My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 22 July 2015

Aku dan Atkins - Back To Normal

Selamat Hari Raya Semua.

Dah puas makan lemang, rendang dan benda2 lain yang menggemukkan? Aku dah...hahahaha.

Jadi, dengan kuasa membebel yang aku ada, jom kita start atkins balik. Tapi nak mula kan semula menu2 atkins, memang kembang tekak aku..tapi biasanya akan rasa macam tu dalam tempoh 2 minggu (kiranya waktu induction), tapi lepas dari tempoh tu kau memang akan jadi biasa.

Nak tengok ape menu atkins aku?



Ayam Panggang, Sayur2, telur, teh hijau. Standard menu la tu.

Tapi kali ni ada tambahan menu. Nampak yang putih tu? Tu namanya homemade mayonis. Haaa, kau hado. Nak tau cara2 buat mayonis?

Resepi Homemade Mayonis

Aku nak share resepi mayonis yang lulus atkins. Tak payah la korang buang duit beli kt kedai sebab mayonis kat kedai pun tak tentu lulus atkins atau tak.


Bahan-bahan:

1 biji telur
3/4 cawan minyak
2 sudu cuka
Garam
Stevia

Cara-cara:

Masukkan telur, 1 sudu cuka dan 2 sudu minyak dalam blender, dan blend
Bila dah sebati, tambah lagi 1 sudu cuka dan 2 sudu minyak, stevia dan garam secukup rasa, blend lagi
Next masukkan 2 sudu minyak dan blend
Ulang step ni sampai semua minyak habis
Kena blend minyak sikit2 takut mayonis tak menjadi
Blend sampai jadi warna putih
Kemudian masuk dalam peti ais

Mayonis ni tahan dalam tempoh seminggu
Kalau suka kan kelainan boleh la tambah lada hitam ke, serbuk cili ke masa blend mayonis. Kita yang buat dia kan. Selamat Mencuba.

Saturday, 11 July 2015

Trip ke Pulau Perhentian

Sebelum bulan puasa hari tu. Which ketika itu cuti sekolah, last minute plan, kitorang satu family decide nak pergi pulau perhentian. Mulanya nak naik cruise ke krabi, tapi ubah plan sebab passport adik aku hilang. 

Tripnya 3 hari 2 malam. Bertolak dari KL jam 3 pagi sebab kami nak kena kejar feri jam 10 pagi. Feri nya nak kena amik di Kuala Besut, Terengganu. Kira gerak pukul 3 pagi tu, memang ngam ngam sampai jeti Kuala Besut. Bawak kereta pun tak pecut sangat la. Lagi pulak lebuh raya pantai timur 2 dah beroperasi, perjalanan lagi mudah la. Cumanya nasihat aku, selalu la perhatikan meter minyak tu. Sebabnya sepanjang LPT2 tu memang tak ada stesen minyak. Kalau minyak habis kena keluar di mana2 persimpangan, isi minyak dan masuk highway balik. Bagi yang tak tahan drive jauh ni, boleh saja naik flight turun di airport Kota Bharu. Lebih dekat ke jeti berbanding airport Terengganu.

Sampai je di jeti, memang tak sempat nak sarapan. Perut dah berkeroncong. Terus register untuk naik feri. Pakej kami ni kami amik siap dari hotel, makan, snorkeling dan feri pergi balik. Anggaran kos dalam RM500 seorang. Ni pun bilik berkongsi sebilik 5 orang. Agak mahal sebab cuti sekolah kan. Tapi mak belanja sebab dia nak sangat bercuti satu family. Kami anak2 ni tengah sengkek...hihi.

Sebelum bertolak naik feri, sempat la beli mihun bungkus dengan kuih muih untuk isi perut. Berapa harga bihun? RM1 sebungkus. Memang tak dapat la kat KL. Sebelum naik feri, kena bayar yuran taman marin dulu, RM5 seorang. Tak bayar tak boleh masuk pulau. Kaunternya ada dalam jeti, sebelum masuk memang nampak kaunter dah.

Masa nak naik feri, aku ingat feri la, macam yang nak pergi tioman. Rupanya bot. Bot yang boleh memuatkan dalam 10 ke 15 orang rasanya. Perjalanan nak ke resort amik masa dalam 40 minit. Syok la naik bot sambil ditiup angin laut. Kami duduk di resort Arwana

Sampai saja di resort, kami terus check in, masukkan barang dalam bilik, dan terus turun makan. Makanan dekat arwana ni, bagi aku tak best..huhu..tak banyak pilih, tak sedap, lambat topup, air rasa macam air paip. Kesimpulannya dari segi makanan memang aku tak puas hati. Untuk pakej ni kami dapat 2 meal untuk breakfast, 2 lunch dan 2 dinner (1 biasa 1 bbq).




