Alhamdulillah, dah hampir seminggu kita berpuasa. Aku pulak dah berjaya turun 2kg. Mungkin asbab puasa. Tapi faktor menjaga makan pun aku ambil kira. Ni saja la aku nak share kaedah pemakanan aku macam mana boleh turun berat.
1) Masak sendiri
Setakat hari ni, semua juadah berbuka aku, dari hasil tangan aku. Senang aku nak control.
2) Hanya minum air kosong
Air manis memang aku tak sentuh langsung. Kuantiti air kosong pula aku make sure ambil 3liter sehari. Gunakan botol air yang ada sukatan supaya senang kau nak tau berapa liter air yang kau dah minum. Seeloknya kalau tengah mengaji atau solat terawih, letak saja botol air dekat sebelah. Habis dua rakaat, pause minum air dulu. Dalam kau tak sedar, kau dah habiskan 1 botol air.
3) Ambil nasi dalam kuantiti yang sedikit
Puasa kali ni, aku tak la haramkan nasi. Aku makan nasi selang sehari. Kalau ambil nasi, aku akan ambil segenggam je. Banyakkan lauk dari nasi, makanya kena la masak lauk tu lebih sikit.
4) Elak letakkan gula dalam masakan
Gula ni memang menyedapkan masakan kau, tapi cuba la sehabis baik untuk kurangkan penggunaan gula. Mungkin sebelum ni letak 1 sudu, kali ni letak setengah sudu je.
5) Kurangkan makanan bergoreng
Kan aku baru lepas beli air fryer, makanya huntung la diriku ini. Dah la sihat, jimat masa pulak tu..hihi.
6) Makan kurma sebelum berbuka
Memang disunnahkan untuk berbuka dengan kurma. Cuba korang ambil sebiji dua kurma ketika berbuka. Dan minum air kosong semampu yang boleh. Then pergi solat Magrib. Aku yakin perut kau tak selapar masa kau berbuka tadi. Dengan cara ni boleh kurangkan kuantiti makanan yang kau ambil.
7) Jangan pergi bazar Ramadhan
Azam aku puasa tahun ni adalah untuk tidak jejakkan kaki ke bazar ramadan. Bukan saja untuk menjaga mata aku dari melihat makanan2 yang menggoda jiwa, tapi untuk jaga poket juga. Sebenarnya, kalau berbuka nasi, lauk sejenis, air dan buah (option) dah cukup untuk keperluan kita. Bila dah ke bazar tu, comfirm akan terbeli punya. Kuih sepotong dua mesti tak lari. Jadi cuba elakkan. Kalau teringin nak makan kuih, cuba buat sendiri.
8) Buat kuih sendiri
Sepanjang seminggu ni, aku rasa skill memasak aku makin handal la..cewah..haha. Sekarang kan banyak orang share resepi dekat FB. Apa kata korang cuba. Bukan saja kau boleh kontrol penggunaan bahan yang kau guna, malah kau boleh berjimat. Kuih sekarang sepotong 50sen bro. Tak berbaloi. Kalau dapat yang sedap tahan la jugak.
Apa2 pun saja pesanan aku, yang penting korang kena control diri sendiri. Penat je mak cakap, kalau korang tak boleh nak kawal, tiada gunanya.
Sekian, Selamat berpuasa dan selamat berbuka dengan sihatnya.
No comments:
Post a Comment