Kalau korang pernah baca post aku sebelum ni, aku ada maklumkan yang aku dah book untuk bersalin under FPP Putrajaya. Akhirnya, bulan Mac, cukup kandungan 7 bulan, sampai masa aku nak jumpa doktor Hamidah. Kiranya first appoinment la.
Bila dah under FPP, dari segi pendaftaran dan pembayaran aku rasa mudah dan cepat. Tak perlu beratur ambil no sama2 dengan patient lain. Aku kena daftar dekat kaunter lain iaitu kaunter bayaran bil hospital. Masih kena ambil nombor dan tunggu turn. Tapi tak seramai la kalau tunggu dekat kaunter yang beribu2 patients tu.
Bila ambil sampai turn aku, bagi saja buku merah, kaunter buatkan buku appoinment hospital. Then kena bayar RM110. Bayaran ni hanyalah kos untuk jumpa doktor. Kalau lepas jumpa doktor, masih ada benda lain yang perlu bayar, aku kena bayar dulu la. Benda lain yang kena bayar contohnya kos ambil darah RM20 dan kos ubat (bergantung). Tapi even kena bayar, tak la semahal dekat private hospital. Ubat aku kena bayar RM18 untuk stok sebulan. Murah la tu.
Bab tu semua aku puas hati. Tapi bab yang panas punggung sikit adalah masa menunggu nak jumpa doktor. Lepas je daftar dekat kaunter pendaftaran, kena amik berat dan tekanan darah, then terus ke kaunter O&G. Yang ni semua cepat. Lepas tu ambil urine dan buat test albumin dan glucose. Settle.
Tapi yang lama adalah nak tunggu dapat jumpa doktor Hamidah. Pergh, 2 jam tunggu beb. Aku tengok patient lain yang tak guna scheme FPP dan banyak yang dah selesai jumpa doktor. Apa ke hal aku lama sangat ni. Bersangka baik la, mungkin doktor ada benda urgent lain. Memandangkan memang aku kena dr Hamidah sahaja, maka terpaksa la menunggu. Tunggu punya tunggu, Encik Laki pun dah berdengkur2 menunggu, akhirnya nama aku di panggil. Aku orang first tau jumpa dr Hamidah. Bayangkan orang yang lepas aku, lagi lama la.
First time jumpa dr Hamidah, waa, cantiknya. Aku bayangkan dr pakar ni dah tua2 la. Tapi dr hamidah memang nampak ala2 remaja gitu. Cara dr hamidah agak kelam kabut sikit. Mungkin sebab aku compare dengan Dr Hamid Arshad and Dr. Aimi. Dr dua orang ni kan tenang je. Kalau dengan Dr. Hamidah, dengan aku2 rasa kelam kabut. Sampai banyak benda aku nak cakap pun lupa. Tapi overall service ok la.
Lagi 3 minggu kena jumpa dr balik. Ikutkan normal procedure, 5 minggu baru jumpa. Tapi disebabkan aku banyak sangat masalah, darah tinggi, hb rendah, gall stone, maka dr suruh jumpa awal sikit. Nasib dr la dapat patient bermasalah macam saya..hahaha.
Lepas jumpa doktor, terus pergi farmasi ambil ubat. Kat farmasi pun tak tunggu lama macam patients lain. Cepat saja selesai. Ye la, kena bayar kan. Insyallah, lagi 2 minggu akan bertemu lagi dengan Dr Hamidah. Didoakan agar semuanya dipermudahkan. Insyallah.
p/s: lupa pulak nak bagitau, masa jumpa dr hamidah, aku bagitau la masalah gallstone (batu hempedu) aku. Terus dia setkan appoinment dengan Radiologist. Aku dah jumpa pun Radiologist dan scan hempedu, sememangnya ada batu2 kecil dalam hempedu aku. Aku doakan korang2 tak kena la penyakit ni sebab kesakitnya, Ya Allah, tak tertahan. Duduk salah, baring salah. Semua benda tak kena. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada aku. Afterall, sakitkan penghapus dosa. Maka redhalah.
No comments:
Post a Comment