My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Sunday, 10 April 2016

Honeymoon di Cameron Highland

Waktu-waktu cuaca panas disebabkan el nino, el nina dan segala el yang lain. Memang tempat2 sejuk la yang kau perlu tuju. Maka dengan mengambil kesempatan en Laki ada kerja di Cameron dan aku pun rasa dah stress gila dengan kerja, aku pun menyebuk ikut en Laki ke sana.

Last time aku menjejakkan kaki ke bumi Cameron sekitar tahun 2011 dulu. Dah lima tahun macam tu. So, kali ni nak ke sana memang agak excited. En laki tak heran sangat sebab dalam 2015 ke 2016 ni dah dua kali ni ke Cameron tengokkan kerja dia.

Kami bertolak hari jumaat melalui jalan Tapah. Nasib baik hari jumaat. Kereta tak banyak sangat. Kami gerak dari KL sekitar jam 10 pagi dan sampai di Tanah Rata jam 1 petang. Memang hari sampai kitorg tak berjalan pun sebab en laki sibuk tengok site. Siap kerja terus check in hotel di Brincang. Masa ni dekat kawasan kea market tu, tak sesak mana la. Manusia2 tak sampai lagi kot.

Selesai check in, solat dan berehat sekejap. Pukul 6 kami dah turun ke pekan brincang untuk cari makan. Kalau dekat cameron ni, memang kena keluar makan awal ye. Sentiasa penuh dengan manusia. Pusing punya pusing, akhirnya kami decide makan dekat satu kedai ni. Sebab makan kat sini adalah sebab ada parking. Memang satu hal la kalau nak cari parking dekat pekan brincang ni. Naik serabut kepala. Makan dekat sini ok jugak. Nak kata sedap sangat tu tak la, tapi tak jugak la tak sedap.


Esoknya, kami dah bersedia nak berjalan. Niat dalam hati nak pergi ke strawberry farm dan tea farm. Nak dijadikan cerita, hanya strawberry farm je sampai. Tea farm terpaksa digantikan dengan Taman Mardi. Strawberry farm ni boleh nak pergi sebab dekat je dengan hotel kami. Kami stay untuk satu malam di Copthorne Hotel. Pagi2 subuh saja dihidangkan dengan pemandangan indah ni


Kenapa aku nak sangat pergi ke Strawberry Farm. Ada 1 sebab je. NI..


Sedapnya. Rasa nak nangis makan. Punah terus diet aku..hahaha. Tips memilih strawberry yang manis. ni diajar oleh Makcik Indon yang kerja di ladang strawberry.


Kau tengok gambar stobery kat atas tu, dan compare dengan yang bawah. tengok dekat bahagian daun hijau. Stoberi yang manis, rupa dia tak cun sangat berbanding stoberi yang halus mulus mcm gmbar kat bawah. Ok, itu je tips nya. Sila bagi komisen.

Next konon2nya nak ke tea farm. Disebabkan aku laki bini tak pernah sampai ke tea farm, memang follow waze je la. Ke utara ke barat kami drive, tak sampai2, kejap2 suruh u-turn. Akhirnya, kami sesat larat ke Tanah Rata. Masa on the way ke tanah rata tu, keadaan jalan dekat Kea Farm memang sangat2 sesak. Mau dekat 2km kot jalan jem. So sebab kami dah sampai tanah rata, memang kami tak mau naik brincang lagi. Buang masa dalam jalan saja. 

So kami decide ke Agro Tech Park Mardi.Tempat ni tak la menarik sangat. Tapi aku kesah apa. Dapat jalan2 dengan en laki pun dah rasa sangat2 menarik.




Tapi dalam tak menarik. Sempat la aku beli berbakul2 cactus..haha.

Next, aku memulakan pencarian Scones tersedap Cameron. Search punya search, maka jumpa la satu cafe ni. KHM Strawberry Farm.


Amacam? Terliur tak?

Selesai aktiviti siang. Kami pun terus check in hotel baru. Kali ni kami betul2 amik hotel di pekan brincang. Sebab malamnye kami nak ke pasar malam pulak. Maka tak perlu sibuk2 berhimpit nak cari parking nanti.

Macam biasa, pasar malam sesak seperti biasa. Harus la aku tak cari benda2 yang boleh dapat dekat pasar malam KL ni. Aku cari yang memang ada jual kat cameron je. Hasilnya...

Hasil gubahan oleh aku yang tangan kejung bak kayu. Jadi la..haha.