Lepas makan, bermula la trip snorkeling kami. Dalam pakej ni, ada dua trip snorkeling, satu waktu petang masa sampai, satu lagi pagi esoknya. Yang bab snorkeling aku boleh puji sebab laut sangatttttt cantik. Air warna hijau, dan banyak tempat menarik nak dilihat. Untuk first day ni, selain tengok coral, kami juga berpeluang tengok penyu. Aku dari atas bot, bila abg bot kata ada penyu, terus aku lompat dalam laut..hahaha..tapi maaf la, aku takde gopro nak tangkap gambar penyu. Tapi memang kelakar sebab bukan aku sorang je teruja macam tu. Bila kata ada je penyu, semua orang dari bot2 lain pun terjun dalam laut. Ada satu part tu, penyu tu sendiri naik atas dasar. Nampak la muncung dia.

Hari kedua snorkeling plak, kami di bawa tengok ikan yu. Nak tau rasa macam mana jumpa ikan yu? gegar lutut beb..haha...Masa tengok yu tu, abg bot cakap, ikut dia kalau nak tengok yu, aku pun ikut la. Tapi disebabkan tahap berenang aku sangat slow, aku tinggal la sorang2 kat tengah laut tu. Jadi kau rasa, ikan yu tu berminat dekat dengan orang ramai2 ke, dekat aku yang sorang2 ni. Harus la ikan yu tu cari aku. Lebih kurang 5 ekor kot ikan yu aku jumpa, selamba je berenang tepi aku. Aku berdoa je semoga ikan yu tu tak berselera tengok aku.

Balik dari snorkeling, kami terus terjun dalam swimming pool dekat resort. Syok sungguh sebab dapat mandi air sejuk. Itu je pun aktiviti yang korang boleh buat dekat perhentian. Ada la aktiviti lain macam nak diving ke, nak jungle tracking ke. Tapi kami ni lebih prefer nak melepak tepi pantai sambil bersembang. Memang syok.

Bagi pencinta alam, aku memang galakkan korang pergi ke Pulau Perhentian. Pasti puas hati. 













Thursday, 9 July 2015

Second Trial - 21 hari Delay Period

Bila dah masuk 21 hari delay period dan tak ada tanda-tanda mengandung pun macam sakit breast, mual2 or sewaktu dengannya. Jadi aku confirm rasa aku tak pregnant dan masalah PCOS aku muncul semula. Aku beranggapan jadi macam ni sebab aku start makan nasi sepanjang bulan puasa ni. Sehingga la pada suatu pagi yang hening..huhu..masa bangun nak sediakan sahur, yang aku perasan aku duduk tepi tingkat. Rumah aku ni tingkat 8, jadi angin subuh tu memang kuat la. Tiba2 badan aku berangin dan aku rasa nak muntah. Memang aku terus muntah angin la lepas tu. Tiba-tiba aku terfikir, aku pregnant ke? Disebabkan aku masih ada UPT 80 sen yang aku beli borong hari tu, aku pun terus cuba pakai. Hasilnya..




Dalam hati aku dah berbunga2 dah. Positif ke ni? Tapi aku jadi pelik pulak. Kalau korang perasan dekat gambar tu, Line Test jauh lagi pekat dari Line Control. Korang tahu tak maksud line test dengan line control tu? Line control, line yang akan keluar even kau mengandung atau tak. Line test tu plak indicator yang bagitau kau mengandung atau tak. Dalam gambar ni, sepatutnya yang belah kiri adalah control line, yang kanan test line. Ikutkan gambar ni jugak, bermaksud aku mengandung la.

Disebabkan aku tak puas hati dengan result UPT murah tu, esoknye aku pergi beli Clear Blue. Habis RM40 duit aku. Aku tunggu subuh esoknye sebab aku nak pastikan waktu yang betul2 level hcg tinggi. Hasilnye... 


Aku tak mengandung. Aku lebih percaya kan CB ni la sebabkan harga nya yang berganda dari UPT 80 sen tu. Jadi aku amik gambar upt murah tu dan aku tanya dekat orang yang jual UPT ni. Jawapannya, UPT tu rosak sebab upt tu terbalik. Dan resultnya tak boleh digunakan. In this case, korang boleh mintak orang yang jual tu, gantikan balik UPT korang. 

Aku yang tak puas hati, cuba lagi UPT murah tu sebab nak tengok berapa banyak lagi yg rosak. Hasilnya...


