My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 28 September 2016

Appoinment Dr. Hamid - Kali Ke3

Alhamdulillah, masih sihat sehingga hari ni. Lepas saja tau yang aku pregnant, aku cuba call klinik dr hamid. Hampir lima hari aku call setiap hari, tapi tak berangkat. Nak tak nak, aku terpaksa serbu terus klinik. 

Memang kebetulan aku ambil cuti disebabkan ada urusan lain. Pukul 1130 aku sampai di klinik Dr. Hamid. Klinik baru dekat Bukit Jalil. Tak susah nak cari. Direction boleh dapat dekat FB Dr Hamid. Bila dah sampai, sesat jugak cari klinik. Bila tanya guard rupanya kena masuk kawasan hotel untuk ke klinik.

Niat di hati sebenarnya cuma nak buat appoinment. Tak terpikir pun nak jumpa doktor semua. Tapi bila aku register and bagitau nurse yang aku ada darah tinggi, nurse insisted nak aku jumpa doktor. Masa tu dah 1130, urusan aku pukul 12. Aku cakap aku tak cukup masa ni, kalau jumpa doktor petang boleh tak? Nurse dengan baik hatinya, terus jumpa doktor dan mintak aku jumpa doktor masa tu jugak. Memang semua que aku potong. Tapi nasib baik la patient tengah tak ramai. Rezeki aku la nak jumpa doktor cepat.

Kali ni aku terus jumpa dr Hamid. Tak jumpa dr aimi. Happy nye rasa hati. Dah lama teringin nak jumpa dr Hamid. Sebelum jumpa doktor, aku kena scan dulu. Scan dibuat oleh assistant doktor. Dr. Hamid cuma tengok gambar scan je.

Bila jumpa doktor, dia tengok rekod aku, tengok gambar scan. Dr kata dah nampak kantung, tapi belum lagi nampak janin. Then bila dia tengok rekod aku ada PCOS, dia kata aku dalam tempoh kritikal dimana aku memang kena jaga baik2 kandungan sebab risiko untuk gugur sangat tinggi. Ermm, seriau dengar. Maka untuk make sure aku dapat rehat secukupnya, dr terus bagi aku mc untuk 2 minggu.

Sebelum balik, aku kena cucuk dulu dekat punggung. Tujuan ubat tu untuk kuatkan rahim. Then aku kena cucuk lagi empat kali. Next cucuk just bawak ubat dan referral letter dekat mana2 klinik. Selain tu ada jugak suppliment2 lain yang aku kena makan.


Pukul 12 urusan dekat klinik semua dah selesai. Total cost RM350. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Insyallah next appointment lepas 2 minggu. Buat masa sekarang, kena rehat banyak2 dan berdoa semuanya dipermudahkan. Amin.


Monday, 19 September 2016

My IUI Result

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi aku masih bernafas dan sihat lagi sampai hari ni. Bertambah bersyukur lagi, bila IUI yang aku buat tempoh hari dengan Dr. Aimi membuahkan hasil. Alhamdulillah. Syukur. Syukur.

Ikutkan kata Dr, aku sepatutnya test upt pada minggu ke3. Tapi masuk minggu ke2 lepas IUI, aku dah rasa semacam. Breast rasa membengkak, perut extra cramp. Simptom macam nak period, tapi hati aku yakin rasa bukan period. Masa test pun pukul 3 pagi..haha. Masa ni sebab terjaga rasa nak kencing. Tiba2 pikir, alang2 check je la upt terus (aku memang dah ada stok upt, beli borong..kui kui). Tunggu sekejap je, terus muncul 2 line. Ya Allah. Tak tau nak  kata apa. Nak kejutkan en suami masa tu, tak sampai hati pulak. Buang tebiat apa bangun 3 pagi ni. Maka terpaksa la tunggu sampai subuh nak sampaikan berita gembira.

Guna Upt murah je

Next step nak kena call klinik Dr. Hamid Arshad balik untuk set tarikh nak scan baby. Oh, untuk makluman, klinik Dr. Hamid dah berpindah ke Bukit Jalil dan kalau nak call kena call hp sebab dia tak ada lagi telefon. Info pasal klinik baru boleh refer FB Dr Hamid.


Doakan aku dan baby sihat dan selamat sehingga melahirkan. Terima kasih kepada yang mendoakan aku. Semoga semua TTCian akan merasa pengalaman mengandung juga. Aku doakan. Amin.

Monday, 5 September 2016

Second Appoinment dan IUI - Klinik Dr. Hamid Arshad

Selepas jumpa doktor Almy hari tu, doktor dah siap2 bagi clomid untuk makan kalau aku period. Jadi bile dah period, aku kena makan clomid dari hari kedua sampai la hari keenam. First day period pulak aku kena call klinik untuk dapatkan tarikh next appoinment. Doktor dah tetapkan aku kena jumpa dia dalam hari ke 19 or 20 sebab dijangkakan telur aku akan matang dalam waktu tu. Jadi bila dah kira-kira, hari 19 dan 20 aku jatuh hari sabtu dan ahad. As usual, timing aku sentiasa tak kena. Maka, date jumpa doktor dianjakkan ke hari isnin iaitu hari ke21.

Bila sampai hari yang ditunggu-tunggu, pukul 730 aku dah sampai depan klinik. Macam biasa kena tulis nama dulu, Alhamdulillah, aku orang pertama sampai. Selesai breakfast, 830 naik semula ke klinik. Bila dah register, tunggu doktor panggil dalam pukul 9. Masuk bilik doktor terus doktor nak scan telur. Alhamdulillah, ada 1 telur dekat ovari kiri. Terus doktor suruh buat iui masa tu. Aku pulak masa tu terkejut jugak la, rasa macam cepat pulak nak buat iui ni. Tapi nak tunggu apa lagi kan, aku terus setuju.

Keluar bilik doktor, tugas husband pulak kena keluarkan sperm. Kemudian kami kena tunggu sperm diproses. Katanya dalam 45min siap, tapi tunggu punya tunggu, dalam 1230 baru nama aku kena panggil.

Masa ni dah berdebar2 la, macam2 zikir keluar. Doktor kata sperm husband cantik. Alhamdulillah. So sekarang turn aku pulak. Baring atas katil, lepas tu nampak doktor dah keluarkan muncung itik..seram siot. Procedure seterusnya aku tak yah cerita la ye. Tapi sakitnya, perghhh..memang menusuk kalbu la. Ada orang buat iui tak rasa apa2 kan. Aku pulak lain, sakitnya sama macam buat HSG. Doktor kata sebab pintu rahim aku sempit, so dia kena bukak. Maka menahan sakit la aku atas katil tu.

Selesai procedure, aku kena baring dalam 5 minit. Doktor advice untuk bersama dengan suami 2 3 kali lagi selepas ni. Kemudian tunggu 3 minggu untuk tau result.

Pukul 1 selesai semua nya, kos untuk iui adalah RM900. Maka bermula 3 weeks wait aku. Segala aktiviti lasak diberhentikan serta merta. Diet masih diteruskan. Semoga ada rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Insyallah.