My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Tuesday, 5 April 2016

Putrajaya Bridge Night Ride 2016

Ni event cycling aku untuk kali kedua. Sebelum ni aku nak try siang ride. Kali ni mencuba night ride plak. Kalau sebelum ni 10km je, sekarang 20km. Apa yang aku rasa? Rasa nak pengsan..hahaha. First aku nak pengsan sebab kepenatan. 20km tu boleh membuatkan segala peha dan betis kau menggeletar la. Kagum aku KJ boleh buat 90km masa ironman hari tu. Kalau aku memang dah tercabut kaki.

Kedua rasa nak pengsan sebab cycling malam2 buta. Selama hari ni, aku memang sentiasa gayat drive malam2. Rasa macam semua benda nak langgar aku. Lagi2 pulak kalau drive laju2. Kali ni tak sangka masa ride pun aku ada perasaan macam tu. Tak habis2 aku pandang kiri kanan. Takut2 je kena langgar dengan orang. Dan banyak kali jugak la kena tinggal dengan en Laki sebab aku terkedek2 kat belakang. Next event, memang aku prefer day ride. Tapi buat masa ni, macam tak ada je event yang terdekat. Event untuk cycling ni agak kurang berbanding marathon. Mungkin sebab ada orang yang malas nak membeli basikal. Kalau lari tu tak payah nak berequiment bagai. Janji cukup stamina dah boleh lari. 

Tapi memang aku sangat2 suggest, bagi korang2 yang ada masalah overweight dan dalam proses nak kuruskan badan, sila cuba cycling dulu sebelum terjebak dengan running. Paling2 pun, kalau jimat sangat nak beli basikal, swimming pun tak ada masalah. Sila sayang lutut anda. Kalau dah jadi macam aku, nak mencangkung pun seksa, apatah lagi nak berlari.





No comments:

Post a Comment