My Atkins and TTC Journey

My Atkins and TTC Journey

Wednesday, 30 April 2014

Aku dan Gemuk

Cerita aku dan gemuk ni memang tak boleh dipisahkan. Tapi aku ni bukan la dilahirkan gemuk, berat badan aku normal sampai la aku habis tingkatan 5. Habis je SPM, aku tak tau kenapa, berat badan aku naik mendadak sampai la aku dah kahwin. Rasanya pernah mencecah 88kg dengan ketinggian 155 cm selepas setahun aku kahwin. Aku sangat tak suka kalau gemuk ni, so memang aku selalu diet, dah berapa kali diet dan turunkan berat tapi biasanya tak istiqamah. Akhirnya akan bertambah lagi berat aku. 

Cubaan pertama aku diet adalah masa tahun 2008. Masa mula-mula diet tu berat aku 68kg. Aku sentiasa rasa aku tak kuat makan, tapi bila aku consult dengan dietitian rasanya aku memang makan makanan tak berkhasiat. Sarapan makan nasi lemak, tengah hari makan nasi lagi, malam makan lagi. Tu tak termasuk coklat dan manisan-manisan lain, aku memang suka makan manis, maka lagi berat la badan aku. Jadi aku mula la diet 2008 tu sampai la 2009 dan aku berjaya turunkan berat sebanyak 12kg. Happy gila la dah kurus. Masa kurus tu la aku berkenalan dengan encik suami. Masa tu dia pun slim melim. Tapi sejak mula berkenalan, badan aku mula naik balik. mungkin sebab happy dan selalu makan masa dating. Sampai la aku kawin tahun 2011, berat aku dah jadi 68kg balik. Bila dah kahwin, bertambah lagi berat aku. Mungkin sebab dulu aku tak makan malam, dah kawin ni kena la sediakan makanan untuk suami. Selama 3 tahun aku kahwin, terkini berat aku dah mencecah 78kg. Berat badan aku ni bukan saja disumbangkan oleh portion makanan yang aku ambil, tapi sebab penyakit yang aku ada iaitu PCOS. 

Dalam usaha aku untuk menurunkan berat badan, macam-macam usaha aku dah buat. Diet kalori la, bersenam la, memang tak jalan sebab aku tak istiqamah. Melalui group PCOS yang aku join dekat FB, aku baru tahu yang diet low carb antara yang terbaik untuk pesakit PCOS. Maka, bermula 8 April 2014, dengan azam yang jitu dan kurus dan seterusnya pregnant, aku tak pikir panjang, terus amalkan diet atkins ni. Maka terhasil lah blog ini, untuk berkongsi perjalanan hidup aku dalam menguruskan badan dan akhirnya untuk mengandung. Doa-doa dari kalian semua sangat-sangat aku harapkan.

No comments:

Post a Comment