Assalamualaikum semua. Pada sesiapa yang penah baca post aku post yang wajib anda baca, akan tau yang aku berjaya pregnant selepas 3 tahun berusaha. Waktu tu aku amalkan diet atkins dan bersenam. Selepas berjaya turun berat dengan banyaknya, Alhamdulillah, aku berjaya conceive naturally. Tapi rezeki aku sekejap je, aku gugur masa kandungan 6 minggu. Tapi moral of the story dari kisah aku tu, pesakit PCOS kena amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat untuk mudah hamil.
Dua tahun berlalu, pada tahun pertama, aku simpan dulu hasrat aku nak ada anak. Aku enjoy life aku dulu. Tahun 2015, aku pulun habis-habisan. Join marathon, naik gunung kinabalu, amik lesen diving, travel. Memang puas hati. Masuk 2016, aku mula fokus untuk usaha nak dapat anak pulak. Bila kata usaha, makanya, jaga makan dan senaman masih diteruskan la. Susah memang susah, nak jaga makan bagi pesakit PCOS memang sangat mencabar. Nafsu ke arah makanan tak sihat memang sangat kuat, even nasi pun tak bagus untuk PCOSer. Sebab tu usaha nak turunkan berat badan agak susah. Tapi nak kata putus asa, memang bukan aku. Susah macam mana pun aku usaha jugak. Fokus aku bukan saja nak anak, tapi nak sihat. Nak fit dan nak cun melecun..haha.
First step aku dalam usaha nak dapatkan anak, adalah cari pakar. Walaupun 2016 aku cakap aku fokus nak anak, tapi permulaan nya dari 2015 lagi. Sebab apa? Nak book pakar bukan mau sehari dua. Berbulan2. Makanya, aku telah set appoinment dengan LPPKN. Aku pilih LPPKN dulu sebab harganya yang murah, tambah lagi, kalau kerja gomen boleh claim balik. Aku call bulan 8, dapat appoinment bulan 10. First appoinment belum jumpa doktor lagi ye. Baru buat test untuk suami dan interview sikit2. Selesai first appoinment, kena buat HSG pulak. HSG bukan buat dekat LPPKN tapi dekat Hospital Tawakal. Nak buat HSG kena set masa cun pulak tu. Hari2 tertentu selepas period baru boleh buat HSG. Dengan period tak menentu, appoinment yang selalu penuh, aku dapat buat HSG bulan disember. HSG ni buat apa? HSG ni adalah procedure untuk scan tiub fallopio. Nak tau sama ada tiub kau tak tersumbat, tersumbat sebelah, or tersumbat semua. Kalau dah tau status fallopio, baru tau apa next treatment yang kau kena buat. Macam mana rasa buat HSG? tak yah cite la, buat menangis je. Tapi Alhamdulillah, result aku memberansangkan, takde yang tersumbat.
HSG - Gambar Google |
Selepas selesai HSG, tunggu lagi next period, test darah lagi, tunggu period lagi, buat appoinment lagi, akhirnya baru jumpa doktor iaitu pada bulan Mac 2016. Pergh, boleh buat drama bersiri. Dr aku adalah dr Hamizah. Baik doktornya. Untuk appoinment ni, doktor tengok semua result aku, scan lagi, dan akhirnya advice untuk aku buat IUI disebabkan aku dah try nak conceive hampir 5 tahun. So, apa mau tunggu kan. Untuk buat IUI, macam biasa, tunggu next period..haha.
Akhirnya bulan 5 baru aku dapat nak mulakan process IUI. First sekali kena jumpa doktor. Doktor bagitau ubat apa yang aku kena amik. Salah satunya clomid (untuk merangsang telur keluar), Humog (untuk matangkan telur) yang ni kena cucuk dekat perut sebanyak 3 kali dan Hucog (pecahkan telur) ni pun cucuk dekat perut jugak. Lepas dah amik segala jenis ubat tu, doktor scan ovari, ada la telur sebijik yang dominan. Tapi, doktor kata aku still tak boleh buat IUI disebabkan requirement nak buat IUI wajib ada sekurang2nya 2 telur. Ya Allah, sedihnya la. Dah puas makan ubat, cucuk kat perut bagai, duit yang dah banyak keluar (duit ni tak boleh claim ye sebab tak sampai stage IUI. Yang boleh clain hanya bila dah buat IUI), tapi tak boleh buat IUI. Masa tu aku kecewa sangat.
Memandangkan bulan depannya dah nak puasa, doktor suruh aku berehat dulu dari TTC dan buat appoinment balik lepas raya nanti.
