Assalamualaikum semua. Hari ni aku tergerak hati nak bagi nasihat buat kawan2 ttcian. Aku bukan pakar bab hal2 sakit puan ni, tapi aku nak share berdasarkan pengalaman aku sendiri dan pengalaman kawan2 ttcian yang lain.
First of all, bagi kawan2 yang baru berkahwin dan memang plan nak memang merancang nak cahaya mata, kalau umur bawah 35 tahun, selepas 1 tahun berkahwin dan belum ada rezeki, segera berjumpa pakar. Kalau 35 tahun ke atas, 6 bulan tarikh perkahwinan dah boleh terus ke pakar.
Kedua, dalam tempoh menunggu, simpan duit untuk sebarang kemungkinan. Kalau ada rezeki nak ada anak, boleh dibelanjakan ke arah itu. Tapi kalau ada kesukaran nak dapatkan anak, duit simpanan boleh digunakan untuk rawatan. Tapi yang terbaik, readylah insurans. Sesetengah rawatan sakit puan boleh menggunakan insurans. Sesungguhnya, kos nak dapatkan anak memang tinggi.
Ketiga, aku nasihatkan untuk permulaan, bagi yang kekurangan peruntukan, rujuk pakar di sektor awam (Kerajaan) kerana lebih jimat. Salah satunya LPPKN. Sebabnya, untuk permulaan banyak test yang perlu dibuat dan tentunya melibatkan kos. Sekurang2nya, kita boleh jimat kot disitu. Setelah dapatkan nasihat pakar, kalau ada rezeki lebih, dapatkan second opinion pulak. Aku sendiri bukan saja second opinion, beropinion2 dari pakar aku cuba dapatkan. Bila kita dah ada info tentang tahap kesihatan diri kita, baru kita dapat decide apa yang terbaik untuk kita. Cuba survey pakar sakit puan mana yang terbaik dekat Malaysia ni, memang ada ramai. Tapi, bagi aku, Dr Hamid is the best. Aku sangat2 terhutang budi dengan dr hamid, dr aimi and the team.
Keempat, rawatan traditional. Adakah perlu? Bergantung pada individu. Tapi bagi aku, kalau nak buat rawatan traditional, jangan sampai tak jumpa doktor pulak. Buat kedua2nya sekali. Sekurang2nya bila jumpa doktor, kaedahnya lebih detail. Doktor scan dan tengok sendiri keadaan dalaman kita. Bukan setakat pegang2, urut2. Yang penting, jangan makan suppliment sebarangan. Memang banyak iklan ubat nak bagi subur dekat media sosial ni. Dapatkan nasihat pakar dulu. Takut karang, anak tak dapat, penyakit lain pulak yang dapat.
Kelima, jangan lupa jaga makan dan bersenam. Yang ni ramai yang tak ambil berat. Pastikan berat badan ideal. Jangan lupa ye, banyak penyakit datang dengan cara pemakanan yang tak sihat. Disamping tu, cuba cari aktiviti keluar peluh yang menarik. Tak semestinya kena jogging saja. Boleh join zumba, naik basikal, hiking atau paling malas sangat, jalan2 pusing mall (tapi kehilangan wang ringgit atas aktiviti ni saya tak tanggung ye..hihi).
Keenam, belajar tentang diri sendiri. Siapa lagi nak tau tentang diri kita kalau bukan diri sendiri kan. Perhatikan macam mana period cycle, apa makanan yang boleh kita makan, kalau dah tau apa masalah/penyakit kita, belajar cara untuk kawal penyakit. Jangan compare orang dengan kita. Ada orang boleh makan berkilo2 nasi tapi badan sihat, tapi kita makan sesudu pun boleh jadi delay period (contoh je ni). Jadi, kenali diri anda.
Bila sampai stage doktor dah advice untuk buat iui or ivf, sentiasa redha dengan result yang bakal kita dapat. Bila duit dah banyak belanja, pastinya kita harapkan result yang positif. Tapi itu semua kerja Allah. Kalau treatment yang kita buat tak berhasil, jangan la terlalu kecewa. Yang penting kita dah usaha.
Dan terakhir sekali, dekatkan diri dengan Allah. Banyak kan bersedekah. Ramai orang abaikan kuasa sedekah ni. Percaya atau tak, beberapa bulan sebelum aku berjaya hamil, aku memang amalkan bersedekah ni. Terutama kepada warga tua dan kanak2. Terutamanya saudara mara. Kalau ada nenek2 di kampung, jangan lokek keluarkan duit. Belikan keperluan harian mereka. Pastinya mereka akan mendoakan kesejahteraan kepada kita.
Itu sahaja nasihat dari aku yang kerdil ni. Aku hanya berusaha dan tak putus asa. Yang pastinya aku serah semuanya pada Allah. Good luck kepada rakan TTC yang lain.
Trima ksh atas nasihatnya, Insya Allah kita hnya mampu brusaha. Mkga smuanya d prmudahkan
ReplyDeleteHi. thank u for the advice.. sy tgh tggu appointment LPPKN. :)
ReplyDeletebtw, nak tanya rawatan tradisional awk tu berurut ke? boleh x suggest kt mane kl awak pernah pg? thanks :)
Saya pernah berurut sekali dengan satu nenek ni, tapi nenek ni dah meninggal. Saya boleh cadangkan sis cuba berurut dekat naqayla spa. Boleh tengok fb dia. Dia memang ada pakej untuk kesuburan. Tapi saya tak sempat lagi nak merasa pakej ni.
DeleteTerima kasih ya suggest Kjue Naqayla Spa TTC. Boleh whatsapp 0195517618 ya untuk pertanyaan dan temujanji.
ReplyDeleteT-Handle Engineering and Manufacturing - T-Handle Engineering & Manufacturing
ReplyDeleteThe T-Handle Engineering & columbia titanium pants Manufacturing. T-Handle keith titanium Engineering & Manufacturing. T-Handle titanium vs ceramic flat iron Engineering & Manufacturing. titanium white dominus T-Handle Manufacturing. T-Handle Engineering & garmin fenix 6x pro solar titanium Manufacturing. T-Handle