My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Saturday, 11 July 2015

Trip ke Pulau Perhentian

Sebelum bulan puasa hari tu. Which ketika itu cuti sekolah, last minute plan, kitorang satu family decide nak pergi pulau perhentian. Mulanya nak naik cruise ke krabi, tapi ubah plan sebab passport adik aku hilang. 

Tripnya 3 hari 2 malam. Bertolak dari KL jam 3 pagi sebab kami nak kena kejar feri jam 10 pagi. Feri nya nak kena amik di Kuala Besut, Terengganu. Kira gerak pukul 3 pagi tu, memang ngam ngam sampai jeti Kuala Besut. Bawak kereta pun tak pecut sangat la. Lagi pulak lebuh raya pantai timur 2 dah beroperasi, perjalanan lagi mudah la. Cumanya nasihat aku, selalu la perhatikan meter minyak tu. Sebabnya sepanjang LPT2 tu memang tak ada stesen minyak. Kalau minyak habis kena keluar di mana2 persimpangan, isi minyak dan masuk highway balik. Bagi yang tak tahan drive jauh ni, boleh saja naik flight turun di airport Kota Bharu. Lebih dekat ke jeti berbanding airport Terengganu.

Sampai je di jeti, memang tak sempat nak sarapan. Perut dah berkeroncong. Terus register untuk naik feri. Pakej kami ni kami amik siap dari hotel, makan, snorkeling dan feri pergi balik. Anggaran kos dalam RM500 seorang. Ni pun bilik berkongsi sebilik 5 orang. Agak mahal sebab cuti sekolah kan. Tapi mak belanja sebab dia nak sangat bercuti satu family. Kami anak2 ni tengah sengkek...hihi.

Sebelum bertolak naik feri, sempat la beli mihun bungkus dengan kuih muih untuk isi perut. Berapa harga bihun? RM1 sebungkus. Memang tak dapat la kat KL. Sebelum naik feri, kena bayar yuran taman marin dulu, RM5 seorang. Tak bayar tak boleh masuk pulau. Kaunternya ada dalam jeti, sebelum masuk memang nampak kaunter dah.

Masa nak naik feri, aku ingat feri la, macam yang nak pergi tioman. Rupanya bot. Bot yang boleh memuatkan dalam 10 ke 15 orang rasanya. Perjalanan nak ke resort amik masa dalam 40 minit. Syok la naik bot sambil ditiup angin laut. Kami duduk di resort Arwana

Sampai saja di resort, kami terus check in, masukkan barang dalam bilik, dan terus turun makan. Makanan dekat arwana ni, bagi aku tak best..huhu..tak banyak pilih, tak sedap, lambat topup, air rasa macam air paip. Kesimpulannya dari segi makanan memang aku tak puas hati. Untuk pakej ni kami dapat 2 meal untuk breakfast, 2 lunch dan 2 dinner (1 biasa 1 bbq).




Lepas makan, bermula la trip snorkeling kami. Dalam pakej ni, ada dua trip snorkeling, satu waktu petang masa sampai, satu lagi pagi esoknya. Yang bab snorkeling aku boleh puji sebab laut sangatttttt cantik. Air warna hijau, dan banyak tempat menarik nak dilihat. Untuk first day ni, selain tengok coral, kami juga berpeluang tengok penyu. Aku dari atas bot, bila abg bot kata ada penyu, terus aku lompat dalam laut..hahaha..tapi maaf la, aku takde gopro nak tangkap gambar penyu. Tapi memang kelakar sebab bukan aku sorang je teruja macam tu. Bila kata ada je penyu, semua orang dari bot2 lain pun terjun dalam laut. Ada satu part tu, penyu tu sendiri naik atas dasar. Nampak la muncung dia.

Hari kedua snorkeling plak, kami di bawa tengok ikan yu. Nak tau rasa macam mana jumpa ikan yu? gegar lutut beb..haha...Masa tengok yu tu, abg bot cakap, ikut dia kalau nak tengok yu, aku pun ikut la. Tapi disebabkan tahap berenang aku sangat slow, aku tinggal la sorang2 kat tengah laut tu. Jadi kau rasa, ikan yu tu berminat dekat dengan orang ramai2 ke, dekat aku yang sorang2 ni. Harus la ikan yu tu cari aku. Lebih kurang 5 ekor kot ikan yu aku jumpa, selamba je berenang tepi aku. Aku berdoa je semoga ikan yu tu tak berselera tengok aku.

Balik dari snorkeling, kami terus terjun dalam swimming pool dekat resort. Syok sungguh sebab dapat mandi air sejuk. Itu je pun aktiviti yang korang boleh buat dekat perhentian. Ada la aktiviti lain macam nak diving ke, nak jungle tracking ke. Tapi kami ni lebih prefer nak melepak tepi pantai sambil bersembang. Memang syok.

Bagi pencinta alam, aku memang galakkan korang pergi ke Pulau Perhentian. Pasti puas hati. 













No comments:

Post a Comment