My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 30 April 2014

Penyakit Oh Penyakit

Senarai penyakit-penyakit yang aku ada:

  1. PCOS
  2. Hypertension
  3. Eczema
  4. Obesity
  5. Thyroid (baru dapat dan masih dalam pemeriksaan doktor)

Ubatan dan suppliment yang aku ambil:

  1. Ubat darah tinggi
  2. Asid Folic
  3. Shatavari, Himalaya 

Langkah-langkah aku ambil untuk kurus/pregnant/sihat :

  1. Check up doktor tiap 6 bulan untuk darah tinggi
  2. Diet atkins untuk kurangkan berat
  3. BBT, OPK untuk pregnancy

Aku dan Gemuk

Cerita aku dan gemuk ni memang tak boleh dipisahkan. Tapi aku ni bukan la dilahirkan gemuk, berat badan aku normal sampai la aku habis tingkatan 5. Habis je SPM, aku tak tau kenapa, berat badan aku naik mendadak sampai la aku dah kahwin. Rasanya pernah mencecah 88kg dengan ketinggian 155 cm selepas setahun aku kahwin. Aku sangat tak suka kalau gemuk ni, so memang aku selalu diet, dah berapa kali diet dan turunkan berat tapi biasanya tak istiqamah. Akhirnya akan bertambah lagi berat aku. 

Cubaan pertama aku diet adalah masa tahun 2008. Masa mula-mula diet tu berat aku 68kg. Aku sentiasa rasa aku tak kuat makan, tapi bila aku consult dengan dietitian rasanya aku memang makan makanan tak berkhasiat. Sarapan makan nasi lemak, tengah hari makan nasi lagi, malam makan lagi. Tu tak termasuk coklat dan manisan-manisan lain, aku memang suka makan manis, maka lagi berat la badan aku. Jadi aku mula la diet 2008 tu sampai la 2009 dan aku berjaya turunkan berat sebanyak 12kg. Happy gila la dah kurus. Masa kurus tu la aku berkenalan dengan encik suami. Masa tu dia pun slim melim. Tapi sejak mula berkenalan, badan aku mula naik balik. mungkin sebab happy dan selalu makan masa dating. Sampai la aku kawin tahun 2011, berat aku dah jadi 68kg balik. Bila dah kahwin, bertambah lagi berat aku. Mungkin sebab dulu aku tak makan malam, dah kawin ni kena la sediakan makanan untuk suami. Selama 3 tahun aku kahwin, terkini berat aku dah mencecah 78kg. Berat badan aku ni bukan saja disumbangkan oleh portion makanan yang aku ambil, tapi sebab penyakit yang aku ada iaitu PCOS. 

Dalam usaha aku untuk menurunkan berat badan, macam-macam usaha aku dah buat. Diet kalori la, bersenam la, memang tak jalan sebab aku tak istiqamah. Melalui group PCOS yang aku join dekat FB, aku baru tahu yang diet low carb antara yang terbaik untuk pesakit PCOS. Maka, bermula 8 April 2014, dengan azam yang jitu dan kurus dan seterusnya pregnant, aku tak pikir panjang, terus amalkan diet atkins ni. Maka terhasil lah blog ini, untuk berkongsi perjalanan hidup aku dalam menguruskan badan dan akhirnya untuk mengandung. Doa-doa dari kalian semua sangat-sangat aku harapkan.

Tekanan Darah Tinggi



First time check, masa tu belajar lagi, BP aku lebih kurang 130/90, masa tu dalam umur 22 kot. Doktor terkejut la, muda lagi tekanan darah dah tinggi. Tapi sebab baru lagi detect, tak de ubat pun yang makan. So sejak hari tu, aku selalu sakit belakang leher. Kalau check BP, kompem 130/90 ke atas.

