Sebenarnya dah lama aku berniat nak wujudkan satu group whatsapp. Group ni khas untuk PCOSer macam aku. Tujuan group ni hanya la untuk berkongsi maklumat dan luahan perasaan. Memandangkan golongan kami ni sensitif, group macam ni memang sangat membantu. Satu hari tu, aku terus post dekat FB dan tanya ada tak kawan FB aku yang ada PCOS. Tak cakap niat lagi nak buat group sebab nak tengok respond. Tak sampai beberapa jam, ada 2 3 orang PM aku. Orang-orang ni aku tak kenal pun (tak tahu macam mana boleh jadi kawan FB aku..hihi).
Aku ceritakan pada dorang yang aku nak create group dan Alhamdulillah dorang sangat bersetuju dan nak join. Mulanya hanya 3 orang yang approach aku. Takpe la, aku create jugak group. Then bertalu-talu kawan2 PM aku. Rupanya ramai jugak yang senasib dengan aku. So sekarang total ahli group PCOS ada 8 orang. Salah seorang dah berjaya mengandung selepas 2 tahun mencuba. Dengan adanya dia, memang bagi harapan dengan kami yang belum berjaya lagi.
Dalam masa 1 hari group ni ditubuhkan, memang mendapat sambutan. Kami kongsi pengalaman masing-masing dan bercerita tentang rawatan yang dah dibuat. Kalau ikutkan, aku ni yang paling tak buat rawatan sebab aku Pemalas..hihi.
Aku cuma berharap dengan adanya group ni, kitorang mampu dapat sebanyak maklumat yang mungkin dan terus semangat berusaha untuk TTC. Harapnya group ni akan terus aktif. Memandangkan aku group admin, aku la nampaknya kena aktif kan..hihi
Aku tak bercadang untuk tambah ahli group lagi sebab aku takut tak boleh control. Mungkin max sampai 10 orang. Sapa cepat dia dapat =)
Salam.. saya PCOSer and TTC for 5 years. Boleh ke saya nk join whatsapp tu?.. Thanks.
ReplyDeleteSalam, maaf sis eina, group whatapp ni telah dibubarkan atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan..hihi. Saya cadangkan puan join group PCOS di FB. Kalau belum join, boleh beri saya emel dan saya akan add kan sis dalam group tu.
DeleteAda lagi x group pcos ni x
ReplyDelete