My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 22 June 2016

Kisah Kejayaan Atkins - Edisi Sahabat

Bagi yang ada niat nak berdiet, kesah2 kejayaan orang yang berjaya diet antara faktor mendorong kita untuk lebih bersemangat nak berdiet. Tapi, jadikan kisah orang2 lain tu sekadar pemangkin saja, bukan untuk perbandingan. Sebabnya badan kita ni tak sama ye kakak2, adik2. Sebab tu kau nampak ada orang makan macam bela saka, tapi kurus kering. Ada pulak makan satu sudu nasi naik 5kg. Makanya, kita kena faham sistem badan kita sendiri. Jangan tension2 tengok orang2 lain yang senang2 je kurus.

Makanya, aku nak share sikit kejayaan kawan aku yang telah berjaya turunkan berat badan. Kawan aku namanya Iqah. Dia berdiet memang dah lama dan macam2 jenis diet dia dah cuba. Diet low carb ada, diet low calories pun buat, Atkins pun buat jugak. Masa dia mula diet, berat adalah 79kg, dan selepas 7 bulan menjaga pemakanan, berat terkini Iqah adalah 63kg. Hebat...clap clap clap.

Aku kenal iqah sejak tadika. Tengok, childhood friend hokey. Memang dari kecil badan iqah berisi. Membawa ke sekolah rendah, menengah, universiti, badan iqah memang sentiasa berisi. Kalau ikut logik akal, mesti kita akan kata, badan kau ni memang ditakdirkan macam ni. Memang tak leh kurusnye. Tapi iqah dah buktikan, gemuk bukan genetik. Gemuk tu salah kau sendiri.
 
Iqah yang depan sekali. Ni zaman anak dara sunti..haha
Iqah bertudung pink belang zebra. Eh, zebra warna pink ye?




Aku pun nak tumpang bangga jugak ni sebab aku pun sama2 melalui journey kekurusan beliau. Masa badan aku dah susut, dan ramai yang nampak, ramai yang private message aku untuk tanya cara2 nak kurus. Iqah salah seorang yang aku turunkan ilmu diet. Dan iqah sorang je yang tekun dan berjaya kurus. Ramai lagi yang tanya, aku tengok masih kembang dan ada yang makin mengembang. 

Sebelum mulakan atkins, iqah buat low calories, ada penurunan tetapi agak slow. Tapi yang baik tentang low calories, berat tak mudah naik mendadak. Berlawanan pulak dengan atkins. Kalau kau follow rules dia seketat yang mungkin, dalam masa 3 ke 4 bulan, kau boleh slim melim tahap model dah. Tapi jangan cuba2 nak melantak semula selepas dah selim, sebab berat kau boleh naik mendadak. Kena mula ambil carb dengan kadar yang sedikit supaya badan tak terkejut monkey.

Selain berdiet, iqah juga bersenam. Tapi senaman yang tak la terlalu berat. Kadang2 aku sendiri teman iqah berjogging/brisk walk. Kadang2 kami ke gym. Atau cuma bentang yoga mat kat mana2 yang kami suka, dan kami mandi peluh ditengah kegelapan malam. Apa2 saja aktiviti yang mengeluarkan peluh, kami akan buat. Romantik tak?hahaha

Aktiviti bersenam. Dalam proses pembikinan The New Iqah

Maka hasilnya.






Wallaaa...cun tak? Ada rasa sikit2 terbakar dalam jiwa tak? hahaha...kalau iqah boleh, tak kan korang tak boleh. Akhir kata:

Iqah gemuk
Iqah tak buang masa
Iqah Diet
Iqah Bersenam
Iqah dah Kurus
Iqah Bijak
Jadilah seperti Iqah

No comments:

Post a Comment