Kesah fisio misio ni bermula selepas aku balik kinabalu hari tu. Aku ni memang dah ada masalah lutut sejak tahun 2013. Masa tu aku rasa punca sakit lutut sebab aku obese dan dalam masa yang sama aku aktif jugak. Tapi sejak 2013 tu sakit aku on off, bila buat aktiviti baru sakit, sakit la dalam 2 minggu lepas tu lega. Ada satu tahap yang sangat kritikal, masa tu aku baru habis OBS (Outward Bound School), nak buang air mencangkung pun mengalir air mata. Sampai satu tahap, aku duduk je atas toilet cangkung tu sebab memang tak boleh bengkok langsung lutut aku.
Jadinya berterusan la sakit tu, on off sampai la aku naik Kinabalu hari tu. Seperti yang dijangka, lutut aku memang merana la lepas turun je dari Kinabalu tu. Bila balik ke KL, sakit aku tak surut2. Naik turun tangga sakit, jogging lagi la sakit sangat. So aku decide pergi klinik nak check. Aku pergi ke Klinik Presint 9. Bila jumpa doktor, dia suruh aku lurus bengkok kan kaki, dengar la bunyi lutut aku, krup krap krup krap. Apa lagi, doktor suruh xray.
(gambar ehsan google)
Lebih kurang macam ni la rupa lutut aku. Lutut yang normal, sepatutnya ada renggang antara tulang tu. Jadi doktor sahkan aku ada arthritis. Sedihnye, muda2 dah kena penyakit orang tua. Takde ubat pun nk cure benda ni. Tapi boleh la makan suppliment Glucosamine. Sambil tu aku kena buat physio.
Lepas je dari bilik doktor, terus pergi ke Depart. Rehab untuk buat appointment physio. Dalam sebulan juga la appointment aku. Masa hari appointment, pkl 8 aku dah sampai. Tak ramai sangat pun patient, lebih kurang dalam 3 4 orang je yang aku perasan.
Tak lama pun tunggu, nama aku dipanggil. Disebabkan ni first time aku physio, kena interview dulu la. Sakit kat mana? Level sakit macam mana? Pernah jatuh tak? Pernah obese tak? Puas dah kena interview, mula la sesi physio. Aku tak tau nak panggil orang yang buat physio ni apa? Doktor ke? Tapi memang muda sangat la pulak doktor nye.
Sesi physio bermula dengan guna satu alat ni. Ada pad yang dipasang pada lutut aku. Lepas tu dia akan pasang alat tu, dan aku boleh rasa kena aliran elektrik dekat pad tu. Kata nya tujuan buat benda tu untuk merangsang otot kat kawasan lutut tu. Kira salah satu langkah pemulihan la.
Gambar ni aku tengah berlunjur sambil dikenakan renjatan letrik. Bunyi macam terseksa je tapi sebenarnya aku tengah enjoy tak yah pikir pasal kerja..hihi
Settle kena renjat dalam 20 minit, sambung naik basikal pulak. Basikal ni ala2 macam dekat gym. Tapi dekat screen tu ada rekod kaki mana yang kita guna lebih, strength level kita dan lain2 info mcm jumlah distant dan calories burned. Untuk yang ni pun kena buat dalam 20min. Terasa sengal juga la lutut aku buat benda ni.
Dua benda ni je aku kena buat dalam first sesi physio ni. Doktor tu ajar beberapa exercise yang aku boleh buat dekat rumah nanti contohnya duduk sambil lunjurkan kaki selama 10 saat atau baring sambil tegangkan kaki.
Jadi begitu lah cerita first physio therapy aku. Next session aku akan update lagi.

No comments:
Post a Comment