Hari ahad seawal 8 pagi kami dah mulakan perjalanan balik ke KL. Kali ni kami melalui jalan simpang pulai sebab kami menjangkakan jem teramat di jalan Tapah dengan laluan nya yang mengancam nyawa. Jadi sebelum tu, sempat la menyinggah di Kea Farm untuk beli sejagung dua, sekobis tiga.

Maka berakhirlah percutian singkat kami. Bagi yang ada niat nak pergi Cameron Highland. 1 je tips nak bagi, sila pergi hari bekerja kecuali hari isnin (kebanyakan farm/kedai tutup hari isnin).

Tuesday, 5 April 2016

Kisah Sebenar Atkins, Aku Tertipu

Ok, tajuk memang kena gempak..haha.

Ceritanya bermula setelah sekian lama aku tak bukak groub FB Atkins Malaysia. Disebabkan aku dah start beratkins balik, maka aku usha la balik group yang telah lama aku tinggalkan itu. Ok, sebelum ke topik sebenar, group Atkins sekarang macam tak semeriah dulu, mana admin2 semua pergi?

Ok, sambung balik. Dalam mengusha tu, tiba2 terbaca post seseorang ni berbunyi begini.

Ok, selama hampir 2 tahun aku bersama atkins, aku mati2 ingat atkins ni low carb high protein. Rupanya2 low carb high fat. Serius aku tak tau. Satu aku tak tau memang sebab aku tak pernah baca buku panduan atkins tu. Tapi aku rasa benda ni patut dinyatakan terang2 diawal2 dalam group masa nak memperkenalkan atkins. At least orang yang baru berjinak dengan atkins akan paham. Dalam group memang tak pernah ada info tentang benda ni. Cuba tanya dengan pengamal2 atkins, ramai ke yang tau pasal benda ni? Sikit2 suruh makan protein, makan telur la paling banyak orang suggest. 

Ok, bebel lebih2 tak ada guna. Maka aku terus buat research makanan2 yang tinggi lemak. Hasil research google aku..hahaha, ada lemak yang baik, dan ada lemak yang tak baik untuk diambil. Harus la kita kena amik lemak yang baik. Makanya apakah lemak2 yang baik untuk mengamal atkins amik?

1) Ikan - ikan dengan kandungan Omega 3 adalah yang terbaik contohnya ikan salmon, sardin dan ikan tuna
2) Minyak Zaiton, minyak canola
3) Telur
4) Sayur berdaun hijau
5) Lain2 makanan yang berOmega 3 tinggi

Maka lepas ni, kena berhati2 untuk memilih makanan. Tak semestinya kena hadap ayam je 24jam, kena ambil kira juga makanan2 lain yang lebih baik.

Makanya, sekian...

Putrajaya Bridge Night Ride 2016

Ni event cycling aku untuk kali kedua. Sebelum ni aku nak try siang ride. Kali ni mencuba night ride plak. Kalau sebelum ni 10km je, sekarang 20km. Apa yang aku rasa? Rasa nak pengsan..hahaha. First aku nak pengsan sebab kepenatan. 20km tu boleh membuatkan segala peha dan betis kau menggeletar la. Kagum aku KJ boleh buat 90km masa ironman hari tu. Kalau aku memang dah tercabut kaki.

Kedua rasa nak pengsan sebab cycling malam2 buta. Selama hari ni, aku memang sentiasa gayat drive malam2. Rasa macam semua benda nak langgar aku. Lagi2 pulak kalau drive laju2. Kali ni tak sangka masa ride pun aku ada perasaan macam tu. Tak habis2 aku pandang kiri kanan. Takut2 je kena langgar dengan orang. Dan banyak kali jugak la kena tinggal dengan en Laki sebab aku terkedek2 kat belakang. Next event, memang aku prefer day ride. Tapi buat masa ni, macam tak ada je event yang terdekat. Event untuk cycling ni agak kurang berbanding marathon. Mungkin sebab ada orang yang malas nak membeli basikal. Kalau lari tu tak payah nak berequiment bagai. Janji cukup stamina dah boleh lari. 

Tapi memang aku sangat2 suggest, bagi korang2 yang ada masalah overweight dan dalam proses nak kuruskan badan, sila cuba cycling dulu sebelum terjebak dengan running. Paling2 pun, kalau jimat sangat nak beli basikal, swimming pun tak ada masalah. Sila sayang lutut anda. Kalau dah jadi macam aku, nak mencangkung pun seksa, apatah lagi nak berlari.