Seperti yang sedia maklum, lepas saje jumpa doktor hari tu, aku dibekalkan dengan bermacam-macam ubat. Tapi aku tertarik nak ulas pasal 2 ubat ni iaitu metformin dan im proluton.
Metformin
Ubat ni tak asing lagi bagi pesakit kencing manis dan pcos. Tujuan ubat ni adalah untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Kalau orang yang ada penyakit kencing manis kita faham la kan kenapa nak kena control gula. Tapi untuk pesakit pcos, kenapa nak kawal gula pulak kan? Bagi yang tak tahu, pesakit pcos akan mengalami insulin resistance dimana badan tidak boleh proses gula sebaiknya. Gula dengan jumlah yang sepatutnya akan diproses menjadi tenaga, tapi gula yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak. Disebabkan pesakit pcos mempunyai masalah untuk memproses gula dalam badan, kebanyakan pesakit pcos akan mempunyai masalah berat badan berlebihan serta mudah mendapat kencing manis. Sehubungan itu, metformin membantu untuk mengawal kandungan gula dalam badan seterusnya turut meningkatkan kesuburan pesakit pcos.
Berdasarkan beberapa kajian, didapati penggunaan metformin dapat meningkatkan kesuburan bagi pesakit pcos. Tapi macam mana pula kebaikan metformin untuk ibu pcos yang mengandung. Berdasarkan pembacaan aku, terdapat kajian yang mengatakan metformin ni membantu untuk mengurangkan risiko keguguran pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang kukuh berkaitan ni. Tapi mungkin Dr Hamid prescribe aku dengan metformin berdasarkan pengalaman dan kepakarannya dalam bidang O&G.
Tapi apa2 pun dapatkan nasihat dari pakar sebelum korang nak consume ubat ni.
Untuk bacaan yang lebih jelas dari pakar, boleh refer blog ni.
Im Proluton
Untuk im proluton ni aku tak jumpa articel pasal dia. Nanti kalau aku jumpa aku share. Tapi aku nak cerita sikit pengalaman aku guna ubat ni. Ni bukan ubat makan ye. Ubat ni perlu disuntik dekat punggung. Tujuan ubat ni untuk kuatkan rahim.
Berdasarkan nasihat doktor aku perlu disuntik sebanyak 5 kali. Perlu diambil selang sehari. Dr hamid dah siapkan surat so aku just bawa saja ke mana-mana klinik. Walaupun ubat ni kecik je, tapi sakitnya, boleh tahan jugak..huhu..sakit gila bila kena cucuk. Sebelum doktor cucuk pun, doktor dah pesan yang ubat ni agak menyakitkan. Ini disebabkan ubat ni oil based. Setiap kali dicucuk aku mesti demam.
Tapi tu la pengorbanan aku aku kena buat untuk dapatkan anak. Hadapkan je la. Sehingga hari ni ada 2 ubat lagi kena cucuk. Berdebar-debar tiap kali nak cucuk.
Semoga dipermudahkan segalanya selepas ni. Amin.
No comments:
Post a Comment