4 UPT yang rosak

Kepada penjual UPT, jangan la buat macam ni, kesian kan la kepada kami2 yang teringin nak anak ni. Sedih kot kalau diberi harapan palsu macam ni. Memang aku down selepas kejadian ni. Nak luah kat sapa pun tak tahu. Cerita kat suami, dia boleh nasihat sepaham dia la, dia pun bukan perempuan yang faham hati perempuan. Akhirnya aku cari kawan aku yang ada masalah PCOS juga untuk share perasaan. Rupanya dia pun tengah bersedih. Lepas je sesi luahan perasaan. Baru hati aku ni lega.

Tak lama lepas tu, period aku pun dah datang. Kira nya untuk second trial, memang tak berjaya la. Tunggu kan pula hasil cubaan #misibuatbaby yang akan datang. Akhir kata, maju baby untuk negara.

Physiotherapy di Klinik Presint 9, Putrajaya

Kesah fisio misio ni bermula selepas aku balik kinabalu hari tu. Aku ni memang dah ada masalah lutut sejak tahun 2013. Masa tu aku rasa punca sakit lutut sebab aku obese dan dalam masa yang sama aku aktif jugak. Tapi sejak 2013 tu sakit aku on off, bila buat aktiviti baru sakit, sakit la dalam 2 minggu lepas tu lega. Ada satu tahap yang sangat kritikal, masa tu aku baru habis OBS (Outward Bound School), nak buang air mencangkung pun mengalir air mata. Sampai satu tahap, aku duduk je atas toilet cangkung tu sebab memang tak boleh bengkok langsung lutut aku.

Jadinya berterusan la sakit tu, on off sampai la aku naik Kinabalu hari tu. Seperti yang dijangka, lutut aku memang merana la lepas turun je dari Kinabalu tu. Bila balik ke KL, sakit aku tak surut2. Naik turun tangga sakit, jogging lagi la sakit sangat. So aku decide pergi klinik nak check. Aku pergi ke Klinik Presint 9. Bila jumpa doktor, dia suruh aku lurus bengkok kan kaki, dengar la bunyi lutut aku, krup krap krup krap. Apa lagi, doktor suruh xray.

 (gambar ehsan google)

Lebih kurang macam ni la rupa lutut aku. Lutut yang normal, sepatutnya ada renggang antara tulang tu. Jadi doktor sahkan aku ada arthritis. Sedihnye, muda2 dah kena penyakit orang tua. Takde ubat pun nk cure benda ni. Tapi boleh la makan suppliment Glucosamine. Sambil tu aku kena buat physio. 

Lepas je dari bilik doktor, terus pergi ke Depart. Rehab untuk buat appointment physio. Dalam sebulan juga la appointment aku. Masa hari appointment, pkl 8 aku dah sampai. Tak ramai sangat pun patient, lebih kurang dalam 3 4 orang je yang aku perasan.

Tak lama pun tunggu, nama aku dipanggil. Disebabkan ni first time aku physio, kena interview dulu la. Sakit kat mana? Level sakit macam mana? Pernah jatuh tak? Pernah obese tak? Puas dah kena interview, mula la sesi physio. Aku tak tau nak panggil orang yang buat physio ni apa? Doktor ke? Tapi memang muda sangat la pulak doktor nye.

Sesi physio bermula dengan guna satu alat ni. Ada pad yang dipasang pada lutut aku. Lepas tu dia akan pasang alat tu, dan aku boleh rasa kena aliran elektrik dekat pad tu. Kata nya tujuan buat benda tu untuk merangsang otot kat kawasan lutut tu. Kira salah satu langkah pemulihan la.

Gambar ni aku tengah berlunjur sambil dikenakan renjatan letrik. Bunyi macam terseksa je tapi sebenarnya aku tengah enjoy tak yah pikir pasal kerja..hihi

Settle kena renjat dalam 20 minit, sambung naik basikal pulak. Basikal ni ala2 macam dekat gym. Tapi dekat screen tu ada rekod kaki mana yang kita guna lebih, strength level kita dan lain2 info mcm jumlah distant dan calories burned.  Untuk yang ni pun kena buat dalam 20min. Terasa sengal juga la lutut aku buat benda ni.

Dua benda ni je aku kena buat dalam first sesi physio ni. Doktor tu ajar beberapa exercise yang aku boleh buat dekat rumah nanti contohnya duduk sambil lunjurkan kaki selama 10 saat atau baring sambil tegangkan kaki.

Jadi begitu lah cerita first physio therapy aku. Next session aku akan update lagi.