My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Monday, 25 May 2015

Jogging di Taman Saujana Hijau

Pertamanya aku nak mengaku bahawa aku malu menjadi warga Putrajaya. Setelah hampir 5 tahun duduk sini, aku tak tahu pun kewujudan Taman Saujana Hijau yang cantik bangat ni. Padahal, aku pernah je menyewa dekat presint 11, sekangkang kera dengan Taman tu.

Lokasi Taman Saujana Hijau ni dekat presint 11, betul2 belakang balai polis presint 11. Kawasan dia memang agak terpencil. Sejak aku kahwin, dah lama aku tak jejak ke presint 11 sebab tak ada tujuan pun nak ke sana. Nak balik ke KL pun tak lalu laluan presint 11.

Satu hari tu, aku ada terbaca satu event pasal larian (Girls on Pink 50). Lari ni khas untuk ultra-ultra women yang hebat berlari. Event ni adalah untuk para wanita yang nak cuba kemampuan diri untuk lari sejauh 50km. Bila venue dia kat Taman ni, aku pelik la, asal aku tak tahu kewujudan Taman ni pun. Bila google, perghhhhhh...macam duduk taman dekat oversea. Begitu la cantiknya aku boleh describe.

 Event yang aku cakap tu. Tapi aku tak join sebab aku kan konon2 sibuk berTTC. Mana tau termengandung ke masa tu, dah ke rugi.

Jadi, sebabkan hati dah meronta2 nak pergi taman tu, aku ajak la kawan jogging aku pergi. Kitorang pergi lepas kerja, dalam 540 gerak, tapi sesat punya pasal, dalam 610 juga baru jumpa taman tu. Tak susah mana pun nak cari jalan, cumanya aku terlepas simpang nak masuk taman tu, terpaksa aku tawaf satu presint 11. 

Hati angin jugak la sebab tak sabar-sabar nak sampai kan, tapi bila sampai Taman tu, hati aku terus sejuk je. Subhanallah, cantik sungguh. Bijak betul orang yang plan landskap Taman ni. Kitorang lari pusing seluruh taman guna trek yang dah disediakan. Pada trek ada tulis berapa kilometer, aku tengok, total dia adalah 3km untuk 1 pusingan. 

Pukul 7 kitorang dah settle pusing Taman. Sebabkan dah nak magrib, terpaksa la kami balik. Kalau awal lagi memang aku berjalan2 dulu sekitar taman tu. Jadi, bagi korang2 yang tak pernah sampai, aku sangat2 cadangkan korang pergi Taman ni. Kalau nak buat makan2 dengan family pun aku rasa tak ada masalah sebab ada banyak wakaf yang cantik2 disediakan. Kalau susah sangat, bentang je tikar dekat rumput. Ok, akhir kata, jom layan gambar.











Sunday, 17 May 2015

Berehat di Ossoto

Kalau korang pening sangat la nak plan macam mana nak spend your weekend or mana nak berehat, aku cadangkan la satu tempat ni. Nama dia Ossoto Spa. Apa yang best dan bezanya spa ni dengan spa2 lain yang kau pernah pergi. Well, sila pergi sendiri untuk tahu perbezaannya. Yang pasti memang sangat berbeza dan sangat puas hati.

Pertamanya nak mintak maap sebab tak ada gambar nak kasi tunjuk kecuali gambar dari website dia sendiri, sebabnya, photography adalah prohibited di Ossoto. Mungkin untuk privasi. Sebenarnya tempat ni husband aku yang cadang pergi. Dia memang dah selalu pergi dengan bos dia. Cuma dia teringin sangat nak bawak aku pergi sana. Bila dia tunjuk youtube pasal spa ni (siap ada youtube okeh), aku pun teruja nak pergi.

So, di pagi Ahad, kami pun bersiap2 la nak pergi. Nak dijadikan cerita, tayar kereta laki aku pancit. Berpoloh ketiak dia nak tukar tayar tu. Nasib baik la lepas tu nak ke spa kan, memang dipulunnya habis2san la.

