My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Sunday, 2 August 2015

Pengalaman Diving Course

Alhamdulillah. Bersyukur aku sebab masih bernyawa lagi di muka bumi Allah ini. Dengan izin Allah, aku diberi peluang untuk melihat lebih banyak ciptaan Nya.

Ok, itu namanya tazkirah di hari raya. 

Kepada yang tak tahu, ni nak bagi tau. Aku ni suka buat keje gile. Elok2 orang berehat kat umah, aku sibuk nak amik lesen diving. Akhirnya, selepas sekian lama plan, dan beberapa kali jugak tangguh, aku and the gang berjaya mendapatkan sekeping lesen diving.

Sikit maklumat pasal course diving aku ni.

Tarikh : 30 Julai - 1 Ogos 2015
Lokasi : Kg. Tekek, Pulau Tioman
Certificate : NAUI
Diving Center : Abect Housereef
Kos : RM1,200 termasuk penginapan, breakfast dan tiket feri (lunch dan dinner duit sendiri)
Team : 5 orang ( Yani, Fiqa, Syaza, Yus dan aku)

Kami gerak dari Putrajaya pada 29 Julai malam lagi, terus ke Mersing dan tidur di hotel murah sana.

First Day

Pagi2 lagi, bangun awal dan breakfast sebab kami nak kena kejar feri pukul 9 pagi. Kami ambil feri di jeti Mersing, ada juga option kalau nak ambil feri dekat jeti tanjung gemok. Perjalanan dari Mersing ke Kg. Tekek lebih kurang 2 jam. Kami sampai di Kg. Tekek lebih kurang jam 11.30. Terus call Kak Mimi, owner Abect dan makan tengah hari siap2 kat kedai makan dia.

Sampai di Hostel, solat semua, pukul 130 kami terus berkumpul di diving center. Tak jauh pun dari hostel, jalan kaki je. Sesi pertama adalah tayangan video. Ada 4 chapter yang kena tengok. Naui ada bagi sekali buku teks untuk kami refer. Mula2 tengok video memang tak paham la kan. Banyak sangat terms.




Settle tengok video, terus kami diperkenalkan dengan equipment untuk diving. Ada cylinder (tong gas), Mask, regulator, dry suit, fin, weight dan macam2 lagi la. Jadi masing2 dah dapat set masing2, kami di ajar untuk assemble dan dissemble equipment tu semua. Semua nye ada cara pasang dan buka dan kami juga diajar cara bersihkan benda2 tu semua. Setiap kali sesi, semua tu kami kena buat sendiri.



Dah siap assemble, bermula la aktiviti dalam air. Dari diving center tu, kena hangkut berkilo2 berat tong gas ke pantai..huhu..redah saja la


Aktiviti hari pertama tamat dengan kepenatan yang amat sangat. Tidur pun tak sedar dunia dah sambil berdebar2 nak tunggu hari esok.

Second Day

Hari ni aktiviti diving masih di kawasan pantai saja. Walaupun dekat pantai, kedalaman dia mencecah 5 meter juga, Banyak benda nak kena belajar masa ni, cara2 bersihkan mask dalam laut, cara bernafas, cara berenang, macam mana nak rescue kawan, macam2 la lagi belajar. Ilmu tu semua penting sebelum kita nak mula diving di laut yang lebih dalam.


Third Day

Hari terakhir training adalah boat dive. Maksudnya kami dibawah dengan boat ke tengah laut. Peralatan semua pakai dalam bot, dan dari bot kita terjun ke laut. Cuak jugak sebab masa ni kedalaman dah mencecah 18meter. Dari atas nampak gelap je dasar laut tu. Ngeri weh.

Tapi berbekalkan ilmu yang dah belajar masa second day, rasa confident la sikit. Bila dah confident, boleh la tangkap gambar banyak2..haha. Tapi maafkan diriku sebab camera murah je, tak sanggup lagi nk beli go pro.









 

Malam pula, kami kena exam untuk betul2 dapat sijil. Exam pun pukul 10 malam, mata dah tak boleh nak bukak. Alhamdulillah, berjaya dengan jayanya.



It was a good experience for me. Aku cadangkan korang pun patut cuba. Bak kata melayu jawa Live Our Life To The Fullest. Lepas ni boleh la pergi Mabul pulak. Dengan itu, bye semua.


2 comments:

  1. slm nk tnya.masa exam NAUI tu soklan objektif(pilih ABCD) kn?brape byk soalan kena jawab dan masa yg diberi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Detail exam dah tak ingat la. Tapi mmg soalan objektif, masa tu takde kira sgt, janji siap, open book test, dan strategi kami, sorang amik 5-10 soalan, lepas tu share jawapan...hahaha. Pandai2 la sorok dari pandangan instructor. Tapi sebenarnya diorang pun pejam sebelah mata je.

      Delete