My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Thursday, 19 January 2017

My Nine Months Journey - Week 22

Alhamdulillah, baby dah masuk 22 minggu. Dah mula rasa gerak2. Dulu tertanya2 macam mana la rasa baby gerak dalam perut. Bila dah rasa, non stop kau kalau baby gerak. Sampai mamanya tak senang duduk. Tapi takpe la, janji baby sihat.

Ok, sambung cerita. Minggu ke 22 ni aku ada 2 check up. Dengan KK dan Klinik Dr. Hamid. Nak dijadikan cerita sejak kebelakangan ni, aku diserang pedih ulu hati yang teruk. Orang kata biasa la pedih ulu hati kalau mengandung ni. Terutama kalau perut lapar. Tapi dalam situasi aku, kalau pedih ulu hati masa lapar tu memang biasa. Lepas makan, hilang la sakit tu. Tapi ni ada extra sakit. Sakit ulu hati ni, hanya jadi kat aku 3 kali sepanjang mengandung. Sakitnya tiba2. Bukan sebab lapar. Bila datang sakit ulu hati tu, aku susah nak bernafas. Then, bahagian belakang tulang belikat, sakit sesakitnya. Solutionnya, aku makan gaviscon or minum air panas. Dalam 5 ke 10 min akan hilang. Aku pelik kenapa sakit sangat pedih ulu hati aku ni. Orang mengandung lain takde la teruk macam aku.

Jadi, disebabkan ada check up, aku ambil kesempatan tanya pada doktor. Bila tanya doktor dekat KK, doktor kata tu perkara biasa masa mengandung. Jadi dia bagi aku ubat macam gaviscon untuk persediaan. Kot2 la kena lagi.

Aku tak puas hati, next, check up dengan doktor aimi dekat klinik dr Hamid. Terus doktor aimi scan bahagian ulu hati aku. Masyallah, rupanya ada penyakit lain. Dr aimi cakap, macam mana la tak sakit, ada batu dalam hempedu aku. Sebab tu sakit tu datang tiba2 je, bukan sebab lapar. Aduh, serabut kepala aku, macam2 penyakit pulak datang. Disebabkan aku mengandung, tak ada rawatan yang aku boleh buat. Tunggu saja la lepas bersalin untuk buat check up.

Tapi doktor aimi ada advice untuk amalkan minum air epal hijau dan lemon untuk kurangkan penyakit ni. Nasib dah beli slow juicer, memang kena jadi peminum tegar epal hijau la nampaknya. Alhamdulillah, baby tak ada sebarang masalah. Membesar dengan jayanya. Biar mama je sakit ye sayang. Anak mama, mama doakan sihat2 selalu.

Sunday, 8 January 2017

Sharing is Caring

Assalamualaikum semua. Pada sesiapa yang penah baca post aku post yang wajib anda baca, akan tau yang aku berjaya pregnant selepas 3 tahun berusaha. Waktu tu aku amalkan diet atkins dan bersenam. Selepas berjaya turun berat dengan banyaknya, Alhamdulillah, aku berjaya conceive naturally. Tapi rezeki aku sekejap je, aku gugur masa kandungan 6 minggu. Tapi moral of the story dari kisah aku tu, pesakit PCOS kena amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat untuk mudah hamil.

Dua tahun berlalu, pada tahun pertama, aku simpan dulu hasrat aku nak ada anak. Aku enjoy life aku dulu. Tahun 2015, aku pulun habis-habisan. Join marathon, naik gunung kinabalu, amik lesen diving, travel. Memang puas hati.  Masuk 2016, aku mula fokus untuk usaha nak dapat anak pulak. Bila kata usaha, makanya, jaga makan dan senaman masih diteruskan la. Susah memang susah, nak jaga makan bagi pesakit PCOS memang sangat mencabar. Nafsu ke arah makanan tak sihat memang sangat kuat, even nasi pun tak bagus untuk PCOSer. Sebab tu usaha nak turunkan berat badan agak susah. Tapi nak kata putus asa, memang bukan aku. Susah macam mana pun aku usaha jugak. Fokus aku bukan saja nak anak, tapi nak sihat. Nak fit dan nak cun melecun..haha.