Sampai saja di bangunan Ossoto (lokasi betul2 depan bangunan Dewan, Bahasa dan Pustaka), parking dan naik lif ke tingkat 5. Buka saja lif, korang akan disambut oleh dayang-dayang ossoto..haha..bajet2 dalam istana la ni. Cakap saja berapa orang, dia akan bagi kau gelang yang ada nombor dan kunci untuk locker.

Masuk ke locker room, dia akan bagi baju khas dan kau kena tukar pakai baju dia. Bagi yg muslim dia akan bagi baju lengan panjang dan seluar panjang ( nak panjang sangat tu tak jugak la, seteng la aku boleh cakap). Lepas tu, masukkan barang2 kau kecuali handphone dalam locker. 

Dekat kawasan locker tu, ada bilik mandi, fish spa, jakuzi, sauna dan steam. Disebabkan aku tengah period masa ni, aku cuma buat steam dan fish spa saja. Awal2 dayang dah warning aku jangan masuk dalam jakuzi...huhu..sedih mak.

Lepas dah tukar baju, kau dah boleh nak buat apa yang kau suka. Aku masa tu, terus tuju tempat makan dulu sebab dah lapar sangat. Makanan adalah free flow. Melantak la kau sampai pengsan.



Lepas perut dah kenyang, relax kejap, aku book untuk buat thai massage. Tak lama pun tunggu. Terus dia bawakan kau ke tempat massage. Memang seksa la jiwa raga kena massage. Berbunyi2 badan aku dibuatnya. Tapi hasilnya, memberangsangkan la.

Thai Massage

Lepas dah sedap kena urut, aku pergi pulak di kerusi2 baring yang berlambak dekat spa tu. Ada bahagian yang perempuan sahaja boleh masuk, ada bahagian yang campur. Yang best dekat kerusi tu, dia gantung siap Monitor dan keyboard untuk kau layari internet. Layan la aku tengok movie sambil baring. Lagi syok, ada button call untuk panggil waitress kalau nak order minuman. PErghhh...lagi heaven la tengok movie sambil minum signature chocolate.

Movie Theater

Lepas dah puas layan movie, aku pujuk en suami nak buat manicure dan padicure...hahaha..nasib baik en suami bermurah hati. Makanya, berkilat la kuku mak sekarang ni..haha.

Mani and Padi

Dah siap, sambung pulak makan lagi. Apa menu nak? Nasi berlauk (lauk dia malas aku nak listkan, lenguh jari menaip), nasi ayam, nasi lemak, roti canai, roti pisang, chicken chop, mushroom sup, rojak, ais krim..arghh...malas la nak list..banyak sangat.

Lepas kenyang makan, layan plak movie Dragon Blade dengan en suami. Layan sangat la kan en suami aku tu, berdengkur yang lebih nye. Lepas tu layan tidur, dari pukul 9 malam, sedar2 dah pukul 1 pagi..hahaha...weh, nk pergi keje weh..boleh kau layan tido.

Pukul 1 tu, kejutkan en suami. Sambil mamai2, sempat lagi order hot chocolate. En suami kata lapar pulak, makan pulak chicken chop. Rasa nak nangis nak tinggalkan syurga dunia ni. Nasib baik nak kena kerja, kalau tak memang aku sambung tido. Kau boleh duduk kat situ 24jam ye. Syok tak? Hotel 5 star pun dah halau kau, kena ikut timing dia.

Balik semula ke bilik locker, cuci muka guna sabun yang dia dah sediakan, berus gigi, tukar baju, dan check out. Maka berakhirlah bercutian singkat kami di tengah2 bandar KL.

Berminat dengan penerangan aku yang konon hebat ni?(dah macam duta ossoto, patut aku mintak satu free session...hahaha). Good News, sekarang tengah ada promotion dekat Groupon. Sila jangan lepaskan peluang keemasan.


Tips Mendaki Gunung Kinabalu

Sebelum ni aku dah share pengalaman aku mendaki gunung Kinabalu. Kali ni aku kasi ringkasan je tentang tips untuk mendaki ke Kinabalu berdasarkan pengalaman aku. 

