnya masa tak ada anak ni untuk berjalan. 

Sehubungan daripada itu, aku dan family pun plan la trip jalan-jalan ke Sarawak (hahaha..ni semua alasan nak berjalan je). Kami satu family ni memang tak pernah lagi sampai Sarawak. Nama je 1Malaysia. Sarawak pun tak pernah pergi, bikin malu je.

Trip kali ni kami pilih untuk bercuti di Kuching. Tiket flight memang dah beli awal sebab ada promotion MAS. Harga tiket RM275 seorang pergi dan balik. Bagi yang ada plan nak pergi Kuching, meh aku share skit info untuk mudahkan korang. Semoga membantu.

Tempat Tinggal

Eden Apartment - Aku book tempat tinggal guna Agoda. Aku pilih konsep apartment sebab kami semua ni berenam. 2 couple plus mak dan adik bujang aku. Apartment ni ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Katil pun queen size. Memang sesuai untuk kami. 
Lokasi apartment dekat dengan airport. Kalau nk ke bandar Kuching lebih kurang 20minit.

Kos penginapan untuk satu malam adalah RM270. Kami tinggal untuk 2 malam jadi total RM540. Bagi aku berbaloi la. Kalau tinggal hotel, tak dapat harga ni untuk 3 bilik.

Setiap bilik dilengkapi dengan air corn, tuala bagi setiap seorang, mesin basuh, peti ais, tv semua ada. Cuma tak boleh masak je dalam rumah ni. Takpe la, kitorang memang malas nak masak..hahaha.

Aku rasa kalau nak sewa rumah ni, boleh kot direct terus pada owner. Nama dia Clara, no phone 0128884843.

Sewa Kereta

Thanks to internet, maklumat semua di hujung jari. Aku dapat contact owner kereta pun dari internet.
Sewa avanza RM170 sehari, tapi dapat diskaun RM150 sehari. Kereta boleh pick up di airport dan pulangkan pun di airport. Kalau nak sewa kereta boleh la contact orang ni ye Wanz - 0198655054.


Tempat Berjalan

1) Kampung Budaya Sarawak

Tempat ni korang wajib datang kalau sampai ke Sarawak. Kiranya kalau kau datang sini, kau dah pusing satu Sarawak la. Sebab apa aku cakap macam tu. Dekat sini pengunjung akan diperkenalkan dengan budaya dan kaum2 yang ada di Sarawak. Korang boleh tengok rumah2 setiap kaum di Sarawak. Kira macam dah pusing satu Sarawak la kan?

Harga tiket adalah sebanyak RM60 seorang. Ada diskaun untuk pelajar (dengan student card) dan warga emas.

Ada persembahan tarian dibuat di teater Kampung Budaya. Shownya adalah pada pukul 11 pagi dan 4 petang. Memang terpegun la tengok artis2 kampung budaya ni menari. Tak semena-mena aku rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Aku sendiri kagum dengan kepelbagaian kaum dalam Malaysia ni.

Lokasinya dekat Santubong. Perjalanan dari Bandar Kuching lebih kurang 1 jam.





Rumah Suku Bidayuh

2) Jong's Crocodile Farm

Nama pun crocodile farm, jadinya banyak la buaya dekat sini. Harga tiket bagi dewasa adalah RM22. Make sure korang datang ikut timing sebab pukul 11.30, akan ada sesi bagi buaya makan. Bukan bagi macam tu je. Ni dia gantung ayam dekat tali dan buaya tu akan lompat untuk makan. Memang pengalaman yang sangat menarik dan memang takkan jumpa kat tempat lain. Bayangkan la buaya yang besar 3 kali ganda dari orang ni melompat. Ngeri siot.

Selain dari buaya, ada juga binatang lain macam ular, ikan, burung..banyak lagi la..