Post sebelum ini aku ada cerita pasal doktor Az-Zahra yang suruh stabilkan tekanan darahkan. So selepas daripada tu, aku tak buat apa-apa pun, tiap kali jumpa doktor kalau sakit leher, doktor akan suruh makan ubat. Bila cerita pasal ni kat mak aku atau kat orang-orang lain, mesti semua suruh cara traditional, jangan makan ubat. Kalau makan ubat, kena makan seumur hidup, nanti sakit buah pinggang la, macam-macam la, sampai aku takut nak ikut advice doktor suruh makan ubat. Kesian doktor tu, penat dia belajar susah-susah, aku tak nak dengar advice dia, dengan cakap orang-orang lain pulak. So aku cuba la cara traditional, minum misai kucing la, makan tunjuk langit la, akhirnya sama jugak..rasanya tiap bulan mesti aku sakit kepala.

Akhirnya, yang membuatkan aku ambil keputusan nak makan ubat bila aku jumpa doktor dekat rumah aku. Doktor cakap "awak kena makan ubat, bahaya kalau tak makan ubat, mungkin awak akan mati cepat kalau makan ubat tapi maybe dalam umur awak 60 ke 70, tapi kalau awak tak makan ubat, mungkin awak boleh mati dalam umur 35 tahun sebab darah tinggi boleh akibatkan sakit jantung dan penyakit-penyakit lain". So aku agak tersentap, dah namanya sakit, sibuk tak nak makan ubat. Walaupun hidup mati tu di tangan Allah, sekurang-kurangnya aku kena berusaha nak jadi sihat.

So aku rujuk ke klinik kerajaan, seperti biasa tekanan darah aku sentiasa tinggi. Masa check up tu aku rasa BP aku dah 150/100 kot. Jadi doktor tanpa ragu-ragu suruh aku makan ubat tapi dos yang rendah, 5mg. Aku pasrah je la. Nak sihat punya pasal, lagipun aku kan nak pregnant. Makanya, seumur hidupku akan bergantung pada ubat ni. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, lepas makan ubat aku dah tak sakit-sakit kepala lagi. Maksudnya tekanan darah aku dah stabil. So salah satu requirement dari doktor Az-Zahra tu telah berjaya aku capai. Ada satu lagi yang belum dapat lagi, iaitu turun berat badan. Ok, pasal berat badan ni cerita lain pulak, panjang juga cerita ni, kalau rajin nak baca, baca la di next post ye.  

Kasi Cerita Sejarah Dulu Part 2

Sebelum ni aku dah cerita pasal appointment aku dekat hospital Az-Zahra. So sambung balik, bila sampai turn aku, kena ambil berat badan dan tinggi (untuk tahu BMI la kot kan) dan tekanan darah. Masa tu berat dalam 80kg, tinggi pulak 155cm, memang dah obese la kan. Tekanan darah pulak satu cerita, aku ni sejak tahun akhir degree, pandai pulak tekanan darah ni nak naik. (cerita pasal darah tinggi ni tunggu post lain la ye, takut kompius). So masa check di Az-Zahra, tekanan darah aku memang tinggi la kan. Bila jumpa doktor, aku cerita la masalah aku, pasal period yang tak betul, pasal tak pregnant lagi, then doktor kata kena scan rahim dan ovari. So terbaring la aku di katil doktor tu, cara dia scan takyah cita la, malu..huhu

Jadi bila doktor tu scan, dia asik cakap, cantik, cantik..tak tau la apa yang cantik sangat dalam rahim aku tu..lepas tu dia tunjuk ovari, doktor tunjuk pulak ada bulat-bulat kecil kat ovari tu. Dia cakap ni semua telur. So dah habis scan, time untuk dengar cerita doktor pulak. Doktor cakap ovari aku bengkak, telur-telur tak keluar dari ovari sebab tu bengkak dan sebab tu jugak la aku susah nak pregnant. Dah telur tak keluarkan, macam ne encik sperm nak dating. Masa tu la doktor sahkan aku ada PCOS. Aku tak terkejut sangat pasal hal tu sebab aku dah jangkakan dah. Sebelum jumpa doktor aku dah survey awal-awal dekat en google. Simptom-simptom orang yang ada PCOS ni seperi lebih berat badan, period tidak teratur dan ada lebihan bulu seperti misai dan bulu kaki. Bulu kaki aku tak yah cite la, encik suami pun kalah. Berdasarkan simptom-simptom yang memang aku dah ada ni, aku boleh agak aku ada PCOS.