Kelengkapan/Pakaian
Kebiasaannya, orang akan ambil trip 3 hari 2 malam. Macam aku, satu malam stay di Mesilau, satu malam lagi dekat Laban Rata. Baju tu tak perlu lah bawa banyak nor, sebab bukan nak pakai banyak sangat pun.

1) Baju, seluar, tudung
Contoh aku buat.
Tidur malam di Mesilau, aku pakai terus baju nak hiking untuk esoknya - 
so 1 baju, 1 seluar, 1 tudung
Then bila sampai di Raban Rata, aku mandi dan tukar terus baju untuk hiking esoknya - 
so tambah satu lagi 1 baju, 1 seluar, 1 tudung

2) Thermal Clothes / Long John
Sebab kan sejuk yang teramat dekat Laban Rata tu, kawan aku suggest untuk pakai Long John. Memang sangat2 membantu. Kalau korang nak beli, boleh tengok dekat website winterclothes.


3) Jacket/Wind breaker
Then tambah lagi dengan satu jacket, seeloknya yang tutup kepala. Yang ni aku beli dekat decathlon.


Aku beli yang gambar atas ni, tak best sebab tak ada hood. So tak boleh nak tutup kepala.

4) Face Mask
Lagi satu benda yang penting aku tak amik berat dan menyesal tak bawak adalah Face Masks. Keadaan gunung yang sangat sejuk, memang perlukan mask sebab kau susah nak bernafas sebab hidung dan mulut kau dah rasa beku.

5) Head lamp adalah wajib.
6) Tongkat kalau perlu (kalau aku sangat perlu)
7) Poncho
8) Gloves (sebaiknya yang waterproof). Glove aku beli dekat winterclothes jugak.
 

9) Tuala kecil (untuk mudahkan urusan korang mandi/lap2 apa yang patut kat laban rata)
10) Selipar or sandal
11) Stokin tebal( aku pakai sepasang, bawak extra lagi 1 pasang) kalau basah memang kena tukar la kan.
12) Air (ini bergantung pada rezeki kau, sebab biasanya dekat setiap pondok sepanjang perjalanan tu ada water station. Tapi masa aku pergi, musim tengah kering, so memang tak ada bekalan air. Ada pun masa kat laban rata. Jadi masa aku tu, aku bawa 1 liter air mineral, 1 botol air 100 plus masa nak ke laban rata (ni bawak guna beg sendiri).
Dari laban rata ke puncak, aku bawa 1 botol beasr air mineral 15000ml dengan 1 botol 100 plus (ni porter yang tolong bawakkan dari Mesilau ke Laban Rata)
Nak turun, bawa boleh refill lagi satu botol air mineral.
13) Jajan/Coklat

Benda2 lain yang tak kurang pentingnya:
Panadol (makan sebelum nak naik ke puncak walaupun tak rasa nak demam or pening)
Yoko yoko (confirm kaki korang sakit mintak minyak panas punya)

Rasanya tu je kot benda yang korang mesti ada. Tak payah bawak berat2, nanti tak enjoy korang nak menghayati pemandangan Kinabalu tu. Lagi senang, bagi je porter bawakkan. 

Tips dari segi teknik nak mendaki, aku pun bukan expert sangat pun. Tapi nasihat yang aku boleh bagi, mental kena kuat. Kau sado macam mana pun, mental pewai, memang tak lepas la. Jalan la perlahan2, kurangkan berhenti rehat, jalan sambil enjoy pemandangan. Jangan terkejar2 masa sangat, tapi jangan tak kejar langsung pulak, nanti tak dapat makan kat Laban Rata..haha..sedap kot kambing dia.

Sunday, 10 May 2015

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu

Alhamdulillah, akhirnya impian aku tercapai jugak nak menjejakkan kaki ke puncak kinabalu. Kiranya dah boleh tick la salah satu wishlist aku. Semuanya bermula bila aku outstation ke Sabah masa bulan November 2014. Kira ni first time aku sampai Sabah. Then bila aku tengok puncak kinabalu tu, hati aku meronta2 nak naik. Lagi pulak, aku tak puas duduk kat kinabalu dalam 3 hari tu. Jadi nak tak nak memang aku kena plan untuk naik kinabalu dan stay lama sikit di KK.

