My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 26 April 2017

See You Soon Baby

Alhamdulillah dah minggu ke 36. Semalam baru je jumpa dr Hamidah FPP. Kan 2 minggu lepas dia suruh aku pikir nak czer or normal. Maka selama 2 minggu aku berfikir, dapatkan pandangan kawan2, dapatkan pandangan doktor lain, mintak petunjuk Allah, hati aku kuat nak cuba bersalin normal. Maka aku sampaikan hasrat aku pada doktor. Reaksi dia..mesti dalam hati dia kata..degil betul patient aku ni...hahaha. Doktor agak tak puas hati la bila aku kata nak normal. Macam2 lagi la dia keluarkan fakta2 yang agak menakutkan. Tapi aku taktau la masa tu, hati macam nekad dan tenang. Aku cuma senyum dan kata, saya cuba dulu doktor. Kalau tak dapat, kita czer.

Nak tak nak doktor terpaksa akur juga la, tapi doktor bagi chance sekali je kat aku nak cuba normal, kalau ada sebarang masalah, terus zasss. Takpe la doktor, janji saya dah cuba. Lebih dari tu, dah luar kawalan saya.

Makanya Insyallah, 8hb ni (38 minggu) aku kena serah diri dekat hospital dan 9hb kena induce. Maksudnya ada 10 hari lagi nak jumpa baby. Waaa, perasaan sekarang lebih kepada tak sabar dari berdebar2. Tak zabar nak cium baby. Doakan semuanya dipermudahkan. Insyallah. Amin.

5 comments:

  1. Tawakal byk brdoa sis moga smunya d prmudahkn Insya Allah, sy pun x sbr nak tgk baby sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, tq ye. Nanti dah ada baby nya saya tepek gambar dalam blog..hihi

      Delete
  2. moga semua dipermudahkn,,,kiter pn x sabar nk tgok baby awk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar2..lg seminggu je lagi...hihi

      Delete
  3. assalam awak..cant wait for your update..hopefully baby and mama in good health <3

    ReplyDelete

LilySlim - Diet days