Sempena cuti panjang masa krismas, mak aku dah request siap2 nak pergi Kuala Selangor. Katanya kesian kat adik aku tak pergi mana cuti sekolah ni. Bila bincang dengan encik suami, mulanya kata nak ikut, last minit tukar plan, dia tak nak ikut sebab kerja banyak sangat. Lagipun, dia nak alone time tanpa aku (ceh...halau bini nampak).
Makanya, aku dengan mak dan adik aku pun bergerak la ke Kuala Selangor. Perjalanan dari KL ke Kuala Selangor tak lah jauh mana. Hanya 1 jam lebih menggunakan lebuhraya LATAR. Sampai saja di Kuala Selangor kami terus menuju ke Taman Alam Kuala Selangor. Ramai jugak orang untuk kawasan yang tak begitu popular ni. Sampai2 kami terus menuju ke kaunter tiket. Ingatkan tiket apa, rupanya tiket naik trem.
Harga tiket dalam RM5 seorang, jadi kami terus beli. Trem ni akan berjalan dari Taman Alam membawa ke Bukit Melawati. Jadi kami terus ke Bukit Melawati. Kebetulan masa kami datang, orang nak solat Jumaat. Maka muzium dekat Bukit Melawati tu ditutup. Jadi kami hanya berjalan dan tengok pemandangan saja la di atas bukit tu. Kat atas bukit Melawati ada banyak monyet dan lotong. Hati2 la. Sebab monyet2 di situ memang berani nak dekat dengan kau. Aku dan mak aku hampir diserang masa nak masuk toilet. Aku yang nak terkencing pun, tangguhkan niat dulu. Kena terkam dengan monyet masa kencing tak pasal pulak aku. Tak memasai masuk paper plak.
Kemudian, kami naik semula trem untuk turun ke Taman Alam. Dekat taman Alam ada Taman Ikan Air Tawar. Pusing-pusing sikit, aku dah boring. Serius cakap, tolong la Majlis Daerah or sapa2 la yang jaga Kuala Selangor, tolong la jaga kawasan korang ni. Nampak sangat tak maintain. Dengan semaknya, kawasan yang kotor, memang sedih. Macam mana nak jadikan Kuala Selangor ni tempat pelancongan, tempat2 basic macam toilet, surau pun korang tak boleh cuci. Apatah lagi akuariumnya. Sampai ikan pun dah tak nampak. For me, Kuala Selongar memang bukan tempat korang nak bercuti la..selagi tak ada tindakan pembaikan dibuat.
Lepas settle berjalan2, kami terus cari hotel. Tengok, trip ni memang aku panggil trip redah. Aku cuma pesan kat mak aku, bawak je baju siap2. Kalau ada hotel, kita tidur. Kalau xde, kita balik je. Alhamdulillah, ada hotel yang kosong. Tapi tak heran la kan, ramai ke nak datang Kuala Selangor? Dengan tempat yang tak berjaga ni?
Tapi untuk hotel ni, Nora bagi berbintang-bintang sebanyak kelip kelip yang ada kat Kuala Selangor. Nama hotel ni Sealion (Firefly concept Hotel). Ingatkan apa yang firefly concept nye, kapal terbang firefly ke?hahaha...rupa-rupanya....
syok betul weh, dekat bumbung bilik hotel, dia letak lampu macam kelip kelip. dan lampu ni berkelip kelip la ye. Jadi bila tidur, kau akan rasa seperti ditemani encik kelip kelip. I like gitew.
Selepas berehat sekejap, petangnya kami pun bergerak nak makan seafood. Orang kata kedai Aroma Ikan Bakar tempat yang paling sedap kat Kuala Selangor ni. Jadi mari kita kasi teray. Dalam perjalanan kami singgah dulu pekena Mee Udang Banjir. Rasanya.....so so..tak sedap sangat la.
Sampai saja di Aroma Ikan Bakar, mak ai..semua meja penuh terutama yang mengadap laut. Ada meja mengadap laut yang menggunakan konsep bamboo. Tapi kena tambah duit ye dalam RM10 - RM20. Memang teringin nak makan dekat situ, malangnya dah penuh. Masalahnya aku datang dalam pukul 6 kot. Pukul berapa orang2 ni datang weh.
Disebabkan perut kitorang masih kenyang makan mee udang tadi (makan 1 mangkuk kongsi bertiga je pun), kami layan sunset dulu.
Settle semua, terus cari meja. Memang dapat meja bukan ngadap laut la, ngadap jalan. Tak kesah la. Lepas dapatkan meja baru boleh pergi pilih makanan. Nak pilih makanan kena beratur pulak. Ok, konsepnye, pilih bahan2 mentah, bagitau nak masak apa, then bagi no meja. Kalau dah order, tak boleh tukar meja dah. Harap mahap. Tu pesanan owner kedai.
Tunggu punya tunggu, agak lambat jugak la service dia, Akhirnya sampai. Rasa macam mana? Ermmm...malas la cakap. Buat sedih je. Nasi pun aku makan secubit je sebab keras. Terus aku rasa sangat merindui makanan seafood dekat Sarawak. Kat Sarawak pun aku makan sampai nak menangis, tapi bukan menangis sedih, menangis sedap sangat. Teringat2 aku dekat ikan masak merah campur mangga...perghhhh...nangis.
Selesai makan, kami terus ke Kampung Kuantan. Dah kenapa sampai kuantan. Idak le, Kampung Kuantan di Kuala Selangor jugak. Kat sini kami nak tengok kelip kelip yang famous dekat Kuala Selangor ni. Beratur agak panjang jugak la. Satu bot bayarannya RM50 dan boleh naik 4 orang saja. Aku punya semangat la beratur. Sampai je turn kitorang...hujaaannnn...Nangis lagi. Tapi kami naik jugak la sebab hujan tak lebat mana. Tapi yang tak best nye, kelip kelip pun ramai la yang menyorok. Dapat la tengok 2 3 ekor kelip kelip. Nampaknya nasib kami memang tak berapa cun la untuk trip kali ni.
Selepas kecewa tak dapat layan kelip kelip, kami pun pulang ke hotel dan layan kelip kelip dalam bilik je la...
Esok pagi2, lepas saja check out dan breakfast, kami terus ke Pasar Basah Pasir Penambang. Kalau dah sampai Kuala Selangor, rugi la tak beli makanan laut fresh kan. Memang ikan, udang, ketam semua nampak fresh, tapi dari segi harga, tak murah la..lebih kurang harga di KL je. Nak murah pegi sabah la weh..
Akhirnya, selepas puas bershopping, kami pun pulang ke rumah manisku. Maka berakhirla percutian singkat kami di Kuala Selangor. Bagi yang tak pernah pergi, boleh la nak merasa pergi. Tapi sebab aku dah pernah pergi ni, tak mau dah pergi lagi...daaa
p.s: Balik rumah masak butter prawn hasil tangkapan kat pasar tadi. Ternyata masakan aku lagi sedap dari kedai makan kat Kuala Selangor tu. Nyum nyum...nak order meh datang rumah..hihi
No comments:
Post a Comment