Macam biasa, aku memang suka guna media Group FB untuk cari group2 yang nak naik kinabalu. Alhamdulillah terjumpa la satu group yang memang tengah cari orang untuk mencukupkan orang. Urusan nak naik semua diuruskan oleh ketua kumpulan, aku cuma ready duit je. Tiket flight dan barang-barang keperluan hiking kena la beli sendiri.

Akhirnya 5 Mei 2015, berkumpul la kami ni KK park untuk mendaftar. Kali ni kami menggunakan trek Mesilau untuk naik ke KK. Ada dua trek, satunya timpohon dan satu lagi mesilau. Kalau lalu mesilau, jaraknya sejauh 8km untuk ke laban rata berbanding timpohon yang hanya 6km. Tapi bagi aku, better la ambil dari mesilau walau pun lebih 2km. Sebabnya? 1)Laluan dia ada turun dan naik, kalau dari timpohon, laluan dia naik saja, tak turun2. 2) Pemandangan yang jauh lagi indah sepanjang perjalanan, percaya la cakap aku. Kena apa aku tahu beza trek mesilau dengan timpohon? Sebabnya, masa aku naik ke puncak, aku guna laluan mesilau, tapi turun aku lalu timpohon.

Ok, sambung cerita, 5hb tu kami cuma register dan check in dekat hotel di mesilau. Dari KK park, agent akan hantar kita ke mesilau. Tidur dulu satu malam, esoknya baru start mendaki. Bagi yang nak jimat kos, aku rasa korang boleh sewa mana2 homestay sekitar kundasang tu dan pagi2 tu gerak la ke mesilau untuk mendaki. Waktu nak register dekat guide adalah pukul 8 pagi. 

Salah satu kelemahan bila hiking bercampur-campur jantina ni adalah, pihak resort akan letakkan orang dalam satu bilik yang sama. Jadi terpaksa la korang tido dalam bilik yang bercampur lelaki dan perempuan. Pandai-pandai la jaga diri.





Hari Pendakian - 6 Mei 2015 -  Mesilau - Laban Rata

Pukul 7 pagi kami dah mula bersarapan dan kumpul tenaga. Pukul 8 pula kami gerak ke office guide untuk register. Ada kemudahan porter disediakan bagi yang tak nak hangkut barang2 berat naik ke laban rata. Kalau menggunakan trek mesilau, kosnya RM12 sekilo. Aku yang sedar diri ini, memang dah ready barang siap2 nak bagi kat porter. Berat beg aku adalah 6kg, melayang la RM72. Tapi aku memang dah ready siap2 sebab tujuan aku nak naik kinabalu ni sebab nak berseronok, tak mau la terseksa angkat beg berat. Aku yakin bila dan penat mendaki nanti, nak angkat badan sendiri pun dah tak larat.

 Sarapan sebelum gerak

 Kusyuk dengar taklimat

Perjalanan melalui mesilau trail memang sangat mengujakan. Ada part yang kau akan lalu macam dalam cerita lord of the ring, ada part yang kau akan nampak puncak kinabalu..memang teruja sangat. Sila la tangkap gambar banyak2 untuk dijadikan kenangan.












Dalam perjalanan nak ke Laban Rata tu, boleh pulak hujan. Cuaca di Gunung Kinabalu ni memang tak boleh nak dijangka. Kadang2 hujan, kadang2 tak. Jadi ready kan ponco siap2. Mendaki dalam kesejukan memang tak best. Alhamdulillah, dalam pukul 5 petang kami sampai ke Laban Rata. Masa ni memang perut nak menari2 mintak diisi la. Dapat makan nasi berlaukkan kambing, memang sangat menyelerakan. Rasa nak nangis makan sebab perut dah lapar sangat...hahaha.