Disebabkan kecewa, aku cuba cari option lain. Berdasarkan pengalaman kawan2, aku decide nak jumpa dengan Dr. Hamid Arshad. Cuba la call klinik nak buat appoinment, Call bulan 6, nak dapat jumpa dr Hamid Januari 2017. 6 bulan lagi..perghh. Tapi klinik bagi option lain iaitu jumpa dr Aimi, assistant dr Hamid. Aku setuju saja sebab kalau jumpa Dr. Aimi, dapat jumpa bulan 8. Disebabkan segala test mak nenek dah buat, bila jumpa Dr. Aimi dah senang, bawak je result. Macam dr Hamizah jugak, Dr. Aimi suggest aku buat IUI je. Nak buat IUI, again, tunggu next period. Dr bagi clomid siap2. Dgn dr Aimi senang, cuma makan clomid je. Cut story short, waktu hari subur datang ke klinik. Dr Aimi scan, ada sebijik telur jugak. Tapi, tak seperti LPPKN, aku boleh proceed buat IUI. Process buat IUI macam mana? Search je la dalam internet. Nak cerita segan. Tapi rasanya, again, macam buat HSG, boleh tumpah air mata.
Selesai IUI, aku cuma kena tunggu 3 minggu untuk tau result. Pregnant or tak. Tapi tak sampai 3 minggu, dengan tangan yang gatal nak ngetest, dan dah rasa badan lain macam, Alhamdulillah, bulan September 2016, Aku dapat double line untuk kali kedua dalam hidup aku. Syukur Ya Allah. Hampir setahun, aku berulang alik ke klinik, macam2 test buat, makan ubat, cucuk ubat, jumlah belanja yang dah tak terkira. Akhirnya hasrat aku nak jadi mak tercapai.
Tapi, lepas saja kesah gugur tahun 2014, aku tau kali ni kena lebih hati2. Lepas tau je pregnant, aku dapat jumpa Dr. Hamid. Dr. bagi aku MC 2 minggu untuk rehat kat rumah. Sambil tu aku kena makan ubat kuat rahim, cucuk lagi ubat untuk kuatkan rahim (yang rasa cucuknya hazab sebab ubat ni oil based). Alhamdulillah, sekarang kandungan dah 5 bulan, sihat dan aktif. Aku masih lagi dengan rutin berulang alik ke klinik. Kalau tak ke klinik dr hamid, pergi klinik kerajaan. Dengan tujuan nak pastikan baby sihat sampai dilahirkan.
Terima kasih kepada en Suami yang menjadi tulang belakang aku. Yang tak henti2 support aku. Terima kasih jugak dekat mama dan keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan aku. Terima kasih pada kawan2 terdekat yang selalu jadi tempat luahan perasaan aku. Aku berjaya lalui jalan yang panjang dan sukar ni dengan kehadiran orang2 yang sayangkan aku. Insyallah, ada rezeki dan jika diizinkan Allah, bulan Mei nanti, akan ada insan kecil yang akan serikan hidup kami suami isteri. Syukur Alhamdulillah, aku menunggu selama 5 tahun untuk zuriat ini, sememangnya, perancangan Allah adalah yang terbaik.
Semoga rakan2 TTCian dan PCOSer lain dimudahkan segala urusan. Jangan pernah putus asa. Hidup tak kan jadi indah tanpa cabaran. Maka, enjoy your life, usaha, berdoa dan tawakal. Insyallah. Wassalam.
p.s: Post ni cuma summary bagi semua stage yang aku dah buat. Untuk tau detail procedure dan cost boleh baca post2 lain yang berkaitan. TQ.
kite plak yg tacingš¢
ReplyDeletekita baca balik pun jadi tacing plak tetiba..hihi
DeleteSedih..tapi ada sinar bahagia..x sabar nak tunggu ending...
ReplyDeleteInsyallah, semoga happy ending harapnya =)
DeleteSatu prjlnab yg pjg, sesungguhnya perancangan Allah tu adlh yg trbaik..doakn turn sy plak ya thn ni nak hamil,amin
ReplyDeleteInsyallah. Semoga ada rezeki sis nanti. dan semoga semuanya dipermudahkan juga
Deleteterinspired baca kisah awak..keep on updating on your pregnancy journey ya! seronok baca..take care :*
ReplyDeletesemoga post ni dapat bagi aura2 positif ye =)
DeleteSaya pun sedang ttc. InsyaAllah semoga ada rezeki saya dan yang lain
ReplyDelete