3) Pasar Serikin

Lepas balik dari tengok buaya, kami ke pasar serikin. Aku pergi sebab ramai yang suggest sbb barang2 kat sini murah. Tapi nak pergi ke pasar ni agak jauh sebab dia dah nak ke sempadan Indonesia. Yang menjual kat pasar ni pun kebanyakan nye or boleh cakap hampir semuanya orang Indonesia. Perjalanan dari crocodile farm mengambil masa 1 jam lebih.

Kalau korang jenis nak cari kain batik sarawak, periuk belanga, tikar sarawak..boleh la cari dekat sini. Make sure korang borong sebab tak berbaloi jalan jauh2 kalau tak beli kan.

On the way back ke Kuching, kami singgah dekat satu gua. Gua ni temple la lebih kurang. Tapi tak salah la nak melawat.


4) Medan Niaga Satok

Kat sini pulak kalau korang nak beli ikan terobok. Memang murah sangat. Seekor ikan terobok RM25. Bukan terobok kecik2 anak tau, besar2 bapak. Kitorang beli terus 4 ekor. Makan la sampai pengsan..haha..Selain terobok, boleh juga beli benda2 lain. Contohnya rempah laksa sarawak. Macam aku, aku beli garam gunung bario, minyak kelapa dara yang pure punya dan belacan sarawak.

Aku cadangkan kalau korang nak ke sini beli ikan terobok, boleh ke kedai no. B67. Selain harga murah, dia boleh packkan kan ikan kau untuk senang nak masuk dalam flight. Dia pun ada service untuk pos ikan ke semenanjung ni.


5) Kek Lapis

Ada dua kedai kek lapis yang popular di Kuching iaitu Dayang Salhah dan Mira Cake House. Cara terbaik untuk ke kedai ni, dengan cepat, pantas dan tuntas adalah dengan menaiki sampan. Korang pergi je dekat waterfront kuching, korang akan nampak sampan yang kulur kilir. Naik saja sampan tu dan bayar la RM1 seorang. Tak sampai 5 minit korang akan sampai to the other side. Jalan sikit je, korang akan nampak Mira Cake House dulu. Depan lagi, baru jumpa Dayang Salhah.




Kalau tak nak naik sampan, masih boleh naik kereta. Tapi jauh la, perjalanan pun lebih kurang 30 minit.


Makanan

Kalau dah sampai sarawak, tak sah la kalau tak cuba makanan sarawak kan. Makanan macam mee kolok, laksa sarawak rasanya boleh didapati di mana-mana kedai pun. Tapi bila aku rasa, aku bukan la peminat makanan sarawak. Aku tetap suka makan laksa penang la or even laksa johor.

Sarapan

Kopi 'O' Corner

Kedai ni memang popular di sarawak. Menunya lebih kurang makanan di semenjung je, tapi ada la tambahan mee kolok dan laksa sarawak tu.


Mee Kolok

Tengah Hari

Makan tengah hari ni kami tak fokus sangat sebab kebanyakan masa kami tengah berjalan. Bila lapar kami menyinggah. Macam first day, kami makan di foodcourt dekat dengan Kampung Budaya Sarawak. Dan hari kedua kami singgah di Kompleks Islam Sarawak. Makan dan solat di sana.

Malam

TopSpot
Lagi satu kewajipan kalau pergi Sarawak adalah untuk makan seafood. Tempat yang popular untuk makan seafood adalah di Topspot di bandar kuching. Aku cadangkan korang ke gerai ABC. Order ikan masak mangga dengan terubok bakar sambal. Boleh menangis makan..hahaha.


RJ Ayam Penyet
Lagi satu yang popular adalah RJ Ayam Penyet or RJ Ayam Bakar..sama je. Kat sini yang popular harusla ayam penyet. Aku cuba ayam bakar. Memang sedapla. Lagi satu benda wajib kau order kat sini adalah pisang cheese.

Perjalanan kami di sana semua pakai waze saja. Make sure la korang ada power bank yang fully charged sebab handphone korang mesti selalu mintak nyawa punya.





No comments:

Post a Comment