Dekat laban rata, hostel kami di Gunting Lagadan. Menangis wooo nak pergi sana. Jarak dia dengan tempat makan lebih kurang 150meter je pun, tapi sebab dah penat dan kehujanan, rasa macam 1km perjalanan. Bilik dekat Gunting Lagadan ni lagi la sempit, ada 4 katil je dan kitorang ni pulak berlima, terpaksa la ada yang berkongsi katil. Sebab dah penat sangat, tak heran apa dah, aku sempat jugak la mandi sikit untuk hilangkan bau kepam. Air dia, boleh bikin kebas satu badan, sejuk gile. Tapi disebabkan tak selesa dengan badan berpeluh, aku mandi jugak la. Budak2 laki, tengok katil memang terus hanyut la. Pukul 8 kami dah tidur sebab pukul 1 pagi dah kena bangun nak ready untuk ke puncak.

7 Mei 2015 - Laban Rata - Puncak

Pukul 1 pagi dah kena bangun dan bersiap. Memang tinggal gosok gigi je la sebab malam tadi dah mandi. Kena turun dulu ke tempat makan untuk ambil tenaga. Pukul 230 kami dah mula bergerak untuk ke puncak. Target aku nak kejar sunrise. Dalam pukul 6 dah kena sampai la maksudnya. Tapi memang aku tak sempat sampai pukul 6 la kt puncak, tapi still boleh tengok sunrise dari tempat aku berdiri sebab kawasan kat puncak tu luas.

Subhanallah, indah sangat permandangan dekat puncak. Kalau boleh menangis, memang aku menangis kat situ jugak. Pukul 7 lebih macam tu kami dah start turun ke Laban Rata dan dalam jam 9 kami sampai. Kena sampai before 1030 sebab kena check out. Lebih dari tu kena extra charge. Makanan ada disediakan, kami pun siap2 makan dan start turun ke timpohon dalam jam 1020. 

 




 

Alhamdulillah..pencapaian terbaik tahun ni.

Disebabkan lutut aku dah mula meragam, memang aku jalan slow2 sambil menikmati keindahan alam. Nasi baik si guide Raqib, temankan aku sepanjang jalan. Bersembang la kami sampai tak sedar dah sampai timpohon. Lebih kurang pukul 3 aku baru sampai bawah.

Kesimpulan yang aku boleh buat, pada yang mampu, sila la merasa naik gunung kinabalu. Aku jamin, bila korang dah sampai bawah, korang akan rindu dengan pemandangan indah dekat puncak kinabalu tu. Aku sekarang ni tengah meroyan la ni rindukan kinabalu....waaa...ok, nampaknya aku kena pindah Sabah la jawabnya...haha. Sebelum aku mengakhiri blog ni, harus la aku share apa barang2 yang perlu kau bawak masa nak mendaki gunung Kinabalu. Akhir kata, Good Luck bagi yang akan mendaki nanti.

Kelengkapan

Tshirt/Seluar/Tudung extra untuk di Laban Rata, mana tau hujan dan dan lenjun sebab peluh.
Long John (optional)/thermal wear - untuk kurang sejuk (aku beli online je)
Baju sejuk
Tuala Kecil  - dekat Gunting Lagadan tak disediakan tuala
Kasut Hiking 
Tongkat - penting bagi yang ada masalah lutut atau yang gayat
Headlamp - wajib
Mask - Sejuk sangat kat puncak tu (menyesal aku tak beli satu)
Ponco - penting kalau hujan
Stokin - 2 pasang ( 1 pakai, 1 extra), kalau boleh yang tebal macam stokin bola tu
Plastik sampah - bungkus baju dalam beg dengan plastik supaya tak basah kalau hujan
Coklat - untuk tenaga
Air mineral/100 plus - 1 liter mineral/ 1 botol 100 plus masa nak ke laban rata, 1 botol lagi masa nak ke puncak, 1 botol untuk turun

Tips sebelum mendaki Gunung Kinabalu boleh baca di sini ye Tips Mendaki Gunung Kinabalu