Aku tanya doktor ada ubat tak. Doktor kata tak ada ubat untuk PCOS ni, cuma nya kalau nak kurangkan PCOS ni aku kena kurangkan berat badan. Kalau nak pregnant pulak perlu ubat untuk membantu. Bab ubat tu aku tak heran lagi, bab nak kuruskan badan tu yang lemah sikit..huhu. So, aku ingat doktor nak la bagi ubat kan. Tapi doktor awal-awal lagi cakap, saya tak benarkan awak pregnant lagi sebab tekanan darah awak tinggi. Kena stabilkan tekanan darah, turunkan berat badan, baru saya bagi ubat untuk awak pregnant. Aku rasa kalau orang lain dah meraung ni, tapi aku ni lambat sikit nak sedih, masa tu tak rasa apa-apa pun, tapi lepas keluar klinik baru terasa down.

Selepas saja jumpa doktor dekat Az-Zahra tu, aku dah mula putus harapan. Nak kena kurus dulu la, nak kena turunkan tekanan darah la. Rasa sangat susah bagi aku. Jadi aku berterusan la begitu sampai tahun 2013 tanpa usaha untuk menguruskan badan atau menurunkan tekanan darah. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku berubah fikiran dan cuba untuk membaiki keadaan. Ceritanya tunggu di post seterusnya ye.

Kasi cerita sejarah dulu

Sebelum aku bercerita lebih lanjut pasal Diet Atkins (DA) dan TTC (Try to Conceive) aku ni, lebih baik aku cite sikit sejarah tercetusnya idea semua ni. 

Aku berusia 28 tahun, telah berkahwin pada tahun 2011 dan belum lagi dikurniakan zuriat. Sebenarnya sejak dari mula period (tingkatan 1), period aku tak menentu, kejap ada kejap takde. Pernah setahun dua kali sahaja dan pernah dua bulan period tanpa henti. Bulan puasa agak-agak aku sehingga umur 28 ni ada kot 2 kali je tak puasa, biasa nye mesti puasa penuh. Orang lain mesti cakap, syok la, tak yah ganti puasa, tapi jauh di lubuk hati, aku pun teringin nak ganti puasa..huhu..(bajet rajin je). Jadi dari awal-awal akhir baliqh aku, dah tingtong dah semua. Tapi masa tu belum kahwin, tak heran sangat la period ke tak. Check doktor pun, doktor bagi ubat turun darah or doktor tak buat ape2. 

So sampai la masa aku dah kahwin, gejala period tak betul ni terus melanda. Jadi kesannya, aku tak mampu nak dapat zuriat walau pun dah masuk tahun ketiga aku kahwin. Kawan-kawan, sedara-mara yang kawin selepas aku mula dah menampakkan hasil, mak mertua dah tanya, opah mertua dah tanya, bila nak ada anak?huhu..jawabnye, tak de rezeki lagi...dulu, baru-baru kawin memang stress menjawab soalan-soalan cepucemas tu, tapi dah masuk tahun ketiga ni, dah tak heran dah. Dah lut kut.

So, nak dijadikan cerita, tahun pertama aku kawin, dalam 8 bulan la selepas tak berjaya jugak untuk hamil, aku pergi check di hospital Az- Zahra Bangi untuk tahu sebenar-benarnya apa masalah aku. Mula-mula nak pergi An-Nur, tapi tengok orang menunggu sampai luar klinik, aku pun pergi la ke Az-Zahra. Sebelah je pun. Mula-mula datang ingat dah boleh jumpa doktor, rupanya kena buat appointment dulu. Takpe la, kita ikutkan je. So lepas seminggu lepas tu, sampai la masa aku berjumpa doktor. Kawan-kawan rapat aku pesan awal-awal, bawak suami sekali, takut aku tak kuat nak dengar apa yang doktor nak cakap. So, aku paksa la encik suami ikut. Appointment buat pukul 10, ingat datang la pkl 930 ke kan, boleh jumpa doktor pukul 10. Rupanya dah berlambak orang tengah tunggu turn. So, kena juga la tunggu dalam sejam setengah macam tu baru sampai turn aku.
Ok, cerita seterusnya, akan bersambung....