Sebelum ni aku dah cerita pasal appointment aku dekat hospital Az-Zahra. So sambung balik, bila sampai turn aku, kena ambil berat badan dan tinggi (untuk tahu BMI la kot kan) dan tekanan darah. Masa tu berat dalam 80kg, tinggi pulak 155cm, memang dah obese la kan. Tekanan darah pulak satu cerita, aku ni sejak tahun akhir degree, pandai pulak tekanan darah ni nak naik. (cerita pasal darah tinggi ni tunggu post lain la ye, takut kompius). So masa check di Az-Zahra, tekanan darah aku memang tinggi la kan. Bila jumpa doktor, aku cerita la masalah aku, pasal period yang tak betul, pasal tak pregnant lagi, then doktor kata kena scan rahim dan ovari. So terbaring la aku di katil doktor tu, cara dia scan takyah cita la, malu..huhu
Jadi bila doktor tu scan, dia asik cakap, cantik, cantik..tak tau la apa yang cantik sangat dalam rahim aku tu..lepas tu dia tunjuk ovari, doktor tunjuk pulak ada bulat-bulat kecil kat ovari tu. Dia cakap ni semua telur. So dah habis scan, time untuk dengar cerita doktor pulak. Doktor cakap ovari aku bengkak, telur-telur tak keluar dari ovari sebab tu bengkak dan sebab tu jugak la aku susah nak pregnant. Dah telur tak keluarkan, macam ne encik sperm nak dating. Masa tu la doktor sahkan aku ada PCOS. Aku tak terkejut sangat pasal hal tu sebab aku dah jangkakan dah. Sebelum jumpa doktor aku dah survey awal-awal dekat en google. Simptom-simptom orang yang ada PCOS ni seperi lebih berat badan, period tidak teratur dan ada lebihan bulu seperti misai dan bulu kaki. Bulu kaki aku tak yah cite la, encik suami pun kalah. Berdasarkan simptom-simptom yang memang aku dah ada ni, aku boleh agak aku ada PCOS.
Aku tanya doktor ada ubat tak. Doktor kata tak ada ubat untuk PCOS ni, cuma nya kalau nak kurangkan PCOS ni aku kena kurangkan berat badan. Kalau nak pregnant pulak perlu ubat untuk membantu. Bab ubat tu aku tak heran lagi, bab nak kuruskan badan tu yang lemah sikit..huhu. So, aku ingat doktor nak la bagi ubat kan. Tapi doktor awal-awal lagi cakap, saya tak benarkan awak pregnant lagi sebab tekanan darah awak tinggi. Kena stabilkan tekanan darah, turunkan berat badan, baru saya bagi ubat untuk awak pregnant. Aku rasa kalau orang lain dah meraung ni, tapi aku ni lambat sikit nak sedih, masa tu tak rasa apa-apa pun, tapi lepas keluar klinik baru terasa down.
Selepas saja jumpa doktor dekat Az-Zahra tu, aku dah mula putus harapan. Nak kena kurus dulu la, nak kena turunkan tekanan darah la. Rasa sangat susah bagi aku. Jadi aku berterusan la begitu sampai tahun 2013 tanpa usaha untuk menguruskan badan atau menurunkan tekanan darah. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku berubah fikiran dan cuba untuk membaiki keadaan. Ceritanya tunggu di post seterusnya ye.
No comments:
Post a Comment