Akhirnya setelah 3 tahun aku berTTC, baru ni aku berjaya buat HSG. Sepatutnya masa aku jumpa doktor Adilah (Hospital Pantai) masa tahun 2014, aku dah kena buat HSG. Nak jadi cerita, aku mengandung dan terus tak jadi nak buat HSG. Lepas je keguguran sepatutnya aku kena buat balik la HSG tu. Tapi dengan borang HSG nya hilang, mood nk berTTC pun hilang, akhirnya aku postpone dulu hasrat nak buat HSG.
Bila sekarang aku dah refer dengan LPPKN, maka kena la lalu procedure HSG. Dalam hati memang dah risau je la, mana tau tiub falopio aku ni tersumbat. Kemungkinan tu ada sebab masa aku pregnant hari tu pun, aku di suspect mengandung luar rahim. Jadi untuk menentukan keadaan sebenar2 nya, memang kena buat HSG.
Setelah buat appointment pada hari pertama period, aku dapat tarikh HSG pada 17 Disember 2015. LPPKN memang nak aku buat HSG dekat Hospital Tawakal. Dan disebabkan itu la aku tertangguh nak HSG untuk 1 cycle sebab masa first cycle, appointment di Hospital Tawakal dah penuh.
Pada hari kejadian, aku mintak tolong mak aku temankan. Malas nak kacau encik suami sebab dia susah nak cuti. Lagipun mak aku dah pencen, sentiasa senang nak ajak ke mana. Appoinment pukul 1030, tapi 945 aku dah sampai hospital. Masa aku sampai tu, orang yang appoinmt pukul 10 pun baru sampai..hihi.
Bagi borang yang LPPKN kasi, register di kaunter Imaging Department (lokasi nya di tingkat bawah Hospital Tawakal ye, bagi yang nak pergi nanti). Jadi aku hanya menunggu nama di panggil. Lama juga tunggu, dalam pukul 11 baru sampai turn aku.
Sebelum masuk dalam xray room, pegawai radiology tu explain semua procedure untuk proses HSG, siap bagi tahu tahap sakit lagi...risau sungguh aku. Melalui pembacaan aku, ramai blogger kata rasa sakit macam period pain. Aku cuba la nak menyelami perasaan tu sebab aku ni memang jarang nak kena period pain, near to zero.
Masuk saja, tukar baju yang disediakan, hanya boleh pakai baju dalam dan tudung, kemudian baring atas meja xray. Dia akan tangkap gambar xray sebelum procedure HSG dulu. Then tunggu pulak doktor datang. Nama doktor nya, Dr. Fatimah. Interview aku sikit, kahwin dah berapa lama, dulu gugur ada buat DNC tak, period ok tak. Then continue kepada procedure HSG. Sedia maklum la apa kena buat kan (segan nak cerita). Tapi rasanya, perghhh, sakit weh. Aku ni kiranya tahan sakit jugak la, tapi ni memang sakit weh. DNC dulu pun tak sakit macam ni. Tapi macam biasa la, jangan keraskan badan, aku cuba relax, selawat banyak. Aku kalau buat procedure kat bahagian bawah2 tu, aku cuba tarik nafas pelan2, hembus pelan. Cuba lembutkan badan sehabis baik.
Lepas dia masukkan dye dalam rahim aku, then boleh nampak dari screen, tiub falopio aku. Kanan dan kiri. Doktor kata, tiub aku ok. Alhamdulillah, lega seleganya. Tapi apa2 pun, masih kena bawak result ke LPPKN dan tunggu apa penerangan doktor nanti.
Selesai dia keluarkan alat2 dari badan aku. Aku kena baring lagi dalam 30 minit untuk tangkap gambar lagi sekali. Selesai semua, radiologist tu ada bagi pad untuk pakai, takut2 ada darah. Ada toilet dalam bilik tu untuk kau cuci apa yang patut. Memang keluar darah masa buang air, tapi lepas tu, tak ada darah dah.
Selesai tunggu diluar untuk dapatkan gambar xray dan buat bayaran. Total untuk HSG ni macam resit kat bawah ni ye.
Pesanan untuk yang bakal buat HSG, jangan takut. Memang sakit tapi kalau itu la kau kena buat untuk pastikan kau sihat. Tahan je la. Banyak2kan berselawat dan just relax. Good Luck semua bakal2 mommies.
dah naik harga HSG. tahun 2013 baru rm180 kat tawakal...
ReplyDeleteinsyaAllah semoga dipermudahkan perjalanan TTC awak
Itu la, kasi pejam mata je bayar..huhu
ReplyDeleteTq sis
I just did hsg kat hospital tawakal jln pahang, minggu lepas (24/1/18) The cost is rm260. Bagi yang tak nak sakit sangat saya rasa boleh la pergi tawakal kpj jln phng ni. Ini pengalaman saya. Doktor Syarina yg buat prosedur. Dr.Sharina is very cool and setiap kali masa tengah buat prosedur, dia tanya "ok tak"..macam dia nak kurangkan nervous. Saya langsung tak rass sakit..sikit pun tak de. Just kurang senang bila instrumen dimasukkan sampai cervix. I tak perasan pun bila dia pancut dye. Serious ni..So apa yang kita baca kat forum/blog memang tak sama.
ReplyDeleteGynae yang rawat saya di hospital pantai bangsar,memang suruh saya buat dengan dr.fatimah. dia tak nak saya buat dgn doktor lain
DeleteThank You and that i have a tremendous offer: How To House Renovation home renovation planning
ReplyDelete