First step aku dalam usaha nak dapatkan anak, adalah cari pakar. Walaupun 2016 aku cakap aku fokus nak anak, tapi permulaan nya dari 2015 lagi. Sebab apa? Nak book pakar bukan mau sehari dua. Berbulan2. Makanya, aku telah set appoinment dengan LPPKN. Aku pilih LPPKN dulu sebab harganya yang murah, tambah lagi, kalau kerja gomen boleh claim balik. Aku call bulan 8, dapat appoinment bulan 10. First appoinment belum jumpa doktor lagi ye. Baru buat test untuk suami dan interview sikit2. Selesai first appoinment, kena buat HSG pulak. HSG bukan buat dekat LPPKN tapi dekat Hospital Tawakal. Nak buat HSG kena set masa cun pulak tu. Hari2 tertentu selepas period baru boleh buat HSG. Dengan period tak menentu, appoinment yang selalu penuh, aku dapat buat HSG bulan disember. HSG ni buat apa? HSG ni adalah procedure untuk scan tiub fallopio. Nak tau sama ada tiub kau tak tersumbat, tersumbat sebelah, or tersumbat semua. Kalau dah tau status fallopio, baru tau apa next treatment yang kau kena buat. Macam mana rasa buat HSG? tak yah cite la, buat menangis je. Tapi Alhamdulillah, result aku memberansangkan, takde yang tersumbat. 

HSG - Gambar Google
Selepas selesai HSG, tunggu lagi next period, test darah lagi, tunggu period lagi, buat appoinment lagi, akhirnya baru jumpa doktor iaitu pada bulan Mac 2016. Pergh, boleh buat drama bersiri. Dr aku adalah dr Hamizah. Baik doktornya. Untuk appoinment ni, doktor tengok semua result aku, scan lagi, dan akhirnya advice untuk aku buat IUI disebabkan aku dah try nak conceive hampir 5 tahun. So, apa mau tunggu kan. Untuk buat IUI, macam biasa, tunggu next period..haha.

Akhirnya bulan 5 baru aku dapat nak mulakan process IUI. First sekali kena jumpa doktor. Doktor bagitau ubat apa yang aku kena amik. Salah satunya clomid (untuk merangsang telur keluar),  Humog (untuk matangkan telur) yang ni kena cucuk dekat perut sebanyak 3 kali dan Hucog (pecahkan telur) ni pun cucuk dekat perut jugak. Lepas dah amik segala jenis ubat tu, doktor scan ovari, ada la telur sebijik yang dominan. Tapi, doktor kata aku still tak boleh buat IUI disebabkan requirement nak buat IUI wajib ada sekurang2nya 2 telur. Ya Allah, sedihnya la. Dah puas makan ubat, cucuk kat perut bagai, duit yang dah banyak keluar (duit ni tak boleh claim ye sebab tak sampai stage IUI. Yang boleh clain hanya bila dah buat IUI), tapi tak boleh buat IUI. Masa tu aku kecewa sangat.

Memandangkan bulan depannya dah nak puasa, doktor suruh aku berehat dulu dari TTC dan buat appoinment balik lepas raya nanti.

Disebabkan kecewa, aku cuba cari option lain. Berdasarkan pengalaman kawan2, aku decide nak jumpa dengan Dr. Hamid Arshad. Cuba la call klinik nak buat appoinment, Call bulan 6, nak dapat jumpa dr Hamid Januari 2017. 6 bulan lagi..perghh. Tapi klinik bagi option lain iaitu jumpa dr Aimi, assistant dr Hamid. Aku setuju saja sebab kalau jumpa Dr. Aimi, dapat jumpa bulan 8. Disebabkan segala test mak nenek dah buat, bila jumpa Dr. Aimi dah senang, bawak je result. Macam dr Hamizah jugak, Dr. Aimi suggest aku buat IUI je. Nak buat IUI, again, tunggu next period. Dr bagi clomid siap2. Dgn dr Aimi senang, cuma makan clomid je. Cut story short, waktu hari subur datang ke klinik. Dr Aimi scan, ada sebijik telur jugak. Tapi, tak seperti LPPKN, aku boleh proceed buat IUI. Process buat IUI macam mana? Search je la dalam internet. Nak cerita segan. Tapi rasanya, again, macam buat HSG, boleh tumpah air mata.

