Bagi yang tengah berdiet tu? Adakah kelaut seperti ku jua?hihihi.
Aduh, aku paham sangat, memang susah nak cekalkan hati, kuatkan iman bila nak berdiet ni. Aku dulu dah turun 16kg ni pun boleh terbabas balik dan naik balik hampir ke berat asal. Menyesal tak sudah babe. Penat kot diet hampir setahun, dan berat naik balik tak sampai setengah tahun.
Banyak faktor yang membuatkan aku hilang semangat nak berdiet. Satunya sebab lutut aku injured dan aku tak dapat nak buat aktiviti favorite aku iaitu berlari dan mendaki. Kedua sebab aku tak mengandung2, tujuan utama aku diet kan sebab nak dapat anak, bila tak dapat tu, mood mula la melayang2. Lepas saja aku gugur, usaha TTC aku tak berhasil2, maka aku down. Dan aku mula melantak. Lepas tu gemuk. Lepas tu salahkan semua orang...hahaha.
After usaha IUI aku tak berjaya (even seminggu before aku period, aku ada sense mengatakan usaha aku kali ni tak berhasil). Maka aku decide untuk lupakan sebentar usaha TTC aku. Bukan tak nak usaha dah, nak rehat je. Badan dan emosi aku perlukan rehat.
Kali ni aku akan fokuskan pada penjagaan pemakanan. Mengambil kesempatan bulan puasa ni, memang peluang terbaik untuk turunkan berat badan. Lagi pulak, doktor dah suruh aku turun 3kg sebelum ogos ni. Mampuih aku jumpa doktor tu balik kalau berat tak turun2.
Panjang pulak aku melalut. Sebenarnya nak cerita pasal air fryer la. Isk..Ok, kenapa air fryer? Sebelum ni selalu dengar kawan2 aku guna airfryer guna goreng macam2 benda. Goreng tanpa minyak. Goreng pakai angin. Apakah?
Maka, memikirkan bulan puasa dah datang dan antara menu wajib aku ketika sahur adalah ayam goreng. Membeli air fryer adalah tindakan paling bijak yang aku kena buat. Disamping aku yang kononnya berazam nak diet. Tindakan membeli air fryer dilihat sangat brilliant. KAH.
Aku beli air fryer online je weh. Buat apa susah2 pegi kedai. Ada orang masih tak percaya dengan pembelian online? Tau salah satu kelebihan online shopping? Ada ruangan review kat produk la babe. Sebelum nak beli something, baca review dulu. Kalau most of buyers kata ok, Insyallah ok. Kalau tak ok tu, bukan rezeki kau je la. Senang cerita.
Maka setelah mengusaha, aku decide untuk beli sebuah air fryer yang aku mampu beli. Oh lupa, aku beli guna 11street.my.
Aku order hari rabu, hari jumaat dah sampai. Jenama memang tak gempak la. Tapi janji function sme.
So, aku pun mentry la benda alah ni dengan ayam. Senang je, aku letak kunyit dengan garam macam goreng ayam tu. Susun je dalam ruangan dia. Letakkan pada suhu yang sesuai. Pasang timer, then pergi tengok tv.
So, aku pun mentry la benda alah ni dengan ayam. Senang je, aku letak kunyit dengan garam macam goreng ayam tu. Susun je dalam ruangan dia. Letakkan pada suhu yang sesuai. Pasang timer, then pergi tengok tv.
Ting!!..dah ada bunyi tu maksudnya dah siap la. Walah, hasilnya. Ayam goreng sihat gitu. Tak guna minyak langsung. Malah minyak ayam tu yang menitik2 ke based air fryer ni. Tak sihat ke gitu?
Cubaan dengan fish ball |
Cubaan dengan daging burger. Maintain bulat gitu. Kalau goreng dalam kuali mesti dah lonjong |
Makanya, aku sangat2 mencadangkan engkome semua membeli air fryer, tak kesah la jenama apa. Bukan saja sihat, jimat minyak.
p/s: Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga ibadah kita di bulan Ramadan ini diterima Allah SWT. Amin
No comments:
Post a Comment