My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday, 19 September 2016

My IUI Result

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi aku masih bernafas dan sihat lagi sampai hari ni. Bertambah bersyukur lagi, bila IUI yang aku buat tempoh hari dengan Dr. Aimi membuahkan hasil. Alhamdulillah. Syukur. Syukur.

Ikutkan kata Dr, aku sepatutnya test upt pada minggu ke3. Tapi masuk minggu ke2 lepas IUI, aku dah rasa semacam. Breast rasa membengkak, perut extra cramp. Simptom macam nak period, tapi hati aku yakin rasa bukan period. Masa test pun pukul 3 pagi..haha. Masa ni sebab terjaga rasa nak kencing. Tiba2 pikir, alang2 check je la upt terus (aku memang dah ada stok upt, beli borong..kui kui). Tunggu sekejap je, terus muncul 2 line. Ya Allah. Tak tau nak  kata apa. Nak kejutkan en suami masa tu, tak sampai hati pulak. Buang tebiat apa bangun 3 pagi ni. Maka terpaksa la tunggu sampai subuh nak sampaikan berita gembira.

Guna Upt murah je

Next step nak kena call klinik Dr. Hamid Arshad balik untuk set tarikh nak scan baby. Oh, untuk makluman, klinik Dr. Hamid dah berpindah ke Bukit Jalil dan kalau nak call kena call hp sebab dia tak ada lagi telefon. Info pasal klinik baru boleh refer FB Dr Hamid.


Doakan aku dan baby sihat dan selamat sehingga melahirkan. Terima kasih kepada yang mendoakan aku. Semoga semua TTCian akan merasa pengalaman mengandung juga. Aku doakan. Amin.

20 comments:

  1. ya allah,,,,

    alahamdullilah awk,,rezeki awk

    jage diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Masih tak sangka lagi dah pregnant ni, rasa macam mimpi pulak. Semoga sis pun diberikan rezeki yang sama, Insyallah. Amin

      Delete
    2. itu la doakn kiter sama yer...kiter jp pakar doc bg ubt sebeban untuk hilang kn keputihn dulu then sambil tu kite tgh eat clean blik ni,,,

      Delete
    3. insyallah. Follow dulu apa doktor kata. Kalau kita usaha Insyallah Allah tunaikan hasrat kita. good luck sis.

      Delete
  2. tiap hari kiter tunggu n3 awk taw

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..sebenarnya nak announce kat blog ni lama lagi, tapi rasa macam tak sabar2 pulak

      Delete
  3. boleh follow fb saya noor azira aziz

    ReplyDelete
  4. SALAM SIS...tahniah..sy baca blog sis mse carik mengenai ttc..hehe..sis blh x sy nk thu group atkins yang sis join tu kt fb ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelab diet atkins (malaysia). Boleh request nak join, tapi maybe lambat sikit dia approve, sebab ramai nak join group tu. Saya pun dah lama tak follow group sebab sy dah tak amalkan atkins. kadang2 bukak nak bg motivasi tengok orang2 yang berjaya kurus..hihi

      Delete
  5. boleh tak sya nk tiru menu diet sis?heeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saje. Untuk permulaan dan untuk memudahkan, boleh install apps my fitness pal, dari situ akan dikira keperluan kalori. Sis boleh rekod je pemakanan harian, janji tak lebih dari keperluan harian. Kalau nak cepat kurus, kurangkan dalam 10% kalori dari kalori yang perlu diambil. And make sure ambil jumlah kalori yang konsisten setiap hari. Jangan terlebih jangan terkurang

      Delete
    2. dari segi menu, sebaiknya buat clean diet, sebab kalori jauh lgi rendah. Clean diet maksudnya makan makanan fresh, no process food at all. roti, mee, mihun, sos, kicap, gula, semua kena lupakan. Tapi walaupun susah diet ni, tpi memang baik utk kesihatan.

      Kalau sy buat clean diet, breakfast, lunch, dinner saya bantai nasi..hihi. in between makan buah

      Delete
  6. Tahniah sis..sy da lma follow blog sis,sy pun trgolong ttc nak msuk 2thn, da ikhtiar mcm2.yg x pernh cuba lgi iui test ni,insyallah memg nak juga buat,kita usaha mna yg masih trmampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih. Saya doakan usaha sis pun membuahkan hasil

      Delete
  7. saya pon banyak baca blog sis. saya TTC 3 tahun.. saya PCOS juga...buat iui bulan lepas, tapi failed...belum rezeki....

    sis amalkan makan ape2 x sepanjang 2ww selepas iui tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada rezeki nanti. Kita usaha sehabis baik ye sis. Saya takde amalkan apa2 pun, cuma saya maintain jaga pemakanan, kurangkan manis, makan ikut keperluan kalori. Ikut nafsu macam2 nak makan, tapi terpaksa tahan2 jugak la.

      Delete
    2. saya banyak jugak control makan & minum manis...atas nasihat kawan2 yang PCOS jugak...mereka semua suruh kurangkan manis...tapi sebab berat saya normal, jadi kadang2 saya selalu main2 diet. x consistent diet. teruk betul saya ni...sebab kadang2 walaupun saya diet, x nampak hasil sangat, berat xde beza, maintain je..jadi lama2 macam hilang motivasi :(

      Delete
    3. Sabar ye sis. Mmg kena kuat. Kita diet bukan sebab nk kurus je, tp nak sihat jugak. Boleh la cheat mkn manis seminggu sekali. Lg 1 bykkan bersenam, tu pun bantu sihatkan badan. Insyallah, kalau kita rajin usaha ada hasilnya nanti

      Delete
    4. Sabar ye sis. Mmg kena kuat. Kita diet bukan sebab nk kurus je, tp nak sihat jugak. Boleh la cheat mkn manis seminggu sekali. Lg 1 bykkan bersenam, tu pun bantu sihatkan badan. Insyallah, kalau kita rajin usaha ada hasilnya nanti

      Delete