Selesai IUI, aku cuma kena tunggu 3 minggu untuk tau result. Pregnant or tak. Tapi tak sampai 3 minggu, dengan tangan yang gatal nak ngetest, dan dah rasa badan lain macam, Alhamdulillah, bulan September 2016, Aku dapat double line untuk kali kedua dalam hidup aku. Syukur Ya Allah. Hampir setahun, aku berulang alik ke klinik, macam2 test buat, makan ubat, cucuk ubat, jumlah belanja yang dah tak terkira. Akhirnya hasrat aku nak jadi mak tercapai.

Tapi, lepas saja kesah gugur tahun 2014, aku tau kali ni kena lebih hati2. Lepas tau je pregnant, aku dapat jumpa Dr. Hamid. Dr. bagi aku MC 2 minggu untuk rehat kat rumah. Sambil tu aku kena makan ubat kuat rahim, cucuk lagi ubat untuk kuatkan rahim (yang rasa cucuknya hazab sebab ubat ni oil based). Alhamdulillah, sekarang kandungan dah 5 bulan, sihat dan aktif. Aku masih lagi dengan rutin berulang alik ke klinik. Kalau tak ke klinik dr hamid, pergi klinik kerajaan. Dengan tujuan nak pastikan baby sihat sampai dilahirkan.

Terima kasih kepada en Suami yang menjadi tulang belakang aku. Yang tak henti2 support aku. Terima kasih jugak dekat mama dan keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan aku. Terima kasih pada kawan2 terdekat yang selalu jadi tempat luahan perasaan aku. Aku berjaya lalui jalan yang panjang dan sukar ni dengan kehadiran orang2 yang sayangkan aku. Insyallah, ada rezeki dan jika diizinkan Allah, bulan Mei nanti, akan ada insan kecil yang akan serikan hidup kami suami isteri. Syukur Alhamdulillah, aku menunggu selama 5 tahun untuk zuriat ini, sememangnya, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Semoga rakan2 TTCian dan PCOSer lain dimudahkan segala urusan. Jangan pernah putus asa. Hidup tak kan jadi indah tanpa cabaran. Maka, enjoy your life, usaha, berdoa dan tawakal. Insyallah. Wassalam.

p.s: Post ni cuma summary bagi semua stage yang aku dah buat. Untuk tau detail procedure dan cost boleh baca post2 lain yang berkaitan. TQ.


Wednesday, 4 January 2017

Pakej Berpantang/Confinement

Bila dah masuk 5 bulan ni, salah satu check list aku adalah untuk survey Pakej Confinement. Insyallah, plan memang aku nak berpantang dekat rumah mak aku, tapi memandangkan mak aku sendiri tak berapa pandai nak jaga orang berpantang dan dia pun dah tak larat nak jaga baby, maka aku dan en suami bercadang untuk amik saja pakej berpantang untuk membantu aku.

Semestinya masa berpantang nanti, aku nak rehat yang sangat mencukupi. Dapat pulak masa tu nanti bulan puasa..huhu. Kesian pulak ke mak aku nak kena jaga aku pulak kan. Pada mulanya aku cadang nak mintak makcik jiran dekat rumah yang tolong jagakan. Tapi malangnya makcik tu dah tak jaga orang pantang. Makanya, aku pun mula la menjalan survey. Tak susah pun, google je, macam2 pakej yang ada. Kau boleh nak pilih yang stay ini or just home visit. Kau boleh pilih berapa hari yang kau nak. Cuma perlu sediakan duit.

Bagi memudahkan aku untuk membuat pilihan, as usual, aku suka guna excel (budak account kan)..haha. So, ini hasil survey aku:


Bila dah survey, tengok harga untuk pakej 14 hari, kebanyakannya mencecah 3k. Agak mahal la. Bila minta pendapat kawan2, ramai yang tak setuju dengan harga ni. Tanya mak aku pun dia tak setuju. Mahal sangat katanya.

Makanya mak aku pun cuba membantu cari jugak other confinement lady. Cari punya cari, tanya orang2 kampung, dapat la kami contact beberapa orang. Akhirnya aku dan mak aku berkenan dengan seorang kakak ni. Kakak ni pun dicadangkan oleh kawan mak aku yang pernah upah CL ni untuk anak dia. Deal punya deal, akak ni bagi harga dalam RM100 sehari untuk menguruskan aku dan baby. Jauh beza harga dengan yang aku survey dekat internet.

Selesai satu masalah. Insyallah review pasal akak ni akan aku buat bila dah bersalin nanti la ye. Semoga semuanya dipermudahkan.